MR PIRATE

By CIK_ZALIKHA

3M 271K 56.2K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

53

36.1K 3.7K 1.7K
By CIK_ZALIKHA

                      CERMIN mata ditanggalkan sebaik sahaja Tan Sri Raqib habis memeriksa data resort. Sakit kepalanya apabila memerhati skrin lama-lama.  Lantas sebelah tangan naik memicit dahi sebentar. Dan apabila anak mata mengerling ke arah jam di dinding, dia agak tersentak. Jarum sudah bergerak ke angka 6:40 petang.

Sekilas Tan Sri Raqib menoleh ke arah cermin biliknya yang menghadap pemandangan laut. Cahaya matahari sudah membiasi hampir keseluruhan air laut biru itu. Dengan berlatar belakangkan bot pelancongan yang sedang berlayar, dan sekumpulan burung camar berterbangan hendak balik ke sarang mereka.

Indah sekali pemandangan hari ini. Tan Sri Raqib tersenyum. Namun ia tidak kekal lama, sebaik saja mendengar pintu diketuk terus pandangannya beralih arah.

"Masuk!" Dia memberi arahan.

Langsung pintu bilik itu ditolak seseorang daripada luar. Tatkala Zaim muncul di hadapan mata, kening Tan Sri Raqib ternaik sedikit.

"Zaim?"

"Maaf, jika saya mengganggu masa Tan Sri. Tapi boleh ke kalau saya nak jumpa Tan Sri sekejap? Ada satu perkara yang saya perlu beritahu." Omel Zaim, kepalanya menunduk menikus ke bawah. Muka yang masih berbekas lebam itu tampak takut. Sekejap anak matanya melilau seolah-olah sedang memastikan sekelilingnya selamat atau tidak.

Tanpa banyak soal, Tan Sri angguk kepala. Tangan menunjuk kearah kerusi yang ada di hadapan mejanya.

"Duduklah dulu." Pelawa Tan Sri Raqib.

Zaim langsung melabuh punggung disitu.

"Apa yang kamu nak beritahu kepada saya? Bukan ke kamu ada cuti lagi dua hari? Muka tu pun nampak masih teruk lebamnya." Ujar Tan Sri Raqib, dia rasa bersalah apabila melihat pekerjanya datang dalam keadaan sakit begitu. Entahlah apa punca sebenar muka lelaki muda itu bengkak dengan teruk, bila ditanya, Zaim cuma senyap.

"Lebam aje yang nampak teruk tapi sakitnya dah hilang. Tan Sri jangan risau."

"Kamu dah pergi check di hospital?"

Zaim angguk. "Dah, doktor cuma beri ubat tahan sakit sahaja. Tiada luka yang serius pun."

Tan Sri Raqib menghembus nafas lega.

"Syukurlah kalau macam itu. Saya pun risau juga jika berlaku luka yang teruk. Kamu pun tak nak beritahu saya apa puncanya, kalau staff ada buli kamu cakap sahaja dengan saya. Saya akan terus berhentikan mereka. Tak perlu takut. Saya pun tak nak ada pekerja yang tiada adab seperti itu."

Zaim hanya diam. Kalau dia beritahu Tuan Andikha yang menumbuk mukanya, rasa-rasa tercabut tak jantung Tan Sri mendengarnya? Hmmm, lebih baik jangan dicuba.

"Sebenarnya... saya memang layak dapat penumbuk ni." Keluh Zaim. Kepalanya menunduk penuh kecewa kepada diri sendiri.

Manakala kening Tan Sri Raqib berkerut, tidak faham. Matanya membulat. Agak terkejut mendengar perkataan penumbuk. Bermakna, ada seseorang yang kurang ajar menumbuk muka staffnya.

Haish, siapalah orang itu? Ke mana pergi adab dan belas kasihan terhadap sesama manusia?

Tan Sri mengetap bibir. Geram.

"Siapa yang tumbuk kamu tu? Beritahu saya sekarang! Apa pun kesalahan yang kamu buat, dia tiada hak untuk buat sampai ke tahap ini!" Dingin suara Tan Sri Raqib berkata.

Zaim gigit bibir. Takut pula dia ingin beritahu. 

