MR PIRATE

By CIK_ZALIKHA

3M 269K 55.9K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

38

28.7K 2.7K 548
By CIK_ZALIKHA

                    "BANG, andai kata kita balik ke Kuala Lumpur nanti tanpa Husna. Siapa yang nak uruskan hotel abang tu? Sajalah Dijah tanya, sebab abangkan sekarang macam tak larat untuk bekerja..." Datin Khadijah berpaling ke belakang, memandang suaminya yang duduk di atas birai katil sedang termenung kosong. Segelas air ditangan dan dua biji ubat panadol langsung tidak terusik. Tak ubah seperti orang tua nyanyuk.

Sambil-sambil tangan Datin Khadijah mengeluarkan baju-baju yang berada di dalam almari untuk dilipat dan dibawa masuk ke dalam beg bagasi. Dia masih menanti jawapan daripada Dato Idris dengan senyuman penuh makna.

"Entahlah. Abang pun tak tahu nak harapkan siapa lagi? Mungkin terpaksa  abang kuatkan diri untuk bekerja juga."
Keluh Dato Idris. Otaknya terasa penat. Tak mampu untuk merancang keputusan buat masa sekarang. Dan tatkala denyutan dikepala terasa semakin kuat, mukanya terus berkerut. Tak tunggu lama, dua biji panadol itu terus ditelan disusuli air putih.

"Ish, apa pula macam itu? Nanti kalau abang makin sakit macam mana? Tak pasal-pasal Nanti abang kena tahan dekat hospital. Dijah juga yang sunyi duduk rumah seorang diri..."

"Habis? Awak nak saya buat apa? Takkan nak suruh awak gantikan tempat Husna? Saya tak nak susahkan awak. Lagipun, kerja dekat office tu banyak sangat yang belum diselesaikan. Kesian pada awak yang kena menanggung penat." Ujar Dato Idris.

Dalam tak sedar, bibir isterinya sudah tersenyum senget. Memang itu pun jawapan yang dia nanti-nantikan keluar dari bibir si suami. Sudah lama dia ingin memegang jawatan tinggi di dalam syarikat Paredise milik Dato Idris. Sebelum ini, asyik terhalang dengan Husna. Wanita muda itu tidak habis-habis menghasut suaminya supaya tidak memberikan dia kuasa untuk pegang syarikat itu.

Pakaian yang dipunggah dari almari tadi dibiarkan sahaja bersepah di atas katil, lalu dia terus berjalan menghampiri suaminya. Ruang kosong yang berada disitu menjadi tempat dia melabuh punggung.  Kemudian, tangan Dato Idris diraih lembut.

"Dijah tak kesah pun semua tu. Malah Dijah rela penat demi abang. Kalau abang izinkan Dijah ambil alih tempat Husna, Dijah janji akan buat kerja sungguh-sungguh. Takkan sesekali cuba lingkupkan company abang."

"Bukan itu masalahnya, Dijah. Tapi Husna pernah kata pada abang yang..."

"Alaa... abang janganlah ikut cakap Husna sangat. Dia itukan benci saya? Memang tidaklah dia beri saya ambil alih syarikat tu. Tapi sekarang kita tengah terdesak. Dah tiada pilihan lain lagi.  Takkan abang masih nak ikut cakap Husna?" Laju sahaja Datin Khadijah memotong. Cuba menghasut fikiran suaminya untuk mengikut cakap dia berbanding Husna. Ah, perempuan itu bukannya ada di sini pun! Entah-entah sudah meninggal dunia.

Iyalah, siapa sahaja yang boleh hidup ditengah-tengah pulau Red Zone itu? Sampai sekarang kelibat Husna masih belum dijumpai. Memang sah! Perempuan itu sudah tenggelam ke dasar laut. Padan muka! Selamanya syarikat Paredise itu akan menjadi milik dia selepas semua rancangan diatur dengan baik.

Kemudian, Dato Idris mengeluh berat. Sukar untuk dia membuat keputusan. 

"Nanti-nantilah abang fikir bila dah sampai Kuala Lumpur. Sekarang ni fikiran abang kosong. Tak tahu nak buat keputusan.  Harap Dijah beri abang masa ya?"

Datin Khadijah tersenyum lebar.  Tangan suaminya digenggam penuh erat.

