MR PIRATE

Autorstwa CIK_ZALIKHA

3M 270K 56K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... Więcej

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

46

32.5K 2.8K 930
Autorstwa CIK_ZALIKHA

                   "MAAF sebab lambat. Abang dengan Kak Husna tak apa-apa ke?" Soal Rajuna, sebaik sahaja bot mereka berhenti merapat secara bersebelahan. Botol minyak yang dibawa bersama terus diambil lalu diserahkan kepada Lanun sambil bibir menyengih.  Harap dengan muka comel ini, abang tak marah tentang kes lupa isi minyak malam tadi.

Malah muka Lanun masih lagi ketat serupa nak telan manusia. Botol minyak ditangan Rajuna langsung dirampas.

"Jangan ingat abang akan lepaskan korang bertiga dengan mudah. Kalau jadi apa-apa benda buruk dekat sini, siapa yang nak bertanggungjawab? Dah tahu minyak tinggal separuh, isilah balik!" Herdik Lanun.

Bibir Rajuna mencebir. "Alah, abang ni... macam tak biasa pula minyak habis dekat tengah laut. Kira baiklah kami datang juga ke sini. Bukannya nak ucap terima kasih dulu."

"Terima kasih!" Acuh tak acuh sahaja Lanun mengucap terima kasih. Dia masih geram dengan perbuatan cuai mereka. Nasib kembar itu baik kerana mereka sekarang berada ditengah laut, jadi terpaksa Lanun ketepikan amarahnya sekejap. Tunggu sampai kampung nanti, siaplah!

Ombak pun mujur tak kuat mana. Syukurlah Tuhan melindungi nyawa mereka berdua daripada bahaya. Tanpa berkata apa lagi, Lanun terus melangkah ke arah enjin yang tersangkut dibelakang bot. Mengisi minyak yang telah kehabisan.

Arjuna mematikan enjin bot seketika saat kepalanya menoleh ke arah Husna yang sedang berbalut kain terpal. Adakala kain terpal itu jatuh sedikit, cepat-cepat Husna tarik ke tengah semula. Bibir Arjuna tersenyum kecil. Kesian pula dia lihat wanita itu basah lencun daripada atas sampai ke bawah.

Kemudian, dia menoleh ke tepi. Menarik dua kain tuala yang disangkut pada besi bumbung bot itu, sebelum dia melangkah ke bot sebelah secara berhati-hati. Husna turut bangun dari tempat duduk tatkala menyedari Arjuna mendekati.

"Kesian tengok awak balut dengan kain terpal tu..." langsung kain tuala dilebarkan sebelum dibalut pada tubuh Husna.

"Terima kasih." Husna tersenyum.  Bahagian tengah tuala dicengkam kuat-kuat daripada terjatuh.  Manakala, kain terpal itu dibiarkan melurut ke bawah dengan sendiri. 'Baik juga adik-adik Lanun ni, lembut saja suara bila bercakap. Bukan macam si Lanun tu.' Sindir Husna di dalam hati. Sempat lagi menjeling ke arah Lanun yang sedang menuang minyak ke dalam tangki enjin bot.

"Boleh saya tolong lapkan muka awak? Nampak macam sejuk sangat." Soal Arjuna, terus mengalihkan pandangan Husna kearahnya. Muka polos Husna jelas nampak tanda tanya. Namun, tidak pula wanita itu melarang. Lantas, Arjuna mara setapak mendekatkan jarak. Satu lagi kain tuala ditangan terus dihalakan ke muka Husna yang masih basah. Dilap secara perlahan-lahan. 

Rajuna hanya mampu menganga melihat tindakan berani si Arjuna. Kalau ada telefon, sudah lama dia mendail nombor pengukir batu nisan untuk tempah nama Arjuna siap-siap.

"Minyak dah penuh. Kita dah boleh balik sekarang..." bicara Lanun terhenti setakat disitu sebaik sahaja kepala berpaling ke belakang. Dia tergamam sejenak. Melihat tangan Arjuna yang sedang leka mengelap pipi Husna, menimbulkan rasa kurang selesa dihati. Apatah lagi, tika ini dia melihat mata Husna yang tak lari daripada merenung wajah Arjuna. Makin dalam ia mencucuk serupa hendak tembus sampai ke luar badan.

Tanpa sedar bibirnya mengetap. Bahkan tangan yang memegang tangkai botol itu menggenggam dengan kuat sehingga menimbulkan urat hijau dibelakang tangannya. Mukanya tak mampu berbohong, jelas merah padam bersama cerlungan begitu geram. Budak Arjuna ni memang nak kena! Tahulah baik, tapi baiknya lain macam sekarang.

