MR PIRATE

By CIK_ZALIKHA

3M 271K 56.3K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

48

34.6K 3.2K 736
By CIK_ZALIKHA

                   MAK TIMAH mengesat air matanya dengan hujung lengan baju. Mendengar berita buruk yang menimpa Husna buatkan dia terdiam seribu kata. Bagaikan kaca yang terhempas ke lantai. Hancur dan berderai. Begitulah perasaannya sekarang.

Siapa sahaja yang akan sangka? Pecutian yang sepatutnya mencipta memori bahagia bertukar derita sekelip mata. Disaat kepulangan yang lain membawa balik cenderamata, namun Dato Idris dan Datin Khadijah membawa pulang berita duka.

"Walaupun Husna itu bukan anak kandung Mak Timah, tapi Mak Timah sayang dia sangat-sangat. Macam manalah dia boleh terjatuh ke tengah-tengah pulau tu? Kalaulah Mak Timah ikut sekali, mesti Mak Timah akan jaga dia baik-baik. Semua ini takkan berlaku." Ngongoi Mak Timah. Air mata tak henti-henti mengalir daripada bawah kelopak matanya. Terlalu sedih apabila terbayangkan nasib malang si Husna.

Datin Khadijah tayang senyuman kelat. Bahu Mak Timah digosok-gosok perlahan konon sedang memujuk.

"Ini bukan salah Mak Timah. Janganlah Mak Timah salahkan diri pula. Insyaallah, Husna dalam keadaan selamat. Tan Sri Raqib sendiri yang beritahu ada kemungkinan Husna dah diselamatkan oleh seseorang, cuma tak pasti dekat mana aje. Bersabarlah sekejap ya Mak Timah? Esok lusa jumpalah tu." Ujar Datin Khadijah. 

Bahkan Mak Timah menggeleng. Bagaimana Datin Khadijah boleh berbicara setenang itu? Yakinkah dia yang datang menyelamatkan Husna itu adalah orang yang baik?

"Tapi Datin, itu pulau... dekat darat pun ada ramai orang jahat. Tak mustahil dekat sana tiada. Anak angkat Mak Timah sendiri pernah cerita dekat pulau Semporna itu ada Lanun. Teruk nasibnya kalau bertembung dengan mereka." Adu Mak Timah.

Tanpa dia menyedari Datin Khadijah sudah menjeling meluat. Orang lain pun tidak merisaukan Husna sampai begitu sekali, tapi Mak Timah pula yang melebih-lebih. Tak sedar diri agaknya dia itu cuma orang gaji sahaja dimata Husna? Tak pernah lebih daripada itu. 

Andai benar sekalipun Husna diculik Lanun, maka itu adalah berita gembira buatnya. Kalau boleh, mahu buat majlis besar-besaran menyambut kehilangan anak tiri itu.

"Datin dengan Dato tak terfikir ke untuk buat report polis? Masih belum terlambat kalau kita nak buat report tentang kehilangan Husna." Soal Mak Timah,  wajah Dato Idris dan Datin Khadijah dipandang silih berganti.  Menanti salah seorang untuk bersuara.

Namun, Dato Idris serupa orang tak bermaya. Asyik menunduk kepala daripada tadi dan berdiam diri dengan muka pucat lesu. Apa yang dikatakan tadi seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Satu pun tidak masuk ke kepala.

Pelik. Dia tak pernah lihat Dato Idris dalam keadaan begitu.

Melihat Dato Idris cuma membisu, Datin Khadijah langsung buka mulut.

"Saya rasa... Mak Timah tak perlu kut risaukan Husna sampai ke tahap ini? Kami Mak dan ayah dia, kami tahulah apa nak buat.  Cara Mak Timah bercakap, seolah-olah hendak kata yang kami ni tak ambil berat langsung tentang Husna..." Kata Datin Khadijah. Pandai sungguh dia memutarkan ayat.

Dan tika ini, Mak Timah pula yang rasa bersalah. Sungguh, dia tak pernah terfikir sampai ke arah itu.

"Eh, Datin janganlah salah faham. Mak Timah tak anggap pun yang Datin dan Dato tak risaukan Husna cuma... Mak Timah pelik. Selalunya kes-kes macam ini Mak ayah akan langsung buat report polis."

"Kami ni bukan orang biasa macam Mak Timah. Kami ni ada nama. Tak boleh sesuka hati buat report. Nanti mulalah nitizen dekat luar sana buat spekulasi sendiri, jadi kami kena jaga nama baik kami juga." Kata Datin Khadijah.

Kening Mak Timah berkerut. Dia tak berapa faham, Datin Khadijah cuba maksudkan gelaran namanya lebih penting daripada nyawa Husnakah? Beginikah sepatutnya perasaan seorang ibu apabila mengetahui anaknya dalam bahaya? Dia mahu persoalkan, namun apabila menyedari status sebagai orang gaji maka Mak Timah pilih untuk diam.

