MR PIRATE

By CIK_ZALIKHA

3M 271K 56.2K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

Bab 2

54.7K 3.1K 187
By CIK_ZALIKHA

                   LAJU jari jemarinya menari di atas papan kekunci itu. Mata fokus pada skrin monitor. Menyiapkan tugasan yang bos berikan kepadanya untuk siapkan dalam minggu ini. Jelas tertulis nama di name tag yang dipakai didada, Mia Maisara. Bekerja sebagai pembantu peribadi kepada Tan Sri Raqib. CEO kepada Ocean Resort. Antara carta resort pertama yang menjadi tarikan luar negara untuk menginap.

"Excuse me?" Tegur suara garau itu.

Langsung mengalihkan perhatian Mia dari skrin. Kepala melangut ke atas.

"Yes, what can I help you..." hilang bicaranya saat terpandang wajah kacak yang sedang berdiri di hadapan kaunter pertanyaan miliknya. Berbaju kemeja putih, berseluar hitam. Anak matanya berwarna biru laut. Rambut hitam pekat berkilat dengan gaya Angular fringe. Memang kena dengan wajahnya. Pasti dia orang luar negara.

Langsung Mia bangkit dari kerusi. Siap selitkan rambut ke belakang telinga. Belum apa-apa lagi pipinya sudah memerah. Tak sangka bakal ada orang sekacak ini menegurnya.

"Yes?"

"Nama saya Nathan. Ada temu janji dengan Tan Sri Raqib." Ujarnya.

Mulut Mia melopong. Wah! Boleh cakap melayu.

"Oh, ada temu janji ya? Kejap ek saya check." Terus Mia tunduk melihat ke skrin. Tangan menaip diatas papan kekunci. Mencari nama-nama yang telah membuat temu janji pada waktu sekarang.

"Noar Nathan?" Mia kembali melangut kepala.

Lelaki itu mengangguk kepala. "Yeah, it's me."

Mia tersengih. Sedap betul namanya. 'Sesuai untuk nama belakang anak aku.' Ceh! Lantas, satu kad dikeluarkan dari laci meja lalu diserahkan kepada lelaki itu.

"Ini kad untuk touch dekat pintu masuk nanti." Ujar Mia, siap menerangkan lagi kegunaan kad itu.

Dia mengangguk kepala. Huluran kad dicapai. Buat seketika kepalanya menunduk melihat kad ditangan kemudian kembali mengangkat wajah memandang Mia yang masih berdiri sambil tersenyum mesra.

"Thanks ya."

"You're welcome, Encik Nathan." Balas Mia. Diperhatikan figura lelaki itu sehingga melepasi pintu masuk ke lift. Pekerja-pekerja wanita yang bertembung dengannya juga tersengih-sengih seperti kerang busuk. Ada juga yang berbisik-bisik mengatakan sesuatu. Yang pasti, ia satu pujian. Nampaknya bukan dia seorang sahaja yang terpukau sekarang.

Tatkala telefon canggih yang berada diatas meja berdering, langsung mematikan lamunannya. Kepala pantas menggeleng. Mia menunduk ke bawah. Tertera nama Husna naik ke skrin, terus dia menjawabnya.

Dia kembali duduk di kerusi.

"Tepat pada masanya kau call! Engkau tahu tak baru lima minit tadi aku jumpa siapa? Lelaki mata biru! Entah-entah dia lelaki yang kau pernah cerita sebelum ni? Ish, aku tak main-mainlah! Memang mata dia warna biru. Dia datang sini nak jumpa bos aku. Nama dia..."

"Minta kad." Celah suara garau itu. Dengan selamba dia menghulurkan tangan. Menantikan kad untuk melepasi pintu masuk utama.

Mia langsung berpaling ke arah lelaki yang berdiri di hadapan kaunter. Dengan tiada sapa, tiada bertanya khabar, terus minta kad. Tak ada adab langsung. Masuk bangunan korporat pun pakai helmet. Padahal sudah terang-terang ada simbol di pintu kaca automatik itu tidak dibenarkan memakai helmet di sini. Untuk keselamatan juga.

Manalah tahu, yang sedang berdiri di hadapannya sekarang adalah seorang perompak. Tak ke bahaya?

"Kejap ek, Husna. Ada mamat delivery pulak datang." Pinta Mia. Telefon canggih itu ditaruhkan ke tepi sebentar. Kemudian kembali fokus pada lelaki yang masih menunggu.

"Buka helmet dulu. Tak baca ke larangan bawa masuk helmet dekat depan pintu tadi?" Soal Mia, geram. Tak suka betul dengan orang tak faham bahasa ni.

"Dah lambat. Card, please." Balasnya acuh tak acuh. Kepala berpaling ke lain. Tangan tetap dihulur menanti kad.

