MR PIRATE

Oleh CIK_ZALIKHA

3M 271K 56.2K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... Lebih Banyak

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

bab 13

26.1K 2K 114
Oleh CIK_ZALIKHA

"One Charamel Machiato and Maggi cup." Ucap si pelayan itu. Meletakkan satu cawan charamel machito dan Maggi cup yang dipesan diatas kaunter. Telinga Husna yang laju menangkap suara, langsung bangun dari kerusi melangkah ke arah kaunter. Total air dan makanan ini sahaja sudah lima belas ringgit. Tapi tak hairanlah mengapa ia mahal. Hendak membawa bahan-bahan ke sini bukannya mudah. Pesanannya diambil lalu dibawa pergi.

Sesekali haruman kopi itu dihidu Husna. Terpejam seketika matanya menikmati kesedapan aroma caremal bercampur kopi. Sangat sedap.

"Argh!"

Tak semena-mena bahunya dilanggar agak kasar. Menyebabkan air kopi yang dipegang tumpah ke hoodie putih yang dipakai. Maggi cup yang masih panas dipegang kuat-kuat daripada terlepas dari tangan. Mata Husna terbeliak. Mulut ternganga melihat pakaiannya yang bertukar coklat.

"Kurang asam!" Husna mengetap bibir. Bazir sahaja lima belas ringgit aku!

Anak mata meliar garang mencari figura yang melanggar tubuhnya tadi. Tiada orang lain lagi disini. Cuma lelaki berambut putih sedang bersiul itu sahaja yang ada. Berjalan dengan senang hati tanpa menoleh dan meminta maaf. Kalau tak nak minta maaf sekalipun, ganti minuman aku balik pun jadilah!

"Hoi, pak cik!" Jerit Husna, geram. Namun, jeritannya seolah-olah tak kedengaran. Lelaki itu tetap berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang. Tetapi dia faham, mungkin kerana faktor usia telinga pendengarannya sudah rosak. Rambut pun dah beruban semua. Mungkin umurnya sudah 70 tahun.

Tapi...

Daripada belakang, mengapa tubuhnya nampak seperti orang muda? Tiada pula kulit kerepot atau jalan membongkok? Bahkan, tinggi lampai orangnya. Ah, pak cik zaman sekarang pun boleh jaga badan! Apa nak hairan?

"Dahlah tua, pekak badak pula tu! Eeiii, geramnya aku!" Husna mendengus geram. Rasa nak dibaling sahaja cawan yang telah kosong ini ke arah dia yang semakin menjauh. Tapi tak sampai hati pula kerana dia orang tua. Haih, sabar sajalah.

"Husna?" Tegur seseorang dari belakang.

Husna terus menoleh. Alamak, Encik Nathan! Mana pula aku nak sorok kesan comot hoodie ini? Terpinga-pinga Husna cuba menutup kesan comot itu dengan tangannya. Tetapi malangnya, ia tetap nampak. Seperti gajah berselindung disebalik batu, manakan mungkin boleh tersorok?

Bibir digigit. Kepala menunduk ke bawah menahan malu. Tatkala kening Nathan sudah berkerut saat terpandang hoodie yang dipakai. Lantas dia melajukan langkah mendekati Husna.

"Are you okay? Apa yang dah jadi?" Soal Nathan, dia ingin menyentuh bahu Husna. Namun tangannya terhenti dengan sendiri. Lupa pula bukan mahram.

"Ada orang tua tu dia langgar saya. Nasib baik air kopi aje yang jatuh, bukan Maggi ni. Kalau tidak, tak pasal-pasal melecur badan."

"Oh god. Tapi awak tak apa-apakan?" Soal Nathan.

Kening Husna pula yang berkerut. Wajah diangkat memandang lelaki itu. Mata mereka bertentangan buat seketika. Mengapa riak wajah lelaki itu nampak seolah-olah merisaukannya? Padahal eksiden kecil sahaja yang berlaku tadi. Tiba-tiba jantung diserang debaran. Di dalam kotak fikiran mula fikir yang bukan-bukan.

Takkan dia sukakan aku?

Ah, sudah. Mulalah bibir ini nak tersenyum macam kerang busuk!

Tenang Husna. Berlakon cool dahulu. Kemudian, dia berdehem membetulkan suara. Kepala digeleng.