Ah, perasaan ini buatkan Lanun semakin rimas. Lantas dia terus bangun, berdiri dengan tegak sebelum...

"ARJUNA HAYAT!"

Terhinjut bahu Arjuna tatkala nama panjangnya tiba-tiba diseru dengan kuat. Malah Husna turut sama terkejut. Serentak pandangan mereka beralih ke arah Lanun yang sedang mengatur langkah dengan muka dingin. Kuat hentakan kakinya hingga terasa bot ini bergegar sedikit.

Tangan Arjuna yang memegang kain tuala mulai menggigil perlahan. Selalunya, kalau Lanun sebut nama panjang ini bermakna seseorang itu ada buat masalah yang besar dengannya. Tapi masalah apa yang dia buat?

"Ya... Ya, bang?" Tergagap-gagap suara Arjuna menyoal. Dia beranikan diri menatap mata garang itu.

Tak cakap banyak, tuala ditangan Arjuna terus dirampas. Manakala botol minyak kosong yang dipegang pula ditolak ke dada lelaki muda itu. Arjuna pantas memegangnya daripada terjatuh.

"Tolong simpankan botol minyak tu. Kita kena balik sekarang!" Arah Lanun, suara masih lagi dingin. Cuba mengawal diri daripada jelas menampakkan perasaan sebenar yang sedang menyelubunginya.

Kepala Arjuna terangguk-angguk.  Lah, nak suruh simpan botol rupanya. Ingatkan dia hampir kena campak ke dalam laut tadi. Fuh, nasib baik!

"Baik, bang. Saya pergi hidupkan enjin balik." Kata Arjuna, cepat-cepat dia pergi ke botnya semula. Meninggalkan Husna dan Lanun sahaja di atas bot tanpa bumbung itu.

Kini, pandangan Lanun beralih kearah Husna pula.

"Kau pun satu, tak ada tangan nak lap muka sendiri huh?" Tekan Lanun lantas mencampakkan kain tuala itu tepat ke muka Husna. Dia tidak peduli dengan reaksi wanita itu. Tanpa menunggu lama dia melangkah ke arah tempat pemandu.

Kain tuala yang melekat dimuka itu terus ditarik ke bawah. Husna merengus geram. Rasa nak libas kain tuala ini ke belakang badan Lanun.

"Apa salahnya dia nak tolong saya? Niat dia baik. Nak harapkan awak, heh... lebih baik saya percaya yang gajah tu boleh terbang." Sinis Husna. Siap dengan jelingan meluat.

Lanun memberhentikan langkah. Dia menoleh memandang Husna yang masih berdiri di belakangnya.

"Kenapa? Kau nak aku buktikan yang aku boleh lap sama macam dia ke?"

"Mana ada!" Laju sahaja Husna memotong.  Mukanya sudah meruap menahan malu.

"Saya boleh lap sendiri. Saya tak perlukan tangan awak! Tangan awak tu sudahlah kasar mengalahkan kertas pasir!" Bidasnya, langsung membawa kain tuala itu ke muka. Mengelap sisa air yang masih ada sehingga mukanya kembali kering. Risau! Karang si Lanun itu tiba-tiba meluru kearahnya kembali dan mengelap wajahnya... uish, boleh pengsan!

Bibir Lanun mengherot sinis. Melihat reaksi yang tertayangkan diwajah Husna sudah cukup membuat dia faham.

"Tahu pun tak nak. Kalau aku yang buat, silap-silap kau boleh terus lupakan Mr Blue."

Husna menjuih bibir. Perasaannya si Mr Pirate ni! Dia fikir dia siapa sehingga mampu merampas tempat Mr Blue dihatinya? Kecil sahaja pandangan Husna memandang Lanun yang kembali melangkah ke arah tempat pemandu. Cuba menghidupkan enjin bot semula.

"Awak takkan boleh buat saya lupakan dia! Hati saya, cuma ada nama dia. Jadi jangan nak berangan!"

"Kalau hati kau cuma untuk dia, jadi jagalah perasaan dia baik-baik. Jangan buat dia cemburu."  Balas Lanun acuh tak acuh, tanpa memandang Husna. Sibuk menarik tali sawat pada enjin botnya agar hidup semula. Pada mulanya tidak jadi. Sehinggalah kali kedua, baru enjinnya berfungsi.

