MR PIRATE

By CIK_ZALIKHA

3M 271K 56.2K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

31

25.9K 2.4K 141
By CIK_ZALIKHA

            TERHEGEH-HEGEH Husna berlari menuju ke pantai bersama lampu petromax ditangan. Sesekali dia menoleh ke belakang, memastikan tiada siapa yang mengikutinya. Atau lebih tepat, Lanun yang mengejarnya. Harap benar lelaki itu tak perasan yang dia sedang melarikan diri. Semasa keluar tadi pun, dia lihat Lanun nyenyak tidur. Apa-apa pun, dia harus pantas sebelum ada yang perasan.

Buat sejenak, Husna berhenti mengambil nafas kepenatan. Tubuh membongkok sedikit, lelah akibat berlari terlalu laju. Jantung tak usah cakaplah, memang berdegup kencang sejak tadi. Seketika kunci bot ditangan dipandang, kemudian Husna kembali melangut kepala. Deretan bot yang terdampar ditepi pantai diperhatikan. 

"Mana satu bot dia ya?" Husna cuba memproses ingatan. Memainkan semula detik-detik lelaki itu membawanya naik bot semasa turun ke laut semalam. Dia rasa ini kunci yang sama. Cuma rupa bot itu sahaja yang dia kurang pasti kerana semuanya kelihatan agak serupa. 

Tapi...

Husna memandang bot yang terparkir ditengah. Rasa-rasanya itulah bot milik Lanun. Cuma bot itu sahaja yang kelihatan baru, yang lain nampak sudah ada bahagian berkarat.

"Aku rasa yang itu bot dia." Kata Husna, yakin. Kunci digenggam erat. Baiklah, dia sudah bersedia memulakan misi gilanya. Seumur hidup, bawa jetski pun dia tidak pernah. Apatah lagi memandu sebuah bot. Tapi lihat cara Lanun mengawal stereng bot sebelum ini, nampak mudah seperti pandu kereta.

"Let's go!" Husna mengangguk kepala. Bersemangat.  Baru selangkah kaki mara ke hadapan, Husna pegun sesaat tatkala telinga menangkap bunyi yang aneh. Sepasang kening automatik berkerut, kepelikan. Dalam masa yang sama, bulu roma naik mencanak dalam suasana kedinginan malam.

Grrr...

Bunyi apa pula tu? Seakan-akan dengusan nafas garang dari haiwan buas. Gigi taring atas dan bawah yang saling berlaga. Tajam.

Gulp!

Husna telan air liur. Kelat. Bunyi itu datang dari arah belakangnya. Mata dipejam.  Ya Tuhan, patutkah dia toleh ke belakang dan melihat? Dalam takut-takut, Husna pusing memandang ke belakang secara perlahan-perlahan.  Tangan yang menggigil, digenggam kuat agar kunci tidak terlepas dari pegangan. 

Sebaik sahaja terpandang sepasang mata merah yang menikam garang. Terus mata Husna terbeliak.

"Bozo!" Spontan nama itu terpacul keluar dari bibir Husna. Terus Lutut terasa longlai mahu terduduk ke pasir pantai, namun Husna kuatkan semangat. Tidak mahu  bertindak cemas. Malah menghadap si anjing garang yang sedang mengancing gigi taring itu dengan berani.

Nafas panjang ditarik lalu dihembus. Berkali-kali sehingga Husna rasa sedikit tenang. Dia tidak mahu panik. Kalau terus lari, dia yakin si Bozo akan mengejarnya. Dan ada kemungkinan besar, paha cantiknya bakal menjadi sasaran gigi tajam itu untuk menerkam.

"Bozo... relax, okay? Saya tahu awak anjing yang baik, kan? You're good boy..."

Auk!

Anjing itu menyalak garang. Jelas, dia tidak suka mendengar pujian dari mulut Husna. Cis! Anjing pun memilih. Laju Husna menghalakan jari terlunjuk ke bibirnya. Risau sungguh jika suara menyalak Bozo akan menarik perhatian orang kampung untuk keluar menjenguk apa yang terjadi.

