MR PIRATE

By CIK_ZALIKHA

3M 271K 56.2K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

Bab 10

28.7K 2.2K 351
By CIK_ZALIKHA

                 PINTU kaca automatik terbuka saat Nathan melangkah ke arahnya. Dia terus menuju ke arah kaunter pertanyaan. Ada beberapa wanita yang bertugas disitu. Disebelah kiri nampak sibuk sedang menguruskan pelancong yang datang hendak menginap. Dihujung kanan ada seorang sedang menaip. Mungkin dia tidak berapa sibuk.

"Hai." Nathan menyapa. Mengalihkan perhatian pekerja wanita itu kepadanya.

"Yes, sir? Can I help you?"

"Cik Husna ada? Saya ada hubungi dia tadi tapi dia tak jawab."

"Oh, Cik Husna tak datang hari ini. Dato Idris yang gantikan tempat. Tapi kalau Encik ada apa-apa pesanan pada dia saya boleh tolong sampaikan." Ujarnya. Siap mencapai pen dan buku kecil tandq sedia untuk menerima sebarang pesanan yang ingin disampaikan. Namun, Nathan menggeleng.

"Tak apalah. Terima kasih ya." Ucapnya sebelum berlalu meninggalkan kaunter. Sekejap kepala menunduk melihat ke skrin telefon. Tiga kali dia menghubungi wanita itu namun satu pun tidak diangkat. Cadangnya hendak mengajak Husna keluar makan tengahari bersama-sama seperti semalam.

Tapi mungkin wanita itu sibuk. Tidak mahu tidak, niatnya terpaksa dibatalkan.

"Eh, Encik Nathan?" Tegur seseorang daripada belakang. Langsung Nathan menoleh. Kelihatan Mia yang sedang berlari anak kearahnya sambil memeluk fail. Banyak juga yang dipegang. Mungkin dia baru lepas habis menemani perbincangan Dato Idris dan Tan Sri Raqib.

"Mia? Awak buat apa dekat sini?"

"Tan Sri kena jumpa Dato Idris untuk bincang pasal Hotel atas air tu. Jadi saya kena ikut sekali. Encik Nathan pula kenapa ada dekat sini?" Giliran Mia pula menyoal.

Nathan mula terkulat-kulat. Sesekali hidung mancung yang mula kemerahan digosok dengan hujung jarinya. Lantas Mia mengecilkan anak mata. Lihat daripada reaksi lelaki itu pun dia sudah boleh teka apa jawapannya. 

"Nak jumpa Cik Husna ek?"

"Of course, Eh? I mean...  No! Kalau nak jumpa pun sebab kerja. Tapi dia tak ada pula hari ini..."

Mia tersenyum senget. Pandai menipu juga Encik Nathan ni ya? Dan kemudian Mia menghembus nafas kecil. Pelukan fail diperkemaskan. 

"Saya faham. Ini bukan pertama kali saya lihat bos macam Encik Nathan ni datang ke sini untuk jumpa Cik Husna. Yalah, siapa aje yang takkan terpikat dengan diakan? Tak macam saya ni, hari-hari teman bos pergi meeting. Tapi tak ada pula Ceo nak melekat dekat saya... apatah lagi nak ajak saya keluar makan sama-sama." Rungut Mia. Sempat lagi dia meluah nasib diri sendiri. Sedih benar mendengarnya.

Tatkala Nathan tergelak kecil. Lucu pula apabila melihat riak wajah Mia yang bertukar kecewa.  Siap muncung bibir lagi.

"Cakap ajelah awak nak saya ajak pergi lunch sama-sama." Katanya sambil menyeluk sebelah tangan ke dalam kocek seluar.

Bibir Mia automatik tersenyum. Tepat sekali! Hilang sudah rupa kecewa sebentar tadi.

"Jomlah. Saya teman awak lunch. Cakap aje nak makan dekat mana? Saya bawa."

"Betul ni?" Bersinar mata Mia mendengar tawaran lelaki itu. Ah, tak boleh sia-siakan peluang keemasan ini!

Kemudian Nathan mengangguk kepala.