Siapalah dia ingin persoalkan tindakan majikannya? Mungkin mereka lebih tahu cara terbaik untuk bertindak. 

"Lagipun, saya nikan ibu kepada Husna. Bukankah seorang ibu, ada satu perasaan yang kuat terhadap anak dia? Hati saya sekarang kuat mengatakan yang Husna dalam keadaan selamat." Sambung Datin Khadijah.  Ya, itulah yang dia dengar daripada buah mulut rakan-rakannya yang sudah bergelar ibu. Kata mereka, setiap ibu memiliki satu naluri yang kuat terhadap anak-anaknya. Dan, dia juga mungkin tak terkecuali bukan? Walaupun perasaan itu cuma dibuat-buat.

"Tapi Datin... kita tak boleh percayakan pada perasaan hati sahaja. Tak semestinya semua yang kita rasa ni betul." Ujar Mak Timah, dia juga ada pengalaman menjadi seorang ibu.

"Mak Timah bukannya mak kepada anak saya, jadi Mak Timah takkan dapat rasa apa yang saya rasa. Daripada Mak Timah asyik risaukan pasal Husna, apakah Mak Timah fokus pada kerja seperti biasa? Saya bukannya apa, inikan hak rumahtangga saya dam suami. Jadi... saya tak rasa Mak Timah perlu masuk campur. Maaflah kalau ia kedengaran kasar tapi saya cuma nak ingatkan yang..." anak mata Datin Khadijah merenung ke dalam mata berkaca Mak Timah dengan penuh sinis.

Dia menghela satu nafas sebelum mulut kembali terbuka. Bersama satu senyuman penuh lakonan beraja dibibir. Seolah-olah sedang mengejek orang tua tak sedar diri dihadapannya sekarang.

"Mak Timah cuma orang gaji sahaja." Sambung Datin Khadijah, lembut tetapi berbisa. Buatkan Mak Timah terus terdiam apabila menyedari status dirinya bukan siapa-siapa di dalam rumah agam ini.

Entah mengapa dia perlu terasa pedih dengan kata-kata Datin Khadijah.  Rasa seperti dihina dalam diam. Tapi, tak mungkinlah majikannya hendak merendahkan dirinya pula. Dia cuba untuk berfikiran positif. Mungkin ada benarnya juga, sebagai orang gaji, dia tak sepatutnya masuk campur dalam hal masalah majikan.

Mak Timah tunduk kepala ke bawah. Sedar bahawa dia sudah melepasi limit sebagai orang bawahan.

"Maaf, Datin. Saya tak ada niat untuk masuk campur. Husna itu dah serupa anak saya. Jadi perasaan ibu itu terbawa-bawa." Keluh Mak Timah.

Datin Khadijah buat-buat tersenyum.

"Tak mengapa, saya faham. Err... boleh tak Mak Timah tinggalkan saya dengan Dato sekejap? Ada perkara yang kami nak bincangkan. Berdua." Tekan Datin Khadijah dihujung ayat. Cukup untuk Mak Timah faham bahawa dia mahukan privasi.

Mak Timah angguk kepala. Seraya dia bangun dari sofa. "Kalau macam itu, Mak Timah ke dapur dulu ya."

Usai meminta diri untuk pergi, Mak Timah langsung pergi ke dapur. Meninggalkan Dato Idris dan Datin Khadijah sahaja diruang tamu.

Sebaik saja hilang susuk tubuh orang tua itu apabila melepasi pintu dapur, Datin Khadijah pun memusing badan menghadap suaminya. Lantas sebelah tangan Dato Idris yang berada diatas paha itu diraih dengan lembut bersama satu senyuman penuh makna.

Melihat Dato Idris tunduk menikus daripada tadi, lalu tangan suaminya digoyang-goyang dengan perlahan. Cukup untuk menarik perhatian Dato Idris menoleh kearah dia.

"Macam mana tentang hal yang kita bincangkan sebelum ni? Abang dah ada jawapan?" Soal Datin Khadijah, tidak sabar-sabar ingin tahu. Wajah suaminya ditatap bersama segaris senyuman. Dia pasti Dato Idris faham apa yang dimaksudkan. 

Tentang apalagi jika bukan jawatan tinggi di hotel Paredise itu?

"Betul ke Dijah nak ambil alih?" Soalan berbalas soalan.

Tatkala Datin Khadijah sudah mengeluh. Dah berbuih mulut ulang cakap ayat yang sama. Tetapi suaminya seolah-olah berat mahu melepaskan amanah itu kepada dia.

"Iya, betul.  Dijah nak ambil alih. Kenapa abang asyik tanya soalan yang sama? Abang macam tak nak percayakan isteri sendiri aje?"

"Bukan macam itu, Dijah. Abang cuma... fikirkan Husna. Itukan jawatan dia, abang tak boleh sesuka hati turunkan pangkat tu kepada sesiapa. Kalau dia balik nanti..."