"Maaf. Tapi hanya orang yang dah buat temu janji aje boleh dapatkan kad untuk masuk ke dalam. Kalau Tan Sri Raqib ada pesan makanan, sila letak dekat kaunter. Sekejap lagi saya suruh pekerja hantarkan."

"Aku bukan penghantar makanan. Aku kena jumpa Tan Sri Raqib. Dia cakap, kalau dah sampai terus minta kad. Jadi bagi aku kad." Ulangnya.

"Seriously?" Mia buat muka tak percaya. Sesekali anak matanya bergerak turun dan naik. Memerhati pakaian lelaki itu dari atas hingga ke bawah. Hanya pakai T shirt berwarna putih yang dikenakan bersama jacket kulit berwarna coklat, berseluar jeans. Mukanya pula tak jelas kerana ditutupi dengan kaca helmet berwarna hitam. Namun, keseluruhan pemakaiannya nampak biasa.

Tak mungkin Tan Sri Raqib ada temu janji dengan orang seperti ini.

"Takkan Tan Sri Raqib ada temu janji dengan mamat delivery?" Soal Mia. Pandangannya nampak sinis.

"Kenapa kau ni banyak sangat bunyi? Kau bagi sahaja aku kad, Tan Sri kenal aku!" Suara lelaki itu mula meninggi. Geram mungkin kerana Mia masih lagi berdegil tidak memberinya kad untuk masuk ke dalam.

"Tak boleh masuk kalau..."

"Raf?"  Tegur suara Tan Sri Raqib, langsung mengalihkan pandangan Mia ke arahnya. Lelaki bermata biru tadi turut mengekor dari belakang. Pasti mereka hendak ke cafe. Namun, langkah mereka berubah ke arah kaunter yang diduduki Mia.

Buat seketika Tan Sri Raqib memandang ke lelaki memakai helmet itu. Walaupun wajahnya tidak jelas, tetapi dia kenal pemakaian itu.

"Tan Sri kenal ke lelaki ni?" Soal Mia, mulai curiga.

Dan kemudian Tan Sri Raqib mengangguk kepala. Terus jatuh rahang Mia melihatnya. Alamak, dia dah salah pandang orang ke?

"Tentulah. Anak saya, takkan saya tak kenal?" Pengakuan Tan Sri Raqib makin membuatkan hati Mia rasa tercucuk. Semerta teringatkan kembali panggilan yang baru sahaja digelar kepada lelaki itu tadi. Mamat delivery? Memang memalukan sungguh.

Harap-harap lelaki itu tidak mengadu tentang hal tadi kepada Tan Sri Raqib. Kalau tidak, pasti dia bakal dibuang kerja. Paling kurang pun, diturunkan pangkat.

"Oh, anak rupanya..." Mia tersengih kekok. Kepala menunduk ke bawah. Menahan rasa malu. Patutlah kurang ajar semacam tadi.

"Bila kamu sampai, Raf?"  Soal Tan Sri Raqib, memandang lelaki memakai helmet itu.

"Baru aje. Tadi ada orang accident dekat jalan, jadi Raf tolong sekejap. Itu yang lama sedikit." Ujarnya.

Kepala Tan Sri Raqib mengangguk tanda faham. Sejenak dia menunduk melihat jam mahal dipergelangan tangannya. Alang-alang sudah turun ke tingkat lobi, ada baiknya mereka meneruskan niat ke cafe. Lagipun, waktu makan tengahari dah hampir tiba.

"Oh, kalau macam tu takpalah. Jom kita ke cafe. Bincang dekat sana." Kata Tan Sri Raqib.

Mereka berdua mengangguk setuju.  Tanpa banyak bicara, mereka pun mengekor langkah orang tua itu dari belakang. Sempat Nathan mengerling ke arah Mia yang masih berdiri, bibir langsung menguntum senyuman ketika pandangan mereka bertemu.

Oh, hati tiba-tiba rasa dipanah cinta bertubi-tubi. Lemah lutut tatkala melihat senyuman indah yang terukir dibibir lelaki itu. Terus Mia membawa kedua-dua belah tangannya menyentuh dada. Merasakan debaran.

"Ya Allah, handsomenya..." gumam, Mia. Bawah bibir digigit. Diperhatikan kelibat lelaki itu sehingga hilang disebalik pintu kaca automatik itu.

Eh, sekejap.

Keningnya berkerut. Kenapa rasa macam ada terlupa sesuatu?

Spontan sepasang kening itu terangkat saat melihat ke skrin telefon yang masih bercahaya. Talian ditelefon masih belum diputuskan. Terlupa pula tadi dia sedang berbual dengan Husna. Cepat-cepat Mia mengangkat panggilan.

Bibir menyengih. "Sorry, aku lupa pula kau call tadi. Ha, yang kau tiba-tiba call aku waktu kerja ni kenapa? Nak lunch sama-sama? Dekat mana? Tempat biasa. Okay, kejap lagi aku datang. Lagi lima belas minit waktu rehat tengahari. Kau pesanlah dulu makanan untuk aku. Apa-apa pun tak apa. Okay, bye bestie!"