"Baik, bang. Dijah akan sentiasa tunggu jawapan abang. Apa yang Dijah cadangkan tadi, sekadar nak permudahkan urusan abang. Dijah tak suka bila tengok abang kerja dalam keadaan tak terurus macam ini. Anggap sahaja Dijah ikhlas nak tolong." Ujar Datin Khadijah,  pandai sungguh dia menyusun ayat. Membuatkan Dato Idris tersenyum senang mendengar kebaikan yang terluah dibibir isterinya. Terdetik rasa bersyukur di hati kerana dapat isteri yang memahami seperti Datin Khadijah. 

"Awak memang baik, Dijah. Husna tak sepatutnya bencikan awak. Ini semua salah saya. Kalau saya tak abaikan tanggungjawab saya kepada arwah isteri pertama dahulu, pasti Husna boleh terima awak seadanya." Puji Dato Idris,  ada senyuman kelat muncul dibibirnya tatkala teringatkan arwah isteri pertamanya. Sejujurnya, diri ini tak pernah sesaat pun hilang daripada dihantui perasaan bersalah. Jika boleh putarkan masa, dia akan hargai masa tersebut dan betulkan setiap dosa yang dia telah lakukan.

Datin Khadijah mengulum senyuman kecil.

"Mana ada salah abang. Memang jiwa anak-anak selalu macam itukan? Siapa aje anak yang gembira bila dapat tahu mak mereka di duakan? Salah Husna sendiri kerana dia tidak mahu menerima takdir. Bukan salah abang."Ujar Datin Khadijah.  Sengaja dia memburuk-burukkan nama Husna di hadapan orang tua itu. Malah Dato Idris hanya diam tak bersuara. Kembali termenung kosong serupa manusia yang tidak punya jiwa.







                     SETIBANYA di kampung, Lanun terus menuju ke rumahnya bersama sebungkus beg plastik berisi makanan. Dari jauh, dia dapat menangkap dua suara yang sedang terpekik. Semakin lama, semakin kuat sehinggalah dia tiba di hadapan rumah. Lanun tidak terus masuk, malah berhenti seketika memasang pendengaran. Suara Husna dan Orkid kedengaran silih berganti menerpa ke telinganya. 

"Tak nak!"

"Ko kena makan!"

"Tak nak!"

"Nanti Lanun marah sama sa macam mana? Makanlah! Penat sa masak untuk ko!"

"Saya cakap tak nak, tak naklah!"

Mata Lanun terpejam sesaat. Nafas ditarik lalu dihembus. Haish, apalagi si Husna ni buat hal? Sabar sajalah, Lanun... tanpa menunggu lama, kasut ditanggalkan sebelum dia menapak masuk ke dalam rumah. Sebaik tiba di pintu, dia lihat Orkid sedang menyuakan sudu berisi nasi goreng  ke arah mulut Husna. Memaksa wanita itu untuk membuka mulut. Namun, Husna pula sedaya upaya menjauhkan bibir. Sekejap kepala berpaling ke kiri, selepas itu ke kanan. Mengelak daripada disuap.  Bibir diketap sekuat-kuatnya. Mengalahkan payah suap budak umur 4 tahun untuk makan.

Tanpa sedar, aksi elak-mengelak mereka itu diperhatikan oleh Lanun. Lama juga untuk buat mereka berdua sedar akan kehadirannya.  Dia siap boleh peluk tubuh sambil bersandar di tepi pintu. Tergeleng menonton drama si Husna yang entah ke episod berapa.

"Saya cakap tak nak makan, tak nak makan... lah?" Husna yang baru sedar kemunculan Lanun dipintu terus kematian kata. Orkid juga langsung berpaling ke belakang saat Husna tiba-tiba tercengang seperti disumpah menjadi batu.

Automatik kening Orkid terjongket, tak sangka Lanun dah balik. Sejak bilanya lelaki itu berdiri disitu? Lantas, Orkid bangun dari duduk di lantai. Membawa pinggan nasi goreng bersama menuju ke arah Lanun.

"Lanun! Ko punya koupusan ni degil betul bah! Sa dah masak penat-penat, dia endak mau makan." Adu Orkid, tak ubah seperti budak kecil yang mengadu kepada orang tua mereka. Siap menunding jari ke arah Husna yang memandangnya dengan pandangan mengecil.