"Saya okay."

"Glad to hear that." Balasnya bersama senyuman lega. Sekejap anak mata biru itu mencerun ke arah cawan kosong ditangan Husna. Kesian pula jika wanita itu harus membelinya sekali lagi. Lantas sebelah tangan diseluk ke dalam poket. Dengan gaya bersahaja.

"Come. Saya belanja awak Coffee." Ajak Nathan.

Tak sempat Husna hendak buka mulut menolak tawaran lelaki itu, Nathan sudah melangkah ke arah kaunter Cafe. Memesan air tanpa menunggu jawapannya terlebih dahulu. Terhegeh-hegeh Husna berlari ke arahnya. Sesekali kepala menoleh ke kiri dan ke kanan. Dah serupa artis dan orang biasa bercinta pula. Tiada staff hotel peradise yang berada disini. Nasib baik. Tiadalah gosip tersebar tiba-tiba nanti. Tapi biar betul Mr Blue nak belanja? Eh, maksudnya... Encik Nathan.

"Bagi saya caremal machiato and... do you want a cake?" Soal Nathan. Sekejap dia melihat ke arah beberapa kek yang berada di dalam cermin. Kemudian menoleh ke arah Husna menantikan jawapan.

"Err..."

"Oh, I know. Give me that cake." Tak sempat hendak cakap, lelaki itu sudah memilih kek yang berada dihujung kanan. Rainbow cake. Mata Husna berkelip sebentar.

Sekejap. Bagaimana dia tahu itu kek kesukaannya? Atau dia main pilih dan itu cuma kebetulan?

Setelah pesanan air dan kek siap dibungkus. Nathan pun membayarnya.

"Nah, untuk awak." Bungkusan air dan kek itu diserahkan kepadanya. Lambat-lambat Husna mengambil. Ya Allah, rasa menyusahkan pula... tapi orang dah beri, takkan nak tolak pula?

"Terima kasih. Tapi kenapa... rainbow cake?" Entah mengapa pilihan lelaki itu buatnya dia tertanya-tanya. Sedangkan Nathan tergelak mendengar pertanyaan itu. Mungkin kerana lucu melihat reaksi wajah Husna yang jelas bingung.

"Kenapa? Did I..." Dia mendekatkan diri. Selangkah demi selangkah dengan pandangan yang menggoda. Tatkala Husna sudah terkulat-kulat. Kaki turut berundur ke belakang. Kepala menunduk ke bawah. Mengelakkan diri daripada bertentangan mata buat masa sekarang. Makin lama jantung ini berdegup kencang. Risau meletup juga nanti.

Dan akhirnya Husna terperangkap. Langkahnya dihalang oleh meja kaunter. Membuatkan dia terkunci disitu. Mujurlah pekerja di Cafe ini telah masuk ke dapur. Kalau dia nampak, memang malu teruk!

Bungkusan kek itu digenggam kuat. Jujur, lututnya lemah apabila jarak mereka terlalu rapat.

"Remind you of someone?" Sambungnya.

Kening Husna berkerut. Ingatkan kepada seseorang? Ya. Memang benar. Rainbow cake ini mengingatkan dia kepada Mr.Blue. Tapi apa kena mengena? lantas Husna mendongak kepala. Memberanikan diri membalas pandangan mata biru itu.

"Ap... apa maksud Encik Nathan?" Soal Husna, tergagap-gagap. Bahkan lelaki itu cuma tersenyum penuh makna. Dia cuba mencari maksud disebalik senyuman itu, tetapi malang sekali. Husna tidak nampak apa-apa.

"Jumpa malam nanti." Katanya sambil mengenyitkan sebelah mata. Sekali lagi Husna dipanah cinta. Lelaki itu menjauhkan jarak. Memberikan ruang untuk Husna bernafas dengan tenang.

Fuh! Lega sedikit apabila lelaki itu sudah pergi. Tetapi Husna masih lagi dengan muka berkerutnya.  Perjumpaan mereka malam nanti akan merungkaikan setiap persoalan yang bermain dikepalanyakah?

"Aduh, lupa pula Maggi si Mia. Kembang sudah!" Husna pantas berlari pergi dari Cafe. Mesti minah tu dah kebulur di dalam bilik menunggu mi segeranya tiba.










