MR PIRATE

By CIK_ZALIKHA

3M 272K 56.4K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

56

38.4K 4.5K 2K
By CIK_ZALIKHA

                  "HUSNA." Panggilan Mak cik Lily mengalihkan perhatian Husna ke belakang. Dia yang baru sahaja ingin melangkah pulang ke rumah bersama Orkid tergendala seketika. Menunggu sehingga orang tua itu tiba di hadapannya bersama bantal dan sehelai selimut nipis. Dan tatkala dua barang itu diserahkan kepadanya, Husna tayang muka pelik.

"Ambillah bantal yang Husna sudah buat ni. Mak Cik beri sekali dengan selimut. Anggaplah sebagai hadiah daripada Mak cik." Katanya.

"Eh, buat susah-susah aje. Inikan untuk dijual? Saya ada duit, saya boleh bayar. Tunggu saya balik rumah kejap untuk ambil, nanti saya datang ke sini semula." Ujar Husna. Segan pula hendak mengambil pemberian Mak cik Lily. Lagipun, semasa di kenduri semalam Lanun ada berikan dia tiga ratus ringgit. Sedikit pun masih belum disentuh.

"Endak perlu, Husna. Ko sudah banyak tolong Mak cik masukkan kekabu ke dalam sarung bantal tadi. Setakat satu bantal, Mak cik endak rugi pun. Ambillah." Kata Mak cik Lily seakan merayu. Dia rasa terhutang budi dengan niat baik Husna menolongnya hari ini.

Husna mengukir senyuman kecil. Tak sampai hati pula Husna mahu menolak buat kali kedua. Lambat-lambat bantal dan selimut itu diambil.

"Terima kasih, Mak cik Lily." Ucap Husna.

"Sama-sama. Nanti jangan lupa kirim salam sama Lanun ya. Dan lagi satu, terima kasih juga kerana ko sudi terima lamaran Lanun. Satu kampung ini akan gembira bila ko berkahwin dengan dia nanti. Percayalah."

Pipi Husna sudah membahang malu. Sedaya upaya dia menahan bibir daripada tersenyum. Aduh, Mak cik Lily ni... tak terasa seperti awal sangatkah untuk bercakap soal kahwin?

Tapi, bila ya?

Ah, sudah. Mulalah dia nak tersengih macam kerang busuk sekarang.

"Husna, jomlah kita balik! Nanti risau pula si Lanun itu bila sedar ko endak ada di sana." Jerit Orkid yang tercegat menunggunya dibawah terik matahari. Dengan sebelah tangan diangkat tinggi, menghalang cahaya panas itu daripada terkena wajahnya.

Lantas Husna mengangguk kepala. Ya, dia pun rasa patut balik sekarang.

"Saya pergi dulu ya, Mak cik. Assalamualaikum." Pamit Husna. Dia menunduk sekejap menyalami tangan orang tua itu sebelum berlalu ke arah Orkid. Bantal dan selimut itu dipeluk erat ke badannya. Cantik juga bantal bercorak bunga ini, warna biru. Warna kesukaan dia sekarang.

Mereka berjalan bersebelahan, sama-sama menuju pulang ke rumah Lanun. Sepanjang perjalanan, bibir asyik tersenyum tatkala melihat gelang hiasan cangkerang elok mengelilingi pergelangan tangannya.

"Macam mana aku nak tunjuk gelang ni kepada Lanun nanti ya? Takkan tiba-tiba nak hulur tangan pulak.'Husna menyoal sendirian di dalam hati. Ish, malulah pula nak berhadapan dengan lelaki itu pada waktu sekarang.

Tapi...

Riak wajah Husna berubah pula. Jika dia terima lamaran ini, sudah tentu Dato Idris pun akan tahu juga bila dia tiba ke darat nanti. Agaknya, boleh ke ayah terima Lanun sebagai menantunya?

"Kenapa tiba-tiba muka ko masam? Apa ko mau tukar fikiran ka? Jangan macam-macam bah, Odu sudah kasi tau satu kampung ko terima lamaran Lanun. Nanti jatuh air mata lelaki itu!" Tegur Orkid apabila menyedari riak wajah Husna berubah.

Husna tergelak kecil. Tak mungkinlah dia akan tukar fikiran semula.