Husna tersentak. Keningnya berkerut, sungguh dia kurang faham. Apa maksud Lanun? Kenapa Mr Blue nak cemburu pula, bukannya dia ada disini? Atau... dia sedang diperhatikan daripada jauh? Husna pandang sekeliling dengan muka cuak.

Ah, tak mungkin!

Mana ada manusia lain dekat sini selain mereka.

"Yang kau berdiri tercegat dekat situ kenapa? Aku nak pandu bot ni. Karang terjatuh, aku juga yang susah.  Duduk!" Tegur Lanun.

Husna mengetap bibir. Geram.

"Nak duduklah ni! Tak penyabar betul! Duduk atas dia karang baru tahu..." gumam Husna.

"Kau cakap apa?!"

"Tak ada apalah! Cepatlah bawa bot tu, saya nak balik!" Bentak Husna. Dia terus mengambil tempat duduk di sebelah kiri.  Tubuh dipeluk. Kepala dipalingkan ke hadapan sana.

Lanun hanya geleng kepala. Tanpa menunggu lama, bot terus dipandu pergi. Meninggalkan bot Arjuna dan Rajuna yang masih terhegeh-hegeh mengejar daripada belakang.

Rajuna mengeluh perlahan. Dia yang sedang berdiri sambil sebelah tangan dipaut pada bumbung bot itu berpaling ke tepi. Memandang Arjuna yang sedang fokus memandu.

"Complicated betul pasangan yang bercinta ni, kan? Macam laut. Kejap bergelora, kejap tenang. Pening! Nasib baik aku masih single." Kata Rajuna. Kepalanya menggeleng. Harap-harap, bila dia bercinta nanti tidak sama seperti percintaan dua insan itu.















                      "MEREKA dah balik!" Jerit Orkid yang berada di pondok, sambil menunding jari ke arah dua bot yang baru tiba di pantai. Serentak menarik perhatian Odu dan Ratna yang turut berada dibawah pondok yang sama.

Ratna tersenyum.  Mujurlah mereka balik dengan selamat.

"Ya Allah..." Terus sebelah tangan Odu naik melekap ke dada. Rasa lega sangat-sangat apabila melihat Lanun dan Husna yang sedang turun daripada bot. Mereka berdua nampak tak apa-apa, tapi pakaian sudah basah lencun. Tak tunggu lama, Odu gagahkan diri untuk berdiri.

"Eh, Odu... kaki Odukan tengah sakit. Jangan sesuka hati berjalan." Tegur Ratna. Cepat-cepat dia memegang lengan Odu daripada orang tua itu tiba-tiba tersungkur ke tanah. Orkid juga pantas bergerak mencapai sebelah tangan Odu lagi satu.

"Betul tu! Nanti Odu makin sakit, semua orang susah hati." Sokong Orkid.

"Ah, apa-apa sijalah. Odu mau jumpa mereka berdua. Bawa Odu pergi pada mereka cepat!" Balas Odu.

Orkid dan Ratna saling berpandangan seketika. Sedang memberi isyarat yang sama, patutkah mereka membawa Odu pergi kearah Lanun dan Husna? Tapi apabila teringatkan kedegilan Odu, maka mereka terpaksa menurut. Lantas, mereka sama-sama memapah tubuh Odu berjalan ke sana.

Melihat Odu berada dipersisiran pantai, mata Lanun terus terbeliak. Terkesima. Apa Odu buat disini? Bukankah sepatutnya dia duduk dirumah kerana kaki masih belum pulih?

"Odu!" Lanun terus mempercepatkan langkahnya, meluru mendapatkan Odu. Pandangan penuh risau terpapar jelas diwajahnya.

"Odu, apa Odu buat disini? Odu endak patut risaukan Lanun, Kaki Odukan..."

"Husna!" Tanpa pedulikan Lanun, Odu terus menghampiri Husna. Dibiarkan Lanun serupa tak wujud disitu, lantas tubuh Husna terus ditarik lalu dipeluk dengan erat. Lanun tergamam. Matanya berkelip-kelip. 

Apa? Odu lebih utamakan Husna daripada dia? Sampai hati Odu tolak dia ke tepi! Lanun tayang muka cemberut, terus kedua-dua belah tangan menyilang ke tubuh. Memerhati sahaja Odu yang jelas lebih merisaukan Husna daripadanya.

"Husna, kau endak apa-apa ka?"