"Saya bukan koupusan dialah!" Dingin Husna membantah. Sejak bila pula dia sah menjadi isteri kepada si Lanun?

"Orkid dah penat masak untuk kau, kenapa kau tak nak makan? Susah sangat ke nak hargai masakan orang?" Soal Lanun agak keras. Dia memandang Husna yang duduk terikat di lantai.

"Awak rasalah dulu nasi goreng dia sebelum nak cakap saya tak pandai nak menghargai!" Bentak Husna. Sesuka hati sahaja kata dia tak pandai nak hargai masakan orang.

Lanun mendengus sebelum sudu di atas pinggan nasi goreng itu dicapai. Pantang sungguh apabila dicabar. Entah apa yang tak kena dengan nasi goreng ini. Nampak biasa sahaja dimatanya. Si Husna itu sahaja yang cerewet mengalahkan orang tua!

"Jangan nak salahkan masakan orang kalau kau sendiri yang memilih dalam bab makanan! Apa yang tak okay? Aku tengok elok sahaja nasi goreng ni..." sesuap nasi dimasukkan ke dalam mulut.  Baru kunyahan pertama, terus lidahnya terasa disambar elektrik. Lanun tersentak. Rasa masin yang teramat buatkan riak wajah Lanun terus berkerut, pucat membiru. Hendak buang balik, sayang pula rezeki. Terpaksa juga dia memaksa tekak untuk menerimanya.

Husna yang menyedari perubahan riak wajah lelaki itu apabila menerima suapan pertama terus tersenyum menang. Ha, siapa yang tak reti hargai masakan sekarang?

"Kenapa muka ko biru begitu, Lanun? Endak sedap ka?" Soal Orkid, tertanya-tanya. Dia tunduk memandang nasi goreng ditangan. Apa yang tak kena? Dia cuma masukkan bahan seperti yang emak dia ajar. Nasi, sedikit bawang, telur, sambal belacan, dan secubit garam secukup rasa. Tetapi, semasa dia rasa masakannya tadi macam tawar sangat.  Jadi dia tambahlah lagi dua sudu garam penuh.

Masih tak sedap lagikah?

Lanun pejam mata. Menyesal pula beri kepercayaan kepada Orkid untuk menjaga Husna. Kalau dia terlambat sedikit, kena darah tinggi terus si minah tu kerana makan makanan terlampau masin.

Lanun menghembus nafas. Dia kembali memandang Orkid.

"Endak apalah, Orkid. Ko bawa balik sijalah nasi goreng itu untuk ko. Sa sudah belikan Husna makanan. Terima kasih sudi jagakan dia untuk hari ni." Ujar Lanun, kemudian dia menyeluk sebelah tangan ke dalam poket seluar. Mengeluarkan dompet sebelum menyerahkan duit kertas bernilai seratus ringgit kepada wanita itu sebagai upah. 

Orkid tersenyum menyeringai.  Yeah, dia dapat duit! Tiada tolak-menolak, Orkid terus ambil lalu disimpan ke dalam poket bajunya. 

"Terima kasih, Lanun. Selepas ini kalo ko mau sa jaga dia lagi, bilang sija! Sa akan datang sepantas yang mungkin."

Lanun hanya mengangguk kepala.

Baru Orkid hendak melangkah pergi, dia berhenti seketika dipintu. Hampir sahaja terlupa untuk sampaikan pesanan jirannya pagi tadi. Kemudian, Orkid pusing ke belakang semula.

"Sa lupa mau bagitau. Hari Sabtu ni, Cik Lia ada buat kenduri untuk perkahwinan anak dia. Dia suruh sa bagitau ko untuk bawa Husna sekali. Jadi jangan lupa datang pula ya? Mesti Husna akan seronok nanti."

"Baik, terima kasih kerana jemput." Ucap Lanun.

Maka Orkid pun kembali menyambung langkah yang tergendala tadi. Hilang sahaja kelibat wanita itu, Lanun terus menoleh memandang Husna. Anak mata hitam itu sedang merenung bungkusan yang dia pegang. Sipi-sipi bau mi bandung yang menusuk ke hidung buatkan Husna terliur. Macam sedap sahaja...