"Abang, hotel tukan masih hotel abang. Bukannya sepenuhnya milik Husna. Kenapa asyik nak utamakan dia sahaja? Dijah tahulah dia anak kandung abang, tapi tak perlulah nak jaga hati dia sangat. Abang pun tahukan Husna dengan saya macam mana? Kalau abang tunggu jawapan daripada dia memang sampai bila-bila dia akan cakap tidak!"

Datin Khadijah menghembus satu nafas. Sekejap tangannya naik memicit kepala. Dia perlu bersabar.

"Maaf. Dijah tak ada niat nak tinggikan suara. Kalau abang berat hati nak serahkan hotel tu kepada Dijah, tak mengapalah.  Dijah faham..." keluhnya lantas bangun dari tempat duduk. Sengaja dia tayang muka kelat sebelum berpaling arah. Tanpa menunggu balasan daripada suaminya, dia menyusun langkah ke tangga. Dengan harapan, dalam kiraan tiga pasti orang tua itu akan menyeru namanya untuk kembali.

Tak percaya?

Dia melambatkan langkah demi langkah. Dalam masa yang sama telinga dipasang luas-luas, bersedia menangkap suara suaminya.

Satu...

Dua...

Ti...

"Dijah." Dato Idris akhirnya bersuara.

Langkah Datin Khadijah automatik terpasung disitu. Dia tidak terus berpaling, namun tetap menanti bicara daripada sang suami. Dalam tak sedar, bibir mengoyak senyuman penuh sinis.
Senang sungguh lelaki itu diperdayakan dengan lakonan biasa-biasanya.

Dari belakang, dia mendengar seolah-olah Dato Idris sedang bangun daripada tempat duduk lalu mendekatinya. Bahu kanan disapa lembut. Datin Khadijah masih belum menoleh.

"Baiklah, Abang ikut cadangan Dijah." Kata Dato Idris.

Makin panjang senyuman dibibir isterinya mendengar kata-kata itu. Dan saat ini, barulah Datin Khadijah memusing ke belakang. Riak wajah turut berubah memainkan emosi.

"Terima kasih sebab percayakan, Dijah."











                      
                    USAI menceduk beberapa lauk masuk ke dalam mangkuk tingkat, Lanun langsung menutup lalu dibawa bersama keluar dari dapur. Anak mata Hazel itu mengerling ke sudut kiri, menangkap Husna yang duduk bersila di atas tikar sambil melantak nasi berlauk ayam bakar. Berselera sungguh wanita itu menjamahnya, sehingga licin pinggan kotor itu tanpa meninggalkan sebutir nasi sekalipun.

Bibirnya mencorek senyuman nipis. Tak tunggu lama, dia menapak menghampiri Husna bersama mangkuk tingkat ditangan. 

"Husna, aku tinggalkan kau sekejap bolehkan?" Soal Lanun. Mengalihkan pandangan Husna ke arahnya. Kepala wanita itu sedikit terdongak. Paha yang cuma tinggal tulang itu dijauhkan dari mulut.

Sekejap mata Husna turun ke arah mangkuk tingkat yang dipegang, kemudian kembali naik menatap wajah redup Lanun.

"Awak nak pergi mana?" Soalan berbalas soalan.  Dah macam isteri pula tanya suami hendak ke mana malam-malam buta begini? Ah, peduli apa? Dia mahu tahu juga. Siap bawa mangkuk tingkat lagi. Entah-entah nak pergi ke rumah anak dara orang.

Eh, kalau Lanun nak pergi ke situ sekalipun, apa hak dia untuk menghalang? Adalah sekelumit rasa cemburu muncul dihati apabila terfikirkan tentang itu.

"Aku nak pergi ke rumah Odu. Hantar makanan ni sekejap. Selepas itu terus balik. Tak lama pun. Tapi kau tak takut duduk sorang-sorang, kan?" Ujar Lanun,  malah menyoal lagi jika Husna takut atau tidak jika ditinggalkan seorang diri.  Dia pun risau juga untuk meninggalkan Husna seorang di rumah walaupun cuma untuk seketika.

Bahkan, jika Husna mahu ikut sekali ke rumah Odu, itu lebih bagus. Sangat dialu-alukan!

Malah Husna menggeleng.

"Tak. Lagipun saya nak habiskan ayam ni." Kata Husna, sambil mengangkat pinggan yang masih bersisa ayam bahagian dada cuma tinggal separuh.  Sayanglah jika tak dihabiskan. Lagipun sedap!

Kepala Lanun terangguk-angguk.  Kalau Husna dah berkata begitu, tak apalah. Dia pun tidak mahu mengganggu selera Husna.

"Kalau macam itu aku pergi dulu. Kunci pintu kalau nak lebih selamat." Kata Lanun. Siap dengan pesanan lagi.

"Okay." Ringkas sahaja Husna membalas. Tanpa pedulikan Lanun melangkah ke pintu, dia kembali menyambung ratah isi ayam semula.