Pelukan dileraikan. Kini kedua tangan Odu melekap dipipi Husna yang sejuk. Menatap wajah Husna yang jelas kaku.
Sesungguhnya, dia sudah lama tidak rasakan perasaan ini. Iaitu perasaan kasih sayang dan kerisauan daripada orang tua. Automatik Husna teringatkan kasih dari arwah emaknya, buatkan dia rasa sebak secara tiba-tiba. 

Odu...

Kita bukan keluarga. Tapi kenapa Odu risaukannya sampai begini sekali? Datin Khadijah pun, tidak melayan dia sampai ke tahap ini.

"Husna, Maafkan Odu! Maaf sangat-sangat! Odu endak patut biarkan ko pigi pasar. Kalo tidak, pasti semua ini endak akan terjadi! Ko baik-baik sijakan? Endak ada luka? Sakit? Kasi tau Odu kalo ko rasa sakit dimana-mana!" Soal Odu, bertubi-tubi sehingga Husna tidak tahu mana satu yang perlu dijawab.

Akhirnya bibir Husna tersenyum kecil. Kepala digeleng. Kedua-dua belah tangan Odu yang melekap dipipinya ditarik ke bawah lalu digenggam.

"Odu janganlah risau. Husna tak salahkan Odu pun. Tak ada apa-apa benda buruk yang berlaku semasa di atas bot tadi. Sepatutnya, Odu patut risaukan kaki yang terseliuh tu..."

"Haish, Husna... Odu sudah terbiasa dengan sakit ni. Jadi endak perlu risaukan tentang Odu. Betul ka ko endak ada apa-apa?"

Husna angguk lagi. Odu tersenyum lega. Syukurlah.

"Sampai hati Odu tanya Husna seorang sija. Habis Lanun ni Odu endak risau ka? Sa pun manusia tau. Bulih terluka dan rasa sakit juga. Endak mau kawan sama Odu lagi..." Sampuk Lanun. Dia berpaling ke lain, buat-buat merajuk. Tubuh masih dipeluk. Siap muncung bibir lagi.

Husna terpanar. Lah, ambil hati pula si Lanun ni!

"Alahai, ko ni Lanun... merajuk pula! Janganlah begitu. Ko pun Odu risaukan juga." Pujuk Odu dengan nada suara lembut. Bahu Lanun disentuh, ingin menarik lelaki muda itu pusing menghadapnya semula. Namun Lanun buat-buat menepis. Serupa budak kecil yang merajuk dengan orang tuanya kerana tak dibelikan gula-gula.

Odu ketawa. Susah juga nak pujuk si orang dewasa yang merajuk ni.

"Sa sudah cakap, baru Odu mau risau. Nampak sangat Odu baru sedar kewujudan Lanun disini!"

"Mana ada begitu. Lanun dari awal lagi Odu sudah nampak ko turun dari bot sana. Cuma Odu lebih risaukan Husna sebab dia perempuan. Ko itu lelaki! Lagipun, ko sudah terbiasa dengan laut. Husna pula endak pernah. Sebab itu Odu pergi kepada dia dulu!"

Lanun menjeling. Yalah tu! Entah-entah Odu dah mula sayangkan Husna daripada dia. Habislah, takhta cucu kesayangan Odu telah dirampas oleh Husna. Selepas ini, kalau Husna nak makan ketam tentu Odu bagi percuma.

Nak merajuk lama-lama pun tak boleh juga. Kaki Odu sedang sakit, orang tua itu sepatutnya dihantar pulang ke rumah semula. Kemudian, Lanun memusing ke belakang menghadap Odu.  Masih lagi dengan muka masam mencuka.

"Peluk Lanun dulu. Baru sa maafkan Odu!" Arah Lanun. Dia mendepakan tangan, menanti pelukan daripada Odu.

Husna ternganga. Ya Allah, benarkah itu Lanun? Bukan obor-obor yang baru naik ke darat? Dia tak sangka, Lanun yang garang dan tegas boleh semanja itu dengan orang tua. Dengan dia... tidak ada pula Lanun layan macam itu.

Cemburu!

Eh? Kenapa pula Lanun nak kena layan dia manja macam Odu? Dia bukan siapa-siapa pun bagi Lanun! Ah, buang perasaan ini semula. Jangan ganggunya lagi!

"Baiklah. Janji jangan terasa hati dengan Odu. Odu pun sayang dan risaukan ko juga." Kata Odu sebelum tubuh Lanun yang tinggi lampai itu dipeluk. Sehinggakan Lanun menundukkan sedikit tubuhnya disebabkan ketinggian Odu yang semakin membongkok kerana usia. Dia turut membalas pelukan Odu.

