MR PIRATE

By CIK_ZALIKHA

3M 271K 56.2K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

51

34.2K 3.2K 639
By CIK_ZALIKHA

SAAT ini Lanun sedang membantu tuan rumah menyusun makanan untuk tetamu. Bukan dia sahaja, malah Ratna, Arjuna, Rajuna dan beberapa orang kampung kampung turut menghulurkan tangan. Disini sudah terbiasa hidup bekerjasama, saling bantu-membantu tanpa mengira darjat. Itulah yang menguatkan lagi silaturrahim antara mereka.

"Lanun, air ni ko mau sa ampai (letak) di mana?" Soal lelaki yang membawa bekas air agak berat itu.

"Ampai siring (tepi) sana dulu bah. Nanti sa buat." Balas Lanun, memucung bibir ke arah hujung meja tersusun makanan yang masih kosong. Lelaki itu mengangguk kepala tanda menerima arahan, langsung bekas air minuman untuk tetamu itu diletakkan disitu kemudian dia berlalu pergi mengambil kotak tersusun gelas pula.

Selesai menyusun lauk-pauk di atas meja, seraya Lanun bergerak ke bekas air tadi. Membetulkan posisi yang agak senget. Dan apabila lelaki itu kembali bersama kotak berisi gelas, lantas Lanun mengeluarkan gelas satu demi satu lalu menyusun di tepi bekas air agar memudahkan tetamu untuk mengambilnya.

"Sa endak pernah tinguk ko pakai gaung pigi (pergi) kenduri selama ni. Kacak bah ko pakai begini." Tegur lelaki itu, sempat lagi dia memerhati pemakaian Lanun daripada atas sampai bawah. Nampak segak dimatanya apabila Lanun mengenakan pakaian tradisional gaung.

Lanun tersengih apabila dipuji. "Sijalah sa mau pakai. Biar lama-lama dalam almari pun endak ada gunanya juga, kan?"

"Aisehhh... yalah tu." Lelaki itu mengecilkan mata. Dia tersenyum menyeringai.

"Pakai sebab sudah ada sumandak ka?"
Dia meneka. Bahu Lanun ditolak dengan bahunya, sengaja ingin memancing Lanun ke dalam topiknya.

Bibir Lanun tak dapat ditahan daripada terus tersenyum. Hidung mancungnya sudah memerah apabila dia merasa malu. Namun, dia cuba berlagak tenang. Menyusun gelas di atas meja tanpa berpaling memandang lelaki itu.

"Mana ada." Bohong Lanun. Namun riak wajahnya tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan yang satu itu.

Kepala lelaki itu terangguk-angguk faham apabila dapat menangkap maksud. Bibirnya masih mengulum senyuman nakal. "Jangan biar dia tunggu lama-lama bah. Kalo sudah suka itu kasi tau sija. Nanti dia pilih yang lain, ko juga yang rugi."

Lanun tergelak kecil. Satu penumbuk dilayang perlahan ke lengan lelaki itu.

"Sa memang akan rugi. Tapi dialah yang paling rugi kerana pilih yang lain." Kata Lanun dengan senyuman, bahu lelaki itu ditepuk sebelum dia menapak ke arah tiga beradik kembar yang sudah siap menyusun kerusi dan meja. Masing-masing nampak lelah. Mana tidaknya jika daripada pukul 7 pagi lagi bekerja. Baru sekarang semuanya siap.

"Bang, lapar ni. Bila boleh makan?" Rungut Rajuna. Perut yang sudah berkeroncong ditepuk-tepuk.

Ratna angguk kepala. Dia pun lapar. Terliur daripada tadi tengok lauk-pauk kenduri yang terhidang. "Betul tu. Kitaorang tak makan lagi daripada pagi tadi. Boleh pengsan kalau macam ni."

Lanun mencekak pinggang. Baru buat kerja sikit dah mengadu lapar. Dia yang paling banyak buat kerja pun boleh tahan lagi. Tapi kesianlah pula melihat mereka menahan lapar. Karang pengsan betul-betul, dia juga yang susah.

Sekejap Lanun menebarkan anak mata ke tepi. Ada beberapa buah keluarga tetamu yang sampai. Tuan rumah pun sedang menyambut kedatangan mereka.

