MR PIRATE

By CIK_ZALIKHA

3M 271K 56.1K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

Bab 4

38K 2.5K 230
By CIK_ZALIKHA

                SELESAI memberi makan pada kucing-kucing yang berada di dalam sangkar besar itu, Mak Timah bergerak pula ke halaman rumah. Menyiram pokok-pokok bunga yang kelihatan agak kering. Cuaca hari ini sangat baik. Pasti bunga-bunga orkid yang ditanam bakal mekar dengan segar.

Sedang dia sibuk menyiram pokok bunga, tanpa sedar ada seseorang menghampiri daripada belakang. Secara perlahan-lahan, serupa perompak cuba untuk menyerang. Apabila dia berdiri betul-betul dibelakang orang tua itu, terus kedua-dua belah tangannya menyergah bahu.

"Gah!"

"Oi pencuri tak guna!" Latah Mak Timah. Tubuh terus pusing ke belakang. Tangan automatik bergerak mengangkat penyiraman air itu keatas lalu menghentak helmet yang dipakainya berkali-kali.

"Pencuri! Dato' ada pencuri!" Jerit Mak Timah sambil memukul figura berjaket kulit itu. Jelas kedengaran suara mengaduh sakit dan minta untuk menghentikan perbuatannya. Namun Mak Timah tidak peduli. Salah orang jika dia mahu merompak!

"Mak Timah, ini sayalah!"

Sebaik sahaja mendengar suara lelaki itu. Semerta tangannya kaku di udara. Kening Mak Timah berkerut. Kepala menunduk sedikit hendak melihat wajah disebalik helmet itu.

Visor helmet yang agak gelap ditolak ke atas. Jelas menampakkan sepasang mata yang sedang memandangnya.

Terus jatuh rahang Mak Timah sebaik sahaja mata mereka bertentangan. Penyiram air yang berada dalam genggamannya terus terlepas ke tanah. Sudah bertahun lamanya dia tidak melihat anak angkat yang dijaga lima tahun yang lalu. Tak sangka, lelaki itu masih ingat pada dia.

"Ya Allah, Raf!" Tak tunggu lama, tubuh lelaki muda itu terus dipeluk. Erat. Melepaskan rindu yang dipendam selama ini. Kemudian, pelukan mereka terlerai. Kedua-dua tangan Mak Timah naik menyentuh helmet lelaki itu pula. Merenung sepasang mata itu sepuas-puas mungkin.

"Lamanya Mak Timah tak nampak kamu. Kamu pergi mana selama ni, Raf? Mak Timah risau tahu tak!" Kata Mak Timah.

Raf tersenyum kelat. Tangan yang melekap pada helmetnya ditarik jatuh ke bawah, lalu digenggam.

"Raf cuma cari ketenangan. Dan tak sangka, Raf dah jumpa semua tu." Ujarnya.

Tersenyum Mak Timah mendengarnya.

"Mak Timah tak sangka kamu akan cari Mak Timah. Ingatkan dah lupa. Tengoklah kamu sekarang, dah makin dewasa. Makin kacak pula tu. Dan mata tu..." sepasang mata unik itu ditenungnya dalam-dalam. Membuatkan hati ini turut terasa tenang saat mengamatinya.

"Persis arwah Puan Sri Thalia. Kamu memang ikut darah dia."puji Mak Timah dengan senyuman lebar.

Raf turut tersenyum apabila teringatkan wajah arwah ibunya. Ya, mereka memang sama. Namun, saat anak mata mencerun ke arah bibir Mak Timah. Riak wajahnya berubah tatkala melihat ada kesan luka ditepi bibir wanita tua itu.

Perlahan-lahan tangan diangkat ingin menyentuh.

"Macam mana boleh terluka dekat sini?" Soal Raf, tertanya-tanya.

Cepat-cepat Mak Timah menundukkan kepala. Kesan luka ditepi bibir ditutup dengan tangan. Tak sangka Raf perasan kesan luka akibat terkena tulang ikan akibat ditonyoh ke mukanya pagi tadi.

Terkulat-kulat Mak Timah mencari jawapan.

Anak mata Raf mengecil. Cuba mencari kejujuran. Riak wajah Mak Timah saat ini seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya.

"Mak Timah okay aje ke kerja dekat rumah ni?" Soal Raf.

Mak Timah buat-buat tersengih. "Apa maksud kamu? Tentulah Mak Timah elok aje kerja dekat sini. Kenapa?"

"Tuan rumah ni tak ada buat-buat apa-apa kepada Mak Timah?"

