MR PIRATE

By CIK_ZALIKHA

3M 271K 56.4K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

Bab 16

25.3K 2.1K 426
By CIK_ZALIKHA

                  "SELESAI sudah lawatan kita hari ini. Esok kita akan ke lokasi lain pula. Terima kasih kerana sertai bot kami." Ucap kapten bot itu sebaik sahaja tiba dijeti. Seorang demi seorang penumpang turun dengan berhati-hati, pergi membawa haluan masin-masing. Kebanyakannya balik ke bilik untuk menukar pakaian yang sudah basah lencun. Lawatan hari ini, memang memuaskan. Tetapi ada kurangnya juga kerana Mia tidak turut serta.

Disaat staff yang lain bermandi-manda bersama rakan mereka. Manakala Husna pula terasing seorang diri.

Jacket keselamatan ditanggalkan dari tubuh. Bajunya sudah lembab dek ditiup angin laut daripada tadi. Lepas mandi automatik perut terasa lapar. Rasanya dia patut ke kafe beli makanan dahulu.

"Husna." Tegur suara Datin Khadijah. Semerta menghentikan langkah Husna yang baru sahaja hendak menuju ke kafe. Dia menoleh ke belakang.

Apalagi yang perempuan tua ini mahukan, malas betul dia hendak layan.  Husna jeling meluat. Degusan nafas kecil dilepaskan. Namun dia masih sabar menunggu apa yang Datin Khadijah ingin katakan.

"Apa dia?" Serius Husna bertanya.

"Malam ni Husna free tak?" Soalan dibalas soalan.

Malah Husna jongket bahu. "Tak tahu. Kenapa?"

"Kalau Husna free, boleh tak kita jumpa dekat jeti ni? Dalam pukul 10? Ada benda yang mak nak beritahu kepada Husna."

"Cakap sekarang aje tak boleh ke?"

Datin Khadijah menggeleng. "Tak boleh. Ada kejutan sebenarnya. Tanda maaf mak tentang hal yang berlaku beberapa hari lepas. Tapi ikut pada Husna. Mak tahu, apalah sangat permintaan ni... Mak tak kesah kalau Husna nak datang atau tak. Mak faham. Tapi kalau Husna datang, mak betul-betul akan hargainya." Ujar Datin Khadijah.

Husna diam buat beberapa minit. Timbul rasa kasihan pula apabila melihat wajah Datin Khadijah yang merayu-rayu daripada tadi. Mungkin kali ini, wanita tua itu benar-benar dah sedar akan silapnya. Dia pun tidak sampai hati untuk menolak. Jika benar pertemuan malam ini akan mengubah hubungan mereka 180 darjah, maka dia harus membuka hati untuk terima.

"Hmm... tengoklah malam ni..." Acuh tak acuh sahaja Husna menjawab. Dia pun tidak yakin akan datang atau tidak. Tidak boleh berjanji.

Namun jawapan Husna tetap buat bibir kering itu melebar penuh bersyukur. Dari sepasang matanya, jelas dia gembira.

"Terima kasih sangat-sangat Husna. Mak akan tunggu Husna  di sini malam ni." Katanya.

Husna sekadar mengangguk.

"Apa-apa ajelah. Husna pergi dulu." Pamitnya. Lantas berlalu meninggalkan jeti itu, menuju ke kafe yang berada ditengah-tengah resort. Meninggalkan Datin Khadijah yang masih tercegat ditempat yang sama. Entah mengapa wanita itu tidak berganjak dari situ, mungkin dia mahu berjumpa seseorang.

Ah, lantaklah. Itu bukan urusannya.

Sampai sahaja di kafe, Husna terus menuju ke arah kaunter. Cuma ada beberapa orang melepak di meja sambil bermain telefon canggih masing-masing. Nasib diruangan kaunter kosong, tak perlulah dia beratur. Anak mata laju menyasar ke arah kek pelangi yang cuma tinggal sepotong di dalam kaca.

Mata membulat. Alamak, dia harus cepat!

Kaki dilajukan. Sampai sahaja di kaunter, Husna langsung memesan.

"Bagi saya rainbow kek satu."

"Sa mau itu rainbow kek."

