MR PIRATE

Per CIK_ZALIKHA

3M 268K 55.7K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... Més

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

52

34.8K 3.2K 680
Per CIK_ZALIKHA

                PINTU diketuk beberapa kali. Tatkala mendengar suara Datin Khadijah mengeluarkan arahan, barulah Mei menapak masuk bersama fail ditangan. Senyuman lebar ditayang kepada wanita tua yang duduk di meja kerja itu. Tempat yang sepatutnya milik Husna kini telah pun digantikan oleh Datin Khadijah buat sementara.

Buat pertama kali, semua staff dapat bekerja dengan tenang. Sebelum ini ada sahaja suara Husna memekak di dalam biliknya. Kan bagus jika setiap hari aman begini. 'Lebih bagus, jika Datin Khadijah mengambil jawatan CEO disini terus', detik hati Mei.

"Datin, ini fail yang Cik Husna pernah suruh saya betulkan semula. Kalau ada mana yang silap, saya akan betulkan dengan segera. Datin boleh check dulu kalau mahu." Ujar Mei, fail hitam itu ditolak ke atas meja.

Tak tunggu lama, Datin Khadijah langsung mencapai fail itu.  Diselak halaman sekali imbas satu persatu. Tak baca sangat pun. Kalau Husna dah pernah tegur, mungkin Mei dah betulkan semuanya. Jadi tak perlulah dia periksa lagi.

"Saya rasa semuanya okay." Komen Datin Khadijah lantas fail itu ditangan tangan sebelum ditaruhkan ke tepi.

Kening Mei berkerut serupa tak percaya. Benarkah? Jika Husna, pasti wanita itu akan mencari dimana kesalahannya juga biarpun sekecil kuman.

"Betul ke, Datin? Tak ada yang salah?" Soal Mei, sekadar ingin memastikan. Kalau sudah hantar ke pihak atasan nanti, tiada peluang lagi untuk dibetulkan.

Datin Khadijah mengangguk. 

"Ya, saya bukan cerewet macam Bos lama awak tu." Sinisnya.

Mei tersenyum.  Makin suka dengan sikap bos baru Hotel Paredise.  Memang jauh beza dengan Cik Husna yang cerewet itu. Lantas, Mei menundukkan sedikit tubuh tanda hormat kemudian berdiri tegak semula.

"Terima kasih, Datin. Kalau dah tiada apa-apa, saya minta diri dulu."

"Eh, tunggu sekejap!" Cepat-cepat Datin Khadijah menghalang ketika melihat Mei yang hampir sahaja berlalu pergi.

"Boleh awak tolong siapkan proposal ini pula? Katanya tentang pengeluaran makanan segera yang akan dibuat tak lama lagi untuk hotel Paredise. " Soal Datin Khadijah sambil menghulurkan fail yang lagi satu.

Mei tidak banyak soal, fail yang dihulur langsung saja dicapai. Diperiksa dahulu. Namun makin lama, kening tebal itu makin berkerut. Kerja ini bukan dalam bidangnya, tetapi selaku CEO yang seharusnya menyiapkan proposal ini sendiri.

Kemudian, Mei angkat muka memandang Datin Khadijah semula. Fail ditutup.

"Maaf, Datin. Tapi ini sepatutnya Datin yang perlu buat, sebab..."

"Tolonglah buatkan untuk saya. Saya ada banyak kerja perlu disiapkan. Tak menang tangan nak uruskan satu persatu. Lagipun, awakkan pekerja? Pekerja perlu ikut arahan bos, bukan?"
Datin Khadijah mula membandingkan pangkat.

Mei mengangguk. Tak menafikan apa yang Datin Khadijah cakap itu adalah benar, tapi tidak semuanya.

"Betul, tapi Datin... saya pun ada kerja lain yang perlu disiapkan..."

"Apa salahnya kalau tambah lagi satu kerja? Saya bukannya beri awak kerja banyak-banyak pun. Tolong ya? Saya hargai sangat jasa baik awak, Mei." Ucap Datin Khadijah bersama senyuman. Langsung tak memberi Mei peluang untuk menolak arahannya.