"Bukanlah, Orkid. Saya cuma... teringatkan ayah saya. Kalau awak nak tau, sebenarnya saya ni anak Dato. Dan jelas dekat situ darjat saya dan Lanun agak jauh beza. Apa gunanya kalau saya terima lamaran Lanun, tapi ayah saya tak sependapat nanti?" Ujar Husna.

"Endak mungkinlah ayah ko endak suka sama Lanun. Kalo semua orang disini suka sama dia, apatah lagi ayah ko!"

Husna menggeleng. "Ayah saya bukan macam yang awak fikir, Orkid. Tambah pula dengan isteri kesayangan dia tu. Saya risau, kalau mak tiri saya hasut dia yang bukan-bukan tentang Lanun."

"Kenapa pula dia mau buat begitu?" Kening Orkid berkerut. Agak terkejut. Bukankah sepatutnya orang tua Husna harus gembira bila dapat tahu anak mereka telah dilamar?

Husna tunduk kepala ke bawah. Ada keluhan kecil kedengaran sebelum dia kembali bersuara.

"Sebab dulu, saya pernah halang ayah saya daripada berkahwin dengan dia. Siapa aje yang boleh terima kalau ayah kita nak kahwin dengan orang lainkan? Selepas arwah mak meninggal pulak tu! Sebab itulah saya tak setuju masa mereka nak kahwin. Tapi waktu tu ayah saya memang mati-matian cintakan dia, jadi semua plan saya tak berjaya dan akhirnya mereka kahwin juga."

Husna jeda disitu. Ada senyuman kelat muncul dibibirnya.  Cuma sekejap.

"Jadi... macam mana kalau mak tiri saya buat perkara yang sama pada saya bila dia dapat tahu semua ni?" Soal Husna. Dia memandang Orkid. Tak tahulah sama ada dia yang overthingking, atau perkara itu tak mustahil terjadi nanti.  Datin Khadijah itu boleh buat apa-apa saja diluar jangkaannya. Kalau anak tiri pun sanggup ditolak ke laut, bagaimana pula dengan Lanun?

Perempuan tua itu... memang tak suka lihat dia gembira.

"Haish, jangan fikir begitu bah. Lanun tu kalo sudah sayang, endak ada siapa pun bulih halang. Kalo mak tiri ko berani buat begitu, satu kampung ini akan serang dia! Ko tunggu sija kami datang dengan bot beramai-ramai!" Kata Orkid, siap mengugut lagi. Dia sudahlah teringin nak makan nasi minyak, ini sahaja pulang yang ada!

Tanpa sedar, kata-katanya buatkan Husna meletuskan tawa. Orkid ni, memang tak reti nak serius. Terus hilang overthinking sebentar tadi. Kini, Husna kembali tersenyum senang.

"Sayang betul semua orang dekat sini dengan Lanun ya?"

"Sudah tentulah. Daripada moyang sampailah ke Lanun, semua orang sayang! Keluarga dia dah banyak bantu orang disini. Jadi, apa-apa yang berkaitan Lanun, kami akan ambil tahu juga! Sebab itulah bila kami dapat tahu dia lamar ko, kami semua gembira. Sebab kami tau Lanun juga akan bahagia dengan pilihannya." Ujar Orkid.

Kepala Husna terangguk-angguk faham.

"Tapi, sekarang ko mau kahwin sama Lanun. Jadi... ko pun kami akan ambil berat juga. Kalo ada sesiapa yang endak suka kau kahwin dengan dia, ini Orkid ada!" Dia menepuk-nepuk dada dengan begitu angkuh. Kononnya akan turun padang jika ada yang berani menganggu  hubungan Husna dan Lanun.

"Sa sendiri akan campak dia ke laut! Orang yang endak suka lihat manusia lain gembira, endak layak untuk hidup." Katanya lagi.

Husna tersenyum lebar. Sedar-sedar sahaja mereka berdua sudah tiba di hadapan rumah. Sempat Husna mengintai ke arah pintu yang masih tertutup, bermakna Lanun masih lagi belum pulang.

Kemudian, dia memusing tubuh menghadap Orkid. "Terima kasih sudi teman saya hari ni, Orkid. Esok kalau Mak cik Lily nak bantuan lagi, ajaklah saya lagi. Seronok juga buat benda baru macam tadi."