"Tetamu dah sampai. Pergilah makan." Ujar Lanun.

Ratna, Arjuna dan Rajuna saling berpandangan. Dah boleh makan? Langsung mereka berlari ke arah sudut tersusunnya makanan. Sebelum kena berebut dengan tetamu, baik mereka ambil terlebih dahulu.

Kepala Lanun tergeleng-geleng. Adik-beradik siapalah tu?

"Lanun, ko endak mau makan dulu ka? Daripada pagi tadi ko tolong kami. Pasti ko sudah lapar, kan? Pigilah ambil lauk yang ko suka." Tegur tuan rumah, pak cik Ramlan namanya. Rasa terhutang budi sungguh pada niat baik Lanun membantu keluarganya menyiapkan kenduri. Jasa Lanun mungkin tak dapat dibalas dengan duit, hanya mampu berkongsi rezeki dengan makanan kenduri yang ada.

"Nanti-nanti sija sa makan. Sa mau tunggu seseorang." Jawab Lanun dengan senyuman ramah dibibirnya.

"Baiklah kalo begitu. Jangan lupa makan ya?" Pesan Pak cik Ramlan sebelum berlalu pergi. Lanun hanya mengangguk.

Tak sampai beberapa minit, tetamu sudah penuh duduk dimeja. Manakala disudut lauk pula, tetamu beratur panjang menunggu giliran. Lanun tersenyum. Baguslah kenduri ini berjalan dengan lancar.

Seketika anak matanya melilau mencari kelibat Husna dan Orkid. Batang hidung mereka langsung tak kelihatan. Rasanya dia dah pesan, lepas bersiap terus datang ke kenduri. Lama benar si Husna tu ambil masa untuk bersiap.

"Nampak gaya macam lambat lagi dua orang tu, baik aku ambil makanan siap-siap." Gumam Lanun. Lantas dia menapak ke arah sudut makanan. Pinggan dicapai sebelum dia masuk ke dalam barisan. Menunggu sehingga tiba gilirannya pula.

"Uiina... alawa (cantik) betul sumandak itu." Kedengaran suara lelaki muda itu menegur.

"Siapa punya sumandaklah itu, kan? Bertuah bah dia punya tanak wagu (teman lelaki)."

Kening Lanun berkerut. Dia memandang dua orang lelaki yang beratur di hadapannya, saling menyiku lengan sesama sendiri sambil memuncung bibir tunjuk ke satu arah. Ada senyuman gatal tertancap di mata Lanun. Cantik sangatkah sampai mereka pandang begitu?

Seraya Lanun menoleh ke arah yang sama. Saat ini, matanya terpaku lama disitu. Tergamam, terkaku, terkesima, kalau boleh semua ter mahu disumbat sekali. Terdetik di dalam hati secara tiba-tiba, milik siapakah wanita itu agaknya?

Ingatkan wanita Sabah manalah yang berjalan disisi Orkid itu, rupa-rupanya Husna yang memakai sinuangga hitam berlengan panjang dengan sulaman emas disekitarnya. Bahkan, siap ada himpogot yang berupa tali pinggang diperbuat daripada wang syling dolar abad awal 20-an mengelilingi pinggangnya. Amboi, rasanya dia bagi baju sahaja. Mana Husna dapat perhiasan itu?

Tidak lain tidak bukan, ini pasti kerja si Orkid!

Langsung pinggan diletakkan ke tempat asal. Tidak jadi dia ingin mengambil makanan, malah bertukar arah mendekati Husna yang baru tiba di bawah kemah. Tak pedulikan mata-mata yang memandang, kerana mata hazelnya cuma tumpu buat Husna yang berdiri di hadapannya.

"Sekejap!" Kening Husna berkerut sejenak. Mukanya tampak sedikit terkejut apabila memandang Lanun. Sesaat dia tunduk melihat pakaian ditubuhnya, kemudian kembali melangut memandang pakaian Lanun. Hitam sama, ada sulaman emas, corak pun hampir serupa.

Husna mengecilkan mata.

"Kenapa baju kita sama?" Soal Husna, baru dia tersedar baju mereka hampir serupa. Siapa yang pengantin sebenarnya sekarang?

