MR PIRATE

By CIK_ZALIKHA

3M 271K 56.3K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

59

43.5K 4K 936
By CIK_ZALIKHA

                 "TERIMA kasih beli air kelapa, selamat bercuti!" Ucap Husna penuh ramah kepada pembelinya. Tak sangka ramai juga yang beli air kelapa dengan mereka. Kali ini, sudah dua resort mereka singgah. Cuaca panas terik, angin juga sepoi-sepoi bahasa memang tak lengkap jika tak minum air kelapa. Sangat menyegarkan! Tambah pula, buah kelapa Odu memang manis semula jadi.

"Dik, bagi air kelapa satu!" Pinta pembeli lelaki yang berdiri di atas titi resort itu, langsung menarik perhatian Husna yang berdiri diatas bot.

Kepala diangguk. "Sekejap ek!"

Duit yang penuh ditangan dimasukkan ke dalam pouch bag yang elok tergantung di pinggangnya.  Inilah kerja dia, ambil duit dan beri buah kelapa yang sudah siap dipotong kepada pembeli. Manakala tugas Lanun pula memotong buah kelapa di hujung bot. Saling membantu meringankan kerja.

Kalau dahulu, mungkin Husna malu untuk bekerja seperti ini. Tetapi sekarang ia lebih kepada seronok. Hilang sudah malunya, malah digantikan dengan perasaan penuh yakin.

"Awak, satu lagi air kelapa!" Pesan Husna sambil menapak mendekati Lanun.

"Baik." Lanun menurut. Sempat dia melemparkan senyuman kearah Husna sebelum sebiji buah kelapa di dalam bakul dikeluarkan. Tak banyak yang tinggal.  Lagi dua biji sahaja lagi.

KTAK!

Beberapa kali hayunan parang ditengah buah kelapa, ia sudah terbelah. Penyedut menimun dimasukkan. Siap, lantas buah kelapa itu diserahkan kepada Husna.

"Nah."

"Terima kasih!" Ucap Husna, dengan berhati-hati dia membawa buah kelapa itu ke arah lelaki yang masih sabar menunggu diatas titi. Bot ini pun bergoyang-goyang, buatkan setiap langkahnya rasa tak seimbang. Risau jika jatuh, buat rugi sahaja.

"Ini buah kelapanya, bang. Empat ringgit sahaja." Ujar Husna. Buah kelapa itu dihulur.  Lelaki itu mengambilnya, kemudian sekeping wang kertas bernilai lima ringgit dihulurkan.

"Sekejap ya, saya ambil baki." Pinta Husna, dia menunduk memandang tangan yang laju menarik zip pouch bag dipinggang.  Baru hendak mengeluarkan seringgit sebagai baki, tiba-tiba lelaki itu menolak pemberiannya.

"Tak payahlah, dik. Seringgit aje." Katanya.

"Betul ni?" Kening Husna sedikit terjongket. Jarang pembeli tidak mahu bakinya semula. Seringgit pulak tu!

Lelaki itu mengangguk mengiyakannya. Husna tersenyum. Lantas, zip ditutup semula.

"Tapi kalau ganti dengan nombor telefon awak boleh?" Soalnya.

Husna tergamam sejenak. Bibir tersengih kekok. Tidak tahu bagaimana mahu respon. Wajah lelaki itu dipandang, jelas dia masih menunggu jawapan bersama harapan inginkan nombor telefonnya.

"Err..." sekilas Husna mengerling ke arah Lanun yang berdiri dihujung bot. Entah mengapa, dirinya terasa seperti diperhatikan. Tatkala tersedar renungan mata hazel itu sedang merenung dengan tajam. Husna tersentak. Perlahan-lahan anak matanya jatuh ke bawah, melihat tangan kanan Lanun yang kemas memegang parang. Seakan memberi amaran walaupun dia tak faham apa yang bermain difikirkan Lanun saat ini.

Dan secara tiba-tiba, kata-kata Lanun beberapa hari lepas kembali bermain dikepala. Seolah-olah memberinya peringatan. Iaitu... lanun kuat cemburu.

Gulp!

Terus Husna pandang ke hadapan semula. Kepala digeleng-geleng.

"Maaf, bang. Saya... tak ada telefon." Ujar Husna, bibir masih tersengih-sengih. Tapi memang betul pun, telefon, dompet, kad pengenalan, semuanya tertinggal di Ocean Resort. Satu pun tiada bersamanya. Jadi, dia tak bohong. Kalau ada sekalipun, tak mungkin dia akan beri kepada lelaki tak dikenali.

"Alaaa... takkan tak ada telefon kut? Tipulah."