Serentak suara mereka memesan kek yang sama. Husna berpaling ke tepi. Memandang lelaki yang berdiri disebelah, berpakaian hoodie putih menutup kepala. Bahkan, Lelaki berkaca mata hitam itu juga turut menoleh memandangnya. Aish, punya banyak lagi pilihan kenapa mamat ni pesan kek yang sama? Ah, tidak! Dia yang sampai ke kaunter ini dahulu.

"Sorry but... saya sampai sini dulu." Kata Husna.

"Jadi?" Dia menyoal, mengejek. Sebelah keningnya naik ke atas.

"Jadi maknanya encik kena oder kek yang lain."

"Eh, kenapa pula? Apa kek tu ada tulis nama kau ka? Aku dulu yang nampak dari jauh sana."

Eh, Eh mamat Sabah ni... dia tak nak mengalah pula. Mulalah hati ini terasa panas. Elok tadi sejuk mandi laut, kini membahang pula. Lantas, Husna memusing tubuh menghadap lelaki itu.
Kepala terdongak sedikit.

"Memanglah tak ada tulis nama saya. Tapi saya pun nampak kek tu dari jauh jugak. Ingat Encik seorang sahaja yang ada mata huh? Apa? Istimewa sangat ke mata encik tu sampai boleh claim kek tu encik punya huh?"

"Aishh... sumandak (awek) semenanjung ni main mata pula..." giginya terkacip-kacip geram. Lantas dia turut memusing menghadap Husna.

"Apa masalah kau dengan mata aku?" Soalnya tidak puas hati.

Ah, sudah. Tak pasal-pasal mereka berdua bertikam lidah dihadapan kaunter. Pekerja disitu pula yang terpinga-pinga hendak membetulkan keadaan. Tanpa sedar, pergaduhan mereka berdua mengalih perhatian mata-mata yang berada di kafe itu.

Namun apa Husna peduli. Bibir dijuih penuh sinis. Salah orang lelaki ini nak ajak gaduh. Mulut aku ni boleh tahan pedas juga bila berkata-kata.

"Apa? Saya salah cakap ke?" Soal Husna, mencabar.

"Macamlah kau punya mata tu cantik sangat. Mata pun macam buaya betina." Ejeknya selamba.

Jatuh rahang Husna mendengarnya.  Berani dia kata mata aku macam buaya betina? Eh, biarpun mata ni biasa-biasa sahaja, Sekurang-kurangnya dia tidak berselindung disebalik kaca mata hitam seperti lelaki itu.

Nampak sangat mata dia lebih teruk daripada mata buaya betina seperti aku!

"How dare you say like that to me! Oh, kalau mata saya ni macam buaya betina, encik pula apa? Kalau dah pakai cermin mata tu, mesti nak selindung sesuatukan? Selalu lelaki kalau pakai macam ni tak lain tak bukan mata keranjang!"

"Kalau aku mata keranjang sekalipun, bukannya aku suami kau! Suka hati akulah nak pakai macam mana?!"

"Tak, sekarang ni saya nak beli kek aje. Kenapa kita kena gaduh pasal mata?"

"Manalah aku tahu, kau yang mulakan dulu!"

"Mana ada! Encik yang mulakan dulu!"

Pekerja dikaunter itu sudah mula garu kepala. Apa yang patut dia buat sekarang? Mungkin dia boleh menasihati mereka berdua agar berhenti bergaduh.

"Err, maaf Encik dan Cik tapi ini kaunter..."

"Awak diamlah!"

"Kau diam dulu, bah!"

Serentak mereka memotong.  Tak semena-mena pekerja kaunter itu pula yang kena tempiasnya. Dan akhirnya kepala menunduk ke bawah. Tidak berani untuk masuk campur.

"Hei, pendek!" Bahu Husna ditolak sedikit. Mengalihkan perhatiannya mendongak memandang lelaki itu. Sekali lagi mulut Husna melopong. Bahu yang ditolak tadi disentuhnya. Berani dia sentuh hahu aku?

Sudahlah tadi digelar mata buaya, sekarang kena ejek pendek pula. Memang cari nahas betul mamat gunung Kinabalu ni!

"Berani encik sentuh bahu saya?!" Husna mengetap bibir. Geram betul dia kali ini.

