MR PIRATE

By CIK_ZALIKHA

3M 271K 56.2K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

Bab 12

26.6K 2.1K 63
By CIK_ZALIKHA

PEJAM celik, pejam celik, tak terasa masa berlalu. Hari ini adalah hari mereka bakal bertolak ke Sabah. Merasmikan pembukaan resort atas laut. Ah, tak sabar sungguh untuk lihat bagaimana rupanya. Pasti sungguh indah pemandangan di sana. Dengar cerita perjalanan nak ke resort itu pun ambil masa berjam-jam juga. Harap-harap dia tak mabuk laut nanti.

"Husna, smile!"

Klik!

Satu gambar diambil tanpa sempat Husna mengukir senyuman. Laju sungguh tangan si Mia ini menekan butang camera. Tersengih-sengih dia apabila melihat gambar yang diambil tadi. Bagus! Mukanya nampak elok. Manakala muka Husna pula tampak seperti mahu makan orang.

Ah, biarlah. Janji gambarnya sudah cantik.

"Ini baru dekat Airport, belum sampai Sabah lagi. Entah berapa gambar kau nak ambil." Bebel Husna.

"Eh, biarlah. Bukannya selalu aku dapat naik kapal terbang tahu tak? Dengan kau pulak tu! Kita tak pernah travel sama-sama tau! Inilah peluang aku kumpul kenangan kita banyak-banyak."ujar Mia.

Tatkala Husna sekadar geleng kepala. Suka hati kaulah, Mia... selfielah kau sampai penuh storage dalam telefon. Kemudian Husna mengeluh kecil. Bosan. Sekilas anak mata menunduk melihat jam ditangan. Lagi beberapa minit mereka akan bertolak masuk ke lapangan terbang.

Apabila duduk lama-lama di sini terasa sejuk pula. Mujurlah dia pakai hoodie siap-siap. Baru sahaja hendak masukkan tangan ke dalam poket, tiba-tiba ada seseorang melabuh punggung di kerusi sebelah.  Rapat pula tu. Buatkan Husna rasa tak selesa. Dia tunduk sedikit ingin melihat wajah yang turut memakai sama hoodie dengannya.

Sebaik sahaja mata mereka bertembung. Riak wajah Husna bertukar terkejut. 

"Encik Nat..."

"Syhh!" Dia meletakkan jari dibibir.

Terus Husna mengetap bibir. Diam. Anak mata biru itu seolah-olah menunjuk ke arah Mia yang sedang leka menangkap gambar daripada tadi. Oh, mungkin dia tidak mahu Mia tahu kehadirannya disini. Langsung Husna mengangguk kepala tanda faham.

Tak sangka lelaki itu juga turut ikut serta dalam lawatan ini. Eh, sudah tentulah. Diakan anak Tan Sri Raqib? Namun, Husna hampir sahaja tidak perasan lelaki yang duduk disebelahnya adalah Encik Nathan. Pemakaiannya jauh beza daripada sebelum ini. Apatah lagi apabila dia mengenakan topi. Nampak seperti lelaki misteri yang cuba menyembunyikan identiti. 

Tiba-tiba lelaki itu mendekatkan wajah. Husna mengundur sedikit. Jantung berdegup laju. Mujurlah tiada siapa yang memandang ke arah kami berdua. Kalau tidak,  tentu mereka dah fikir bukan-bukan.

"Meet me there. Don't be late." Bisiknya betul-betul disebelah telinga Husna yang ditutupi selendang biru cerah. Terasa poket hoodienya disumbat sesuatu oleh Nathan sebelum lelaki itu menjauhkan diri.  Sempat lagi dia mengenyitkan sebelah mata sebelum bangun dari kerusi dan beredar pergi ke arah Tan Sri Raqib. 

Husna terpempan sejenak. Matanya berkelip-kelip. Kenyitan mata tadi buatkan lututnya terasa lemah. Serupa dipanah cinta pula. Namun, kening Husna berkerut seketika. Apa yang dia seluk tadi agaknya?

Dan saat Husna menyeluk tangan ke dalam poket hoodienya, terasa seperti ada kertas kecil yang dilipat lalu dikeluarkan.

"Premium room berdekatan kolam renang. Pukul 11 malam."

Oh, Encik Nathan hendak berjumpa disini setelah sampai nantikah? Husna mengangkat wajah, memandang Nathan yang berdiri di sebelah Tan Sri Raqib yang sedang berbual dengan Dato Idris. Lelaki itu serupa tahu sahaja dia dipandang. Dan kepala diangguk seolah-olah mengiyakan apa yang bermain di fikiran Husna.

Bibir tersenyum. Baiklah.

"Husna!"

Husna tersentak. Cepat-cepat kertas itu dilipat dan dimasukkan ke dalam poket hoodie semula. Kepala menoleh ke tepi. Melihat Mia yang berlari ke arahnya. Ruang kosong disebelah menjadi tempat dia melabuh punggung. 

