MR PIRATE

By CIK_ZALIKHA

3M 273K 56.6K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

23

28.2K 2.2K 428
By CIK_ZALIKHA

                    SELURUH langit bertukar jingga tatkala senja datang menjelma. Angin bertiup dengan perlahan, menyapa seluruh tubuh Mia yang kedinginan. Dan apabila dia terasa sejuk, lengan digosok-gosok menghasilkan kehangatan. Kosong. Tiada manusia lain yang kelihatan disini. Selepas berita tentang Husna tersebar ke seluruh telinga, ramai yang takut untuk turun ke jeti sekarang. Mereka lebih memilih menghabiskan masa di dalam resort.

Laut yang tenang diamatinya. Nun jauh disana, mungkin Husna berada. Hari sudah pun hampir senja, moga-moga wanita itu sentiasa dilindungan oleh Allah S.W.T. Dan tatkala bibirnya tiba-tiba tersenyum nipis apabila teringatkan persoalan Husna beberapa hari lalu. Wanita itu pernah bertanya kepadanya, apa ada dihujung laut sana? Mungkin sekarang, Husna sudah bertemu jawapannya.

Dan harap-harap dia masih ada peluang untuk mendengar cerita daripada mulut  rakan baiknya sendiri. Sungguh, rindu dihati sudah berat hendak ditanggung. Dia benar-benar rindu mendengar suara Husna mengadu masalah kepadanya setiap kali berjumpa.

"Husna will be fine." Sampuk suara Nathan secara tiba-tiba membuatkan bahunya sedikit terhinjut. Lamunan kosong terus terpadam. Mia menoleh ke sebelah, melihat Nathan yang sudah pun berdiri di sisinya dengan sebelah tangan berada didalam poket seluar. Sedang menatap pemandangan yang sama. Bersama senyuman kecil dibibir. Anak mata biru itu nampak lebih indah apabila terkena cahaya langit jingga sekarang.

Mia menjuih bibir. Dia kembali memandang ke hadapan.

"Macam mana Encik Nathan boleh yakin yang Husna selamat? Dekat hujung laut sana, entah apa yang ada. Macam-macam bahaya yang boleh datang tanpa kita sedar."

"Kalau ada bahaya, pasti ada penyelamatnya. Tentu ada yang dah selamatkan Husna sebelum saya turun ke laut." Kata Nathan.

Mia menggeleng tidak setuju. "Tak mungkin ada penyelamat ditengah-tengah laut. Saya tak percaya kalau ada manusia yang boleh hidup disini. Dekat sini mana ada apa-apa. Encik Nathan cakap macam itu, cuma nak tenangkan hati saya. Tapi hakikatnya, saya takkan pernah tenang selagi tidak lihat wajah Husna betul-betul dihadapan saya sekarang."

"Macam mana awak tahu tiada manusia di sini?" Nathan menyoal. Dia memandang Mia. Wanita itu menjongket bahu. Entah. Kalau memikirkan menggunakan logik akal, mustahil ada manusia yang hidup di tengah-tengah pulau begini.

"Awak pernah dengar perkampung orang asli tak?"

Kening Mia berkerut. Mengapa tiba-tiba sahaja buka topik tentang perkampungan orang asli? Bukankah sekarang mereka sedang berbincang tentang topik Husna? Namun, kepala tetap diangguk tanda pernah. Siapa sahaja yang tak tahu tentang itu?

"Kalau dalam hutan, ada orang asli yang boleh hidup. Tak akan jadi mustahil, dekat hujung sana... ada manusia yang hidup juga." Ujar Nathan, sambil menunding jari kearah jauh nun disana. Dimana jatuhnya matahari terbenam. Melihat beberapa ekor burung camar yang terbang balik ke sarang masing-masing.

"Abang saya pernah cakap, manusia ni boleh hidup dekat mana-mana aje. Sebab Allah dah ciptakan bumi ini memang untuk hamba-hambaNya. Dalam hutan ke, ditengah-tengah laut sekalipun... Allah akan tetap berada disetiap penjuru kita dan bantu kita. Ia mungkin kedengaran mustahil bagi manusia, tapi tak mustahil bagi-Nya. Cuma perkataan yang ringkas, Kun Fayakun. Bila mana Allah berkehendak, maka jadilah." Ujar Nathan, panjang lebar.