"Cakap siapa dia?! Sekarang juga saya berhentikan dia daripada Ocean Resort!" Bentaknya lagi. Seakan-akan mendesak untuk Zaim memberitahunya.

Lelaki muda itu tarik nafas dalam-dalam, mata dipejam sesaat. Sebaik dihembus, barulah dia membuka mulut.

"Tuan Andikha Rafael yang tumbuk muka saya, Tan Sri." Katanya cuma senafas.

Mendengar nama itu disebut, terus Tan Sri Raqib terdiam kaku. Mata tak berkelip. Dunia seakan berhenti berputar. Senyap. Sepi. Hanya bunyi ombak laut menghempas daripada luar sahaja yang menjengah ke telinga.

"An... Andikha Rafael?" Ulang Tan Sri Raqib dengan muka tak percaya. Namun, Zaim tetap angguk kepala mengiyakannya. 

Serupa ada panahan tercucuk ke dada menembusi ke tubuh belakangnya, begitulah yang Tan Sri Raqib rasakan sekarang. Dia tidak pernah dengar Raf memukul orang sampai begitu teruknya.
Padahal, Raf yang dia kenali dan besarkan selama ini seorang yang pandai mengawal emosinya.

Akan tetapi, kenapa tiba-tiba sahaja si Raf itu menumbuk muka staff Ocean Resort? Pasti ada sesuatu yang berlaku diantara Zaim dan anaknya.

"Kenapa dia tumbuk muka kamu? Selama saya kenal dia, dia tak pernah berkelakuan macam ini."

"Sebab itulah saya datang ke sini, adalah kerana dia juga. Pada mulanya saya berniat nak berhenti kerja dan larikan diri, tapi apabila fikirkan yang dunia ini tak besar mana. Maka tak guna juga jika saya lari ke mana pun. Sedangkan Tuan Andikha tu berduit, dia boleh sahaja upah orang untuk cari saya..."

"Sekejap! Sekejap!" Sebelah tangan diangkat. Menyuruh Zaim berhenti seketika. Kepala makin rasa berdenyut.

"Kamu... nak berhenti kerja? Anak saya buat kamu tertekan ke?"

"Eh, bukan Tan Sri!" Pantas sahaja Zaim menafikannya.

"Habis tu?" Tan Sri Raqib semakin bingung.

Zaim telan air liur.  Jantungnya berdegup laju. Rasa takut masih lagi menyelubungi diri. Namun, mungkin perasaan ini akan pergi jika dia berlaku jujur. Lantas, nafas ditarik dalam-dalam, mengumpul kekuatan lalu...

"Dia tumbuk muka saya sebab... saya cuma pekakkan telinga dan tengok sahaja apabila Cik Husna ditolak ke kawasan Red Zone. Walaupun Cik Husna ada menjerit minta tolong, tapi saya sedikit pun tak pedulikan dia disebabkan terdesak mahukan duit."

"What?!" Suara Tan Sri Raqib kedengaran naik satu oktaf. Muka habis berkerut ditayang bercampur perasaan amarah.

Terhinjut bahu Zaim mendengarnya. Kepala lelaki muda itu masih tunduk menikus ke bawah, tidak berani hendak bertentangan mata. Sedar akan kesalahan yang dia telah lakukan. Dan ya, kalau diikutkan undang-undang sudah pasti dia diheret ke penjara dengan perbuatan kejam ini.

"Saya minta maaf, Tan Sri! Saya tahu saya salah! Waktu itu, saya cuma mahukan duit sahaja sampaikan tak fikir tentang nyawa orang lain. Dia tawarkan wang yang banyak kalau saya sanggup bawa bot ke kawasan Red Zone."

"Astaghfirullah hal Azim..." Bibir Tan Sri Raqib beristighfar perlahan. Kepala yang semakin rasa berdenyut itu dipicit.  Sedaya upaya mengumpul sabar di dalam dada. Dia tidak mahu mengikut emosi. Nanti tak pasal-pasal muka yang berlebam itu makin bertambah lebamnya. Cukuplah tangan Raf sahaja sudah mengajar lelaki di hadapannya itu.

"Jadi cerita yang kononnya Husna terjatuh itu adalah palsu huh?!" Soal Tan Sri Raqib penuh keras.

Zaim angguk perlahan. "Ya, palsu..."