Tidak mahu tidak, terpaksa jugalah wanita muda itu mengangguk tanda menerima arahan.  Fail itu dipeluk ke dada. 'Satu kerja sahaja, mungkin tak apa.' Bisik hati Mei. 

"Baiklah,Datin. Saya akan cuba siapkan. Datin ada perlukan apa-apa lagi?"

Muncul senyuman penuh makna dibibir. Datin Khadijah angguk kepala. Dia memang menantikan soalan itu daripada Mei. Tubuh disandar ke kusyen mahal itu dengan gaya bersahaja, kedua belah tangan disilangkan ke tubuh.

"Awak tahu tak mana Cik Husna simpan card bank company?" Tanya Datin Khadijah. Puas dia mencari dimerata sudut bilik kerja ini, bahkan dibilik tidur Husna juga sudah diselongkar, tetap tidak jumpa. Dimana agaknya perempuan itu sorok?

"Card... company?" Sengaja Mei mengulanginya. Kening masih berkerut. Takkan Cik Husna tidak beritahu Datin Khadijah sendiri dimana kad itu terletak? Pelik.

"Tak silap saya, dekat dalam peti berkunci tu." Ujar Mei, jari menunding ke arah belakang Datin Khadijah.  Menunjuk peti besi yang berada di atas kabinet. Tiada siapa yang boleh membukanya, kecuali pemilik syarikat itu sendiri.

Datin Khadijah pantas berpaling ke belakang. Oh, di situ rupanya. Tapi malang sekali, ia perlu menekan kata laluan sebelum hendak membuka peti besi itu.

"Awak tahu password peti tu?" Soal Datin Khadijah lagi.

Sedangkan Mei menggeleng. "Saya tak tahu. Hanya Cik Husna dan Dato Idris sahaja yang tahu." Katanya.

Datin Khadijah diam. Husna tiada disini, Ah kalau ada sekalipun mana mungkin perempuan itu akan beritahunya! maka dia perlu bertanya kepada Dato Idris sendiri. Tetapi suaminya sudah lama tidak masuk ke pejabat, jadi tidak mustahil jika Husna telah mengubah kata kunci peti tersebut. Si Husna itu memang licik dan menyusahkan!

Ada satu cara sahaja...

Peti itu harus dipecahkan.

Sekonyong-konyong bibir Datin Khadijah menyenget. Dia tahu apa yang perlu dibuat.

"Datin ada nak apa-apa lagi ke?" Tegur Mei apabila Datin Khadijah cuma diam daripada tadi.

"Tak ada. Terima kasih sebab tolong saya. Awak boleh pergi sekarang."

"Terima kasih, Datin." Ucap Mei, dia menunduk hormat sekali lagi sebelum menapak keluar daripada bilik.












                KENYANG perut. Tak dapat dihabiskan lagi ambuyat yang cuma tinggal separuh. Pada mula merasainya, ia agak pelik. Teksturnya lembut dan harus ditelan tanpa kunyah. Kuah pencicahlah yang menentukan rasanya. Tapi dia paling suka cicah dengan sambal belacan. Sedap memang sedap. Tapi Husna dah tak mampu menelannya lagi.

"Saya dah kenyang. Awak ajelah yang habiskan." Dengan selamba mangkuk ambuyat itu ditolak ke arah Lanun yang sedang menjamah nasi.

Kunyahan di dalam mulut ditelan, apabila Lanun rasa sedikit tercekik, gelas air sirap dicapai lalu diteguknya sedikit.

"Kejap lagi aku habiskan." Katanya sebelum sambung menyuap nasi semula.

Seketika anak mata Husna melilau ke sekeliling, katanya kenduri kahwin akan tetapi sudah berapa minit mereka disini tetap tidak nampak sepasang mempelai naik ke pelamin.

"Mana pengantinnya? Tak nampak pun daripada tadi." Soal Husna, wajah Lanun dipandang.

"Kejap lagi sampailah tu." Jawabnya acuh tak acuh.