"Sa pun sayang Odu. Oleh sebab sa sayang Odu, jadi Odu kena balik ke rumah dan rehat semula. Nanti malam sa datang rumah Odu." Ujar Lanun.

Odu mengangguk. 

"Baiklah, Lanun. Odu akan balik rumah."

Pelukan dileraikan. Kini bibir Lanun kembali tersenyum. Hilang sudah merajuknya. Kemudian, pandangan dihalakan ke arah Ratna dan Orkid yang berdiri tercegat di tepi.

"Tolong bawa Odu balik. Jagakan Odu sekejap, nanti selepas mandi abang akan pergi sana." Arah Lanun.

Ratna mengangguk kepala. Tanpa menunggu lama, mereka pun bergerak mendapatkan Odu semula. Membawa orang tua itu pulang ke rumah semula. Timbul rasa kasihan dihati tatkala melihat Odu yang berjalan terjenget-jengket dari belakang. Tentu sakit sangat kesan terseliuh itu.

Mengapalah Odu sanggup datang ke sini demi mereka? Kepala Lanun menggeleng perlahan. Odu... Odu...

"Saya tak sangka awak ada perangai manja macam itu." Husna bersuara. Mengalihkan pandangan Lanun kearahnya. Automatik muka lelaki itu berubah menjadi harimau semula. Ke mana perginya muka anak kucing tadi?

"Aku jadi macam itu, dengan orang yang aku sayang sahaja. Sebab dengan orang yang kita sayang sahaja, dia boleh terima perangai macam itu. Kalau tak sayang, mereka akan menyampah." Ujar Lanun.

Husna mengangguk faham. Kepala menunduk ke bawah. Ada senyuman sinis beraja dibibir tatkala teringatkan Datin Khadijah. Ya, orang tua itulah yang akan menyampah jika dia berkelakuan begitu. Jelas, Datin Khadijah tidak menyayangi dia. Jadi, dia pun tidak harus bermanja seperti mana Lanun lakukan tadi.

Orang tua itu tak layak.

Tapi...

Dato Idris juga tidak suka dengan perangai manja si Husna. Malah dengan arwah emak pun sama juga. Mengapa  orang tuanya tidak boleh menerima perangai anak sepertinya seperti mqna Odu melayani kerenah si Lanun?

Walhal, Lanun dan Odu bukan darah daging yang sama.

Menyedari Husna yang tiba-tiba senyap, Kepala Lanun menunduk sedikit, mengintai wajah Husna yang berubah. Dia ada salah cakap ke tadi?

"Kau tak apa-apa?" Soal Lanun.

Husna menggeleng. Dia tersenyum kelat. Kemudian, kepala kembali melangut memandang Lanun.

"Tak. Saya cuma teringatkan ayah dan mak tiri saya. Betullah apa awak cakap, perangai macam itu... tak sesuai untuk semua orang. Dan tak semua boleh menerimanya."

"Kenapa? Kau tak pernah tunjuk perangai manja macam itu pada diaorang?" Soal Lanun, suaranya tak sedingin sebelum ini. Lebih lembut. Bahkan matanya tak lari memandang wajah Husna. Sedia mendengar luahan, jika wanita itu sudi berkongsi. Dia tidak mahu mendesak.

Husna angguk perlahan. Kepalanya tertunduk kembali. Entah mengapa, timbul perasaan malu dengan Lanun. Lelaki itu mungkin tak punya harta dan kekayaan seperti dia, tapi Sekurang-kurangnya Lanun mendapat kasih sayang yang lebih berharga daripadanya.

"Saya tak pernah rasa kasih sayang ayah, sebab dulu dia terlalu kejarkan mak tiri saya. Dan saya juga tak pernah rasa kasih sayang arwah mak, sebab saya selalu nampak dia asyik nangis. Bila dah besar, saya jadi janggal untuk rapat dengan ayah saya. Jadi saya tak boleh nak buat manja macam awak buat dengan Odu, walaupun saya juga teringin nak rasa perasaan macam itu."
Luah Husna.

Lanun terdiam. Dan tiba-tiba Husna ketawa. Ketawa yang mengejek pada dirinya sendiri.

"Tapi... bukan dia dan mak tiri saya sahaja yang menyampah dengan saya. Staff dekat tempat kerja sendiri pun, tak suka saya. Sebab saya selalu terbawa-bawa hal dari rumah ke tempat kerja. Saya sukar nak kawal emosi sendiri, sampaikan orang lain yang kena hadap tengkingan dari saya. Mungkin, mereka semua gembira selepas dapat tahu saya hilang dekat laut sekarang." Ujar Husna.