Tersenyum bibir Mia apabila mendengarnya. Kepala diangguk perlahan. Tidak dinafikan, pesanan abangnya itu sangat berguna dan membuka minda sempitnya. Dalam dunia ini, cuma Tuhan sahaja yang berkuasa. Jodoh, ajal dan maut, DIA yang tentukan. Jadi tidak boleh kata mustahil, jika Husna boleh terselamat di tengah laut sana dengan izin yang Maha Esa.

"Untung Encik Nathan, ada abang yang selalu ingatkan tentang semua itu." Puji Mia.

Nathan turut tersenyum. Ya. Dia pun kadang kala rasa bertuah. Tapi adakala tidak juga. Abangnya itu sekejap baik, sekejap ambil kerja part time menyakat dia 24 jam jika balik ke darat. Tak tenang hidup bila lelaki itu pulang ke rumah. Namun bila dia tiada, sunyi pula.

"Abang saya tu memang selalu cerita pasal kehidupan dekat pulau. Asalkan balik rumah aje, dia akan cakap yang dia rindu pulau. Tak sampai tiga hari balik Kuala Lumpur, dia dah terbang balik ke Sabah semula. Selepas itu dia akan borong makanan segera banyak-banyak dan bawa balik ke kampung arwah nenek. Beg bagasi dia tu bukan berat sebab baju, tapi sebab makanan."

Tergelak Mia mendengar ceritanya. Sedangkan Nathan turut ketawa apabila terbayangkan kembali detik-detik itu.  Kelakar juga abang aku ni...

"Tapi pelik jugakan, saya tak pernah nampak abang Encik Nathan dekat sini? Tapi rasanya masa saya hadir meeting dengan Tan Sri Raqib, nama pemegang Ocean Resort ni ada nama dia juga selain Encik Nathan. Apa ya nama dia? Dika ek?"

Nathan angguk kepala.

"Yeah. Andikha Rafael nama dia. Pernah aje dia datang ke sini. Takkan awak tak perasan? Baru sekejap tadi dia balik, minta berus gigi hotel dekat staff, selepas itu terus pergi."

Minta berus gigi? Berkerut kening Mia mendengarnya. Sanggup balik ke Ocean Resort semata-mata untuk mendapatkan sebatang berus gigi? Kelakar juga apabila difikirkan balik. Tetapi dimana lelaki itu tinggal sehingga boleh ulang-alik balik ke Ocean Resort? Tak penat kah? Rasanya jarak Resort ini hendak ke darat pun ambil masa berjam-jam lamanya.

"Rajin betul dia ulang-alik balik ke sini ya?"

Nathan angguk kepala. "Itulah. Rajin pula dia balik ke resort sejak dua menjak ni. Perangai dia pun pelik. Ada ke patut dia tanya saya ada tudung ke tak?"

Mia tergelak kecil. Mana mungkin lelaki segagah Encik Nathan ada simpan tudung dalam beg bagasi. Tak pasal-pasal fikiran nakalnya terbayangkan muka Encik Nathan mengenakan tudung bawal, makin geli hati dibuatnya. Tanpa sedar lama wajahnya diperhatikan daripada tepi.

Tersenyum bibir Nathan tatkala melihat Mia yang masih ketawa. Akhirnya, dia dapat juga berjumpa dengan Mia yang dia kenali sebelum ini. Seorang yang mudah terhibur dan ceria, bukannya selalu bersendirian meratapi kesedihan seperti sebelum ini. Bila diperhatikan lama-lama, disaat cahaya senja kekuningan menyuluh ke wajah Mia yang sedang bergelak tawa, baru dia tersedar sesuatu...

"Saya rasa saya kena beli cermin mata selepas ni." Kata Nathan secara tiba-tiba.  Masih tepat memandang wajah Mia.

"Kenapa pula? Encik Nathan rabun ke?" Soal Mia, tertanya-tanya.  Dan lelaki itu mengangguk. 

Oh, alamak! Disini mana ada kedai cermin mata. Mungkin balik ke bandar nanti, dia patut hadiahkan lelaki ini cermin mata.