Tatkala tiba dimuka pintu, Langkah lanun pegun sesaat. Seolah-olah terlupa tentang sesuatu. Dia cuba memproses ingatan, dan apabila anak mata mengerling ke arah Bozo yang berkeliaran dipigiran pantai barulah dia teringat. Anjing peliharaannya itu belum diberi makan malam lagi.

Akan tetapi dia harus menghantar mangkuk tingkat ini ke rumah Odu terlebih dahulu.  Tetapi jika dia lambat balik nanti macam mana? Kesian si Bozo menanggung rasa lapar.

Kemudian, Lanun berpaling ke belakang. Seketika anak matanya mencerun ke arah pinggan berisi lauk ayam, ada lagi seketul.  Rasa-rasanya Husna dah kenyang, jadi mungkin dia tidak mahukan ayam bakar itu lagi.

"Husna." Panggil Lanun.

Husna yang sedang menggigit isi ayam langsung mengangkat muka memandang dia yang berada dipintu. Kepala sedikit melangut, seolah-olah bertanya ada apa?

"Ayam terakhir tu, kau tolong beri pada Bozo boleh? Letak sahaja di hadapan dia, nanti dia makan." Pinta Lanun.

Mata Husna membulat. Apa? Bagi Bozo makan? Bukannya Lanun tak tahu si Bozo itu tak sukakan dia sejak kali pertama jejakkan kaki ke sini. Karang tak ayam yang disambar, tangan ini juga yang menjadi mangsa.

Kunyahan terakhir ditelan sebelum Husna buka mulut. 

"Awak gila ke apa? Bozo tu ganas. Tengok muka saya pun dia dah tayang gigi taringnya. Kalau dia gigit nanti macam mana?"

"Dia takkan gigit. Lainlah kalau kau buat dia rasa terancam. Barulah dia akan kokak lengan kau betul-betul." Kata Lanun, siap dengan senyuman sinis. Sengaja mahu menakut-nakutkan Husna.

Gulp!

Air liur ditelan Husna. Kesat. Tak bayang pun, dah boleh rasa seksanya digigit oleh gigi taring itu. Macam mana dia nak tahu anjing itu rasa terancam atau tidak?

"Kau tolong aku ek? Aku dah lambat ni. Kesian Odu lapar. Nanti aku bagi kau upah. Kalau nak lebih lagi, tolong ceraikan isi ayam itu kecil-kecil untuk dia. Bozo lebih suka makam macam itu."

Ceraikan isi ayam? Heh, rasanya badannya yang akan diceraikan nanti.

"Ta.... Tapi Bozo tu..."

"Aku pergi dulu. Dah bagi makan nanti, terus masuk rumah. Jangan merayau ke mana-mana!" Tanpa menunggu alasan Husna, Lanun terus berlalu meninggalkan rumah. Tahu-tahu saja sudah lesap disebalik pintu.

Ah sudah! Macam mana ni? Karang tak diberi makan, marah pula si mamat Lanun itu nanti. Anjing kesayanganlah katakan...

"Ish, Lanun ni... suka betul paksa aku buat benda yang aku tak pernah buat! Dia ingat anjing tu kucing ke? Sudahlah baka German Shepherd, kalau pomeranien tak apa juga.  Comel pun comel!" Getus Husna tidak puas hati. Hilang seleranya hendak menghabiskan dada ayam ini. Pinggan dihentak ke lantai. Bibir mencebik.

Tapi... kalau tak diberi makan, kelaparan pula anjing itu. Terdetik rasa kasihan sebagai seorang berjiwa manusia. Husna mengeluh berat, dia pun tak tahu hendak ikut perasaan yang mana satu.

Auk! Auk!

Suara Bozo menyalak kedengaran dengan kuat.  Pasti dia sedang menunggu tuannya datang bersama sepinggan ayam. Dah tak tahan sangat lapar kut?

Tidak mahu tidak, terpaksa jugalah Husna ambil alih tugas Lanun sebentar. Lantas tangan kotor itu dicelup ke dalam mangkuk air basuh tangan, setelah bersih barulah dia menarik tangan semula. Pinggan ayam itu dicapai, seraya dia bangkit daripada lantai menapak ke luar rumah.

"Bozo!" Laung Husna, kuat serupa panggil anak pula. Kalau kucing cuk cuk cuk, anjing nak buat bunyi macam mana pula untuk menarik perhatiannya kemari?

Gong gong gong ke?

Selipar biru disarung ke kaki. Lantas, Husna berjalan menuju ke pantai. Selalunya anjing itu berada disekitar situ menjaga bot-bot nelayan daripada dicuri.

"Bozo?" Husna berhenti seketika. Anak mata melingas ke sekitar pantai yang agak luas, tercari-cari bayangan Bozo pada larut malam ini.  Aik? Tadi rasa macam dengar anjing menyalak. Mana pula si Bozo ni pergi?

Dia pergi merayau kut? Nampak gaya tak perlulah dia beri Bozo makan lagi. Biar Lanun sahaja yang bagi. Husna tersengih. Baru dia pusing ke belakang, tiba-tiba...