                     
                  LAMA betul si Husna ni beli makanan. Rasanya bilik mereka paling hampir dengan Cafe. Tak logik jika hendak jadikan alasan jarak Cafe terlalu jauh. Ini mesti dia ada terserempak dengan sesiapa dan orang itu ajak berbual. Aduh, perut dah berkeroncong hebat sekarang. Dia tak boleh tahan. Kena makan juga.

Langsung Mia bangkit dari katil, melangkah menuju ke arah pintu yang diperbuat daripada kayu. Baru sahaja tombol hendak dipulas, ada seseorang terlebih dahulu menolaknya dari luar.

Ha, panjang umur!

Mia mencekak pinggang.

"Aku ingat kau sesat tadi. Lamanya beli makanan? Mi segera aje pun." Bebel Mia. Sekejap anak matanya jatuh ke arah hoodie putih yang dipakai Husna. Nampak seperti kesan kopi yang tumpah. Okay. Dia dah tahu mengapa punca Husna lambat.

"Kau okay tak ni? Kenapa dengan baju kau?" Suara Mia terus berubah risau. Maggi cup yang dihulur dicapai.  Dia turut mengekori langkah Husna menuju ke arah balkoni. Menarik salah satu kerusi dan duduk disitu. Mengamati pemandangan.

"Ada pak cik tadi langgar aku. Itu yang lambat. Nak kena beli air baru." Ujar Husna sambil membuka bungkusan kek.

"Kot iya pun, tukar lah baju dulu. Kau tak rasa melekit ke?"

"Nak tukarlah ni. Jaga kek ni kejap." Pinta Husna. Dia kembali bangun masuk ke dalam bilik. Mencapai baju yang ada di dalam bagasi lalu menuju ke bilik air. Selesai menukar pakaian, dia keluar semula. Duduk ditempat asal.

"Rainbow cake?" Kening Mia berkerut saat melihat bungkusan itu dibuka. Haih, dah lama dia tak nampak Husna makan kek. Tiba-tiba sahaja beli, demam ke apa?

"Aku rasa dah bertahun kau tak makan kek termasuk kek hari jadi. Ada apa-apa yang istimewa ke hari ni?" Soal Mia penuh curiga. Sambil-sambil tangan menyuap mi segera ke dalam mulut.  Malah Husna menggeleng. Dia menjamah kek pelangi itu dengan tenang serupa tidak menyembunyikan apa-apa.

"Mana ada. Sajalah aku beli."

"Ya ke? Entah-entah ada orang belikan untuk kau?" Mia mengecilkan mata.

Husna diam. Suapan diteruskan.

Dan tiba-tiba mata yang mengecil itu terbuka luas. Tak silap, Husna cuma terima barang dari seorang sahaja. Iaitu Mr.Blue. Entah-entah...

"Encik Nathan belanja kau kek ek?" Mia meneka. Maggi cup terus dihentak ke atas meja. Bergegar. Ada jugalah terkeluar sedikit sup itu.

Tatkala Husna sudah terkulat-kulat hendak menjawab. Mia ni bukan boleh, nanti ada juga yang merajuk selama satu bulan. Tidak mahu tidak, dia terpaksa menipu.

"Mana ada! Ini aku yang belilah. Ingat aku tak ada duit ke nak beli benda macam ni?"Bidas Husna.

"Tapi kau dah lama tak beli kek. Sebab itu aku curious."

"Kalau dia belanja sekalipun kenapa?"

Mia mencebir.  Mana boleh. Dia sendiri pun Encik Nathan tak pernah belanja. Di gerai cendol itu hari pun, dia yang bayarkan. Tak gentleman langsung.  Tetapi nasib baik macho!

"Sebab aku suka dia. Kalau dia belanja kau, cemburulah aku. Aku baru ingat nak mengorat dia selama berada dekat sini."

"Kau betul-betul sukakan Encik Nathan ke? Aku fikir kau main-main?"

Mia menggeleng kepala. Tidak. Kali ini dia yakin dengan pilihan hatinya. Bila lelaki itu berada dekat,  jantung ini pasti rasa hendak meletop. Sejujurnya, dia tidak pernah merasakan perasaan sebgini rupa. Namun, dia akui. Wajah tampan lelaki itu yang buatkan dia jatuh cinta pandangan pertama. Tetapi selebihnya, dia jatuh cinta kerana perwatakan Encik Nathan.