"Rabun sebab baru saya sedar yang awak cantik bila ketawa." Puji Nathan. Terus membuatkan Mia kaku sekelip mata. Gelak tawa dari mulutnya terus terhenti. Dia menoleh memandang wajah lelaki itu, tepat merenung anak mata biru yang masih menatapnya dengan senyuman penuh keikhlasan.  Rasa macam berada di alam mimpi, apabila mendengar kata-kata pujian itu daripada mulut Nathan sendiri.

Dalam masa yang sama, hatinya turut rasa tersentuh.  Mahu menangis pun ada. Dia sendiri tidak pernah terfikir semua itu. Tidak pernah merasa dirinya anggun. Tidak pernah yakin bahawa bakal ada yang menyedari kecantikan disebalik karakternya yang biasa-biasa ini.

Dan tatkala angin tiba-tiba menyapa kuat hingga bajunya bergoyang-goyang, terus Mia menunduk, tangan pantas bergerak menahan bawah bajunya daripada terangkat. 

Aduh, kacau daun betul angin ni!

"Wait." Arah Nathan. Cepat-cepat dia menanggalkan kot biru gelap yang tersarung kemas ditubuhnya. Hanya meninggalkan kameja putih, sebelum dia bergerak menuju ke belakang Mia. Mengikat lengan kot panjang itu dipinggangnya agar blouse yang dipakai wanita itu tidak terangkat.

Mia menahan diri daripada tersenyum. Pipinya sudah membahang kemerah-merahan, malu. Act of service betul!

"Siap." Ucapnya setelah siap mengikat dengan ketat.

"Terima kasih, Encik Nathan. Maaf menyusahkan pula..."

"Tak mengapa. Jomlah, masuk resort semula. Hari dah nak gelap. Tak elok anak dara keluar waktu-waktu begini." Ajak Nathan.

Mia mengangguk setuju. Tanpa menunggu lama, mereka pun sama-sama melangkah masuk ke dalam kawasan resort semula. Dan terima kasih kepada angin tadi kerana memberi tiupan yang sangat berguna. 










                 SEKALI geseran sahaja, kayu mancis yang berada ditangannya terus menyalakan api kecil. Sebelum ia terpadam, langsung api itu dicucuh ke petromax lama yang masih berfungsi. Kemudian ditutup dengan penutup kaca agar tiada angin yang meniupnya. Setiap penjuru rumah telah dipasangkan lampu petromax agar tidak ditenggelami kegelapan. Suasana disini tak ubah seperti zaman 90 han dahulu.

"Kenapa tak pakai lampu sahaja?" Soal Husna yang berdiri di belakang. Tangan tak berhenti mengibas-ngibas baju T shirt yang dipakai. Panas betul disini. Sudahlah tiada kipas. Dengan kepala yang cuma tersarung kain batik yang dililit mengikut kreativitinya sendiri sementara menunggu tudungnya mengering.

"Mana nak dapat elektrik dekat tengah-tengah pulau ni..." Balasnya, sinis. Api yang masih bernyala dikayu mancis itu terus ditiup setelah semua lampu sudah terpasang. Kemudian, dibuang ke dalam tong sampah yang berada di penjuru beranda rumah.

Husna tersenyum sinis. Ya, itulah masalah sekarang.  Dah tahu disini susah nak dapatkan elektrik,  mengapa tinggal di tempat begini?

"Kalau dah tahu susah nak dapat elektrik, kenapa tak duduk dekat darat aje? Sekarang dah tahun 2023, bukannya zaman nenek moyang lagi."

"Kau cuma perlu tahu satu saja, tak semua orang senang dalam dunia ni. Walaupun kehidupan dekat sini tak moden macam di bandar, sekurang-kurangnya kami tak mengeluh bila tiada elektrik." Ujar Lanun, pedas ayatnya terasa hingga ke hulu hati. Terus tersentap Husna mendengarnya. Tidak dinafikan, dialah salah seorang yang akan mengeluh apabila elektrik dirumah tiba-tiba terpadam. Walaupun cuma sekejap, dia sudah tidak boleh tahan. Banyak perkara yang susah dilakukan jika keadaan rumah gelap.

Ah, normallah tu!

Orang kampung disini dah terbiasa hidup tanpa elektrik. Jadi tiada masalah.  Manakala dia pula sememangnya sudah biasa dengan kehidupan moden. Mana boleh membanding-bandingkan dua situasi yang berbeza!