"Bulih bah, ko endak bilang pun pasti sa akan ajak ko juga. Apa-apa pun, tahniah kerana sudah dilamar. Nanti kalo sudah ada tarikh, jangan lupa jemput sa datang."

"Ish, lambat lagilah! Walaupun saya terima, belum tentu lagi..."

"Haip, jangan bilang yang bukan-bukan. Ko dan Lanun sudah ditakdirkan bersama. Tiada siapa yang boleh mengubahnya.  Percayalah, Lanun akan pertahankan cintanya demi ko. Dan ko juga kena pertahankan dia. Faham?" Tekan Orkid. Baginya, Husna dan Lanun selayaknya bersama. Kalau boleh, biarlah dua pasangan itu kekal hingga ke syurga. Jangan ada yang lain!

Husna hanya mampu tersenyum dan mengangguk. "Yalah, Orkid. Kalau dah tiada apa-apa saya nak masuk rumah dulu. Nak solat. Awak pun... hati-hati balik ke rumah tu."

Orkid mengangguk. Setelah meminta diri untuk pergi. Lantas, mereka berdua membawa haluan masing-masing.









                  SEBAIK sahaja enjin bot dimatikan, Lanun terus melompat turun daripada bot bersama sebungkus mi bandung ditangan. Cermin mata hitam yang hampir hendak jatuh itu diperbetulkan sedikit. Namun entah mengapa, tika ini dirinya seolah-olah menjadi perhatian orang kampung yang berada di sekitar pantai.

Dan apabila dia mengalihkan pandangan ke arah beberapa orang kampung yang sedang memasukkan bakul hasil laut mereka ke dalam bot, ada senyuman aneh yang ditayang bersama maksud tersirat.

Kening Lanun berkerut. Ada apa-apa yang terjadikah semasa ketiadaan dia disini? Mengapa mereka pandang dia begitu?

"Eh, Lanun!" Tiba-tiba bahunya terasa disapa seseorang. Seraya Lanun menoleh. Pak Cik Ramlan rupanya. Dan orang tua itu juga tersenyum-senyum seperti yang lain.

Sungguh, apa yang dah jadi sebenarnya? Dia bingung.

"Tahniah, Lanun tahniah! Akhirnya ko fikir juga tentang masa depan. Nah, ambillah udang galah ni. Buat makan malam ko nanti." Ucapnya, langsung seekor udang galah bersaiz besar itu dihulurkan ke arah Lanun.

Gila!

Buntang mata Lanun melihatnya. Terkejut.  Biar betul? Segan pula dia mahu ambil tanpa tahu sebabnya. Tiba-tiba sahaja ucap tahniah, tetapi tahniah atas sebab apa?

"Tah... tahniah? Tahniah sebab apa pula ni?" Soal Lanun penuh tanda tanya.

"Aisehhh, buat-buat endak tahu pula ko ya? Malu ka? Endak payah malu-malu bah, ambil sija. Tahniah sekali lagi!" Ucapnya, langsung udang galah itu ditolak ke arah Lanun. Paksa untuk menerimanya tanpa memberi peluang   untuk Lanun menolak. Lantas, bahu Lanun ditepuk-tepuk sebelum Pak cik Ramlan berlalu pergi. Namun telinganya masih dapat menangkap suara yang ketawa penuh bahagia.

Kening berkerut. Sekejap dia tunduk memandang udang galah ditangan.

"Orang dah beri, ambil ajelah..." gumam Lanun. Malas dia hendak fikir apa yang terjadi, seraya kembali menyambung langkah ingin ke rumah. Namun tak sampai beberapa langkah, sekali lagi dia ditahan.

"Hei, Lanun! Pasti banyak gembira ko hari ni, kan? Sa pun tumpang gembira sekali. Nah, ikan siakap untuk ko."

Kali ini pantas Lanun menggeleng saat orang tua itu menghulur beg plastik berisi ikan kepadanya. Malang sekali, tak sempat dia hendak buka mulut, tangannya terlebih dahulu ditarik lalu beg plastik itu disangkut pada jari-jemarinya. 

Sekali lagi, dia dipaksa menerima sesuatu tanpa sebab. Lanun tergamam.

"Janganlah tolak kalo orang mau kasi. Makan sama Husna nanti ya? Tahniah!"