"Aku rasa macam nak buang air kecil lah. Jom teman pergi tandas." Rungutnya.

"Kau gila ke apa? Kita lagi beberapa minit aje lagi nak masuk kapal terbang. Kalau tertinggal nanti macam mana? Tahanlah sikit. Dekat dalam pun ada tandas juga."

Mia mencebir bibir.

"Bolehlah, aku dah tak tahan sangat ni. Sekejap aje."

"Ish, yalah! Yalah!" Husna akhirnya mengalah. Lantas mereka berdua bangun dari kerusi, menuju ke arah Dato Idris untuk meminta kebenaran terlebih dahulu. Nanti tercari-cari pula ke mana kami berdua menghilang.

"Husna pergi tandas sekejap. Teman Mia." Pinta Husna. Dato Idris mengangguk kepala.  Baru sahaja mereka hendak mengatur langkah pergi, tiba-tiba suara Datin Khadijah menegur.

"Cepat sikit ya. Takut terlepas flight pula nanti. Risau mak." Katanya. Penuh lembut.

Husna menjeling. Kepala digeleng. Malas dia hendak melayan. Lantas tangan Mia terus ditarik pergi daripada situ.








SEMPORNA, SABAH

                    "HELLO, Semporna!!!" Jerit Mia sekuat hati di atas boat pelancongan yang dinaiki mereka. Sengaja dia mengambil tempat duduk paling hadapan untuk lihat sendiri betapa luas dan indahnya lautan Semporna. Setiap detik dirakam daripada mula naik bot hinggalah tiba di jeti. Husna pula sudah bersandar sambil memicit kepala. Dah agak, dia akan diserang mabuk laut. Berjam-jam diatas bot buatkan dia rasa hendak muntah. Nasib sahaja air laut ini jernih dan cantik, tak jadi dia hendak mengotorkannya.

"Oh my god, Husna! Look at there!" Jerit Mia dengan nada teruja. Bahu Husna ditepuk berkali-kali. Terpaksa juga Husna mengalihkan pandangan ke arah yang ditunjukkan. Sebaik sahaja melihat resort atas air itu semakin hampir, mata terus membulat besar. Badan terus menegak.

Dan dia pasti, bukan dia seorang sahaja yang kagum melihat Ocean Resort yang baru dibina atas air itu. Tetapi semua staff yang terlibat di dalam bot ini turut sama terkesima melihatnya. Bayangkan, sebuah resort berbentuk panjang berada ditengah lautan biru. Dari atas boleh dilihat dengan jelas batu-batu karang yang berada di dalam air. Tak terbayang lagi bila tiba senja nanti, pasti ia akan jadi detik yang paling indah apabila matahari terbenam.

"Okay semua kita dah sampai. Pastikan semua daftar nama dahulu dikaunter dan dapatkan nombor bilik masing-masing. Hari ini kita berehat dahulu. Esok kita akan naik bot semula untuk tengok kawasan pelancong dan kawasan larangan. Dan kemudian kita akan adakan perasmian pembukaan Ocean resort. Jadi itu sahaja untuk hari ni, enjoy your day at Semporna." Ucap Tan Sri Raqib siap mendepakan tangan. Mengalu-alukan tetamu nya merasakan sendiri keseronokan menginap di resortnya.

Mereka semua mengangguk kepala tanda faham. Nasib baiklah hari ini diberi masa untuk rehat. Kalau tidak, boleh pengsan Husna dibuatnya. Kemudian, mereka pun turun daripada bot. Beg bagasi yang dibawa diserahkan kepada pekerja-pekerja disini untuk membawanya ke bilik.

Setelah nama didaftar dan mendapatkan kunci. Husna dan Mia pergi ke bilik bertuliskan 202. Buka sahaja pintu, bau aroma laut yang wangi sudah menusuk ke hidung. Sangat menenangkan. Biliknya pun luas. Muat untuk empat orang. Tetapi mujurlah cuma dia dan Mia sahaja yang berada di bilik ini.

"Aku nak tengok laut dulu!" Mia terus berlari ke arah balkoni. Langsir putih diselak, pintu gelangsar ditolak. Jatuh rahangnya apabila melihat pemandangan dari balkoni, betul-betul ke arah terbenamnya matahari. Hendak tunggu apa lagi? Selfielah!

"Yeay, tak sangkanya kita dapat bilik paling cantik. Kalau beginilah pemandangannya, aku rela duduk disini sampai bila-bila. Mesti seronokkan jadi orang yang menetap di atas pulau? Tiap-tiap hari boleh tengok matahari terbenam." Ujar Mia.

Husna berdecik kecil. Dia melabuh punggung diatas katil bersaiz King yang dihiasi dengan taburan kelopak bunga mawar putih.

"Ceh, yalah tu. Macamlah kau boleh hidup tanpa ada Internet."

"Ha, yang itu aku setuju. Dekat sini satu aje kekurangannya.  Tak ada Internet! Macam mana aku nak upload gambar kita berdua dekat Instagram? Orang-orang yang membesar dipulau ni tak bosan ke?"