"Nah, ini untuk kau." Dia memusing ke belakang. Menyerahkan satu lampu petromax buat Husna..

Lambat-lambat Husna menyambutnya. Adakala dibelek-belek depan dan belakang, jakun sekejap melihat barang antik seperti ini.  Jarang nak jumpa di bandar.

"Letak jauh sedikit dari tilam.  Manalah tahu kau jenis tidur yang ganas, karang tertepis. Tak pasal-pasal rumah aku pula terbakar." Sindir Lanun.

Terus terangkat wajah Husna memandangnya dengan pandangan mengecil. Apa dia ingat aku tak tahu ke nak guna benda alah ni?

"Saya tahulah benda tu!" Husna mendengus. Anak mata dijulingkan ke atas penuh meluat. Lantas, dia melangkah masuk ke dalam rumah. Meletakkan petromax itu disebelah tilam yang sudah terhampar dilantai.

"Assalamualaikum, Lanun!" Kedengaran seseorang memberi salam mengalihkan perhatian Lanun ke arah tangga rumah. Kelihatan seorang wanita tua berdiri disitu sambil menatang dulang berisi beberapa makanan.

"Waalaikumsalam. Eh, Odu (nenek) rupanya..." langsung dia menuju ke tangga. Dulang yang kelihatan berat itu, terus diambil daripada membiarkan orang tua itu memegang lama-lama. Bau hidangan yang masih panas tetap dapat dihidu biarpun ditutupi dengan tudung saji. Dari aromanya sahaja, sudah membuatkan air liurnya tertelan banyak kali.

"Itu Odu ada masakkan lebih untuk ko. Jangan lupa makan ya?"

"Buat susah-susah sija, Odu. Nga pounsikou (tapi terima kasih). Nanti sa makan. Sedap betul baunya." Puji Lanun, membuatkan orang tua itu tersenyum. 

"Oh sebelum tu, sa mau kenalkan Odu sama seseorang." Alang-alang sudah sampai ke sini, ada baiknya dia memperkenalkan Husna kepada orang tua itu.

"Siapa?" Odu menyoal, muka penuh tanda tanya.

"Husna!" Jerit Lanun daripada luar rumah, cukup kuat untuk memanggil Husna yang berada di dalam. Entah dengar atau tidak perempuan itu.

Tidak sampai beberapa minit, muncul Husna di pintu dengan muka tak puas hati. Apa lagilah yang lelaki itu mahukan? Dia nak rehat pun tak senang. Dengan langkah malas, dia menuju ke arah Lanun.

"Apa lagi?"

"Ini. Nak kenalkan, Odu. Semua orang dekat sini panggil dia Odu. Umur dia sudah 70 lebih tapi kuat lagi bekerja. Selalu datang sini sedekahkan makanan."

"Habis awak nak saya buat apa? Tepuk tangan?"

Kecil besar kecil besar sahaja dia memandang Husna saat ini. Nasib baik ada orang tua dihadapan mereka sekarang, terpaksalah dia menahan sabar. Bibir dipaksa tersenyum memandang Odu yang masih menunggu. 'Ada juga yang makan talam sekejap lagi.' Bisik Lanun didalam hati.

"Salamlah. Takkan tak pernah salam orang tua dekat bandar?"

Husna mengeluh kecil.  Malas betul dia hendak berkenalan dengan orang-orang kampung disini. Namun, dia sedar dia tidak boleh melawan. Lantas, Husna terus menunduk menyalami tangan orang tua itu. Dan disaat hidung mendekat ke tangan, bau ikan masin kuat mencucuk hidung. Cepat-cepat Husna angkat kepala semula. Salam terlerai.

"Bau ikan masin."

"Wah, pandai betul ko teka. Odu memang jual ikan masin." Kata Odu, ada  riak teruja diwajahnya saat Husna dapat meneka.

Husna tersengih kekok. "Patutlah..." gumamnya perlahan.  Cukup untuk dia sahaja yang dengar.

"Kalo ko ada masa nanti, ajaklah Lanun bawa pigi pasar. Odu bagi ko percuma ikan masin. Sedap tau kalo Lanun yang masak."