"Yes! Saya ada tempat makan yang sedap. Saya jamin Encik Nathan akan suka. Jomlah kita pergi sekarang! Nanti kalau tutup rugi." Cepat-cepat Mia menarik pergelangan tangan yang berlapikkan kemeja putih itu keluar daripada bangunan hotel. Serupa dia pula tuan kereta. Hati di dalam sudah berbunga-bunga. Kali ini aku dapat duduk berdua duaan sahaja dengan Encik Nathan.











                       "DUA mangkuk cendol siap!" Ucap pak cik itu, meletakkan dua mangkuk cendol di atas meja. Melihat ais yang menggunung itu, buatkan tekaknya terus terasa dahaga. Langsung Mia menarik satu mangkuk cendol kearahnya.

"Wah, dah lamanya saya tak rasa cendol! Kalau Encik Nathan nak tahu, gerai pak cik nilah Cendol paling tersedap dekat sini." Ujar Mia, siap promot lagi. Kalau tak laku juga, tak tahulah. Lantas dia menyuap ais cendol ke dalam mulutnya. 

Yeah, seperti yang dikatakan. Memang sedap! Apatah lagi makan diwaktu-waktu panas terik begini. Memang menghilangkan rasa dahaga.
Sedang dia menyuap ais cendol  sehingga tinggal separuh, baru dia sedar lelaki itu masih belum menjamah pesanannya.

Bahkan riak wajah Nathan juga nampak kurang berminat.  Adakala anak matanm birunya meliar ke segenap kawasan gerai tepi jalan itu. Terdedah. Tiada privasi seperti restoran lima bintang.  Malah kain meja juga dibeleknya. Serupa pihak kementerian kesihatan datang memeriksa kebersihan kedai.

"So... ini ke kedai yang awak cakap sedap sangat tu?"

Mia mengangguk kepala.

"Haah. Kenapa? Cubalah rasa dulu. Nah sudu!" Satu sudu diserahkan kepadanya. Lambat-lambat Nathan mengambil. Dia mengulangi tindakan yang sama. Membelek sudu itu depan dan belakang.

Tergeleng-geleng kepala Mia melihatnya. Nak makan cendol pun payah ke?

"Meh, sini sudu tu!" Terus sudu yang berada ditangan lelaki itu dirampas. Sehelai tisu ditarik keluar dari kotak yang berada di atas meja. Lantas dilap pada sekitar sudu itu sehingga bersih.
Nasib baik aku tak bawa botol pembasmi kuman, kalau tidak aku sapukan sekali di atas sudu ini.

Nathan tidak berkata apa. Malah keningnya makin berkerut melihat perbuatan Mia.

"Nah, cuba rasa! Aaa..." satu sudu cendol disua ke arah lelaki itu.  Serupa mak hendak suap anak pun ada.

Teragak-agak Nathan hendak membuka mulut.  Namun dia tidak mahu Mia menyua sudu itu lama-lama. Aduh, dia terlalu takut untuk menelannya. Macam mana kalau selepas telan dia akan sakit perut? Ah, redah sajalah!

Mata dipejam. Mulut dibuka. Tak tunggu lama Mia terus menyuap cendol ke dalam mulut lelaki itu. Buat beberapa minit Nathan cuba memproses rasa yang bermain di lidah. Dan kemudian, kelopak matanya terbuka. Ada riak terkejut jelas diwajah. Sebelah tangan naik menyentuh bibir.

"Macam mana? Sedapkan?" Mia menyoal. Siap angkat sebelah kening lagi.

Terangguk-angguk Nathan mengiyakan kesedapan ais cendol itu. Lebih sedao daripasa makan aiskrim di restoren lima bintang. Penuh dengan rasa lemak manis santan. Setelah ditelan, rasa macam nak lagi.

"Sedap! I should not judge before trying this. It's good!"  Komen Nathan. Dah macam orang luar negara pertama kali mencuba cendol. Hendak tergelak Mia dibuatnya. Lantas mangkuk cendol itu ditolak ke arah Nathan, membiarkan lelaki itu menikmati hidangannya..

"Aiyoyo, adik manis... you punya baby banyak manja sama you. Mau suap dulu baru makan ka?" Tegur pemilik gerai itu. Tersenyum-senyum melihat ke arah mereka berdua.