"Opocot!" Husna terlatah.  Hampir sahaja pinggan ayam itu hendak tercampak, mujurlah dia cepat-cepat betulkan pegangang. Dada yang terasa denyutan jantung diurut perlahan.

Kurus semangat!

Bozo ada dibelakang rupanya. Suka sangat muncul mengejut. Sama macam tuan punya anjing!

Grrrr!

Ha, dah mulalah si Bozo tayang gigi taringnya. Barangkali dia fikir Husna mahu curi bot lagi.

"Jangan risau. Kali ni aku tak curi bot Tuan kau. Tengok! Tangan aku kosong. Tak ada kunci." Husna hulur tangan, menayang telapak tangannya yang kosong tak pegang apa-apa melainkan cuma sepinggan ayam.

Kejap!

Kenapa dia perlu bercakap dengan seekor anjing?

Hidung Bozo nampak kembang-kempis. Mungkin sudah menghidu bau ayam bakar yang dibawa. Terus gigi taringnya hilang, kini dia dongak kepala memandang Husna dengan lidah terjelir. Mata bulat hitam penuh. 

Aik! Cepat benar berubah watak?

Kepala Husna tergeleng-geleng.

"Macam manalah Lanun boleh percayakan kau jaga bot dia? Baru hidu makanan sikit terus jadi baik. Senanglah pencuri nak umpan kau, bagi seketul ayam sahaja."

Auk!

Bozo menyalak. Mungkin dia malas hendak mendengar Husna membebel. Yang dia tahu, dia nak ayam!

"Yalah, yalah! Nak bagilah ni!" Sejenak mata Husna melilau mencari objek untuk dijadikan pelapik. Takkan hendak letak sahaja ayam ini atas pasir? Tak sampai hati pula. Dan tatkala anak mata menangkap mangkuk bertuliskan nama Bozo di bawah satu pokok kelapa, Husna terus menuju ke situ.

Pasti itu pinggan makan milik Bozo.

Bahkan, Bozo turut mengekor dari belakang dengan ekor bergoyang-goyang. 

"Nah, makanlah puas-puas!" Ayam bahagian dada itu diletak ke dalam mangkuk. Husna mencekak pinggang, menanti Bozo untuk menjamahnya sebelum dia berlalu pergi.

Namun, tidak pula Bozo mahu makan. Boleh lagi duduk sambil mendongak kepala memandang Husna serupa menanti sesuatu tindakan daripadanya.

Kening Husna berkerut.

"Makanlah tunggu apalagi? Tadi menyalak sangat."

Tangan kiri Bozo terus naik menyentuh mangkuk makanannya. Seakan-akan menunjuk dada ayam yang tidak diceraikan isinya kecil-kecil terlebih dahulu.

Husna tayang muka tak percaya. Anjing pun pandai mengarah?

"Mengadanya! Haih..." Husna akhirnya melutut ke tanah. Bahagian dada ayam itu dicubit ke beberapa bahagian menjadi kecil.

"Dah, puas?"

Bozo tunduk melihat sesaat, setelah memastikan isi ayam sudah dicarik-carik barulah dia makan. Agaknya si Bozo ni betina, tahap cerewet tak kalah sama macam dia.

Tapi, dia pernah dengar Lanun puji Bozo good boy. Jelas lagi nyata, Bozo anjing jantan. Tak lain tak bukan, ikut perangai si Lanun.

"Seronok pula tengok anjing makan." Husna tersenyum, melihat Bozo melapah isi ayam dengan rakus buatkan dia terleka sebentar. Tak jadi ingin terus balik ke rumah, malah Husna memilih untuk duduk sebentar dibawah pokok kelapa ini menunggu Bozo habis makan.

Bila diperhatikan lama-lama, tak adalah nampak garang sangat Bozo ni. Comel. Sama seperti baka anjing yang lain. Cuma badan sahaja yang sasa, nampak gagah dan kuat.

"Mesti Lanun bela kau sejak kecilkan? Dia tahu apa yang kau suka, dan kau juga pasti tahu apa yang Lanun suka. Entah-entah rahsia Lanun pun, semuanya kau tahu. Sebab aku pun jenis suka meluah pada kucing. Kadang-kadang, bercakap dengan binatang lebih tenang daripada bercakap dengan manusia." Ujar Husna, bila dah rasa selesa dengan Bozo, timbul rasa senang ingin bercerita pula. Entah Bozo faham atau tidak, tapi Husna anggap sahaja yang anjing itu faham.

"Kalau kau dah lama kenal Lanun, bermakna mesti kau pernah tengok mata sebelah dia tukan? Dia pernah cakap, cuma yang istimewa sahaja dia akan benarkan untuk lihat. Jadi... kau pun mesti istimewa bagi dia, kan?" Soal Husna, Bozo dipandang.

Anjing itu hanya terus makan dan makan. Langsung tak menunjukkan sebarang respon.