"Ta... tapi kenapa..." bicara Lanun terhenti sendiri apabila orang tua itu terus berlalu meninggalkannya. Kenapa? Kenapa dengan semua orang hari ini? Apa yang dia buat sampaikan semua mahu beri hadiah dan ucapkan tahniah?

Hendak kata hari jadinya telah tiba, hmm... 20 April, rasanya lambat lagi?

"Kenapa dengan diaorang ni?" Gumam Lanun sendirian. Otaknya masih lagi sesat dengan apa yang berlaku.

"Assalamualaikum, Lanun!" Tegur lagi seorang pemuda. Dan ketika Lanun berpaling ke belakang, terbeliak biji mata saat pemuda itu datang kepadanya dengan sebakul buah kelapa muda. Ah, sudah! Dia tidak mahu terima apa-apa lagi.  Siapa yang mahu habiskan semua benda ini?

Kepala Lanun tergeleng-geleng. Cukup!

"Jangan! Sa endak mau! Jangan bagi apa-apa lagi!" Tak tunggu lama, terus Lanun pecut lari ke rumah sebelum dia dipaksa untuk menerima hadiah lagi. Tak pedulikan reaksi pemuda itu yang memandangnya dengan muka pelik.

Tanggal sahaja kasut, langsung dia berlari masuk ke dalam rumah. Tutup pintu, tetapi tidak dikunci. Harap-haraplah tiada siapa yang akan datang untuk beri sesuatu. Kemudian Lanun mengeluh perlahan.

"Pelik-pelik semua orang hari ini..." desisnya. Kepala tergeleng-geleng.

Sedar suasana di dalam rumah agak sunyi, anak matanya melilau ke setiap penjuru. Tercari-cari kelibat Husna yang sepatutnya berada di bahagian ruang utama, akan tetapi tidak pula kelihatan saat ini. Lantas, Cermin mata hitamnya ditanggalkan lalu diletak ke atas kabinet sebelum dia meneruskan langkah ke dapur.

Oh, disitu Husna rupanya. Sedang minum air. Dahaga mungkin. Tak dinafikan, cuaca sekarang memang panas. Oleh sebab itu, perlu minum air banyak-banyak.

"Eh, awak dah balik?" Husna sedikit terkejut. Mana tidaknya, toleh sahaja ke belakang tahu-tahu Lanun sudah tercongok di disitu. Dan perlahan-lahan anak mata Husna jatuh ke bawah, terkesima sejenak tatkala melihat tangan Lanun yang penuh memegang udang galah, ikan siakap dan sebungkus mi bandung.

"Aw... awak baru balik daripada pasar ke? Kenapa tiba-tiba beli udang galah?" Soal Husna, pelik.

"Tak. Ini orang kampung yang beri. Aku pun tak pasti sebab apa? Mereka asyik cakap tahniah. Kau rasa kenapa?"

Husna terdiam. Terkulat-kulat dia hendak menjawab. Amboi, laju betul orang kampung sini buat kerja? Tak lain tak bukan, ini mesti Odu yang sebarkan tentang lamarannya.

Aduh, macam mana aku nak beritahu Lanun? Bisik hatinya. Husna tayang sengihan sambil geleng kepala.

"Saya tak tahu." Bohongnya.

Kepala Lanun terangguk. Ya, dia faham, mungkin Husna juga tidak tahu apa sebabnya. Dia kena tanya orang kampung sendiri nanti. Lantas, barang-barang itu diletakkan ke atas meja yang berhampiran dengannya.

"Aku ada belikan kau mi bandung. Extra udang. Kau nak makan sekarang?" Tanya Lanun, dia menoleh sekilas ke arah Husna sambil tangan mengeluarkan bungkusan mi bandung itu daripada plastik, ingin dihidangkan ke dalam mangkuk jika Husna mahu makan sekarang.

Namun, Husna menggeleng.

"Saya kenyang lagi. Tadi Odu ada hantar makanan. Sekejap lagi saya makan." Ujar Husna.

Lanun tidak membalas apa-apa.

Husna gigit bawah bibir. Tiba-tiba jantungnya berdegup laju. Daripada tadi dia asyik memikirkan cara bagaimana hendak memberitahu Lanun untuk jawapan semalam, akan tetapi semua idea itu tak boleh dipakai!

Sekilas anak mata tertancap jag berisi air putih ditepinya, otak pantas mencerna satu idea. Mungkin, dia boleh guna cara ini untuk tarik perhatian Lanun.