"Tadi kau juga yang suruh aku bersiap sikit. Dah pakai baju lawa-lawa, kau persoalkan pula kenapa baju kita sama." Lanun menyeluk kedua-dua tangan ke dalam poket.

"Ini sahaja baju yang paling kemas dan cantik yang aku ada. Jadi aku pakailah. Kau ingat aku saja-saja nak sama dengan kau?" Sambung Lanun. Ceh, padahal memang dia dah rancang untuk pakai baju yang sama.

Husna mencebik. Kalau nak sama sekalipun, apa salahnya? Detik hatinya. Sempat lagi dia memerhati pemakaian Lanun daripada atas sampai bawah. Benarlah kata Lanun tadi, dia kalau pakai baju tradisional memang akan terserlah aura lelaki Sabah.

Haih, kenapa orang Sabah dan Sarawak terlebih kacak ya?

"Mana kau dapat himpogot tu?" Soal Lanun, anak matanya mencerun ke arah himpogot yang mengelilingi pinggang Husna.

"Oh, ini... Orkid!" Laju sahaja Husna menunding jari ke arah Orkid disisi. Mata wanita itu nampak terbeliak.

"Dia yang selongkar rumah awak, bukan saya! Selepas itu dia jumpa benda ni dan  paksa saya pakai." Ujar Husna. Sebelum Lanun hendak marah dia, baik dia beritahu awal-awal.

Orkid jadi terpinga-pinga saat Lanun memandangnya. Bibir tersengih kekok.

"Janganlah marah, Lanun. Mana lengkap pakai sinuangga kalo endak pakai himpogot." Omel Orkid. Mata dikelip-kelip comel konon hendak memujuk hati Lanun.  Malah, riak wajah lelaki itu tetap sama. Serius. Nak kena buat muka macam mana lagi agar Lanun mengasihaninya?

"Eh, macam kenal aje baju abang dengan Kak Husna." Tegur Ratna yang duduk di meja makan. Menarik perhatian Rajuna dan Arjuna turut melangut wajah memandang ke arah mereka berdua.

Dua lelaki itu nampak tersentak. Kunyahan di dalam mulut terus ditelan.

"Baju itu bukan ke..." Rajuna cuba memproses ingatan. Dia pernah nampak pakaian itu dikenakan oleh sepasang suami isteri sebelum ini.

"Baju kahwin arwah mama dan papa?" Arjuna tolong sambungkan.

Husna tergamam. Mulut terus melopong.

"Baju apa?!"

"Tak ada baju sesiapa. Kau nak makan tak? Orkid bawa dia pergi ambil makanan." Laju sahaja Lanun memotong. Muka sudah membiru. Alahai, adik-adiknya ini memang tak reti kunci mulut!

Orkid yang pantas menangkap maksud langsung menurut arahan.

"Mari Husna, kita pigi ambil makanan." Ajak Orkid.

"Ta... tapi tadi dia cakap ini baju..."

"Haish, sa lapar sudah ni. Marilah!" Terus pergelangan tangan Husna dipeluk lalu ditarik, memaksa langkah Husna mengekornya ke arah sudut makanan.

Sampai sahaja disitu, pelukan dileraikan. Orkid mengambil makanan dahulu.

Husna ketap bibir. Sempat lagi dia berpaling ke belakang menghadiahkan jelingan kepada Lanun, namun dia terkedu tatkala lelaki itu membalasnya dengan satu senyuman yang penuh mempersonakan.  Mata Husna berkedip.
Terus dia memandang ke hadapan semula.

"Kenapa dia senyum macam itu?" Husna menyoal sendirian. Sekejap tangannya naik menyentuh dada. Berdebar.

"Betul ke dia senyum? Ke aku yang salah pandang?" Kening berkerut. Tak boleh jadi ni! Lantas, Husna berpaling ke belakang sekali lagi. Tika ini, kerutan di dahi hilang apabila kelibat Lanun tiada lagi disitu. 

"Mana dia?" Gumam Husna.

"Kau cari siapa?"