"Syhhh... janganlah macam ini. Saya tahulah awak tak suka saya. Saya bukan nak curi bot Tuan awak pun. Pinjam sekejap sahaja, nanti dah sampai sana saya suruhlah staff pulangkan semula."

Auk!

Bozo menyalak lagi. Hmm... mungkin dia kata tak percaya.  Aduh, susah ni. Bagaimana aku hendak membuat seekor anjing percayakan cakap aku? Nak umpan tulang ayam pun tiada.

"Please, Bozo. Saya cuma nak balik. Kalau betullah awak tak suka kehadiran saya ke kampung ni, biarlah saya pergi. Selepas ini awak tak perlu tengok muka saya lagi, dan saya pun tak perlu jumpa anjing yang..." buat sejenak Husna menghentikan kata. Memandang muka Bozo yang jelas mahu menggigit kulitnya sekarang. Bengis betul. Kalau dia kata anjing gila, mengamuk pula si Bozo nanti.

Grrrr...

Bozo mengancing gigi. Air liur menitis-nitis dari celahan bibirnya.

"Comel macam awak lagi." Sambung Husna. Menyengih menampakkan gigi. Namun, pujiannya tetap sahaja gagal menambat hati anjing itu.  Tanpa semena-mena, Bozo menerpa ke arahnya dengan laju. Mata Husna membuntang. Besar.

Matilah aku!

"Mak!!!" Lintang-pukang Husna melarikan diri. Tidak pasal-pasal kena maraton mala-malam buta.  Dan tatkala dia menoleh sekejap ke belakang, hampir terjojol keluar biji mata Husna melihat jarak Bozo yang semakin dekat. Bahkan, Anjing itu tak berhenti menyalak dengan kuat. Seolah-olah memberi arahan supaya Husna memberhentikan lariannya.

Heh, memang tidaklah!

Kalau dia berhenti, sah-sah punggungnya bakal disambar gigi taring anjing itu. Tak pasal-pasal ada yang kena tidur mengiring selama sebulan!

"Ya Allah, selamatkanlah aku! Kenapa dalam banyak-banyak binatang dalam dunia ni, anjing juga yang dia bela! Kot iya pun untuk jaga bot, carilah yang jinak sedikit! Ini tidak, tuan anjing dengan anjing sama sahaja perangai!" Bebel Husna dalam lariannya. Nafas sudah termengah-mengah. Perut senak yang amat. Dia sudah penat untuk berlari. Manakala si Bozo pula masih bersungguh-sungguh mengejar dia dibelakang.

Bagaimana sekarang? Takkan hendak lari keliling pantai ini sahaja sampai ke subuh? Sesaat pandangan beralih ke arah bot yang ditarget tadi. Ya. Dia perlu naik terus ke atas bot, hidupkan enjin dan terus memandu pergi daripada sini.

Husna angguk kepala.  Kaki terus melencong laju ke arah bot yang berada ditengah-tengah pigiran pantai.  Namun entah dimana silapnya, dia tidak sengaja menyelit kaki sendiri sehingga tersembam jatuh ke pasir.

"Aduh!" Husna mengaduh sakit. Dia tunduk ke bawah. Alamak! Selipar sebelah kanan dicapai. Waktu-waktu begini jugalah ia nak tercabut! Husna ketap bibir. Tatkala melihat jarak Bozo yang semakin menghampirinya. Dia tiada masa untuk membetulkan tali selipar itu semula.

Lantas Husna terus bangun daripada pasir. Sebelah selipar yang tercabut itu dibuang sahaja ke tepi sebelum dia menyambung larian semula. Sampai sahaja di bot, Husna terus panjat naik ke atas. Tali sauh yang berat baginya ditarik-tarik dengan sepenuh tenaga.