"Ambik balik!" Giliran Husna pula membalas dendam. Sebelah bahu lelaki itu ditolaknya. Namun apalah sangat tangan kecil ini memberi kesan. Jangan dikatakan jatuh, berganjak pun tidak.

"Aish... makin lama makin melampau kau ni! Apa masalah sebenar kau ni huh?" Bahu Husna ditolak lagi. Membuatkan tubuh wanita itu berganjak beberapa tapak ke belakang. Rasanya aku tolak lembut sahaja, mungkin badan dia yang macam ranting kayu tak cukup zat.

"You touch me again?!"

"So?"

Cukup! Dia tidak boleh tahan lagi. Husna menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus dengan perlahan. Tenang. Sabar. Ya, dia perlu sabar.

"Fine. Ambillah kek pelangi tu. Saya tak hamak pun!" Degus Husna.

Lelaki itu tersenyum menang. Akhirnya...

"Kan bagus kalau dari awal lagi kau macam ini." Katanya sebelum memusing menghadap kaunter. Tatkala Husna menghembus nafas tidak puas hati. Badan dipeluk. Anak mata dijuling ke atas penuh meluat.

"Bagi kek rainbow itu satu." Pesannya.

"Nak hidang disini atau bungkus?"

"Hidang saja. Sa mau makan sini."

"Baik." Pekerja itu pun bergerak mengambil kek pelangi di dalam kaca itu. Dihidang di atas pinggan sebelum di bawa ke kaunter.

"Ini keknya..." belum sempat pinggan kek hendak dihulur kearah lelaki di kaunter itu, tangan Husna terlebih dahulu merampasnya. Tak tunggu lama, terus ditonyoh ke muka lelaki itu dengan penuh geram. Tindakannya terlalu laju sehingga dia tidak sempat untuk mengelak.

Husna ketawa besar.

Padan muka!

Nak sangat kek pelangi itukan? Kini biar muka tu berubah jadi pelangi terus.

"Rasakan!" Sindir Husna, langsung pecut melarikan diri. Sebelum ada gunung Kinabalu berubah menjadi gunung berapi, lebih baik dia selamatkan diri cepat-cepat.

Gelak tawa Husna nyaring sahaja ditelinganya. Tangan dikepal-kepal membentuk buku lima. Baru nak kejar, kelibat wanita itu sudah menghilang. Laju betul!

Tapi nasib baik dia lari, kalau tidak memang hantu kek ini yang akan kerjakan dia habis-habisan!

"Kurang ajar. Kalau aku dapat kau nanti, siaplah!"












                       USAI membersihkan diri dan menyalin pakaian. Husna melangkah keluar dari bilik air. Rambut yang masih basah dilap menggunakan tuala biru yang disediakan oleh pihak resort. Dia duduk di hadapan meja solek. Menyapu krim pelembab ke seluruh wajah. Dan disaat telinga pantas menyambut bunyi tombol pintu dipulas, Husna terus menoleh.

Bibir tersenyum gembira. Akhirnya, Mia dah balik dari meeting. Dia dah lama tahan hendak bergosip tentang lelaki Sabah tadi dengan Mia. Perempuan itu kalau ban gosip memang nombor satu!

Lantas Husna terus bangun dari kerusi, mengatur langkah mendekati Mia yang kini berada di katil. Sedang membuka butang dipergelangan tangan. Mungkin panas. Muka dia pun nampak masam sahaja. Pasti tak cukup rehat.

"Mia, kau nak tahu sesuatu tak? Tadikan ada mamat Sabah mana entah, dia cari pasal dengan aku. Aku yang sampai ke kaunter dahulu nak beli kek pelangi, lepastu dia kata dia yang nampak dulu. Macam mana aku tak hangin? Bila aku marah dia, dia cakap mata aku macam buaya betina. Nasib dia tu baik aje sebab dia pakai cermin mata. Entah-entah mata dia lagi teruk dari mata buaya ni!" Bersungguh-sungguh betul cara Husna bercerita. Puas dapat melepaskan segala yang dipendam daripada tadi.

"Hmmm..." itu sahaja respon Mia.