Mia pantas geleng kepala. "Ini bukan baby sayalah uncle. Ini bucuk asyem saya." Kata Mia dengan nada bergurau.

Tersedak Nathan mendengarnya. Tak pasal-pasal tersembur cendol yang dihirup tadi. Mia tersentak. Cepat-cepat dia menarik satu tisu lalu dihulurkan ke arah Nathan yang sedang terbatuk-batuk. Habis mulutnya comot.

Aish... comot-comot pun kacak, payah ni!

"Maaf, encik Nathan. Saya gurau aje tadi."

"Tak apa..." Balasnya perlahan. Bibir yang comot dilap. Merah wajahnya menahan malu apabila sedar ada mata-mata yang memandang.

"Bergurau?" Penjual itu kerut kening. Lah! Ingatkan lelaki itu benar-benar buah hati kepada Mia. Rupanya ia sekadar gurauan. Langsung dia melangkah ke arah meja mereka. Sekejap wajah Nathan dipandang. Kemudian beralih ke arah Mia pula.

"Uncle ingat ini you punya itu cinta hati. Banyak kacak! Mata biru. You pun sudah lama tidak datang mari sini makan cendol sorang-sorang.  Manalah tahu tiba-tiba muncul makan sekali dengan suami pula."

Mia tepuk dahi. "Aiyo, Uncle! Ini bakal bos sayalah. Sajalah saya ajak dia makan."

"Ini bos?!" Dia terkejut. Automatik jari digigit.

Mia angguk kepala.

Sekali lagi wajah Nathan dipandang. Kekok lelaki itu menayang senyuman. Kenapa? Mukanya tak sesuai jadi bos ke?

"Wah, you punya bos paling bergaya yang Uncle pernah jumpa. Selalunya Uncle nampak yang perut boroi aje. Ini banyak slim! Macam apa itu... Shahrukh Khan."

"Kalau itu Shahrukh Khan, yang ini Shahrukh Khan? Khan? Hahaha!" Terkekek-kekek Mia ketawa dengan lawaknya sendiri. Penjual cendol itu juga turut ikut ketawa. Siap tepuk-tepuk meja lagi. Manakala Nathan pula hanya mampu tersengih-sengih. Dia tak jumpa dimana lucunya. Atau dia seorang yang hambar?

"Aiyo, you memang kelakarlah Mia. Eh? Uncle ganggu pula korang berdua nak makan. Sambung lah makan balik. Uncle mau cuci mangkuk dulu." Pamitnya. 

Mia mengangguk kepala. Suasana riuh dimeja tadi kembali sepi. Kemudian, sudu dicapai. Mengacau ais cendol yang mencair sedikit. Kembali menikmati hidangannya.

"Awak dengan uncle tu memang selalu bergurau ke? Nampak ramah aje?" Tegur Nathan setelah lama tidak bersuara sambil tangan menyuap cendol ke dalam mulut buat sekian kalinya.

Mia angguk kepala. Dahulu dia memang kerap datang ke sini. Sikapnya yang ramah membuatkan penjual itu juga senang melayaninya. Tetapi semenjak bekerja dan selalu keluar makan bersama Husna, dia semakin jarang jejakkan kaki ke gerai cendol ini.

"Saya selalu juga datang sini dulu. Tapi sekarang dah jarang."

"Kenapa?" Tiba-tiba pula rasa ingin tahunya meninggi.

"Sebab Husna. Dia tak suka makan dekat tempat-tempat macam ini. Jadi saya pun terpaksa turutkan kehendak dia."

"Tapi itu pilihan awak, kenapa nak kena ikut cita rasa orang lain?" Nathan menyoal lagi.

"Sebab kalau saya ikut cita rasa saya, mungkin saya akan terus makan sorang-sorang?" Kata Mia. Membuatkan lelaki itu terdiam.

Mia tersenyum kelat. Kepala menunduk melihat mangkuk cendol yang masih berbaki separuh.

"Kadang kala bosan juga bila makan seorang diri. Tak ada tempat nak bersembang. Uncle tu pun ada pelanggan nak dilayan. Jadi, saya ikutlah apa yang Husna suka. Lagipun, saya faham kenapa dia tak suka makan dekat tempat-tempat macam ini. Sebab dia akan ingat pada kenangan lama."