"Ya Allah..." Sesaat Tan Sri Raqib meraut wajah. Dia punyalah mati-matian percaya yang Husna terjatuh ke dalam laut, rupa-rupanya ia cuma rekaan untuk menutup kejahatan yang dibuat. Mengapa ada manusia hati sebusuk itu di dalam dunia ini?

"Kamu tahu tak saya hampir sahaja libatkan hal ini dengan pihak polis. Itupun mujur keluarga Dato Idris tak setuju untuk laporkan tentang kehilangan Husna, kalau tidak dah tentu pihak polis dapat kesan sesuatu dan benda tu bukan sahaja akan menyusahkan kamu seorang tetapi Resort saya akan terpalit sekali!"

Zaim cuma diam.

"Dan nasib baik juga anak saya pantas bertindak. Kalau dia tak ada malam itu, pasti Husna juga dah tiada! Awak sendiri tahu cuaca pada malam itu, macam manakan?!"

Dia mengangguk. Ya, dia tahu. Cuma sengaja diabaikan kerana mata sudah ditutupi dengan duit.

"Saya punyalah tertanya-tanya kenapa anak saya tu tak terus sahaja bawa balik Husna ke sini, rupa-rupanya ada orang yang cuba nak bunuh dia. Apa gaji disini tak cukup lagi untuk tampung hidup kamu?!"

"Cu... cukup, Tan Sri."

"Dah tu? Kenapa sanggup buat kerja terkutuk seperti itu?! Siapa yang upah kamu? Banyak sangat ke duit yang dia beri?!" Soal Tan Sri Raqib bertubi-tubi. Nafasnya turun naik sama mengikut dada yang berombak.

Perlahan-lahan Zaim mengangkat wajah memandang Tan Sri Raqib dengan muka pucat. Air liur ditelan, kesat. Jantungnya berdebar dengan kuat.

"Datin Khadijah yang upah saya. Dan dia juga... yang tolak Cik Husna jatuh daripada bot."

Semerta, Tan Sri Raqib terdiam. Mata terbeliak, satu lagi kejutan buatkan jantungnya rasa dicengkam. Sukar untuk percaya, tetapi... takkanlah Zaim masih lagi mahu berbohong pada waktu begini?

Tapi kenapa?

Bukankah Datin Khadijah itu emak tiri kepada Husna? Tegar sungguh hatinya menolak Husna jatuh daripada bot. Biarpun Husna itu bukanlah datang daripada darah dagingnya, dia tetap tiada hak memperlakukan Husna seperti binatang! Bahkan, dengan binatang juga, sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal dan fikiran, tidak boleh berkelaluan kejam.

Ya Tuhan,

Dia benar-benar kematian kata.

"Ta... Tapi kenapa? Husna tu..." kepala Tan Sri Raqib tergeleng-geleng.  Sungguh, otaknya tak mampu memproses apa-apa tika ini. Tiba-tiba dia teringatkan Dato Idris, apalah reaksi rakannya jika tahu isteri sendiri berniat untuk membunuh anaknya?

Ah, tak mampu hendak bayangkan.

"Saya kena beritahu dia!"

"Tunggu, Tan Sri!" Halang Zaim. Pantas dia menekan tangan Tan Sri Raqib yang ingin menarik ganggang telefon seakan mahu menghubungi seseorang. Semerta, perbuatannya terhenti. Pandangan penuh tanda tanya jelas terpapar diwajah orang tua itu. Zaim menggeleng berkali-kali. 

"Tolong jangan beritahu Dato lagi. Kalau dia tahu, tentu Datin Khadijah juga akan tahu yang saya bocorkan rahsia. Mati saya nanti!"

"Habis? Kamu nak saya diamkan sahaja huh?!"

"Pasti ada cara lain. Tan Sri tak boleh bertindak melulu macam ini. Kalau beritahu sekarang pun, tak mungkin Datin Khadijah itu tiada rancangan lain untuk tutup kesalahannya." Ujar Zaim.

Tan Sri Raqib terdiam. Nyatanya kata Zaim ada benar juga. Tapi sampai bila mereka mahu menutup mulut? Dia harus fikirkan solusinya.