"InsyaAllah. Saya tak akan pergi. Eh? Maksud saya... akan pergi." Balas Husna, terpaksa. Ikan goreng pun dia tidak suka, apatah lagi ikan masin. Kalau diberi percuma sekalipun, dia akan tolak.

"Nanti kita jumpa lagi ya? Odu mau balik dulu. Jangan lupa makan!" Pesan Odu. Serta meminta diri untuk pergi.

"Baik-baik jalan, Odu." Tegur Lanun. Orang tua itu sekadar membalas dengan anggukan. Setelah kelibatnya menghilang, terus kepala Lanun menoleh ke arah Husna. Wanita itu sedang mencium tangan sendiri, menghidu bau ikan masin yang melekat. Berkerut terus wajah Husna. Jelas tidak suka dengan baunya yang agak kuat.

Sedangkan Lanun hanya tersenyum mengejek. Rasakan!

Melihat dulang berisi makanan ditangan, baru dia teringat Husna masih belum makan sejak pagi tadi. Dia pun sama lapar. Lebih baik mereka makan dahulu sebelum hidangan menjadi sejuk.

"Kau tak makan lagi, kan? Mari kita makan dulu." Ajak Lanun. Lantas menatang dulang itu bersama masuk ke beranda rumah. Diletakkan di atas tikar mengkuang yang sedia ada di sebelah kanan, bersila duduk di situ.

Automatik bibir tersenyum apabila mendengar perkataan makan. Husna menyentuh perut. Dan-dan ia berkeroncong meminta untuk diisi. Kalau ikutkan nafsu laparnya sekarang, dia mahu tiga telan semua lauk yang ada. Tidak sabar, langsung dia duduk bersimpuh di hadapan Lanun yang sedang membuka tudung saji.

Dan sebaik sahaja melihat lauk yang terhidang, terus senyuman dibibir mati.

"Ikan goreng?!" Wajah Husna berkerut. Penuh jijik. Ergh, benci betul.  Mengapa dekat sini pun kena hidang makanan yang dia tidak suka?

"Ikan goreng pun rezeki. Sedap apa makan panas-panas?" Kata Lanun, tenang. Pinggan berisi nasi putih diambil. Satu buatnya, satu lagi diletakkan di hadapan Husna.

Pantas Husna geleng kepala tidak setuju. Selagi namanya ikan, tiada yang sedap!

"Mana ada. Tak sedap langsung! Awak tak ada makanan lain ke?"

"Ini aje yang ada. Makan ajelah. Jangan banyak bunyi." Usai membaca doa makan, nasi yang dituangkan kicap itu terus disuap ke dalam mulut.  Penuh berselera sekali dia menjamah hidangan. Tak peduli Husna yang masih degil tidak mahu makan.

Lantaklah. Yang lapar dia, bukannya aku. Omel Lanun di dalam hati. Malas dia hendak memujuk. Kalau budak 6
tahun merengek tentang makanan bolehlah juga dia berlembut.

Panas pula hati Husna tatkala melihat lelaki itu selamba sahaja melantak makanan. Sudahlah paksa aku duduk disini, selepas itu paksa telan ikan goreng pula! Jangan harap kali ini aku akan ikut cakap dia. Biar dia tengok aku lapar supaya dia carikan makanan lain.
Tubuh dipeluk. Husna berpaling ke lain.

"Kau tak nak ke ikan tu?" Soal Lanun dengan nasi penuh didalam mulut. Menunjuk ke arah dua ekor ikan goreng yang masih tinggal di atas pinggan.

"Tak nak! Sampai mati pun saya takkan makan ikan!"

"Betul ni?"

"Awak ingat saya main-main ke? Saya rela makan pasir daripada makan ikan." Sinis Husna.

Lanun mengangguk faham.

"Kenapa tak cakap daripada awal? Kalau kau tak nak, tak mengapa. Biar aku makan ikan. Kau pergi korek pasir pantai sana." Dengan selamba dia mengambil satu lagi ikan goreng menaruh ke atas pinggannya. 

Jatuh rahang Husna melihat. Kurang asam! Aku fikir dia hendak pujuk aku dengan tawaran makanan lain. Turun naik nafasnya kali ini. Sabar Husna, sabar!

"Ada satu lagi tinggal, betul kau tak nak?" Lanun menyoal lagi. Tidak sampai beberapa minit, ikan goreng yang diambil tadi sudah tinggal separuh. 