"Err... awak nak air?" Tanya Husna, sambil tangan bergerak mencapai segelas cawan. Tolonglah cakap nak!

"Aku dah minum air tadi."

Riak wajah Husna sudah mula moyok. Plan tak berjayalah jawabnya...

"Tapi kalau kau dah tuangkan, aku minum aje." Sambung Lanun, tanpa menoleh ke belakang. Sibuk menyusun barang di atas meja agar terlihat kemas. Mana dia nak letak udang galah sebesar lengan ini? Buat masak apa yang sedap ya?

"Okay." Bibir Husna kembali tersenyum. Tanpa membuang masa, air puteh terus dituang ke dalam gelas itu.  Siap. Kemudian, dia menapak menghampiri Lanun.

"Nah, minumlah." Husna menghulur gelas itu dengan tangan kanan. Kalau Lanun tak perasan ada gelang disitu, tak tahulah apa lagi cara yang ada.

"Terima kasih..." Gelas air puteh itu diambil. Baru hendak bawa ke bibir, perbuatannya tiba-tiba sahaja terhenti.  Kening Lanun berkerut. Dia rasa macam ternampak sesuatu tadi. Langsung anak mata hazel dan biru itu mencerun ke arah pergelangan tangan Husna.

Dia terkaku. Mata membulat.

Gelang itu...

Wajah Husna dipandang dengan muka tak percaya. Benarkah? Dan apabila bibir Husna melemparkan senyuman, ia seolah-olah memberi jawapan kepadanya.

Pegangan gelas tiba-tiba terasa licin apabila ia berpeluh. Cepat-cepat Lanun menaruh gelas itu ke atas meja sebelum ia jatuh berderai ke lantai.

"Husna..." Lanun masih kematian kata. Mata tak lepas menatap wanita di hadapannya. Sekali lagi dia tunduk melihat gelang di pergelangan tangan itu. Dia tersengih. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan di dalam hatinya sekarang.

Mungkin inilah sebab orang kampung mengucapkan tahniah kepada dia. Benarlah, dia memang bertuah hari ini. Sangat bertuah!

"Kau sudi?" Soal Lanun, dia masih tak percaya dengan apa yang dilihat. Dia mahu dengar daripada mulut Husna sendiri.

"Awak cakap saya tak perlu jawab guna mulut. Awak sendiri akan faham maksudnya jika saya pakai gelang ni atau tidak, jadi... saya tak perlu beritahu apa-apa lagi." Ujar Husna, sengaja mahu ingatkan Lanun tentang kata-katanya malam tadi.

Lanun geleng kepala. "Maaf, tapi aku tamak. Aku tetap nak jawapan daripada mulut kau juga." Katanya. Siap mengaku dirinya seorang yang tamak. Tak cukup dengan satu jawapan, dia mahu dua jawapan pula.

Kepit telinga dengan udang galah tu baru tau!

Wajah Husna sudah membahang malu. Sukar untuk dia lontarkan jawapan daripada bibirnya pada waktu sekarang.  Apatah lagi saat Lanun memandangnya dengan muka penuh harapan.

"Ish, awak dah fahamkan? Kenapa saya nak kena jawab juga? Jadi saya tak perlu cakap!" Husna ingin cepat-cepat melarikan diri ke ruangan utama, namun tangan Lanun lebih pantas menarik pergelangan bajunya sehingga terundur semula.

"Tak, aku takkan biar kau pergi selagi kau tak cakap! Tolonglah... aku nak dengar. Sekali aje." Lanun merayu. Siap mengangkat jari terlunjuknya tanda untuk Husna mengucapkan perkataan yang mahu didengar itu cuma sekali. Dia takkan minta untuk kali kedua.

Tak janji.

Husna mengecilkan mata. "Betul sekali aje?"

"Kalau kau nak cakap berulang kali pun,  aku takkan bosan untuk dengar." Jawabnya.

Husna menjuih bibir. Yalah tu!

"Baiklah, saya cakap..." Husna tarik nafas dalam-dalam, mengumpul keberanian untuk melontarkan dua perkataan itu.  Mata dipejam sesaat. Dan setelah dia bersedia, barulah dia bersuara.

"Ya, saya terima."