"Lepastukan, aku buat-buat mengalah. Aku bagi dia ambil kek tu. Dia pun percaya. Bila pekerja tu bawa aje kek tu, aku terus rampas dan tonyoh dekat muka lelaki tu. Padan muka! Mengamuk jugalah dia tadi. Harap-haraplah aku tak terserempak dengan dia lagi selepas ini. Kalau tak tentu dia akan balas dendam balik."

"Hmmm..."

Sekali lagi. Mia cuma menggumam. Langsung tak bersemangat mendengar cerita hangat itu. Membuatkan kening Husna berkerut pelik. Bukan begini selalunya respon Mia apabila dia meluah sesuatu.

Haih, apa sebenarnya yang jadi? Daripada pagi tadi sampailah sekarang Mia tidak mahu bercakap dengannya. Bila disuruh jujur, tidak mahu pula.

"Kau kenapa sebenarnya ni? Aku cerita pun, kau macam tak nak respon aje?" Soal Husna. Lantas dia melabuh punggung di sebelah wanita itu. Wajah Mia dipandang.

Sekali lagi, dia dapat menangkap jelingan dimata Mia. Jelingan yang kononnya meluat apabila dia cuba membuka topik tentang hal ini.

"Habis kau nak aku respon macam mana? Macam ni... Oh! Bagusnys tindakan bestie aku ni, tonyoh kek dekat muka orang. Memang patut dicontohi ramai. Perangai yang sangat-sangat bagus." Kata Mia dengan muka penuh mengejek. Siap membuat gaya perempuan gedik. Dan tak lama selepas itu, wajahnya kembali bertukar riak serius.

Husna geleng kepala. Tak! Ini bukan Mia yang dia kenal. Dia tak pernah minta pun Mia untuk menyokongnya sampai sebegitu rupa.

"Ap... apa kau merepek ni? Kenapa kau cakap macam tu?"

"Habis kau nak aku cakap macam mana lagi? Kalau rasa cara respon aku ni tak macam yang kau nak, pergilah cari Mr.Blue kau tu. Luahkan dekat dia. Mesti dia akan jadi pendengar paling setia dan sokong seratus peratus apa yang kau buat tu." Dingin suara Mia kali ini. Dia mendengus keras. Langsung bangun dari birai katil, berjalan ke arah meja solek. Menanggalkan subang yang dipakai ditelinga.

Husna masih tidak berganjak dari tempatnya. Diam. Tidak punya kata-kata.

Nafas dihembus perlahan. Tenang. Mungkin Mia terlalu tertekan dengan kerjanya, jadi mood dia tidak berapa baik. Ah, tak mengapalah.  Lupakan sahaja tentang luahan tadi. Lebih baik dia buka topik baru.

Bibir dipaksa mengukir senyuman. Pandangan dialih ke arah Mia yang masih berada di meja.

"Tak apa. Aku faham. By the way, malam ni mak aku ajak jumpa di jeti. Jom teman aku nak? Aku rasa macam tak sedap hati kalau pergi seorang diri."

"Tak sedap hati?" Bibir Mia terjuih. Hendak tergelak dia mendengar.

"Jumpa jantan malam-malam buta, tak ada pula kau rasa macam itu? Bukan ke lagi bahaya daripada mak kau? Oh, lupa... dia MR.BLUE. Tak mungkin akan buat benda tak elokkan?" Sekali lagi Mia menyindir.

Okay. Kali ini, Husna tidak boleh bersabar lagi. Mengapa setiap kali bergaduh asyik sebut nama Mr.Blue? Atau Mia sudah sememangnya sudah tahu tentang semalam iaitu dia pergi berjumpa dengan Encik Nathan dikolam renang. Kalau benar sekalipun, apa kena mengena dengan topik sekarang?

Jika wanita itu hendak marah kerana menyembunyikan tentang temu janji mereka semalam, marahlah.  Husna tidak kesah. Memang patut pun dia menerimanya. Tetapi tidak perlu dengan cara menyindir.

Bingkas Husna bangun dari katil. Wajahnya berubah riak amarah. Bibir diketap.

"What's wrong with you? Aku cakap baik-baik, tapi kau tak habis-habis sindir aku dengan ayat MR.BLUE. Kenapa? Apa yang tak kena dengan nama tu? Oh, mesti kau terjaga semalamkan?"