Husna mencebik. Tubuh disandarkan ke belakang sambil kedua belah tangan memeluk dirinya sendiri. Bukannya apa, dia sudah tak sabar nak tengok mengalai itu apa. Nak tunggu Lanun jawab?

Heh, lambat lagi!

Lanun pun bukan main nampak berselera benar makan sampai tak ingat dia disisi. Sedap sangatkah ikan masak ampap itu?

Dan tiba-tiba, bunyi muzik kulintangan mencelah suasana di dalam kenduri,  menghasilkan irama tradisional gabungan gong dan gendang. Menarik perhatian tetamu yang duduk di meja ke arah sepasang pengantin yang memakai baju tradisional Sinuangga dan gaung. Sama seperti Husna dan Lanun. Namun, pakaian pengantin itu lebih banyak perhiasan daripada kepala sampailah ke hujung kaki.

Sampai sahaja di pelamin, sepasang mempelai itu melabuh punggung.  Semerta muzik kulintangan tadi terhenti.

"Mana mengalainya?" Soal Husna. Dia tidak nampak dimana mengalai yang Lanun maksudkan.

"Tunggu ajelah." Balasnya kemudian bangkit dari kerusi bersama pinggan kotor ditangan. Menuju ke arah besen hitam yang disediakan di tepi bekas air basuh air tangan, untuk meletak pinggan kotor.

Husna menongkat dagu di atas meja. Lama lagikah pengantin hendak mengalai? Tak sabar nak tengok ni!

Dan kemudian, alat muzik kulintangan bermain sekali lagi. Terus kepala Husna terangkat. Anak matanya tumpu melihat ke arah pelamin. Dan tika itu, pengantin perempuannya perlahan-lahan bangun daripada duduknya penuh lemah lembut. Berdiri ditengah pelamin, membelakangkan suaminya lalu mula menari dengan gaya yang perlahan.

Jari-jemarinya melentok dengan cantik sekali, menghayunkan kedua belah tangan ke atas dan kebawah mengikut irama muzik tradisional. Adakala dia memusing tubuh, tetapi dengan gerak yang perlahan sambil jari-jemarinya tak henti menari-nari.

"Jadi mengalai itu ialah..."

"Menari." Sambung Lanun apabila dia kembali muncul dimeja. Kerusi ditarik lalu dia melabuh punggung.  Anak matanya turut ditebarkan ke arah yang sama.

Kepala Husna terangguk-angguk tanda faham. Patutlah Lanun kata yang dia akan cemburu jika isterinya mengalai, sekarang baru Husna tahu kenapa.

"Tapi..." Lanun mendekatkan jarak. Rapat bibirnya ditelinga Husna ingin berbisik. Tidak mahu mengganggu suasana kenduri yang sedang meriah sekarang.

"Ada sesetengah orang Sabah percaya yang jika kita beri sesuatu kepada pengantin yang sedang mengalai, akan ada sesuatu benda baik yang akan berlaku. Nak cuba?" Bisik Lanun. Terus mengalihkan perhatian Husna kearahnya. Kening wanita itu tampak berkerut serupa tak percaya.

"Boleh percaya ke?"

"Sebagai orang Islam, kita tak boleh percaya seolah-olah itu satu kata azimat. Tapi, kalau sekadar niat nak berkongsi rezeki. Tak ada masalah. Mungkin dengan kongsi rezeki, Tuhan membalas kebaikan hamba-Nya dengan sesuatu yang... mengujakan?" Ujar Lanun.

Husna angguk faham. Betul juga kata Lanun itu. Dia kembali memandang ke arah pengantin yang masih lagi menari-nari. Ada beberapa tetamu yang sudah bangun menuju ke pelamin, menyelitkan sesuatu dicelahan jari-jemarinya sebelum berlalu ke meja makan semula.