"Ish, kalau mereka ada buat benda tak elok, tak adalah Mak Timah bertahan kerja dekat sini. Kamu jangan risaulah. Mak Timah baik-baik sahaja." Bohong Mak Timah. Sekadar tidak mahu lelaki itu risau tentangnya. Dia pandai jaga diri sendiri.

Tatkala melihat kereta Mercedes yang dipandu Husna masuk ke halaman rumah. Langsung Mak Timah tunduk mengutip penyiram air yang jatuh tadi.

Selesai parkir dengan cantik, Husna keluar daripada perut kereta. Kemudian dia memusing memandang Mak Timah dengan pandangan penuh sinis.

"Waktu kerja pun boleh berbual sakan ya? Tak sangka dah tua-tua pun menggatal lagi. Kalau nak bercinta, jangan dekat halaman rumah bapak aku. Nanti apa pula orang cakap, kan?" Ejek Husna.

Mendengar sindiran dari bibir wanita itu, buatkan hati Raf tercabar. Amarahnya terasa menaik. Hendak sahaja dia membalas semula kata-kata wanita itu dengan makian, namun Mak Timah terlebih dahulu menghalang. Lengan Raf dipegang daripada memusing memandang Husna. Dia tidak mahu timbulkan masalah di rumah Dato' Idris.

"Maaf, Cik Husna. Mak Timah takkan buat lagi." Rayunya.

Husna tidak membalas apa-apa. Sebaliknya menjeling penuh menyampah sebelum kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Sempat juga anak matanya melirik ke atas dan kebawah, memandang sisi lelaki memakai helmet itu dengan penuh jijik.  'Entah apa-apa cita rasa lelaki zaman sekarang' ejeknya di dalam hati.

Hilang sahaja kelibat Husna, terus tangan Mak Timah ditepis perlahan oleh Raf.

"Siapa perempuan tu? Kenapa kurang ajar sangat mulut dia? Dan kenapa Mak Timah kena tunduk pada dia?"

"Janganlah cakap macam itu, Raf. Dia tu anak Dato' Idris. Mak Timah tak nak kamu cari pasal dengan dia. Nanti Mak Timah juga yang kena buang kerja." Keluh Mak Timah.

Raf menjuih bibir. "Mak Timah kalau nak kerja, Raf pun boleh bagi kerja kepada Mak Timah. Tak perlu bekerja dengan orang-orang macam tu."

"Mak Timah suka kerja dekat sini. Ayah dia baik sangat. Mungkin Cik Husna tu ada masalah dia sendiri. Kamu janganlah risau ya? Sudahlah. Mak Timah nak kena masak makanan petang untuk mereka. Kamu baliklah dulu. Ada masa nanti, kita jumpa lagi."

"Mak Timah..."

"Jangan risau pasal Mak Timah. Dah nama pun kerja, ada banyak ujiannya. Mak Timah minta diri dulu. Assalamualaikum." Pamitnya sebelum melangkah ke arah pintu utama yang terbuka. Penyiram air diletakkan ke tepi pasu bunga. Tatkala Raf hanya memerhati sehingga figura itu hilang dari pandangan mata kasarnya.










                    
                       HARI berganti malam, usai mengeringkan rambut yang basah. Husna bangun dari meja solek, menuju ke arah birai katilnya. Dengan mengenakan baju tidur satin berlengan pendek warna hijau, dia rebahkan tubuh ke situ. Merenung siling putih dengan pandangan kosong.


"En... encik faham maksud perkataan tu?"

"Tahu. Arwah nenek saya orang dusun. Dah lama saya tak dengar perkataan dusun sebab dibesarkan dekat Kuala Lumpur. Rindu pula bila dapat dengar balik."

Tiba-tiba wajah lelaki bermata biru itu muncul difikirannya. Kata-kata yang keluar dari bibirnya kembali berlegar-legar di kepala. Terlalu banyak persamaan dia dan Mr.Blue yang pernah menjadi penyelamat suatu ketika dahulu.

Benarkah dia orangnya?

Ting!

Satu mesej masuk. Terus melenyapkan lamunan Husna. Dia menoleh ke tepi. Memandang telefon berskrin retak yang berada di sebelahnya. Langsung Husna mencapai. Kening automatik berkerut saat melihat nombor tak dikenali terpapar di skrin.

"Hi, remember me?"

Siapa pula yang tiba-tiba tanya kenal atau tidak? Tanpa menunggu lama, jari-jemari Husna pantas menaip.

"Siapa ni?"

Husna menyoal. Dia menunggu tidak sampai beberapa saat, mesej dibalas.

"Lelaki yang tak sengaja terlanggar bahu awak semasa di lift tadi."

Mata Husna membuntang. Terus dia bangun dari pembaringan, mengubah posisi kepada duduk. Biar betul? Lelaki itu mesejnya? Bibir menguntum senyuman malu. Rambut panjang diselit ke belakang telinga sebelum mesej dibalas semula.