"Betul, saya memang tak ada telefon. Saya tak tipu."

"Ya ke? Ke... awak sengaja tak nak beri saya nombor telefon?" Soal lelaki itu. Seakan mendesak. Buatkan Husna makin rasa tak selesa. Belakang kepala digaru. Apalah yang susah sangat nak faham ni?

Baru sahaja Husna hendak buka mulut, lengannya yang berlapikkan baju T shirt   terasa ditarik. Husna menoleh. Terkebil-kebil menatap Lanun yang tiba-tiba sahaja berdiri dekat, sambil mengadah muka ketat ke arah lelaki yang masih tercegat di titi itu.

"Ada mau apa-apa lagi ka selain air kelapa? Kalo endak ada rasanya encik bulih pigi sana, kami mau pulang sudah.
Isteri sa dah penat seharian bantu suaminya hari ini."

Isteri?

Suami?

Kening Husna berkerut. Terus pandangannya beralih ke arah Lanun dengan muka tak percaya.

"Oh, Isteri ke? Saya minta maaf. Ingatkan abang dia." Rayunya, jelas serba-salah. 

"Abang?" Lanun menjuih bibir, jari terlunjuk menunding ke muka sendiri. Sekejap dia ketawa. Pastinya penuh sinis sekali.  Tiba-tiba rasa tak puas hati pula walaupun ia sekadar pendapat daripada pandangan mata lelaki itu. Panas. Sungguh panas.

Lanun mara setapak.

"Muka macam ni..."

"Abang..." panggil Husna dengan nada meleret. Cepat-cepat dia mencelah apabila melihat Lanun ingin bersuara. Dengan harapan, panggilannya akan menarik perhatian Lanun. 

Dan ya,

Ia menjadi.

Pandangan Lanun terus terhala ke arahnya. Dia terkesima. Tatkala menatap senyuman manis yang Husna lemparkan buatkan dia hanyut buat seketika. Hatinya yang panas tiba-tiba terasa sejuk serupa dikutub utara.

Haih, tadi rasanya tak suka digelar abang?

Hidungnya mula merah.

"Ap... apa?" Lanun masih tak percaya.

Husna menghela nafas sedikit. Dengan senyuman yang masih kekal dibibir, dia membalas renungan mata Lanun.

"Tadikan kata nak balik? Jomlah."  Rungut Husna dengan nada suara manja.

"Oh, ya tak ya. Kita nak balik." Lanun kembali ke realiti. Hilang amarahnya kini digantikan dengan perasaan suka. Dia tersengih. Namun, tak lama sebelum dia kembali memandang lelaki yang masih tercegat dititi. Muka kembali tegang.

Satu jelingan dihadiahkan tepat ke arah lelaki itu. Tajam. Cukup memberi isyarat menghalaunya pergi. Sebaik sahaja memastikan susuk lelaki itu menjauh, terus Lanun berpaling menghadap Husna semula. Kepalanya sedikit tertunduk menatap Husna yang lebih pendek daripadanya. 

"Kau panggil aku apa tadi?" Soalnya dengan sengihan. Hati di dalam rasa berbunga-bunga.

Husna berdecik kecil. Kepala tergeleng-geleng. "Sudahlah, Lanun. Awak cakap nak balik tadi."

Riak wajahnya terus berubah tatkala panggilan berubah. "Kenapa tukar?"

"Tukar apa?" Husna buat-buat tidak faham. Dalam diam, dia menahan bibir daripada tersenyum. 

"Tadikan kau panggil aku abang. Kenapa tak terus aje guna panggilan tu?" Soalnya, agak tidak puas hati.

Husna menghela nafas kecil. Topi jerami yang senget dikepala Lanun diperbetulkan dengan tangannya. Lanun tidak menghalang, malah membiarkan sahaja. Matanya tetap pegun pada laman wajah Husna yang indah. Sinaran terik matahari tak terasa hinggap ke tubuh. Segalanya nyaman.

"Awak belum jadi suami saya lagi. Jadi saya tak boleh panggil awak abang." Kata Husna.

Mata hazel Lanun mengecil. Ada senyuman beraja dibibir.  Sungguh, kata-kata Husna tadi seakan mencabar naluri dihatinya. Buatkan dia rasa makin terseksa apabila mereka berdua masih tiada ikatan yang halal, mahu dipercepatkan masa agar mereka boleh menjadi satu perkataan. Iaitu pasangan.

Oh, Tuhan...

Tolonglah jadikan wanita ini miliknya sekarang.

Lanun menundukkan sedikit tubuhnya. Menyamakan ketinggian.