Ish, aku cakap sorang-sorang rupanya! Husna cebik bibir. Lutut ditarik rapat ke dada lalu dipeluk. Bawah dagu ditopang pada lutut. Merenung kosong ke arah ombak laut yang tak henti-henti menghempas ke pasir. Angin pun sepoi-sepoi saja. Nyaman.

Agak lama juga Husna diam mengamati pemandangan pantai diwaktu malam. Biarpun mata fokus melihat ke depan, namun fikirannya melayang ke lain. Wajah Lanun sering kali menerpa ke dalam bayangannya.

Lebih-lebih lagi... mata yang ditutup itu. Selalu mengganggu fikirannya.

"Entahlah, Bozo. Tuan kau tu... rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Tak! Bukan dia yang tak kena, aku yang tak kena. Hati ni... asyik rasa perasaan yang sama. Seolah-olah, dia tu adalah Mr Blue. Tapi..."

Husna geleng kepala.

"Tak mungkin. Rambut dan mata dia saja dah lain. Mr Blue, rambut dia warna hitam pekat. Mata dia pula... biru. Biru yang sangat-sangat cantik. Bukan macam mata biru orang putih tapi biru lautan yang dalam. Sekali pandang, boleh terus lemas dalam tatapan dia." Ujar Husna, bibirnya tersenyum-senyum apabila bercerita tentang Mr Blue. Keindahan mata biru itu buatkan dia termimpi-mimpi sampai sekarang.

Sangat-sangat memukau.

"Agak-agaknya..." Husna menoleh memandang Bozo disebelah. Anjing itu baru saja selesai menghabiskan makanan. Kini, dia duduk diam menghadap Husna. Setia mendengar cerita.

"Mata sebelah Lanun tu... cacat yang macam mana ya? Teringin sangat nak tahu."

Auk!

Anjing itu menyalak sekali. Seolah-olah memberi satu isyarat 'tunggu' sebelum dia berlari pergi mendapatkan sesuatu. Kening Husna berkerut. Ke mana pula si Bozo hendak pergi?

Tak sampai beberapa minit, Bozo kembali bersama sesuatu dimulut. Sampai sahaja disisi Husna, terus dia menjatuhkan mainan tulang berwarna biru ke pasir. Tangan kirinya naik menyentuh mainan itu, menunjuk-nunjuk barang yang dibawa sebagai jawapan.

Namun, Husna tetap terasa sesat dikepala. Tidak faham apa yang Bozo cuba sampaikan. Mainan tulang berwarna biru? Lanun?

Apa kena mengena?

"Bozo nak ajak main ke?" Soal Husna, dia sekadar meneka. Anjing itu menyalak sekali. Tak pasti sama ada jawapannya ya atau tidak.

Hmmm... mungkin ya?

"Baiklah. Kejap." Husna memandang kiri dan kanan, mencari sesuatu untuk dijadikan sebagai sarung tangan. Takut jika ada air liur Bozo melekat di mainan tulang itu, malas pula hendak samak tangan nanti. Dan apabila anak mata tertancap pada beg plastik yang ditiup angin, Husna lantas bangun, berlari mendapatkannya. 

Siap!

Tangan kanannya sudah siap dibalut beg plastik. Kemudian, mainan berbentuk tulang itu dicapai. Digerakkan ke kiri dan ke kanan ingin menarik perhatian Bozo.

Dia pernah lihat jiran berbangsa cina bermain dengan anjing peliharaan ditaman, dimana tuannya akan membaling satu objek jauh-jauh dan kemudian anjing itu akan mengejar lalu membawa ia pulang kembali.

Senang!

"Tengok ya, Bozo.  Satu, dua, tiga... tangkap!" Terus Tulang itu dibaling jauh-jauh, serentak dengan itu Bozo mula mengejar. Laju sekali!

Anjing itu membuat lopatan tinggi, menangkap tulang itu daripada jejak ke tanah.  Terkesima sejenak Husna melihat. Wah, hebat sungguh Bozo!

Seraya Bozo kembali kepada dia semula. Menyerahkan tulang itu, meminta Husna untuk baling sekali lagi.

Kali ini cepat sahaja Husna menangkap maksud. Tak tunggu lama, tulang itu dicapai lalu dibaling dengan lebih kuat. Lontarannya pergi lebih jauh daripada yang pertama.

"Cepat Bozo! Cepat!" Jerit Husna, memberi sorakan buat Bozo yang pantas berlari mengejar lontarannya. Dan tak sangka, kaki anjing itu melangkah begitu laju. Tahu-tahu sahaja dia dapat mendengar tulang itu dan sekali lagi dia melompat lalu menggigit tulangnya.

Bozo kembali.  Meletakkan tulang itu ke tanah.

"Fine! Kali ini, aku akan baling lagi jauh. Tengok ek!" Tulang itu dikutip, lalu dihayun sepenuh tenaga hingga terbang begitu jauh serupa lemparan cakera. Tanpa Husna sedar, balingannya terlebih sehingga jatuh ke tengah air pantai yang berombak.