"Opocot!" Terkejut Husna apabila merasakan suara Lanun hampir ditelinga. Dan apabila dia menoleh ke sisi, matanya membulat. Hampir sahaja hidungnya mahu berlagar dengan hidung mancung milik Lanun. Sedar jarak Lanun agak rapat, lantas dia bergerak sedikit menjauh. Sejak bila pula lelaki ini berdiri di sebelahnya?

"Awak buat apa dekat sini?" Soal Husna agak dingin.

"Buat apa lagi? Nak ambil makananlah." Kata Lanun sambil menayang mangkuk ditangan.

Oh, ya tak ya juga. Mereka sekarang sedang beratur ingin mengambil makanan. Husna gigit bawah bibir. Termalu sendiri!

"Orang depan kau dah jalan." Tegur Lanun apabila melihat Husna yang tiba-tiba diam membatu.

Husna sedikit tersentak. Terpinga-pinga dia memandang ke hadapan. Tatkala baru menyedari tiba gilirannya, terus Husna mara beberapa tapak mendekati meja tersusun makanan. Sejenak dia memerhati lauk-pauk yang terhidang. Riak muka terus berubah apabila kebanyakan hidangan adalah ikan dan sayur-sayuran.

Aduh, macam mana ni? Husna garu belakang kepala. Dia tak mahulah orang disini memandangnya cerewet, tetapi...

"Ambil ajelah." Bisik Husna. Dia melepaskan satu nafas. Baru hendak mencapai senduk, tiba-tiba pinggan yang berada ditangannya dirampas oleh Lanun. Dia terpanar. Tak jadi ingin mengambil lauk, kini pandangannya terhala ke arah Lanun di sebelah dengan muka penuh tanda tanya.

"Kalau tak suka, jangan paksa."

Husna terdiam. Nampak sangatkan muka dia terpaksa tadi?

"Habis kalau tak ambil, saya nak makan apa?" Soalnya. Takkan Lanun mahu dia tunggu sampai petang kut sementara lelaki itu pergi cari ayam di pasar?

Lanun tersenyum kecil.

"Sini." Lengan baju Husna ditarik mengikutnya ke arah satu periuk. Tak tunggu lama, tudung periuk itu terus dibuka. Berkepul-kepul asap keluar menandakan ia masih panas. Senduk yang telah disediakan dicapai lalu diceduk sagu berwarna putih cair itu ke dalam mangkuk. Teksturnya seperti gam pun ada.

Nampak pelik tapi dalam masa yang sama nampak macam sedap. Husna telan air liur.

"Apa tu?" Tanya Husna, dia memandang Lanun yang sedang menceduk kuah pula.

"Ambuyat. Selalunya cicah kuah ikan, tapi kau tak suka ikan. Jadi cicah sambal belacan atau kuah masak lemak daging ni pun sedap." Ujar Lanun.

"Kenyang ke makan itu aje?"

"Makanlah dulu, baru kau tahu kenyang ke terlebih kenyang." Jawab Lanun. Siap menceduk kuah, lantas mangkuk Ambuyat itu terus diangkat. Seketika anak matanya melilau mencari meja kosong, kebetulan di sebelah kanan sana ada tetamu yang baru bangun.

"Jom, kita makan dekat sana." Ajak Lanun, dia melajukan langkah menghampiri meja kosong itu sebelum ada yang mengambilnya. Mangkuk ambuyat dan kuah diletakkan di atas meja.

"Kau duduk sini, aku ambil air sekejap." Pinta Lanun sebelum berlalu pergi.

Husna hanya mengangguk kepala.  Kerusi ditarik lalu dia melabuh punggung. Tidak sampai beberapa minit, Lanun kembali bersama dua gelas air sirap ditangan. 

"Macam mana dekat tengah pulau boleh ada air sirap?" Husna tertanya-tanya. Ingatkan hidang air kelapa. 

"Keluarlah. Botkan ada?"

"Jadi maknanya saya boleh balik, cuma awak yang sengaja kurung saya dekat sini." Husna ketap bibir.

"Kau nak balik sekarang ke?" Tanya Lanun, geram pula apabila Husna tiba-tiba bangkitkan topik itu. Dia mengambil tempat di sebelah Husna.  Wajah wanita itu dipandang.

Tahu pula Husna terdiam. Boleh saja dia cakap 'nak', tapi entah mengapa lidah ini terkelu tiba-tiba. 