"Kau betul-betul buat aku rasa tak sabar nak jadi suami kau."Bisik Lanun, tepat merenung sepasang mata cantik milik Husna.

Sedangkan Husna tergelak kecil. Merah pipinya saat ini. Tak boleh disembunyikan lagi. Tanpa sedar tangannya bergerak sendiri menampar lengan sasa Lanun. Tidaklah kuat mana pun, sekadar tampar manja.

"Cukuplah, saya nak balik!"

"Sekejap, Husna!" Lengan baju Husna ditarik saat Husna ingin melarikan diri. Dan akhirnya, Husna kembali berdiri dihadapannya. 

"Apa lagi, Lanun?" Soal Husna, sudah mula malas.

"Nak tak kalau kita singgah pulau Muhang sekejap?" Soal Lanun. Dia bertanya dahulu, kalau Husna penat maka dia akan pandu balik ke kampung terus. Namun, dia tak rasa Husna akan menolak apabila melihat kening Husna terjongket serupa teruja.

Bibir Husna menguntum senyuman. Kepala diangguk-angguk.

"Nak! Sekarang ke? Tapi buah kelapa Odu tinggal lagi dua biji? Tak mahu habiskan dulu ke?" Soal Husna, walaupun dititi resort itu sudah tiada manusia yang lalu-lalang tetapi manalah tahu sekejap lagi akan ada yang datang singgah. Kalau tak jual, sayang...

"Tak perlu. Yang itu biar aku aje yang beli. Nanti aku akan cakap pada Odu." Jawabnya.

"Kalau macam itu, marilah kita pergi sekarang." Kata Husna, sudah tidak sabar lagi. Dia mahu pergi mengambil tempat duduk siap-siap, namun sekali lagi Lanun menghalang.

"Tunggu dulu. Ada sesuatu yang aku perlu betulkan sebelum pandu bot." Ujar Lanun, matanya mencerun ke bawah dagu Husna.

"Apa dia?"

"Tali topi kau. Dah terlerai." Tegur Lanun sambil jarinya menunjuk ke arah tali topi jerami yang terbuka ikatannya. Nanti tak pasal-pasal melayang semasa dia memandu bot. Tanpa menunggu Husna mengikat sendiri, dia langsung mara selangkah merapatkan jarak.

Tubuh ditundukkan sedikit saat dia mengikat tali dibawah dagu Husna. Manakala Husna hanya pegun, tak bergerak. Jantungnya berdebar tatkala merasa deruan nafas hangat Lanun mengena kulit pipinya.

Klik!

Automatik tubuh Lanun menegak semula. Wajah Husna yang berkerut pelik itu dipandang sebelum anak matanya melingas ke sekeliling dengan tajam. Ada sesuatu yang tak kena disini...

"Kenapa?" Husna menyoal. Dia juga turut menoleh ke arah yang dipandang. Tiada apa-apa pun, melainkan cuma pulau dan resort. Adalah juga beberapa manusia yang sedang menangkap gambar di papan tanda I Love Semporna. Tapi apa kena mengena?

Kepala sedikit terdongak memandang Lanun.  Bibir lelaki itu mengetap.

"Aku rasa macam dengar sesuatu tadi. Kau dengar tak?" Soal Lanun, malahan Husna menggeleng.

"Tak. Awak dengar apa?"

"Macam ada orang tangkap gambar kita. Laju sangat. Aku tak pasti dari mana." Ujarnya.

Husna terdiam sejenak. Tak lama selepas itu, dia ketawa. Muka serius Lanun terus berkerut.

"Kenapa kau ketawa?"

"Itukan ada orang tangkap gambar. Diaorang tangkap gambar dengan famili bukan tangkap gambar kita." Jawab Husna, siap menunding jari ke arah papan tanda I love Semporna yang menunjukkan beberapa manusia sedang mengambil gambar disana. Nampak gembira bukan main.

Namun, Lanun menggeleng. Tak. Perasaannya kuat mengatakan arah bunyi tadi bukan daripada sana. Lagipun, jarak diantara bot dan papan tanda itu jauh. Tak mungkinlah bunyi itu sampai ke telinganya dengan jelas.

"Aku tak rasa bunyi tu daripada mereka." Gumam Lanun.

"Habis, siapa? Awak jangan risaulah. Tak ada siapa nak tangkap gambar kita. Kalau tangkap pun, dia nak buat apa? Kita bukannya artis pun." Ujar Husna.

Lanun terdiam sejenak. Kata-kata Husna buatkan dia teringat sesuatu. Artis? Husna mungkin bukan artis tapi...