"Itu... untuk saya ke?" Soal Husna, dia mendongak memandang Lanun. Bibirnya sudah menyengih. Padahal, Lanun sudah sebut tadi. Dia memang bawa pulang makanan itu untuknya. Tapi macam tak percaya, lelaki itu membungkus makanan lain selain ikan.

Lanun tidak menjawab. Malah jelingan pula yang diberi. Haih, masih marah nampak? Tanpa mempedulikan Husna, dia terus menapak ke dapur. Melihat bungkusan itu dibawa pergi, buatkan Husna tidak keruan. Ah, sudahlah dia sedang lapar. Takkan Lanun masih mahu menghukum dia lagi? Tidak cukupkah lelaki itu sudah mengikatnya? Takkan nak ikat perut dia pula? Matilah!

"Awak nak bawa makanan tu pergi mana?!" Soal Husna agak menjerit. Kalau Lanun tak dengar, sah-sah dia sengaja pekakkan telinga.

Akhirnya langkah Lanun pegun di tengah jalan. Bungkusan ditangan diangkat tunjuk ke arah Husna.

"Nak hidang dalam mangkuklah.  Takkan nak tuang mi bandung ni atas lantai pula? Kau tu bukan boleh. Semua benda nak terpok-pek pok pek, terpok pek pok pek... " Jawab Lanun selamba sambil teruskan langkah tanpa menunggu balasan daripada Husna. Tenggelam suaranya apabila sudah memasuki ke ruangan dapur.

Husna mengetap bibir. Kecil besar sahaja pandangan Lanun dimatanya. Aish, nasib baik dia diikat sahaja, kalau tidak... memang kena si Lanun itu!

Tidak sampai beberapa minit, Lanun kembali munculkan diri bersama semangkuk mi bandung dan segelas air putih ditangan. Dibawa menuju ke arah Husna lalu dia duduk bersila di hadapannya. Mangkuk mi bandung itu diletakkan ditengah-tengah antara mereka. Melihat kepekatan warna kuah mi bandung, bersama lima ekor udang besar yang timbul di atas mi buatkan perut Husna semakin tidak sabar ingin menelan makanan itu sekarang.

Ya Tuhan, nampak sedap betul. Tapi peliklah. Bagaimana dia boleh dapat mi bandung ditengah-tengah pulau? Ke mana si Lanun ini pergi tadi agaknya?

Dan disaat Husna ingin menggerakkan tangan mencapai mangkuk itu, baru dia sedar tangan dan tubuhnya masih terikat bersama. Kepala Husna tertunduk ke bawah diiringi keluhan.

"Macam mana saya nak makan kalau awak tak buka tali ni dahulu?" Soal Husna dengan gigi mengancip, geram. Matanya naik mencerlung Lanun dihadapannya dengan muka tidak puas hati. Manakala Lanun pula tidak memaparkan sebarang riak. Tenang mengacau kuah mi bandung itu sehingga sebati dengan mi.

"Siapa suruh kau buat hal? Kalau kau duduk baik-baik dekat sini, kau dah boleh menikmati mi bandung ni dengan selesa." Kata Lanun, dengan selamba dia menceduk mi menyuap masuk ke dalam mulutnya. Dikunyah sambil memandang Muka Husna yang menyirap. Padahal, perutnya sudah kenyang melantak makanan di Resort tadi. Sengaja nak mengusik.

Haish... Husna dongak sebentar mencari kesabaran. Geram pula tengok Lanun ni kunyah mi itu di hadapan mukanya. Siap dengan mimik muka konon sedang menikmati hidangan yang penuh lazat.
Tidak cukup sesuap, dia menyuap lagi. Langsung tidak dipelawa Husna yang sedang kelaparan.

"Kalau awak beli mi bandung itu untuk diri sendiri, baik awak pergi makan di dapur sahaja. Tak payah makan dekat depan saya!" Husna mendengus sebelum berpaling ke lain. Bibir memuncung panjang. Sampai hati Lanun buat dia terseksa menahan lapar!

Tanpa sedar bibir Lanun mencorek senyuman. Kepala tertunduk seketika menyembunyikan tawa. Alahai, baru menyakat sedikit dah nak merajuk.