"Malang sungguh jadi seorang Puteri Husna, dari kecil... sampai ke besar hidupnya tak pernah disenangi oleh sesiapa. Malah kehilangan dia buat orang lebih selesa. Sebab itu saya selalu tunggu kedatangan Mr Blue dalam hidup saya. Dia... adalah orang pertama, yang sanggup terjun ke dalam laut demi saya. Dan dia juga, yang selalu teman saya di pantai masa percutian dekat pulau ni. Manakala ayah dan mak tiri saya langsung tak pedulikan saya masa tu. Kalau tiada dia..."

Suara Husna bergetar. Berat untuk dia menyambut ayat semula.

"Saya mungkin tak ada sekarang. Dah pergi, sama macam arwah mak saya."

"Aku takkan biarkan benda tu berlaku." Lanun akhirnya bersuara. Serius.

Terus kepala Husna terdongak memandang renungan mata redup itu.  Bersama kerutan di dahi, dia kurang menangkap maksud Lanun. Atau dia yang salah dengar?

Tatkala baru menyedari ayat yang diucapkan tadi, Lanun nampak tak keruan. Sekejap tangannya menggosok hidung, sekejap tangan itu bergerak ke belakang leher, kemudian dia berpaling ke lain, dan berdehem sebelum beralih memandang Husna semula.

"Maksud aku... Mr Blue. Yeah, Mr Blue takkan biarkan kau kena nasib yang macam itu."

"Eleh, awak pun pernah cakap Mr Blue pun mungkin tak ingin nak selamatkan saya dekat sini sebab perangai saya." Sengaja Husna mahu mengungkit.

Lanun tersentak. Kuat pula ingatan perempuan ni. Ingatkan dah lupa.

"Itu aku bergurau sahaja. Tapi hakikatnya... dia sanggup buat apa sahaja untuk kau. Dia tak kesah pun siapa kau, perangai kau, status kau, atau apa-apa sekalipun. Dia cuma..." Mata Husna ditenung dalam-dalam. 

Malah Husna juga diam menanti kata sambungan. Pandangan Lanun saat ini, buatkan dia terus tenggelam. Tak tahu mengapa jiwa ini tiba-tiba berdebar. Bahkan angin sepoi-sepoi yang menyapa tubuh mereka yang basah lencun langsung tak buatkan tubuh kedua-duanya kedinginan. Tetap terasa kehangatan yang entah muncul daripada mana.

"Dia cuma nakkan kau." Sambungan Lanun, buatkan Husna terpanar.

Kepala Lanun mengangguk. Bibir turut mengukir senyuman mengiyakan kenyataan sendiri.

"Ya. Dia memang tunggu kau selama ni. Kau tak keseorangan."

"Mana awak tahu?" Soal Husna.

"Sebab..."

"Sebab?" Jantung makin berdegup dengan laju.

Lanun makin tak tentu arah. Dia juga turut sama rasakan debaran. Dan yang pasti, perasaan itu seolah-olah memaksa dia untuk beritahu perkara yang sebenar. Perlahan-lahan sebelah tangan naik menyentuh penutup mata hitamnya.

Inikah saat yang sesuai?

Patutkah dia buka sekarang?

Tapi... bagaimana jika Husna tidak boleh terima semua ini? Mr Blue dimata Husna adalah seorang yang kaya raya, hidup sentiasa dipenuhi kesenangan dan kebahagiaan.  Bagaimana pula dengan dirinya?

"Tak!" Tekan Lanun.

Bahu Husna sedikit terhinjut. Tak? Apa yang tak?

Kepala Lanun menggeleng. Tangannya jatuh ke bawah semula. Pandangan bertukar tajam semula.

"Aku perlu mandi. Kau pun. Nanti demam." Kata Lanun, acuh tak acuh sebelum dia berlalu pergi. Sedikit pun tidak menoleh ke belakang semula. Membiarkan Husna terpinga-pinga di belakang seorang diri.

"Apa yang tak? Dia nak cakap, dia tak maksudkan semua tu ke?" Husna garu kepala.

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

16.6K 1.7K 42
Ahli sihir yang namanya dilupakan. Itulah dia. start : 20/03/30 end : 20/05/12
2K 159 28
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...
18.5K 392 4
[Fantasy + Adventure] Tahun 3091 di mana dunia sudah semakin maju. Wujudnya permainan virtual reality arena competition iaitu sebuah permainan berkon...
1.5M 47.8K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...