                     "WAH, cantiknya pemandangan dekat sini!" Sebaik sahaja bot yang dipandu oleh Lanun berhenti ditengah-tengah air laut, terus Husna bangkit daripada tempat duduk lalu berlari ke hadapan untuk melihatnya dengan lebih dekat. Seluruh langit bertukar oren bercampur kemerah-merahan, susunan awan yang terlihat kecil itu tak ubah seperti sebuah lukisan. Manakala jauh nun disana ada bukit, dan apabila dia mendongak ke langit, kelihatan sekumpulan burung camar berterbangan membentuk V menuju ke bukit itu. Mungkin disitulah sarang mereka.

Angin pun sepoi-sepoi saja menyapa kulit wajahnya. Air laut juga tampak tenang, tidak bergelora. Matahari yang separuh tenggelam ke dasar lautan itu nampak lebar dan besar. Dia tak pernah menatap pemandangan seindah ini. Selalunya matahari itu nampak kecil dimata kasarnya dan jauh semasa dia berdiri di darat.

Nyatanya, kali ini sangat berbeza.

Lanun tersenyum. Enjin dimatikan sebaik sahaja sauh dicampak ke dalam laut.

"Rugikan kalau kau tak ikut?" Lanun bersuara, sambil kakinya menapak mendekati Husna yang masih terpegun melihat pemandangan disini. Dengan mulut ternganga, mata terkebil-kebil serupa baru melihat keajaiban dunia yang sangat jarang berlaku.

Lanun tertawa kecil. Comel betul reaksi wanita itu.

"Kau suka?" Soal Lanun.  Wajah Husna yang ditatap sebelum dia juga sama menebarkan anak mata ke pemandangan serupa lukisan itu.

Kepala Husna terangguk-angguk.  Dia masih nampak kagum. "Gila tak suka! Saya tak pernah nampak pemandangan macam ini. Tapi macam mana awak jumpa? Siapa bagitahu awak yang pulau Semporna ada view secantik ini?"

"Tak ada sesiapa yang beritahu.  Aku yang jumpa sendiri." Jawabnya.

Husna tergamam. Matanya membulat. Terus pandangannya teralih ke arah Lanun yang berdiri disisi. Seriuslah? Dia tak percaya!

"Akukan Lanun. Jadi aku dah kelilingi hampir seluruh pulau Semporna ini sendirian. Tempat ini dah serupa tempat untuk aku tenangkan diri. Setiap kali rasa bosan atau tertekan, disinilah aku akan pergi. Dan aku juga tak pernah bawa sesiapa datang ke sini." Ujar Lanun.

Husna terlopong.  Terus jari terlunjuk dihala ke mukanya sendiri dengan mata terkebil-kebil.

"Jadi saya orang yang pertama?"

Lanun angguk kepala. 

Husna terkesima. Dalam masa yang sama dia turut rasa teruja. Bermakna, dia salah seorang yang bertuah di dalam dunia ini kerana diberi peluang untuk melihat pemandangan disini. Wah, sungguh tak sangka!

"Tapi kenapa awak tak pernah beritahu sesiapa tentang kawasan ni? Kalau awak beritahu lokasi ni dekat CEO Ocean Resort, saya yakin ini akan jadi tempat pelancongan yang paling mahal sekali! Mesti akan tarik lebih banyak pelancongan luar untuk datang ke sini."

"Itulah yang aku tak nak sebenarnya." Lanun melepaskan satu nafas. Sebelah tangan diseluk ke dalam poket seluar. Matanya masih tumpu melihat pemandangan.

Tatkala Husna tayang muka penuh tanda tanya. Mengapa pula?

"Bila pelancong tahu tempat ni, bermakna aku dah tiada peluang untuk duduk disini seorang diri lagi. Jadi biarlah tempat ini cuma aku... dan kau sahaja yang tahu. Biar ia jadi lokasi rahsia kita."

"Kita?" Husna tersenyum suka. Adakah maksud Lanun, tempat ini khas untuk dia juga? Bermakna dia boleh datang ke sini lagi jika mahu.

Lanun angguk kepala.

Terus tangan Husna naik menekup mulut. "Jadi saya boleh ke sini lagi kalau saya nak?"

Lanun angguk lagi.

Wah, seronoklah kalau begini! Sebagai seorang yang selalu stress menghadap kerja, dia memang perlukan tempat tenang seperti ini. Husna jatuhkan tangan ke bawah semula. Kini, anak matanya melilau ke sekeliling.