Apa benda yang mereka letak? Husna mengecilkan mata, seolah-olah boleh zoom secara dekat. Nyatanya, mereka menyelit duit. Ada sepuluh ringgit, dua puluh ringgit... sampaikan penuh pada jari pengantin itu.  Ada yang terjatuh ke lantai, namun pengantin itu tidak terus mengutipnya malah menari seperti biasa. Manakala tetamu terus-menerus menyelitkan duit.

Wow, menarik sungguh!

Pertama kali lihat pengantin diselitkan duit sebanyak itu. Macam seronok aje kahwin dengan orang Sabah. 

"Nak cuba selit duit?" Tanya Lanun, dia menghalakan duit kertas bernilai seratus di hadapan muka Husna.

Husna tayang riak muka teruja. Macam tahu-tahu saja dia nak cuba selitkan duit sekali! Tak tunggu lama, terus wang kertas itu ditarik.

"Nak! Terima kasih!" Ucap Husna. Duit bernilai seratus itu dipandang dengan senyuman melebar.

"Pergilah." Arah Lanun, seraya Husna mengangguk kepala. Lantas, dia terus bangkit daripada kerusi lalu menapak ke arah pelamin. Lanun hanya perhatikan daripada jauh,  dia pun ikut tersenyum apabila melihat keterujaan Husna membuat sesuatu yang baru di dalam hidupnya. 

Usai menyelitkan duit dicelahan jemari yang penuh wang kertas berwarna-warni itu, terus Husna berlari ke meja semula. Senyuman tak lekang dibibir daripada tadi.

"Husna, ko pun bulih dapat duit kalo mengalai sama untuk hiburkan tetamu! Jomlah!" Kata Orkid yang duduk di meja belakang. Dia terus bangkit bersama beberapa rakan wanita yang lain, menuju ke pelamin lalu ikut menari bersama. Malahan ada tetamu yang sporting turut pergi juga. Dan siapa sangka, mereka juga dapat duit sebagai tanda terima kasih kerana menghiburkan tetamu. Suasana di kenduri itu, menjadi semakin meriah.

"Seriuslah boleh dapat duit juga?! Nak ikut!"

"Tak payah! Kau duduk sini!"

Baru hendak lari ke pelamin, lengan bajunya sudah ditarik oleh Lanun sehingga terduduk ke atas kerusi semula.

Husna tayang muka cemberut.

"Diaorang boleh, kenapa saya tak boleh?! Saya pun nak hibur tetamu dan dapatkan duit!" Soal Husna penuh tidak puas hati. Tubuh dipeluk. Panjang muncung bibirnya. Baru ingat nak kumpul duit banyak-banyak!

"Tak perlu susah-susah menari..." Lanun mengeluarkan dompetnya. Beberapa wang kertas bernilai tiga ratus dikeluarkan lalu dihentak ke atas meja sebelum ditolak ke arah Husna.

"Ambil duit tu! Perangai kau sahaja dah cukup hiburkan aku." Ejek Lanun.

Kecil sahaja pandangan Husna saat ini. Bibir diketap, geram. Dalam masa yang sama, terfikir juga, banyak pula duit si Lanun ini. Ingatkan rumah macam reban ayam, duit pun macam telur ayam juga. Mana dia dapat duit banyak-banyak itu?

Hmm...

Sangat membingungkan.

"Banyak pula duit awak? Hasil daripada jual ikan haritu ke? Tapi bukan awak kata semua duit jualan akan beri dekat Odu ke?" Tanya Husna, takkan Lanun curi duit Odu pula? Tak mungkin!

"Ehem! Tekak kering pula. Aku nak pergi ambil air kejap." Gelas kosong diatas meja terus dicapai lalu dibawa bersama menuju ke arah bekas air sirap disudut tersusun makanan. Soalan Husna langsung tak dijawab. Cekap sungguh dia mencari alasan untuk melarikan diri.

Husna mendengus kecil. 

"Kalau dah lari soalan tu, mesti dia ada sorok sesuatu! Tak mengapa... tahulah aku nak korek rahsia dia nanti!" Getus Husna. Apa-apa pun, rezeki dihadapan mata jangan ditolak. Duit diatas meja itu tetap diambil. Manalah tahu boleh beli udang pula bila pergi pasar nanti.