"Kenangan lama?" Kening Nathan berkerut.  Tidak berapa faham.

"Ya. Cik Husna tu dulu bukannya orang senang macam sekarang. Dulu badan dia kurus kering sangat. Macam sudu ni! Tak ada isi langsung." Kata Mia, siap mengangkat lagi sudu ditangan tinggi-tinggi. Alahai, keding sungguh minah tu dulu...

"Dato Idris waktu tu ada hubungan dengan Datin Khadijah.  Sampai terabai tanggungjawab dia pada Husna dan mak dia. Kesian sangat! Arwah mak dia dulu dahlah tak ada kerja. Sanggup tunggu dekat jeti nelayan untuk tunggu orang bagi ikan free. Bayangkan setiap tahun makan ikan goreng tanpa henti. Kalau minyak habis, arwah mak dia akan buat ikan rebus.  Ergh, muak tekak ni!" Ujar Mia. Dia yang sekadar menyampaikan cerita pun naik loya apabila terbayangkan kehidupan seperti itu. Tatkala Nathan pula langsung tidak bersuara. Memasang telinga mendengar luahan Mia dengan setia.

"Dan kalau ada orang simpati, mereka akan sedekahkan duit dekat arwah Mak Husna. Dengan duit tulah mak dia akan bawa dia makan dekat gerai-gerai macam ini. Sebab itu dia tak suka datang ke sini. Nanti dia akan teringat balik."

"Kesian sungguh nasib Husna dulu. Kalaulah saya dah lama bertemu dengan dia, mungkin dia takkan rasa semua tu. Saya akan bantu dia semana yang mampu." Ujar Nathan.  Turut bersimpati. 

Mia angguk kepala tanda setuju. Dia pun pernah terfikir begitu. Namun tak lama kemudian, dahi Mia berlapis. Ada sesuatu yang tak kena dengan ayat lelaki itu tadi. Langsung dia mengangkat wajah memandangnya.

"Wait. Encik Nathan... tak pernah berkawan dengan orang miskin macam Husna ke masa kecil-kecil dulu?" Mia menyoal. Penuh curiga.

"What do you mean?"

"Kalau Encik Nathan tak faham soalan saya, bermakna..." mulut Mia melopong. Matanya bersinar-sinar. Tangan sudah berkibas-kibas serupa mahu terbang.

OMG!

"You're not Mr Blue! Then I have a chance to ngorat you!"

"Huh?" Terkebil-kebil mata Nathan mendengar hujung ayat Mia.

Terkulat-kulat Mia hendak membetulkan ayat. Alamak! Terlajak perahu pula. Kejap, kena undur balik!

"Eh, I mean... a chance to help you ngorat Cik Husna. Yeah, that's right. Hehehe." Mia tersengih kekok. Namun siapalah yang tahu, hati di dalam seolah-olah dirobek oleh tangan sendiri. Oh, Encik Nathan! Harap sahaja mata biru, tapi untuk melihat isi di hati seseorang pun susah. Korek biji mata tu karang baru tahu!

Perlahan-lahan kepala Nathan mengangguk tanda faham. Bahkan dia mukanya masuk lagi berkerut.  Rasa-rasanya Mia ada sebut nama gelaran seseorang tadi. Buatkan dia tertanya-tanya siapa yang dimaksudkan oleh Mia.

"But... who's Mr Blue?"

Continue Reading

You'll Also Like

492 158 16
Rayyan Mikhail × Fiqa irissa Rayyan Mikhail seorang jejaka kacak dan lemah lembut,tidak pernah kasar dengan wanita tetapi ada seorang gadis yang san...
1.5M 47.9K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
44.6K 2.2K 25
"Kita tak ditakdirkan untuk bersama" Status ; completed Start; september maybe? Author tak ingt😅 End ; 7/12/18 Season 2 : Mamat korea aku punya2 htt...
292K 31.9K 29
in which i found pure happiness in you. - forever, till death do us apart. [ highschool : au ] warning - lots of fluff, geram, butterflies, cringe...