Husna menjongket bahu. Entah, dia pun tidak tahu. Yang pastinya kehidupan di darat dan di air banyak perbezaan. Salah satunya disini tenang, bunyi air laut yang menghempas dengan lembut dan juga kicauan burung. Membuatkan dia terleka buat seketika waktu. Namun dibandar, jelas dengan bunyi bising kenderaan lalu-lalang. Baik pagi atau malam, sama sahaja.

Kemudian Husna bangun dari katil. Berjalan ke arah balkoni. Berdiri disebelah Mia yang masih lagi sedang mengambil gambar pemandangan disetiap sudut.

Tatkala Husna pula sedang merenung jauh ke arah lautan sana. Sambil tangan ditopang pada kekisi kayu. Luas sungguh air laut ini. Dia tidak nampak dimana penghujungnya. Bukit-bukit pun  nampak kecil di mata kasar. Bila lama-lama diperhatikan, tiba-tiba terfikir sesuatu pula. Apa agaknya yang ada di sebelah pulau sana? Ada ke manusia yang hidup? Atau cuma jin yang jadi penghuni?

"Kau rasakan Mia... dekat penghujung sana ada apa ya?" Soal Husna secara tiba-tiba. Mata masih lagi mengamati pemandangan air laut.

Mia menjongket bahu. "Manalah aku tahu. Yang pastinya tak ada manusia." Katanya.

Husna angguk kepala. Ya. Betul juga. Mana mungkin ada manusia yang boleh hidup disana. Bagaimana mereka hendak dapatkan sumber makanan dan minuman?

"Tapikan..." Mia teringat sesuatu. Sebelum mereka bertolak ke sini, dia ada terbaca juga beberapa blog di Google. Telefon canggih disimpan ke dalam poket seluar. Turut sama menoleh menghadap pemandangan laut.

"Aku ada terbaca yang Pulau Semporna ni banyak kes Lanun."

"Lanun?" Kening Husna berkerut. Zaman sekarang pun masih ada Lanunkah?

"Lanun yang mengembara dengan kapal besar tu ke?"

"Bukanlah. Lanun ni yang culik manusia. Selalunya kalau ada kapal-kapal pelabuhan yang lalu dekat laut Semporna mereka akan tahan dan culik untuk dijadikan tebusan kepada pihak polis. Diaorang akan minta satu juta, dua juta... ah berjuta-jutalah! Kalau tak ditunaikan, entah apa nasib mereka yang diculik tu.  Seramkan?" Ujar Mia. Naik bulu romanya apabila bercerita. Harap-harap dia takkan terserempak dengan Lanun.

Husna telan air liur. Benarkah?

"Tapi Tan Sri Raqib cakap tempat ni selamat. Anak dia dah periksa dan ada pengawasan dari pihak maritim. Jadi Lanun tu tak boleh datang ke sini. Melainkan..." Sengaja Mia menggantungkan ayat. Membuatkan Husna makin tertanya-tanya.

"Melainkan apa?"

"Melainkan kalau kita yang masuk tempat dia. Memang tata titi tutu lah jawabnya. Tak ada jalan nak balik semula."  Ujar Mia.

Husna tersenyum senget.

"Siapa aje yang nak pergi ke tempat bahaya macam itu?"

"Manusia ni kadang-kadang lagi dilarang, lagilah nak pergi. Jadi tak mustahil kalau ada orang pergi ke situ. Ah, sudahlah. Badan aku dah melekit ni. Aku nak pergi mandi. Apa kata kau tolong belikan makanan untuk aku? Lapar lah..." rungut Mia. Siap gosok-gosok perut lagi. Padahal, dialah yang menghabiskan makanan di dalam kapal terbang tadi. Jangankan makanan dia, makanan aku juga dirembat.

Itupun masih laparkah?

"Takkan masih lapar kut?"

"Tolonglah, Husna... beli mi segera pun jadilah.  Kita makan sama-sama dekat sini sambil tengok pemandangan." Pujuknya lagi. Dengan membuat mimik muka comel.

Tatkala Husna mengerang penuh malas. Tak boleh betullah kalau Mia dah muka buat muka macam itu. Pasti dia akan rasa kasihan. Tak guna punya kawan!

"Yalah! Yalah! Mengadalah kau ni!"

"Aw!"

Padan muka! Biar dirasakan sedikit cubitan ketam Puteri Husna. Mia mencebir bibir. Lengan kanan digosok-gosok perlahan. Dalam masa yang sama bibir ditahan daripada tersenyum apabila melihat Husna sudah mencapai beg tangan. Marah-marah pun nak tolong belikan makanan juga.

Continue Reading

You'll Also Like

2.1K 186 28
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...
1.9K 153 27
Sekarang sastera Melayu semakin Lama semakin dilupakan. Puisi dan pantun jua sudah tidak digunakan dalam pertuturan sehari hari. Sejak dahulu lagi...
8.1M 550K 72
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri...
1.5M 47.9K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...