Kenduri kahwin berlangsung dengan jayanya. Banyak tarian yang dipersembahkan, salah satunya tarian mengunatip yang melibatkan buluh. Adalah juga mereka memberi Husna peluang untuk mencubanya. Bila sampai ditahap yang laju, terus kaki rasa macam tak seimbang dan akhirnya jatuh juga. Tetapi tidaklah dia merasa malu, malah seronok.

Tidak, bukan seronok...

Tapi terlebih seronok!

Kini, masa sudah berganjak dengan pantas. Langit biru pun sudah bertukar sedikit jingga, menunjukkan hari menuju ke petang dan tak lama lagi pasti senja. Kenduri baharu saja tamat. Malah, tetamu pun sudah beransur pulang meninggalkan jiran-jiran yang sedang membersihkan kawasan.

"Terima kasihlah sudi datang ke kenduri Pak cik. Ambillah lauk lebihan ni, buat makan malam nanti." Ucapnya sambil menghulurkan bekas berisi lauk kenduri yang tidak habis.

Lanun tersenyum manis. Huluran Pak Cik Ramlan diambil dengan seikhlas hatinya. "Buat susah-susah sija. Apa-apa pun, lauknya sedap semuanya. Sa makan banyak tadi."

Pak Cik Ramlan ketawa. " Endaklah sedap mana pun, masakan kampung sija Lanun... tapi," Bahu Lanun disapa. Sekejap anak matanya mengerling ke arah wanita berpakaian sinuangga yang menunggu dibawah pokok kelapa.

"Cantik sumandak ko, Lanun." Pujinya. Siap anak mata bergerak-gerak menunjuk ke arah Husna yang sedang mengira buah kelapa yang tergantung di atas sana.

Lanun mendecik kecil. Entah mengapa dia tiba-tiba sahaja ketawa. Barangkali sedang mengawal perasaannya daripada melebih-lebih di hadapan Pak cik Ramlan. Hidungnya pun sudah memerah.

"Bila mau ajak dia kahwin?" Soal Pak cik Ramlan. Seolah-olah sengaja hendak membuat jiwa Lanun rasa hendak meletop bunga api.

"Pak cik rasa... dia mau ka sama saya?" Kini Lanun pula bertanyakan pendapat. Kata orang, orang tua-tua ini lebih tahu perasaan isi hati seseorang yang sedang bercinta.

"Siapa sija yang endak mau sama ko, Lanun? Dulu banyak sumandak gila sama ko bah, tapi ko yang jual mahal. Lagipun..." Pak Cik Ramlan mendekatkan jarak ingin berbisik. Malah Lanun turut membongkokkan sedikit badan ingin menyamai paras.

"Dia pun nampak macam suka ko juga." Bisiknya dan kemudian kembali menjauh.

Lanun tergelak kecil.  Tubuh kembali ditegakkan. Sekilas dia berpaling memandang Husna yang masih  menunggunya. Ada senyuman lebar terukir dibibirnya. 

Benarkah... Husna juga memiliki perasaan yang sama sepertinya?

Tiba-tiba bahu Lanun ditepuk. Mengalihkan pandangan Lanun ke arah Pak Cik Ramlan kembali.

"Pigilah dekat dia. Kesian dia sudah tunggu ko lama-lama."

Lanun mengangguk kepala.

"Baiklah. Sa minta diri dulu." Dia langsung menunduk menyalami tangan orang tua itu sebelum mengatur langkah ke arah Husna yang berdiri dibawah pokok kelapa.

"Enam, tujuh... lapan! Ada lapan buah kelapa belum jatuh!" Jerit Husna. Mengira semua buah kelapa muda yang masih tergantung di atas pokok tinggi melangit itu.

"Tak ada kerja ke kira buah kelapa?" Sampuk Lanun. Sekejap dia dongak ke atas memandang buah kelapa itu, kalau ada yang tiba-tiba gugur nanti ada juga yang pecah kepala.