"Ergh, beratnya! Macam mana lelaki tu boleh angkat?" Berkerut muka Husna saat menarik tali sauh itu naik ke atas bot. Sedikit demi sedikit, hingga akhirnya dia berjaya. Terduduk dia bersama sauh itu di atas bot. Punya penat.

Fuh!

Cukup. Dia tiada masa untuk berehat. Langsung Husna bangun menuju ke arah tempat pemandu. Menghidupkan enjin bot. Seketika dia toleh ke belakang, memandang Bozo yang terhegeh-hegeh cuba mendapatkannya.

Bibir Husna menyenget sinis.

Padan muka tak dapat tangkap aku!

"Selamat tinggal, Bozo! Jagalah tuan kau tu baik-baik, aku pergi dulu hahaha!" Tak tunggu lama, minyak terus ditekan sehingga bot yang dinaikinya meluncur pergi menjauhi perkampungan itu. Dari jauh dia masih boleh lihat Bozo yang ke hulu ke hilir serupa anjing hilang anak. Dan adakala ia menyalak berkali-kali serupa menyuruh Husna untuk kembali ke sana semula. Malang sekali, dia takkan jejak ke situ lagi. 'Apa pun yang berlaku, aku takkan datang ke kampung itu lagi.' Omel Husna.

Akhirnya! Dia sudah bebas sekarang. Bebas daripada kawalan Lanun.












                   DAHI Lanun berkerut-kerut, lenanya terganggu tatkala bunyi anjing menyalak kuat kedengaran ditelinga. Dia yakin, itu suara Bozo. Sudah lama dia tidak mendengar anjing itu menyalak, kali terakhir pun sewaktu ada beberapa penjahat menceroboh masuk ke kampung mencuri beberapa buah bot miliknya. Mata yang masih terasa berat itu dipaksa buka. Tangan dikepala dijatuhkan ke bawah. Dia menjenguk sedikit melihat ke arah tangga rumah.

"Bozo?" Kening Lanun terus terjongket. Kepelikan. Mata yang kuyu tadi terus meluas. Dia bangkit dari pembaringan, memandang Bozo yang ke hulur ke hilir di hadapan rumah serupa tak tentu arah.

"Kenapa ni, Bozo?" Soal Lanun, hatinya tiba-tiba diserang debaran. Dia dapat menghidu sesuatu yang tidak kena. Namun, tak pasti apa. Sehinggalah si anjing itu menggigit sesuatu yang berada di atas tanah, lalu dibawa ke tangga dan meletakkan selipar biru ke situ. Si Bozo mungkin tidak mampu untuk bercerita seperti seorang manusia, cukup dia memberi isyarat. Mengharapkan tuannya bijak menangkap maksud yang cuba diberitahu.

Lanun diam buat sejenak. Cuba membaca isyarat Bozo. Selipar itu... rasanya dia belikan untuk Husna. Jantung makin berdegup laju. Tak mungkinlah apa yang bermain difikirannya sekarang adalah benar. Dia tak percaya. 

"Kunci..." tangan laju meraba poket seluarnya. Kosong. Kemudian, anak mata melilau pula ke segenap tempat tidurnya. Tercari-cari keberadaan kunci bot yang dipegang semasa tidur tadi. Manalah tahu jika ia terselit dimana-mana, malang sekali tidak.

Lanun semakin tak keruan. Hatinya mula resah. Dia bingkas bangun dari tempat tidurnya, terus menerpa ke arah pintu rumah yang tertutup.

"Husna?!" Suaranya menyeru kuat, bersama bunyi pintu yang terhempas kasar. Anak mata melingas di dalam kegelapan rumah. Senyap. Tiada suara dengkuran halus. Bahkan, ruang tidur milik Husna juga kosong. Tilam dibiarkan diatas lantai tanpa dilipat, kain selimut juga nampak terselak serupa wanita itu terus pergi tanpa mempedulikan apa-apa lagi. Malahan, lampu petromax yang dia tolong pasangkan turut hilang. Berkemungkinan Husna membawa alat itu lari bersama.