Sengaja betul nak buat Husna naik angin. Sudah dikata, tak nak. Tak naklah!

"Awak pekak ke? Saya kata, saya takkan makan ikan! Saya nak makan benda lain!" Degus Husna. Keras.

Lanun angguk kepala. Okay. Kunyahan didalam mulut ditelan. Kemudian, kepalanya beralih ke arah tangga hadapan rumah.

"BOZO!" Laung Lanun, kuat.

Husna sudah terpinga-pinga. Bozo? Terus dia pusing memandang ke arah yang dipandang Lanun. Dari jauh kedengaran ada derap kaki yang laju berlari. Semakin lama, semakin hampir. Sehinggalah muncul anjing garang yang menyalak dihadapannya pagi tadi. Terkejut punya pasal, Husna terus melompat ke tepi.

Sudahlah tak dirantai, nanti dia kokak betis putih gebunya bagaimana?

"Kenapa awak panggil anjing tu datang sini?" Soal Husna, dingin. Sekilas dia menoleh ke arah anjing yang masih setia duduk di hadapan tangga. Sedang menjelir lidah dengan muka comelnya. Serupa tahu-tahu sahaja limit kawasan yang boleh dijejaknya cuma sampai di hadapan tangga. Mungkin sudah dilatih oleh lelaki itu.

"Ini untuk kau! Tangkap!" Seekor lagi ikan berbaki diatas pinggan terus diambil lalu dibaling ke arah Bozo. Pantas anjing itu melompat menangkap ikan goreng dengan gigi taringnya. Dapat sahaja makanan, Bozo terus membawa ikan goreng itu pergi daripada halaman rumahnya.

"Good boy, Bozo." Puji Lanun.

Husna melongo. Dia bagi satu-satunya ikan goreng dekat anjing itu? Kemudian boleh pula si Lanun sambung makan seperti biasa.

"Kenapa awak bagi makanan saya dekat anjing tu?!" Soal Husna, tidak puas hati.

"Makanan kau? Mana ada makanan kau dekat sini? Bukan kau makan pasir ke?" Ejek Lanun. Sengaja hendak buat hati Husna makin terbakar. Bongkak sangatkan tadi?

"Manusia yang tak reti bersyukur dengan rezeki yang Allah dah bagi, takkan pernah rasa kenyang.  Jadi lebih elok bagi dekat binatang yang lebih tahu apa itu rezeki." Sambung Lanun. Sekali lagi mencucuk ke hati.

Husna terdiam. Terasa dirinya baru sahaja disambar petir. Hangus. Terbakar  dek kerana tidak bersyukur dengan rezeki yang Allah telah turunkan buatnya. Tetapi, dia tetap ego. Apa yang lelaki itu tahu tentang dirinya? Cuma dia sahaja tahu sebab mengapa dia membenci apa sahaja makanan melibatkan ikan.

"Awak langsung tak tahu apa-apa tentang saya. Jadi tak payah nak nasihatkan saya pasal rezeki!" Ujar Husna, keras.

Lanun tidak berkata apa. Habis sahaja nasi didalam pinggan, Lanun bangun daripada tempat duduknya. Tanpa mempedulikan wanita itu, dia terus melangkah masuk ke dalam rumah untuk membersihkan pinggan kotor.

Husna mengetap bibir. Kepala diangguk penuh angkuh. Oh, dia buat-buat tak dengar pula ya?

"Tak apa! Tak apa!  Biar aku makan nasi dengan kicap aje. Tak hamak punlah nak makan ikan goreng tu!"

Terus pinggan nasi putih ditarik. Kicap dituang sedikit. Terus menjamahnya tanpa ada lauk yang lain. Janji tetap ada rasa. Macamlah sedap sangat ikan goreng tu!

Continue Reading

You'll Also Like

2.3K 222 29
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...
16.6K 1.7K 42
Ahli sihir yang namanya dilupakan. Itulah dia. start : 20/03/30 end : 20/05/12
1.5M 48.2K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
7.7K 381 100
• B O O K 2 • it's all about facts and quotes about feeling . malay and english fact / quotes comment ? ✔️ vote ? ✔️ start : 15 Nov 2020 end : 01...