Tika ini, Bozo tidak mengejar. Seolah-olah tahu sahaja kawasan itu berbahaya buatnya.

"Alamak! Terjatuh ke pantai pula." Husna garu belakang kepala. Macam mana ni?

Auk! Auk!

Bozo menyalak berkali-kali.  Husna tetap tak faham. Adakah Bozo sedang memarahi dia kerana baling ke arah pantai? Atau boleh jadi juga, mainan tulang itu adalah hadiah daripada Lanun yang paling disayangi.

Aduh, apa yang dia telah lakukan? Rasa bersalah pula kepada Bozo. Sebelah tangan Husna meraup wajah.

"Tunggu sini, aku pergi ambil semula." Arah Husna.

Auk! Auk!

Bozo menyalak dengan lebih kuat. Barangkali menyuruh dia pergi mengambilnya dengan cepat sebelum mainan itu dihanyut oleh ombak

Mungkin?

"Yalah, sabarlah kejap! Nak ambillah ni!" Selipar ditanggalkan lalu ditaruhkan ke tepi.

Husna mula menapak langkah ke pantai. Setapak demi setapak, hingga kakinya terasa sejuk disambut air laut. Dup! Dap! Jantungnya berdegup. Tiba-tiba hati ini rasa tak enak. Ada bisikan ditelinga seakan-akan menyuruh dia untuk berpatah balik, namun apabila dia toleh ke belakang melihat Bozo yang nampak resah. Buatkan Husna bertekad untuk teruskan langkah. 

Dia perlu ambil mainan milik Bozo semula. Salah dia juga kerana baling terlalu jauh.

Husna angguk kepala. Menanam semangat berani di dalam diri, lantas dia kembali meneruskan jalan. Satu langkah demi satu satu langkah, sehingga paras air pantai sampai ke paras lutut.

"Sekejap ya Bozo, sikit lagi!" Jerit Husna, dia melangkah lagi. Sehinggakan tak sedar dia semakin ke kawasan yang lebih dalam. Ombak juga memukul tubuhnya dengan kuat. Adakala dia terjatuh, namun cepat-cepat Husna bangkit semula dan mengimbangkan badan. Habis basah baju kurung kedah pemberian Lanun.

Harap-harap lelaki itu tak marah!

Paras air laut kini sudah sampai ke paras dadanya. Jarak tulang mainan itu semakin hampir. Husna cuba panjangkan tangan, menyentuh tulang itu dengan jari-jemarinya.

"Sikit je lagi..."

Auk!

Bozo menyalak daripada jauh. Berkali-Kali. Seakan memberi amaran.

Tetapi apa?

Husna bergerak sedikit demi sedikit. Tangan tetap memanjang cuba menyentuh tulang yang masih terapung di atas air laut itu. Bibir mengetap. Menahan rasa sejuk.

Dan apabila air laut menolak tulang itu ke arahnya, cepat-cepat Husna menangkap.

"YES! Bozo, I got it! Yeah!"  Jerit Husna penuh teruja. Mainan tulang itu diangkat tinggi, menunjuk ke arah Bozo yang dia berjaya menangkapnya. Namun, anjing itu tetap menyalak seperti tadi. Masih dengan riak cemas.

Kening Husna berkerut. Apa yang Bozo cuba hendak beritahu? Jantungnya makin berdebar rasa tak enak. Husna pusing ke belakang, matanya terbeliak luas. Tak sempat dia hendak bergerak, ombak yang agak tinggi itu sudah menghentamnya.

BAM!

Terus dirinya tenggelam ke bawah. Arus menolak-nolak ke arah yang lebih dalam sehinggakan kakinya tak rasa jejak ke pasir. Husna cuba mengapungkan diri ke atas dengan menggerakkan kedua belah tangannya, malang sekali ia cuma dapat terapung dalam beberapa saat sebelum tenggelam semula.

"Tolong!!!" Husna terkapai-kapai meminta pertolongan.  Terasa air laut memasuki rongga hidung dan mulutnya. Malah mata turut terasa pedih. 

Makin lama, oksigennya semakin menghilang. Dada terasa sesak. Nafas ditarik namun air laut yang masuk buatkan dia tersedak. Husna lemah. Namun bayangan dikepala sempat lagi memutarkan memori lama.

Dalam keadaan tak berdaya, lemas dan hampir dijemput ajal. Disaat dia terus tenggelam ke dalam dan lebih dalam sama seperti sekarang. Apa yang berlaku tika ini tak ubah seperti deja vu. Cuma tertanya, masih adakah MrBlue yang menjadi penyelamat buat dia seperti dahulu?

Atau...

Kali ini dia benar-benar akan mati?

Kalau awak ada disini, tolonglah selamatkan saya... Mr Blue. Hati Husna berbisik, lemah.

Dan siapa sangka, bisikan hatinya seolah-olah dapat didengar. Tiba-tiba tubuh rasa ditarik merapat ke satu susuk tubuh yang menghangatkan. Deruan nafasnya kedengaran sangat cemas. Husna mahu buka mata, namun tak terdaya. Dia cuma mampu merasa tubuhnya di bawa oleh seseorang menuju ke daratan.