Husna buat muka ketat. Dia terus berpaling memandang Lanun. "Awak tu yang lama sangat, jadi saya buatlah benda yang membosankan!"

"Oh, kau bosan ek?" Lanun tayang senyum bermakna sambil kaki menapak satu demi satu merapati Husna. Kedua belah tangan diseluk ke dalam poket.  Sampai sahaja di hadapannya, dia berhenti.

Sedangkan Husna mengangguk kepala. "Tentulah saya bosan. Tadi aje yang tak bosan."

"Selalu kalau waktu macam ini, kau akan buat apa dekat resort?" Soal Lanun secara tiba-tiba. 

Husna diam memikirkan sebentar. Jari terlunjuk mengetuk dagu.

"Rasa-rasanya... saya akan pergi ke jeti untuk tengok matahari terbenam."

Lanun angguk kepala perlahan. Bibir dicebik sedikit. Idea yang menarik.

"Kalau macam itu, kau nak tak tengok matahari terbenam dengan aku?" Soal Lanun, dalam masa yang sama dia mengajak Husna untuk mengamati pemandangan laut Semporna disini jika sudi.

Kening Husna berkerut. "Tengok dekat sini ke? Awak tahu tak dah berapa kali saya tengok matahari terbenam melalui tingkap rumah awak tu?" Ungkit Husna. Setakat ajak lihat matahari terbenam disini, dia sudah biasa.

Lanun meletuskan tawa. Kepala digeleng-geleng. Ada sahaja si Husna ni...

"Bukan dekat sini. Aku ada satu tempat yang lagi cantik untuk tengok matahari terbenam. Orang lain tak pernah ke situ lagi."

"Ya ke? Dekat mana? Jauh ke daripada sini?" Soal Husna, mulai teruja. Matanya bersinar-sinar. Mungkin ini akan jadi satu lagi memori terindahnya.

"Jauh sikit. Kena naik bot. Tapi terpulanglah kau nak ikut ke tak, aku takkan paksa kalau kau rasa takut nak naik bot berdua dengan aku. Manalah tahu kau trauma tentang kes minyak bot habis haritu, kan? Tapi kau tetap akan rugi juga kalau tak ikut sebab..." Lanun mengukir senyuman senget.

"Kau takkan tahu jawapan aku tentang soalan kau masa dekat kenduri tadi." Kata Lanun, tanpa pedulikan Husna yang terpinga-pinga lantas dia terus berlalu pergi meninggalkan Husna bersendirian di belakang. Terus menuju ke arah pantai, tidak sedikit pun menoleh semula.

Husna sudah tak keruan.  Mana boleh macam itu! Dia masih lagi nak tahu apa yang Lanun ingin lakukan kepadanya. Tak tunggu lama, terhegeh-hegeh Husna berlari mengejar langkah Lanun yang semakin menjauh.

"Tunggu! Siapa cakap saya tak nak ikut?!" Jerit Husna.

"Kalau macam itu, cepatlah naik bot! Atau kau kena tinggal dekat belakang!" Sahut Lanun yang sudah pun naik ke atas bot. Enjin bot dihidupkan.  Sengaja mahu buat Husna semakin gelabah apabila melihat dia yang sedang menarik sauh.

"Sekejap! Jangan pergi lagi!" Husna melajukan larian. Aduh, sudahlah pakai kain ni. Karang terkoyak, dia juga yang marah sebab tak jaga elok-elok!










Continua llegint

You'll Also Like

292K 31.9K 29
in which i found pure happiness in you. - forever, till death do us apart. [ highschool : au ] warning - lots of fluff, geram, butterflies, cringe...
313K 1K 14
Ini cerita Zink dan Caan yang melakar pertemuan di bangku IPT. Yang si gadis, cemerkap itu sudah sebati dalam diri dan jadi identiti. Yang si jejaka...
1.9K 151 27
Sekarang sastera Melayu semakin Lama semakin dilupakan. Puisi dan pantun jua sudah tidak digunakan dalam pertuturan sehari hari. Sejak dahulu lagi...
66.6K 5.3K 61
° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11...