"Aku gurau ajelah. Memang aku beli untuk kau pun." Kata Lanun, lantas dia mendekatkan sedikit jarak. Mangkuk mi bandung itu diangkat, diceduk sedikit lalu disua ke arah Husna yang masih berpaling darinya.

"Kau nak ke tak? Kalau kau masih berkeras nak ikut ego lagi, aku bawa sahaja makanan ni ke dapur..."

"Nak! Nak! Nak!" Pantas sahaja Husna menjawab tatkala melihat Lanun yang mengacah-acah ingin bangun membawa mangkuk mi bandung itu pergi. Dia tiada masa untuk menyanjung ego sekarang. Terpaksa rendah diri kali ini.

Sipi-sipi bibir Lanun menyenget.  Tahu pun takut. Lantas dia kembali duduk. Sekali lagi mi itu disua. Namun, tidak pula Husna membuka mulut. Malah sedang merenung tangannya yang memegang garfu.

"Tak boleh ke kalau awak buka ikatan ni dulu? Saya nak makan sendiri."

"Takkan buka selagi kau tak minta maaf." Tekan Lanun. Sekadar untuk ingatkan Husna.

Husna mengeluh.  Tak habis-habis mahu dia minta maaf! Ah, malaslah. Akhirnya dia pilih untuk ngangakan mulut.  Baru sahaja mi bandung itu hendak digigit, garfu itu ditarik menjauh. Husna ketap bibir. Apalahilah Mr Pirate ni tidak puas hati dengan aku? Aku sudah lapar sangat sekarang ni!

Baru sahaja bibir Husna hendak terbuka membentak. Suara Lanun terlebih dahulu memotong. 

"Kot iya pun bacalah bismillah dulu..."

Husna terdiam. Bibir automatik terkatup. Mata berkelip-kelip.  Tegursn Lanun buatkan dia tersentak. Lupa pula nak baca doa dahulu.

"Bismillahirahmannirrahim." Ucap Husna, masih lagi dengan nada geram. Kemudian barulah mi tadi disua ke mulut dia semula. Tak tunggu lama, Husna terus memakannya. Dikunyah penuh menikmati.  Siap pejam mata lagi. 

Ya Tuhan, sedapnya. Walaupun cuma makanan yang biasa. Tapi rasa macam makanan hotel lima bintang apabila hidup dikampung serba kekurangan ini.
Ia satu nikmat yang susah untuk digambarkan. 

"Nak lagi?" Soal Lanun apabila memastikan Husna sudah menelan. Wanita itu laju sahaja angguk kepala. Tanpa banyak bicara, dia menyuap lagi mi bandung itu ke dalam mulut Husna.

"Sedap. Mana awak dapat mi bandung tu?"

"Adalah." Acuh tak acuh sahaja Lanun menjawab. Kalau dia beritahu dari Ocean Resort, kena histeria agaknya Husna nanti.

"Selepas ni... awak beli makanan macam ni lagi boleh?" Soal Husna, nada suaranya bertukar lebih lembut. Dia memandang Lanun yang tunduk mengacau mi.

"Hmm... tengoklah macam mana..." Lanun sekadar menggumam, wajah Husna langsung tak dipandang. Dia mencapai gelas berisi air putih itu apabila mendengar suara Husna berdehem hampir tersedak saat menelannya.  Perlahan-lahan Husna menelan air itu daripada tertumpah.

Setelah tekaknya terasa lega akibat kepedasan, matanya menarget pula udang-udang besar itu. 

"Kalau awak tolong kupaskan kulit udang tu boleh tak? Nampak sedap pula." Soal Husna. Suaranya agak sedikit bergetar. Banyak pula permintaan. Takut lelaki itu akan marah pula. Tapi pabila lihat muka serius Lanun, dia tak rasa Lanun sudi mengupas kulit udang itu buatnya.  Tatkala teringatkan perangai keras kepala sendiri, pasti Lanun tidak akan mudah-mudahan memanjakan dia. Husna mencebir bibir. Kepala menunduk ke bawah.

Kalau tak nak tolong kupaskan, makan sekali kulit pun dia tak kesah. Asalkan dapat udang.

"Nah."