"Kalau ini tempat awak, apa namanya?" Soal Husna, mahu juga dia tahu. Wajah Lanun dipandang semula.

"Aku belum fikir lagi."

"Kalau awak belum fikir, biar saya yang fikir!" Husna peluk tubuh.  Otak mula proses memikirkan nama yang sesuai. Dan apabila dia sudah mendapat idea, terus kepalanya melangut. Tangan diangkat separuh. Namun, tak sampai sesaat dia menggeleng semula tanda tidak sesuai. Kepala kembali menunduk.

Nak beri nama apa ya?

Hmm...

Bawah dagu diketuk dengan hujung jari.
Tanpa sedar, Lanun hanya memerhati dia dengan tersenyum.

"Macam mana dengan muhang?" Setelah beberapa minit dia diam menunggu Husna bersuara, akhirnya Lanun yang memberi cadangan. Langsung kepala Husna melangut menatapnya. 

"Muhang?" Kening Husna berkerut. Apa benda pula itu?

Lanun mengangguk perlahan. Iya, Muhang. Kemudian, dia memusing tubuh menghadap ke arah Husna. Wanita itu juga turut ikut sama pusing, tika ini mereka sama-sama berbalas pandangan. Kepala Husna sedikit terdongak saat membalas renungan mata hazel itu.

Namun, Lanun rasa serupa tak adil pula jika Husna sahaja yang menatapnya dengan sepasang mata. Lantas, dia menundukkan kepala.  Membuka ikatan tali di belakang kepalanya.

Husna nampak terpinga-pinga. Jantungnya sudah berdegup kencang. Aduh, kenapa dia tiba-tiba rasa nervous?

"Aw... awak nak buat apa?" Soal Husna, entah sejak bila dia jadi gagap. Dan tatkala Lanun kembali mengangkat wajahnya, seluruh tubuh rasa terkunci sekelip mata. Sinaran cahaya matahari yang membiasi ke arah mereka, menampakkan dengan lebih jelas kebiruan lautan dalam yang sedang menatapnya.

Pada malam itu, Husna cuma nampak samar-samar sahaja. Tapi kali ini, tidak. Ia terus membuatkan Husna terpukau tanpa jampi apa-apa pun.

Husna kehilangan kata. Matanya asyik melekat disitu.

"Aku suka tengok kau terkaku pandang aku macam itu." Kata Lanun, terus mematikan lamunannya. Kepala Husna tergeleng-geleng.  Cepat-cepat dia melarikan anak mata ke lain. Wajah membahang malu.

"Ehem!" Husna buat-buat berdehem membetulkan suara. Dia tayang muka bersahaja sebelum berpaling memandang Lanun semula. Namun tetap sahaja jiwanya rasa berdebar.

Kenapa ya?

Kenapa perasaan ini cuma hadir bila dia  bersama dengan Lanun? Siapa lelaki ini sebenarnya? Hatinya menyoal.

"Kenapa awak tiba-tiba sahaja buka penutup mata? Bukan ke mata awak tu cuma yang special sahaja boleh tengok?" Soal Husna, ada nada cemburu yang tak dapat dikawal.

Lanun berdecik kecil. Haih, Husna ni... takkan tak dapat tangkap maksudnya lagi?

"Kau ni... boleh tahan lembab juga." Selamba Lanun mengejek.

Mata Husna terbeliak. Mulut terlopong.

"Awak cakap saya lembab?!" Bibir diketap. Mukanya jelas tidak puas hati. Kalau dia lembab, tak adalah dia pegang jawatan CEO di hotel Paredise!

"Yalah, patutlah kau tak jumpa Mr Blue sampai sekarang.  Sebab kau memang lembab." Ulang Lanun lagi, sengaja dia mahu buat Husna bertambah geram.

"Apa kena mengena otak lembab dengan
Mr Blue? Kalau dia muncul dihadapan saya, sudah tentu saya cam dia! Sebelum ini pun, ada aje lelaki mata biru yang muncul di hadapan saya mengaku yang dia Mr Blue tapi saya sedikit pun tak percaya, sebab apa? Sebab saya tahu dia bukan Mr Blue saya! Jadi, saya tak lembab seperti yang awak anggap!"