"Tak guna..." Lanun ketap bibir dengan seribu perasaan di dada. Jujurnya dia sedang marah. Teramat marah! Dia menyangka Husna tidak akan sesekali berani mencabarnya. Tetapi sudah jelas sekarang, perempuan itu memang hendak lihat sendiri bagaimana dia menjadi seorang yang lebih gila.

Tangan yang mengepal penumbuk itu terus dilayang ke pintu. Melepaskan amarah yang tak tertahan.

"Kau tunggulah aku jumpa kau nanti..." desis Lanun dengan gigi terkacip-kacip, geram.

"Abang!" Dari jauh kedengaran suara Arjuna menjerit-jerit memanggil namanya. Dan apabila dia menoleh ke belakang, tiga beradik kembar itu sudah berada di hadapan rumahnya dengan tubuh terbongkok-bongkok menarik nafas, lelah. Masing-masing mempamerkan muka cemas, memandang sesama sendiri seolah-olah sedang berfikir siapa yang mahu mulakan cerita.

Tatkala melihat riak wajah tegang Lanun, Rajuna dan Ratna telan air liur seketika. Belum cerita lagi, muka abangnya serupa singa yang mahu menerkam mangsa. Apatah lagi selepas cerita, risau bertukar jadi naga dan menghembus api kepada mereka pula. Rentung jadinya.  Lantas, tubuh Arjuna ditolak mara ke hadapan. 

Biarkan yang paling tua untuk bersuara.

"Kau cakaplah." Paksa Rajuna. Ratna angguk kepala.

Dibiarkan si Arjuna terpinga-pinga seorang diri.  Ah, sudah. Kenapa dia pula yang kena menyampaikan berita?
Tidak mahu tidak, terpaksa juga dia mengalah. Nafas ditarik terlebih dahulu sebelum dia membuka suara.

"Ab... abang, salah satu bot dekat pantai..."

"Dah hilang. Aku tahu." Cantas Lanun.

Mereka bertiga tersentak. Bagaimana abang boleh dapat meneka dahulu sebelum berita disampaikan?

"Husna yang curi bot tu. Dia nak balik ke Ocean Resort." Sambung Lanun. Mukanya tampak kusut. Kaki tak berhenti melangkah ke kiri dan ke kanan, sebelah tangan meraut wajah manakala sebelah lagi mencekak pinggang. Apa patut dia buat sekarang?

"Ma... macam mana perempuan tu boleh tahu cara bawa bot?" Ratna tertanya-tanya. 

"Abang tak tahu. Mungkin dia main tekan ikut suka hati dia. Yang aku pun satu, langsung tak sedar dia keluar daripada rumah! Patutnya aku kunci sahaja perempuan tu dalam rumah ni biar tak dapat keluar sampai bila-bila kalau tahu dia sedegil ini!" Tengking Lanun. Dia mendengus penuh amarah.

"Habis tu? Kita nak buat apa sekarang? Takkan biarkan sahaja dia pergi?" Soal Rajuna pula.

Tanpa sedar bibir Lanun mencorek sinis. Biarkan? Dia tidak sebodoh itu mahu melepaskan Husna pergi.

"Memang tidaklah aku akan biarkan dia pergi macam itu sahaja! Kita tak tahu apa yang ada dekat tengah lautan sana. Macam-macam perkara buruk yang tengah menanti dia sekarang!" Bentak Lanun.

Rajuna terdiam. Tak semena-mena dia pula yang dimarahi. Itulah, tanya soalan  kolot lagi.

Lanun meraup rambutnya ke belakang. Hatinya makin rasa tak enak. Dikepala tidak habis fikir yang bukan-bukan.  Bagaimana jika enjin bot mati ditengah lautan? Bagaimana jika bot itu ada masalah teknikal yang belum dibaiki dan menyebabkan kebakaran, ke mana Husna mahu larikan diri? Terjun ke laut? Nahhh... perempuan itu bukannya tahu berenang! Namun, apa yang dia lebih takutkan, bagaimana jika Husna terserempak dengan Mondu?