Berkerut kening Husna apabila isi udang yang telah dibuang kulit itu disua ke arahnya. Husna terkesima sesaat. Terus kepala melangut memandang Lanun dengan muka tak percaya.

Tanpa sedar, Lanun juga memandangnya.

"Tadi kata nak udang? Muka aku ada nampak macam udang ke?"  Sindir Lanun, tangannya sudah lenguh menyua udang. Boleh pula si Husna ini tenung mukanya lama-lama. Kalau sekadar tenungan kosong tak apa juga. Tetapi tenungan itu buatkan jantung Lanun berdebar lain macam.

Langsung Husna geleng kepala mematikan Lamunan.  Bibir menyengih.

"Terima kasih!" Ucap Husna, terus udang itu digigit. Dikunyah-kunyah dengan perlahan. Manis! Rasa macam udang segar yang baru ditangkap.

Dia memandang Lanun yang sedang mengupas udang seterusnya. Biarpun perangainya agak menjengkelkan buat Lanun, tetapi lelaki itu tetap saja tunaikan setiap permintaan dia. Tiba-tiba Husna teringatkan luahan penuh amarah semasa di atas bot semalam.

"Itu belum cerita bab makanan lagi. Oh, adik-adik awak boleh pula awak bagi makanan yang sedap-sedap? Tapi bila giliran saya, awak asyik beri saya makan ikan! Padahal saya dah pernah ulang banyak kali iaitu SAYA! TAK! SUKA! IKAN! Dan awak tak ada hak, nak paksa saya terima benda tu!!!"

Dan Husna baru sedar, lelaki itu tidak membawa balik ikan hari ini. Jelas sekali, Lanun tidak mengendahkan setiap luahan perasaannya. Tetapi dia pula? Pernahkah ambil kesah tentang perasaan Lanun tentang barang kemas yang lelaki itu gadaikan kepada Mondu? Perasaan serba-salah kembali menghurungi hati. Bahkan ego yang menggunung didada bagaikan runtuh secara tiba-tiba.

Dia hendak bersuara, tapi entah mengapa lidah terasa berat untuk diangkat. Dia jarang minta maaf kepada sesiapa. Malah, selalu menganggap orang lain yang lebih bersalah daripada dia. Tetapi untuk kali ini, rasanya memang benar-benar salah itu berpunca dari dirinya sendiri.

Selesai menanggalkan kulit udang, Lanun mengangkat untuk disua ke mulut Husna. Dan saat dia melangut kepala, mata mereka saling bertembung. Terpanar buat seketika. Masing-masing diserang debaran halus. Namun, Husna lebih kuat debarannya. Sehinggakan nafas di dada rasa tak teratur. Jantung rasa macam nak melompat keluar dari badan. Husna cuba kumpulkan keyakinan.  

Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu dihembus sebelum bibirnya terbuka.

"Saya... nak minta maaf."

Satu ucapan yang ringkas. Namun membuatkan mata sebelah hazel Lanun terbuka luas. Jelas lelaki itu nampak terkesima. Tangannya terasa lemah, udang yang dipegang tadi spontan terlepas dari tengan, terjatuh ke dalam mangkuk mi bandung semula. Serupa tak percaya,  ucapan maaf itu akhirnya keluar daripada mulut seorang Puteri Husna.

"Ya, saya tahu awak macam tak percaya. Tapi kali ni saya betul-betul minta maaf. Saya bukan minta maaf sebab nak lepaskan diri daripada ikatan ni. Tapi sebab rasa bersalah sebagai seorang manusia. Jadi... saya minta maaf. Cuma untuk kali ni! Saya takkan ulang balik perkataan itu. Puas?" Ujar Husna, dingin. Muka dipalingkan ke lain kerana malu.

Bibir Lanun perlahan-lahan mengukir senyuman.

"Maaf diterima."








Continue Reading

You'll Also Like

1.9K 141 28
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...
1.5M 47.8K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
292K 31.9K 29
in which i found pure happiness in you. - forever, till death do us apart. [ highschool : au ] warning - lots of fluff, geram, butterflies, cringe...
44.6K 2.2K 25
"Kita tak ditakdirkan untuk bersama" Status ; completed Start; september maybe? Author tak ingt😅 End ; 7/12/18 Season 2 : Mamat korea aku punya2 htt...