"Jadi kenapa kau tak pernah anggap aku  Mr Blue?" Potong Lanun, langsung menyoal.

Terus Husna terdiam. Dia terkulat-kulat.
Otak tiba-tiba tak berfungsi untuk mencerna soalan lelaki itu.

"Ap... Apa maksud awak? Siapa kata saya tak pernah terfikir yang awak adalah... mr Blue?" Soal berbalas soalan. Husna menunduk ke bawah, memandang tangan sendiri yang tidak mahu duduk diam. Tak dinafikan, dia memang pernah terfikir Lanun adalah Mr Blue cuma...

Dia tak yakin.

"Saya pernah aje rasa yang awak mungkin boleh jadi dia, tapi..."

"Tapi apa?" Lanun memotong.

Husna gigit bawah bibir sesaat. "Tapi saya tak berapa pasti sebab awak lain. Saya tak yakin. Dan... lagi satu sebab, awak selalu ejek Mr Blue saya." Omel Husna, perlahan. Mukanya merah menahan malu.

Lanun tersenyum senget. Sebab itu sajakah? Kepalanya terangguk-angguk.  Nafas ditarik dalam-dalam lalu...

"Macam mana kalau... aku sendiri yang yakinkan kau?" Soal Lanun secara tiba-tiba.

Husna yang sedang tertunduk langsung kepalanya terlangut. Pandangan redup Lanun buatkan hatinya diserang debaran sekali lagi. Namun kali ini lebih kuat. Otaknya masih sesat cuba memikirkan soalan Lanun. Bahkan, lidahnya menjadi kelu tanpa sebab.

"Huh?" Itu sahaja yang keluar dibibir Husna dengan dahi berlapis.

"Puteri Husna..."Seruan Lanun berbunyi  lembut. Sepasang mata yang berlainan warna itu merenung wanita di hadapannya dalam-dalam.

Dan saat ini, Husna nampak kaku. Mulutnya sedikit terbuka seperti mahu menyoal sesuatu, mungkin pelik bagaimana Lanun boleh tahu nama hadapannya. Namun, Husna menggeleng. Dia mahu mendengar penjelasan Lanun sendiri tanpa menyampuk.

"Pasang telinga kau baik-baik. Aku takkan ulang jawapan ni dua kali. Jadi... kau dah sedia nak tahu apa yang aku nak buat dengan kau?"

Husna angguk perlahan. Ya. Dia mahu tahu sekarang.

"Kau pernah berjanji di hadapan aku, kau nak harungi setiap waktu bersama-sama dengan dia." Lanun mara setapak ke hadapan. Husna sudah terpinga-pinga. Lantas, dia juga berundur setapak ke belakang. Air liur ditelan entah ke berapa kali.

Kenapa dengan Lanun ni? Sengaja nak buat dia pengsan dekat sinikah?

"Dan kau juga pernah cakap, kau tidak mahu yang lain, selain dia seorang. Kau... nak dia jadi suami kau buat selamanya, bukan?" Lanun mara setapak lagi. Dan Husna juga mengundur.

Dalam masa yang sama Husna cuba memproses ingatan semula, pernahkah dia cakap begitu? Kalau ya, memang memalukan! Haish, rasa macam nak tampar mulut sendiri saat ini.

"Kau cakap lagi, yang kau cintakan dia sejak kali pertama pandang matanya. Jadi... kau nak tahu apa jawapan dia pula?" Soal Lanun.

Jantung Husna berdegup-degup. Namun dalam hati tetap berkobar-kobar mahukan jawapan, lantas kepala diangguk perlahan.

"Jawapan dia..." Lanun menarik nafas nafas. Dia mendekat lagi.

"Muhang (cinta)..." 

Setapak lagi dia mendekati. Dan kali ini jarak belakang Husna sudah semakin sempit di hujung bot.

"Oku..." sepatah lagi perkataan disebut. Matanya masih merenung Husna. 

"Dika..." sambunganya. Dan ketika Husna hampir sahaja terjatuh apabila mengundur ke belakang, tangannya pantas bergerak menangkap kedua-dua belah pergelangan wanita itu. Ditarik kembali hingga Husna berdiri betul-betul rapat di hadapannya. Genggaman masih erat. Tak mahu dilepaskan.