Lanun terdiam. Dalam masa yang sama, bibirnya tersenyum penuh bahagia saat mendengarnya.

"Saya terima awak dalam hidup saya. Saya terima segala kekurangan yang ada pada awak. Pendek kata, saya terima... segalanya yang ada pada encik Lanun yang ada di hadapan saya sekarang. Dan saya pegang janji awak, iaitu awak takkan buat saya rasa menyesal." Ucap Husna, kali ini memberi jawapan yang lebih panjang agar lelaki itu puas.

Lanun masih tak percaya. Apa yang dirasakan saat ini seolah-olah mimpi yang sangat indah baginya. Sekejap tangannya Lanun meraup rambutnya ke belakang. Dia tidak dapat menahan bibirnya daripada ketawa penuh bahagia.

"Tak. Aku takkan buat kau menyesal. Pilihan kau tak salah. Pilihan kau ini, akan hargai kau sungguh-sungguh!" Jawab Lanun.

Husna turut ketawa kecil.  Dia merenung wajah Lanun dengan lama.

"Baguslah kalau awak cakap macam itu, kalau tidak... saya nak tarik balik gelang ni." Sengaja Husna mahu menyakat. Malah kepala Lanun menggeleng.

"Jangan harap kau boleh buka selepas kau dah berikan aku jawapan. Kau dah jadi salah satu harta aku yang paling berharga dalam dunia ni. Dan kau sendiri tahu, Lanun dan harta takkan boleh dipisahkan? Begitu juga aku dan kau. Aku... takkan biarkan kau menjauh daripada aku." Kata Lanun penuh makna.

Husna menarik senyuman manis. Terasa hangat hatinya saat ini. Dia melepaskan satu nafas pendek. Kepala diangguk.

"Saya pegang kata-kata awak, Lanun."

"Boleh aku ulang jawapan aku semasa di bot haritu?" Soal Lanun.

Kening Husna berkerut.

"Apa dia?"

"Muhang oku dika. (Aku cintakan kau)"
Ucapnya, serius. Tepat merenung ke sepasang mata milik Husna.

"Apa lagi yang awak cuba nak kenakan saya?" Husna peluk tubuh. Selama berada dikampung ini, dia sudah kenal sedikit demi sedikit perangai Lanun yang seorang ini. Suka menyakat dia dengan perkataan dusun.

Namun, kali ini bibir Lanun tersenyum.

"Tak, aku takkan kenakan kau lagi. Biar aku jujur dengan ayat kali ini... maksudnya, aku cintakan kau. Selepas ini, kau akan faham jika aku ulang sekali lagi." Ujarnya. Sengaja dia beritahu siap-siap maksud itu, manalah tahu Husna mahu menyebut perkataan itu kepada dia pula. Tapi, jika boleh... biarlah sebut dengan tahu maknanya sekali.

Husna mengulum senyuman bahagia. Kepala terangguk-angguk faham.

"Muhang... oku dika juga, Lanun." Ucap Husna.

Terus Lanun berpaling wajah ke lain saat pipinya sudah memerah menahan malu. Hidung mancung yang terasa gatal itu dicelek dengan ibu jarinya. Dia ketawa lagi. Aduh, kalau begini... dia pula yang akan pengsan.

"Sekali lagi, boleh?" Pinta Lanun, dia mengangkat satu jari.

Haih, benarlah dia ini memang tamak.

"Sudahlah, Lanun. Malas saya nak layan perangai gatal awak." Terus Husna melangkah ke ruang hadapan tanpa pedulikan permintaan Lanun. Dalam diam, dia menahan bibir daripada tersenyum.  Sengaja mahu jual mahal sedikit.















Ha, yang tersengih sendiri tu kenapa?

Continue Reading

You'll Also Like

751 128 30
Biodata Ezril Hayyan umur 22 tahun darah kacukan, tinggi 185 kulit hitam manis / sawo matang mata warna biru laut and of course hensem anak kepada No...
1.1K 148 30
Sejujurnya ini buka kisah tentang Nu'aiman sahaja :) Andai ada salah atau silap dimana-mana,kau orang boleh tegur aku. Jangan segan-segan sama aku. A...
2.2K 187 29
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...
16.6K 1.7K 42
Ahli sihir yang namanya dilupakan. Itulah dia. start : 20/03/30 end : 20/05/12