Apa yang dia harus lakukan selepas itu? Ah, otaknya makin kusut. Kepalanya rasa berdenyut kuat. Rasa seperti mahu meletop setiap kali memikirkan tentang itu.

"Rajuna, pergi sediakan bot! Kita cari perempuan itu sekarang!" Lanun mula memberi arahan. Tegas sekali.

Rajuna langsung mengangguk.  Tidak membantah. Dia terus bergerak ke pantai, menghidupkan enjin bot laju milik abangnya.

"Arjuna!"

Arjuna mengangkat kepala.  Memandang abangnya. Entah mengapa, pandangan Lanun berubah saat ini. Matanya seolah-olah menyampaikan satu maksud. Dia pegun. Tak mampu berkata-kata. Tak mungkinlah...

"Bawa kotak tu." Lanun kembali bersuara, lebih berat nadanya. Sama berat saat dia ingin mengarahkan Arjuna untuk membawa kotak itu bersama.

Mata Arjuna terus terbuka luas. Terkesima.  Dia faham kotak mana yang Lanun maksudkan. Jika dia berada ditempat abangnya, tak mungkin dia sanggup melakukan perkara yang sama.

"Abang biar betul?" Soal Arjuna, sekadar ingin memastikan. Dia tidak mahu Lanun menyesal dikemudian hari. Lebih baik fikir panjang dahulu. Sudahlah itu satu-satunya...

"Bawa sahaja." Arah Lanun, serius. Dia tiada masa untuk berfikir. Lantas Arjuna angguk kepala, mengikut sahaja segala arahan yang abangnya berikan. Mungkin Lanun lebih tahu apa yang dia sedang buat sekarang. Tanpa menunggu lama, dia terus berlari pergi. Mendapatkan kotak itu.

Kini cuma tinggal Ratna yang masih berdiri menunggu arahan. Wajah Lanun dipandang.

"Kau ikut abang." Kata Lanun, lantas dia bergerak masuk ke dalam rumah. Tidak sampai beberapa minit, dia keluar bersama sesuatu ditangan. Pintu ditutup, kemudian dia melangkah turun  jejak ke tanah. Kasut dipakai. Barang yang diambil tadi diserahkan kepada Ratna.

Sedangkan Ratna terkulat-kulat.  Apa benda pula ni? Sebaik sahaja dia tunduk melihat barang yang dipegang, terus kepala melangut memandang Lanun dengan mata membulat.

"Pegang. Jangan bagi hilang." Keras Lanun memberi amaran. Seraya Ratna angguk kepala tanda faham. Barang itu digenggam kuat, lalu dibawa bersama mengikut langkah abangnya menuju ke bot yang sudah bersedia membelah lautan.

"Perempuan itu tak sepatutnya buat abang aku jadi gila macam ini. Habislah..." desis Ratna, perlahan apabila melihat perlakuan abang sulungnya sekarang. Sungguh, dia sudah lama tidak nampak wajah setegang itu melainkan bila berhadapan dengan musuh. Dikepala sudah terbayang apa yang akan terjadi jika Husna berjaya ditemukan semula. Semestinya, dia akan menggigil jika berada ditempat Husna sekarang.

Ya Tuhan, harap sangat abang tidak bertindak keterlaluan nanti. Doa Ratna di dalam hati.

Continue Reading

You'll Also Like

18.5K 392 4
[Fantasy + Adventure] Tahun 3091 di mana dunia sudah semakin maju. Wujudnya permainan virtual reality arena competition iaitu sebuah permainan berkon...
814K 32.9K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
313K 1K 14
Ini cerita Zink dan Caan yang melakar pertemuan di bangku IPT. Yang si gadis, cemerkap itu sudah sebati dalam diri dan jadi identiti. Yang si jejaka...
81.7K 3.7K 29
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...