Bibir Lanun menyenget sinis. Reaksi yang terpapar diwajah Husna sudah cukup memberinya jawapan. Mangkuk ambuyat ditarik, pegangang candas (pengapit kayu) diperkemaskan sebelum  dimasukkan ke dalam ambuyat itu lalu diputar-putarkan sehingga membentuk bulat.  Tidak boleh terlalu besar, karang tercekik anak orang payah pula.

"Kenapa diam? Dah suka duduk sini?" Soal Lanun, sengaja dia ingin memancing Husna. Itulah, dulu kata benci, sekarang berat hati pula mahu pergi.

"Ma... Mana ada! Kalau awak terbuka hati nak hantar saya balik, saya takkan teragak-agak untuk terima. Saya tak boleh selamanya tinggal dekat sini. Ayah saya, kerja saya, semua itu sedang menanti saya." Ujar Husna.

Kepala Lanun terangguk-angguk. Faham. Kita tengok macam mana nanti.

"Awak pula... akan lepaskan saya pergi ke?" Soal Husna tiba-tiba. Suaranya berubah. Agak mendatar. Wajah Lanun dipandang. Jantung berdegup apabila dia menanti jawapan.

"Kau rasa?" Lanun bermain dengan soalan. Dia membalas renungan Husna dengan lebih mandalam. Keningnya dijongket sebelah.

Husna hanya menjongket bahu. Dia tak punya jawapan untuk itu. "Manalah saya nak tahu. Itukan sepatutnya awak yang jawab."

"Macam mana kalau aku jawab tak?" Soal Lanun.

Husna kaku.  Air liur diteguk. Jauh di dalam sudut hatinya ada rasa yang aneh. Suka? Mengapa dia perlu rasa suka apabila Lanun tidak mahu melepaskan dia pergi? Sah, jiwanya semakin tak menentu sejak kebelakangan ini!

Lanun menghembus satu nafas. Berat. Matanya kembali teralih ke arah mangkuk ambuyat di hadapannya.

"Tapi macam yang kau cakap, ayah dan kerja kau sedang menanti di bandar sana. Jadi, aku tak boleh kurung kau disini selamanya. Sampai masa, aku kena lepaskan kau juga." Ujar Lanun. Kemudian Ambuyat itu dicicah ke dalam sambal belacan.

Tak tahu kenapa, hati Husna rasa terhiris dengan kata-kata Lanun. Adakah bermaksud, Lanun akan melepaskan dia juga nanti? Kepala Husna tertunduk, menyembunyikan riak wajah yang tak mampu dikawal.

"Tapi..."

Suara Lanun menarik perhatian Husna memandangnya kembali. Mata mereka bertembung. Menghasilkan debaran pada kedua-duanya. 

"Ada sesuatu yang aku nak buat terlebih dahulu dengan kau." Kata Lanun.

Dup!

Jantung Husna berdegup-degup. Pandangan Lanun saat ini buatkan dia rasa lemah.

"Awak... nak buat apa?" Soal Husna, dahinya berlapis.

Malahan Lanun cuma tersenyum sinis sebagai jawapan. Ambuyat pada candas itu langsung disua ke mulut Husna. Bahkan, Husna tidak terus buka mulut. Dipandang ambuyat itu dengan kening berkerut kemudian kembali menatap Lanun.

"Awak tak jawab soalan saya lagi." Tekan Husna. Hendak mengelak pula si Lanun ni, sumbat ambuyat dalam mulut dia karang!

"Makanlah dulu. Nanti aku jawab."

Continue Reading

You'll Also Like

16.6K 1.7K 42
Ahli sihir yang namanya dilupakan. Itulah dia. start : 20/03/30 end : 20/05/12
2.1K 186 28
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...
44.6K 2.2K 25
"Kita tak ditakdirkan untuk bersama" Status ; completed Start; september maybe? Author tak ingt😅 End ; 7/12/18 Season 2 : Mamat korea aku punya2 htt...
7.6K 375 100
• B O O K 2 • it's all about facts and quotes about feeling . malay and english fact / quotes comment ? ✔️ vote ? ✔️ start : 15 Nov 2020 end : 01...