Jadi. Adil disitu.

"Aku memang suka dia. Waktu kau tak datang ke office beberapa hari, akulah yang teman dia pergi lunch. Walaupun Encik Nathan tu macam membosankan, tapi aku tetap suka! Cuma itulah..." muka Mia berubah sedikit kecewa. Mi di dalam cawan itu dikacau-kacau.

"Setiap kali keluar, dia mesti tanya pasal kau. Dan kadang-kadang, dia akan tanya pasal Mr Blue."

"Wait!" Husna tergamam. Sudu kek itu dihentak ke atas meja.

"Kau bagitahu Encik Nathan tentang Mr.Blue?!" Soal Husna serupa tak percaya. Patutlah perangai lelaki itu pelik sahaja bermula di lapangan terbang sampailah ke sini. Gayanya serupa hendak meyakinkan aku bahawa dialah Mr Blue yang aku cari selama ini.

Tetapi, kalau Mia tak beritahu. Dia tak rasa Encik Nathan akan berperangai seperti itu.

"Kenapa? Salah ke?"

"Tak salah tapi kau tak patut bagitahu dia!"

"Kenapa pula? Bukannya dia tu Mr.Blue pun?" Rungut Mia.

Husna mengeluh kecil. "Memanglah.  Tapi orang boleh ambil kesempatan bila dia dah dengar pasal Mr.Blue." balas Husna.

"Maksud kau... kau takut Encik Nathan akan buat-buat mengaku yang dia tu Mr. Blue sebab nak dapatkan kau? Macam itu?" Mia cuba meneka.

Husna langsung angguk kepala. Ya. Itulah yang dia takutkan. Hanya Mr Blue yang sebenar sahaja tahu identitinya tanpa perlu dia memberitahu dahulu.

Namun, Mia meletuskan ketawa. Kepala tergeleng-geleng. 

"Tak mungkin Encik Nathan akan buat macam itu. Dia lelaki yang macho, lelaki macho takkan menyorok disebalik identiti seseorang. Dia akan jadi diri dia sendiri. Walaupun dia bermata biru, tapi tak mungkin dia Mr.Blue. Aku yakin."

"Macam mana kalau betul? Kau boleh ke terima kalau aku akan sukakan dia juga?" Soal Husna.

Mia terdiam. Dia tidak punya jawapan untuk itu. Selalunya dia akan beralah kepada Husna. Makanan kesukaan terpaksa ditolak ke tepi dan mengikut cita rasa Husna. Tempat melepak juga ikut cadangan Husna. Bahkan fesyen pemakaian juga harus mengikuti Husna agar mereka nampak serasi dan kena dengan gelaran  B.F.F.

Tetapi bagaimana pula untuk kali ni?

Adakah dia patut beralah juga?

Mia geleng kepala. Ah, serabut kepala hendak fikir.

"Tak payahlah cakap pasal ni. Kita datang sini nak enjoy, kan? Apa kata malam ni kita jalan-jalan sekitar resort? Tan Sri Raqib cakap, malam-malam pemandangan dekat sini cantik. Ada banyak lampu warna-warni." Ujar Mia, pantas sahaja menukar topik perbualan. Maggi cup yang semakin mengembang dijamah semula.

Husna diam seketika. Aduh, malam ini dia ada temu janji dengan Encik Nathan. Kalau dia tidak datang ke tempat itu, bagaimana dia hendak tahu jawapan yang sebenar? Tidak mahu tidak, dia terpaksa juga mereka-reka cerita agar Mia tidak berfikir yang bukan-bukan.

"Aku rasa tak naklah. Apa kata esok aje? Boleh pergi snorkeling? Lagi Best. Sambil melawat tempat-tempat pelancongan dekat sini." Cadang Husna. Harap-haraplah Mia setuju. 

Dan kemudian Mia mengangguk kepala. Lega Husna melihatnya.

"Boleh juga. Esok kena keluar awal. Jadi rehat pun kena awal. Ergh, tak sabarnya nak mandi air laut!" Ucap Mia.

Husna tersenyum kecil.

"Me too."







Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

2.1K 186 28
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...
81.7K 3.7K 29
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
8.1M 550K 72
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri...
1.5M 47.9K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...