Senyuman lebar terukir cantik dibibir Lanun. Seluruh lautan yang disinari cahaya mentari itu menjadi saksi kalimat yang baru disebut. Dibiarkan sahaja Husna terus-menerus menatap mata birunya. Kalau boleh, biarlah selamanya mata itu yang menatap dia.

Ya, yang istimewa... Puteri Husna.

Biarpun Husna tidak tahu maksud tiga perkataan yang disebut, namun perasaannya tetap rasa tersentuh. Adakah Lanun ini...

"Aku adalah dia, Husna. Mr Pirate ni... yang kau cari selama ni." Pengakuan Lanun buatkan kening Husna terus terangkat ke atas. Jelas, dia terkejut.

"Aw... awak?" Baru sekarang Husna mampu bersuara. Mukanya masih tak percaya. Namun, Lanun mengangguk kepala untuk meyakinkan Husna dengan jawapannya.

"Ya, aku pun cari kau selama ini. Aku juga nak harungi setiap detik bersama kau, dan aku juga mahukan kau seorang. Tiada yang lain. Jika kau jatuh cinta dengan mata aku pada waktu itu, aku juga jatuh cinta dengan kau, Husna. Disebabkan senyuman indah kau, tiada pada sesiapa. Ia buat aku rasa kau istimewa." Luah Lanun.

Husna terdiam. Dia kehilangan kata. Apa yang berlaku sekarang, seolah-olah mimpi yang paling indah buatnya.

Kemudian, pegangan dilepaskan. Lantas Lanun menyeluk tangan ke dalam poket, mengeluarkan sesuatu yang dibawa bersama semasa naik ke bot tadi. Husna cuma diam dan menanti.

"Puteri Husna..." Sekali lagi nama penuh Husna diseru perlahan. Seutas gelang yang diperbuat daripada cangkerang dihalakan ke arahnya. Sekali lagi Husna terkesima.

Gelang itu...

Gelang yang mereka pernah buat sama-sama semasa di pantai suatu ketika dahulu. Satu per satu memori lama datang menerjah ke kepala. Baru sekarang Husna ingat. Nafasnya terasa sesak. Betulkah semua ini?

"Mahukah kau... jadi harta dan koupusan aku buat selamanya?" Soal Lanun.

Kepala Husna terus terdongak. Dia dilamarkah? Makin berdebar jantung dibuatnya. Tiba-tiba seluruh badan menjadi panas biarpun angin tak henti-henti bertiupan daripada tadi.
Seraya kedua-dua belah tangan naik mengibas-ngibas ke muka sendiri.

Apa yang dia perlu jawab? Pertama kali dilamar, jadi dia buntu. Eh? Bukan dua kalikah termasuk Encik Nathan? Ah, tapi kali ini auranya lebih kuat.

"Husna?" Kepala Lanun sedikit tertunduk melihat Husna, mahukan jawapan.

"Sa... Saya..."

"Saya?" Jantung Lanun turut berdegup menanti jawapan.

"Saya rasa nak pengsan."

GEDEBUK!

"Husna!" Jerit Lanun, melihat Husna tiba-tiba rebah di hadapan matanya terus membuatkan dia jadi cemas. Kenapa boleh sampai pengsan? Mengejut sangatkah lamarannya? Atau... Husna tak boleh terima kenyataan yang sebenar?

Ah, dia tiada masa untuk fikir semua itu.  Malah, dia harus bawa Husna pulang ke kampung semula. Secepat mungkin!





Continue Reading

You'll Also Like

492 158 16
Rayyan Mikhail × Fiqa irissa Rayyan Mikhail seorang jejaka kacak dan lemah lembut,tidak pernah kasar dengan wanita tetapi ada seorang gadis yang san...
1.9K 153 27
Sekarang sastera Melayu semakin Lama semakin dilupakan. Puisi dan pantun jua sudah tidak digunakan dalam pertuturan sehari hari. Sejak dahulu lagi...
7.6K 375 100
• B O O K 2 • it's all about facts and quotes about feeling . malay and english fact / quotes comment ? ✔️ vote ? ✔️ start : 15 Nov 2020 end : 01...
292K 31.9K 29
in which i found pure happiness in you. - forever, till death do us apart. [ highschool : au ] warning - lots of fluff, geram, butterflies, cringe...