"Kau..." wajah Husna ditatap.

"Kau anak orang kaya. Pasti kau terkenal dibandar. Mereka mungkin tak ambil gambar aku, tapi macam mana kalau kau? Macam-macam mereka boleh buat kalau ada gambar kau." Kata Lanun. Hatinya mula rasa tak enak. Bahkan, Husna masih boleh tersenyum seperti sekelilingnya masih selamat. Disini, tiada siapa pun yang tahu dia anak Dato Idris kecuali Lanun.

"Awak jangan risaulah.  Tak ada siapa kenal saya dekat sini." Pujuk Husna.

"Tapi, Husna..."

"Lanun." Cantas Husna.

Lanun jeda. Dia terdiam saat mata mereka saling bertemu. Semerta jiwa gelisah ini reda dengan sendirinya. Namun tak semua, kerana jauh disudut hatinya tetap yakin apa yang didengar tadi tidak salah.

"Awak tak perlu risaukan saya. Awakkan ada dengan saya sekarang? Tiada apa yang akan berlaku selagi Mr Pirate masih disisi saya. Semua takutkan awak."Ucap Husna, meyakinkan Lanun bahawa kehadirannya sahaja sudah cukup buatkan dia rasa dilindungi. 

"Awak selalu lindungi saya, dan saya tak pernah rasa takut sebab saya tahu awak  ada untuk saya, Lanun." Luah Husna.

"Sebab awak... takkan biarkan saya dalam bahaya, kan?"

Lanun mengangguk perlahan.  Ya. Dia takkan sesekali biarkan Husna dalam bahaya.  Selama hidung ini masih berhembus, selama jantung ini masih berdegup, dan selamanya mata ini masih boleh melihat... dia akan pastikan Husna selamat dalam jagaannya.

"Aku akan jaga kau." Janji Lanun, bersungguh, ikhlas dari hatinya.

Husna tersenyum. 

"Kalau macam itu, awak tak perlu takut. Sebab awak akan jaga saya. Bila awak jaga, semuanya selamat." Ucap Husna, buat Lanun lebih yakin. Malah, dia juga yakin keselamatannya sentiasa terjaga apabila berada disisi lelaki ini. Kerana itulah, dia sudi terima lamaran Lanun. Kerana cuma Lanun sahaja, yang menjadi penyelamat dari dulu hingga sekarang.

Lanun menghelakan nafas berat. Kepalanya tertunduk sesaat memandang tangan Husna. Andai mereka ada ikatan yang sah, mahu saja dia menarik tangan itu dan menggenggam ia dengan erat. Kalau boleh, tidak mahu dilepaskan.

Namun, dia sedar. Belum tibanya lagi waktu itu. Dia harus sabar dan terus yakin bahawa perancangan Tuhan itu lebih baik daripada segala-galanya.

"Husna..." panggil Lanun, suaranya kedengaran bergetar menahan perasaan di dada.

Manakala Husna tetap setia menatapnya tanpa berpaling ke lain. Menunggu bicara daripadanya.

Dan ketika Lanun mengangkat wajahnya kembali, mata mereka saling bertaut semula. Masing-masing merenung dengan dalam sehingga sampai ke lubuk hati. Merasainya.

"Aku..." Lanun tarik nafas dalam-dalam. 

"Akan jaga kau sampai ke hujung nyawa aku." Sambungnya. Penuh serius.

Husna terdiam.

"Dika ginawoku, sogigisom dau... ginawoku," (kau nyawaku, selamanya... kau nyawaku.)

Bibir Husna tersenyum lebar mendengarnya. Biarpun dia tidak faham, namun hatinya seakan sudah memahaminya. Tak perlu menyuruh Lanun mengulangi lagi. Kerana dia tahu... semua yang keluar dari bibir lelaki itu adalah ikhlas daripada dalaman hatinya yang jujur.




Continue Reading

You'll Also Like

16.6K 1.7K 42
Ahli sihir yang namanya dilupakan. Itulah dia. start : 20/03/30 end : 20/05/12
44.6K 2.2K 25
"Kita tak ditakdirkan untuk bersama" Status ; completed Start; september maybe? Author tak ingt😅 End ; 7/12/18 Season 2 : Mamat korea aku punya2 htt...
18.5K 392 4
[Fantasy + Adventure] Tahun 3091 di mana dunia sudah semakin maju. Wujudnya permainan virtual reality arena competition iaitu sebuah permainan berkon...
292K 31.9K 29
in which i found pure happiness in you. - forever, till death do us apart. [ highschool : au ] warning - lots of fluff, geram, butterflies, cringe...