"Oh, awak rupanya. Tak sangka awak mesej saya juga. Ingatkan sekadar minta nombor telefon saja-saja."

Mesej dihantar. Husna tersengih malu.

"Rugilah saya kalau saya buat macam itu."

Balasnya. Ah, rasa macam nak jerit pula. Hati berbunga-bunga saat membacanya. Namun tak sampai beberapa minit, satu lagi mesej dihantar oleh lelaki itu. Pantas Husna tunduk melihat ke skrin.

"Boleh kita jumpa waktu lunch nanti? Saya nak ganti skrin Iphone yang retak tu. If you don't mind."

Husna kemam bibir, menahan diri daripadanya tersenyum. Dalam erti kata lain, lelaki ini ajak keluar berdua-duaankah? Rugilah kalau dia tolak peluang yang ada! Langsung Husna membalas mesej lelaki itu semula.

"Sure. Saya tunggu awak di lobi nanti."

Balas Husna. Baru sahaja tangan ingin menaip lagi, tiba-tiba deringan telefon mencelah. Nama Mia muncul di skrin. Tak tunggu lama, Husna terus mengangkat panggilan.

"Mimpi apa call malam-malam ni?" Soal Husna dengan nada mengejek.

"Aku nak ajak kau keluar lunchlah esok! Kita pergi restoran yang kau suka tu, nak? Biar aku belanja."

"Amboi, baru dapat gaji ke?"

"Pandai betul kau teka."

Husna menjuih bibir. Patutlah bukan main nak belanja lagi. Tapi, baru sekejap tadi dia berjanji dengan Nathan untuk keluar bersama-sama.  Macam mana ya?

"Tapi Mia, aku rasa aku tak boleh nak temanlah." Rungut Husna.

"Kenapa pula?"

Bibir Husna tersengih malu. Patutkah dia cerita ya? Ah, cerita sajalah!

"Tadi aku terserempak dengan lelaki yang kau baru cerita masa di restoran tu."

"Maksud kau Encik Nathan?!" Kedengaran suara Mia terkejut dari corong telefon.

Husna mengangguk kepala.

"Iya. Kami terserempak dekat depan lift masa aku nak balik tadi. Dan dia tak sengaja rosakkan telefon kesayangan aku. Jadi dia ajak aku untuk keluar sama-sama waktu lunch nanti,
gantikan skrin telefon aku yang dah retak."

"Huh?! Mana boleh macam tu!" Laju sahaja Mia membantah. Kedengaran suaranya jelas tidak puas hati. Sedangkan Husna menahan tawa.

"Mana boleh kau keluar berdua-duaan dengan dia!"

"Kenapa pula?"

"Bak kata orang, kalau keluar berdua-duaan nanti ada syaitan mengikut. Jadi untuk kawal si syaitan tu daripada kacau, kena bawa lagi seorang untuk pastikan dia tak mengganggu. Lagipun, kalau staff kau nampak kau keluar dengan entah mana-mana lelaki, nanti timbul gosip. Siapa juga yang susah? Engkau juga..." kata Mia.

Husna mendecik kecil.

"Ceh! Cakap ajelah kau nak ikut sekali. Yalah! Yalah! Aku bawa kau jumpa dia sama-sama. Aku pun tak berapa selesa juga kalau berdua-duaan dengan lelaki yang baru kenal..."

"Yes!"

"Puas hati? Kalau dah puas, aku nak tidur. Esok ada meeting pagi. Kau jangan lambat pula tiba dekat hotel aku." Pesannya.

"Baik, bos!" Mia menurut perintah.

Bibir tersenyum kecil. Lantas panggilan pun ditamatkan. Anak mata kembali mencerun ke bawah. Melihat ke skrin yang menayangkan nombor telefon milik lelaki itu. Kemudian, jari terlunjuk mengetuk dagu beberapa kali. Memikirkan nama apa yang patut diisi pada ruang itu. Dan tidak sampai beberapa saat, bibir tersenyum bermakna.

Langsung jari-jemari menaip pada papan kekunci itu.

Mr. Blue.

Save.

Continue Reading

You'll Also Like

81.2K 3.7K 29
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
44.6K 2.2K 25
"Kita tak ditakdirkan untuk bersama" Status ; completed Start; september maybe? Author tak ingt😅 End ; 7/12/18 Season 2 : Mamat korea aku punya2 htt...
7.6K 375 100
• B O O K 2 • it's all about facts and quotes about feeling . malay and english fact / quotes comment ? ✔️ vote ? ✔️ start : 15 Nov 2020 end : 01...
2.1K 171 28
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...