"Yes!" Mia mengaku. Dia memusing ke belakang. Membalas renungan yang sama seperti Husna. Penuh geram bercampur benci.

"Memang aku terjaga pun. And you know what? Bila aku bangun, aku tengok orang yang aku ajak keluar jalan-jalan semalam tak ada dekat sebelah. Konon bagi alasan nak rehat, padahal sebenarnya nak keluar dengan Encik Nathan! Eh, kenapa kau tak nak berterus-terang sahaja dengan aku yang kau nak jumpa dia? Kenapa kena tipu aku? Kau rasa aku akan menyibuk nak ikut kau kalau kau bagitau nak jumpa dia ke huh?"

"Of course not! Aku tak fikir macam itu!" Pantas Husna menafikannya.

Namun,  Mia ketawa. Penuh sinis. Jelas tidak percaya. 

"Heh, yalah tu. Mengaku ajelah Husna. Aku ni mungkin perosak hubungan korang berdua aje kalau ikut sekali. Nanti tak dapat pula si Mr.Blue tu ajak kau jadi girlfriend dia, kan? Tak pasal-pasal nanti melepas pula lelaki idaman mimpi kau tu."

"You're too much, Mia... too much..."

"Me? Too much? And how about you? Selfish. Sebab tu tak ada seorang pun staff yang suka kau." Sinis Mia.

Husna terdiam. Hatinya rasa seolah-olah tertikam daripada hadapan. Terbelah dua. Pedih menusuk hingga ke jantung.  Dia tak sangka, kata-kata begitu akan keluar daripada mulut seseorang yang dia percaya selama ini.

"Aku datang sini sebab nak luangkan masa dengan kau, sebab aku kesian kau tak ada kawan yang lain dalam lawatan ni. Tapi bila kau sendiri keluar senyap-senyap jumpa Encik Nathan, aku tak rasa yang kau perlukan aku lagi. Kau pun dah terima lamaran dia, kan? Tentu selepas ini akan berkepit dua puluh empat jam. Oleh sebab itu, aku jumpa dengan Tan Sri Raqib hari ni... untuk minta dia beri aku bilik yang lain."

"What?" Husna agak terkejut. Kepala tergeleng-geleng. Terus kaki melaju melangkah menghampiri Mia.

"Kenapa sampai macam itu sekali? Okay fine! Aku salah. Aku minta maaf sangat-sangat. Kali ini memang salah aku. Tapi percayalah,  bukan aku saja-saja tak nak kau ikut aku jumpa Encik Nathan. Aku cuma nak jaga hati kau aje. Dan pasal lamaran tu..."

"Cukuplah, Husna." Mia memotong. Kepala geleng.

Husna terdiam. Anak mata Mia ditenung penuh sesal. Wanita itu menghela nafas berat. Seolah-olah apa yang hendak dikatakan sebentar nanti amat berat dibibirnya. 

"Aku tak nak dengar apa-apa. Aku dah buat keputusan untuk pindah bilik. I need time for this. And..." Mia mencapai beg tangan yang berada tidak jauh daripadanya.

"Tahniah. Sebab kau dapat jumpa lelaki yang kau cari selama ni." Sambung Mia. Mendatar suaranya. Tanpa berkata apa lagi, dia terus berlalu meninggalkan bilik itu. Meninggalkan Husna yang masih tercegat tidak berkutik dari tempatnya.

Sunyi. Kosong. Itulah suasana yang Husna rasakan sekarang. Dan perlahan-lahan tubuhnya jatuh terduduk di atas katil.













Continue Reading

You'll Also Like

313K 1K 14
Ini cerita Zink dan Caan yang melakar pertemuan di bangku IPT. Yang si gadis, cemerkap itu sudah sebati dalam diri dan jadi identiti. Yang si jejaka...
292K 31.9K 29
in which i found pure happiness in you. - forever, till death do us apart. [ highschool : au ] warning - lots of fluff, geram, butterflies, cringe...
1.9K 153 27
Sekarang sastera Melayu semakin Lama semakin dilupakan. Puisi dan pantun jua sudah tidak digunakan dalam pertuturan sehari hari. Sejak dahulu lagi...
2.2K 187 29
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...