"Husna!" Jerit suara garau itu, begitu keras sekali. Tubuh Husna dibaringkan ke atas pasir pantai. Nafasnya masih kedengaran kasar bercampur gelisah ditelinga.

"Husna, bangun! Hey, bangun! Aku ada dekat sini!"

Pipi terasa ditampar dengan lembut berkali-kali. Suara itu tak berhenti merayu agar dia membuka kelopak mata. Adakala ia kedengaran bergetar serupa menahan tangis.

Kenapa? Kenapa sampai begitu sekali seseorang itu merisaukannya? Siapa dia... buat lelaki itu?

Dan tiba-tiba Husna dapat rasakan ada sesuatu yang lembut menyentuh bibirnya. Hidung ditutup. Serentak ada hembusan ditiup ke dalam mulutnya. Bukan sekali, bukan dua kali, namun empat kali sehinggalah...

"Uhuk!" Husna memuntahkan air laut yang ditelannya. Dada terasa panas, rongga hidung dan mata terasa pedih mencucuk ke otak. Dalam masa yang sama, dia rasa tubuh belakangnya ditepuk-tepuk.

"Tarik nafas!" Suara itu mengarah. 

Husna tarik nafas dalam-dalam. Mencuri kembali oksigen yang hilang beberapa minit tadi sehingga denyutan jantungnya terasa kembali normal. Perlahan kelopak mata dibuka. Dia masih lemah.

"Lanun?" Kening Husna berkerut apabila matanya tertancap pada seraut wajah yang sedang menunduk memandang. Jelas wajah lelaki itu nampak resah lain macam. Air pada rambut putih itu menitis-nitis mengena kulit muka, buatkan Husna semakin tersedar sepenuhnya.

Namun, kali ini Husna rasa seperti diserang debaran sekali lagi. Kesannya lebih teruk sehinggakan buat dia tak mampu bersuara. Mata Husna tak berkelip tatkala merenung sesuatu yang mengejutkan.

Benarkah apa yang dia sedang tatap sekarang?

Kebiruan gelap serupa lautan yang sangat dalam buatkan Husna rasa tenggelam buat kali kedua. Nyatanya dia tak kesah jika lemas disitu. Kalau boleh, mahu terus berada di situ... tenggelam buat selama-lamanya...

Di mata kanan Lanun.

"APA YANG KAU CUBA BUAT NI HUH?!" Jerkah Lanun, kedengaran kasar tetapi penuh keresahan. Bahu Husna dicengkam. Digoncang berkali-kali apabila melihat Husna cuma diam serupa patung tak bernyawa.

Terlalu terkesima dengan keajaiban ciptaan Tuhan yang dihadiahkan buat Lanun. Sungguh, dia rasa berada di dunia lain apabila menatap mata itu.

Cantiknya... tak terkata.

"Kenapa kau diam je ni? Cakaplah! Jangan buat aku risau boleh tak?! Husna!"

Lamunan Husna akhirnya hilang apabila namanya diseru. Riak wajah Lanun masih lagi sama, marah bercampur gelisah.

"Lanun..."

"Ya, kenapa? Kau rasa sakit dekat mana-mana?" Soal Lanun. Tika ini suaranya lebih mendatar. Anak matanya bergerak ke seluruh wajah Husna, tercari-cari jika ada riak pucat menahan kesakitan disitu. 

Namun, tiada.

Tapi mengapa Husna tetap pegun serupa terkena serangan jantung? Haish, dia ini memang suka buat orang risau!

Lanun memgetap bibir. Baru sahaja dia hendak bersuar, Husna terlebih dahulu memotong. 

"Mata awak..." cukup sampai disitu sahaja. Mata Husna masih merenung ke arah kebiruan laut pada iris lelaki itu.
Ini bukan mimpikan?

Lanun tergamam. Terus sebelah tangan naik meraba mata sebelah kanan, cuba merasai sama ada penutup mata masih kekal disitu atau sudah hanyut dibawa air laut.

Nyatanya, ia sudah hilang.

Lanun kaku.






Continue Reading

You'll Also Like

313K 1K 14
Ini cerita Zink dan Caan yang melakar pertemuan di bangku IPT. Yang si gadis, cemerkap itu sudah sebati dalam diri dan jadi identiti. Yang si jejaka...
66.7K 5.3K 61
° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11...
751 128 30
Biodata Ezril Hayyan umur 22 tahun darah kacukan, tinggi 185 kulit hitam manis / sawo matang mata warna biru laut and of course hensem anak kepada No...
137K 1.9K 6
PUBLISHED UNDER Mangosteeen Publication © Tajuk di pasaran : Pada Subuh Yang Membawaku Pergi BOOK #1 of 𝕱𝖗𝖎𝖊𝖓𝖉𝖘𝖍𝖎𝖕 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 AWARD #2...