Talian diputuskan. Telefon diletakkan ke atas meja semula. Nak ajak makan tengahari rupanya. Bermakna dia perlu siapkan tugas ini secepat mungkin sebelum keluar rehat.









                        MAKANAN dan minuman  terhidang di atas meja. Air fresh oren yang dipesan cuma tinggal separuh. Makanan pun entah-entah sudah sejuk. Husna masih lagi menunggu. Sesekali anak mata melirik ke arah pintu masuk restoran, manalah tahu Mia sudah muncul. Bahkan, pelanggan lain pula yang masuk.

Haish!

Husna mendengus perlahan. Dia tunduk melihat jam ditangan.

"Lambat lagi ke si Mia ni?" Rungutnya. Sudah 20 minit berlalu.

"Sorry, babe!" Rayu Mia sebaik sahaja munculkan diri. Beg tangan yang dibawa bersama diletakkan ke atas meja sebelum dia menarik kerusi untuk melabuh punggung di situ.

Tatkala Husna pula tayang muka cemberut. Dua puluh minit dia terpaksa menahan kelaparan tahu tak? Sudahlah dia tak menjamah sarapan pagi tadi. Manakala si Mia boleh lagi tersengih seperti tidak bersalah.

"Janganlah merajuk. Aku bukan sengaja lambat. Tadi jalan jemlah. Biasalah, kuala lumpur memang tak lari dari semua tukan?"

"Kalau aku tahu kau lambat. Baik aku makan dulu pun tak apa."

Mia tersengih lagi.

"Yalah. Jomlah kita makan. Kau pun nampak macam lapar sangat kenapa? Tak pernah pun kau jadi macam ini sebelum ni?" Kata Mia, siap bertanya lagi. Spageti carbonara yang berada di hadapannya ditarik mendekat. Dikacau dahulu supaya sosnya rata sebelum disuap ke dalam mulut.

Husna merengus kecil. Riak wajahnya jelas menyampah apabila teringatkan tentang hal di rumah tadi. Chicken grill yang dipesan itu dipotong kecil sebelum disuap.

"Bibik aku tulah... pagi tadi dia buat hal. Ada ke patut dia masak makanan kampung dekat aku? Memanglah anginlah aku jadinya. Terus tak ada mood aku nak makan." Luah Husna. Bibir masih mengetap geram.

"Seriously? Mak Timah tu bukan ke dah bekerja dengan kau lama? Takkan dia tak tahu Kut Cik Husna kita ni tak suka makanan biasa-biasa?" Soal Mia. Dia sudah lama mengenali Husna sejak zaman persekolahan. Wanita itu memang tak sukakan makanan kampung sejak dahulu lagi. Jadi tak hairanlah kalau Husna berperangai seperti itu.

"Kan? Dia sepatutnya dah tahu apa makanan yang aku suka dan tak suka. Ayah aku pun satu! Pertahankan sangat Mak Timah tu. Padahal dia tu orang gaji aje." Sinis Husna. Dicucuk potongan ayam grill itu dengan kuat. Menunjukkan provokasi.

"Biasalah. Mak Timah tukan pekerja kesayangan ayah kau. Kalau dia berhenti kerja, alamatnya kebulur kau dekat rumah nanti. Mak baru kau tu bukannya pandai masak pun kan?" Kata Mia.

Husna tersenyum sinis. "Kalau dia pandai masak sekalipun, tak ingin aku nak rasa air tangan dia."

"Air tangan mak baru dengan mak lama memang lain ek?" Soal Mia dengan nada bergurau.

Kelopak mata Husna terus mengecil. Tajam menikam ke arah Mia. Ada yang kena cucuk dengan garfu sekejap lagi.

"Aku gurau aje." Desis Mia, sekali lagi spageti disuap ke dalam mulut. Apabila terasa ada kesan comot dibibir, kain napkin yang tersedia disitu dicapai lalu dilap pada bawah bibirnya.

"Asyik cerita pasal aku, kau pula? Mamat mana kau jumpa tadi?" Tiba giliran Husna pula untuk menyoal. Topik beralih ke lain.

Automatik bibir Mia tersenyum malu tatkala Husna bertanya tentang itu. Wajah lelaki tadi tak henti bermain difikirannya. Nak fokus buat kerja pun tak senang.

"Nama dia... Noar Nathan. Sedapkan? Orangnya pun kacak macam nama dia! Kali pertama aku pandang mata dia, fuh! Jatuh cinta terus. Kalau boleh, hendak aje aku cungkil biji mata lelaki tu untuk tukar dengan aku." Kata Mia, siap mengangkat garfu yang dipegang. Konon-konon hendak mencucuk mata lelaki itu jika berada di hadapannya. Tapi manakan mungkin dia sanggup, tuan punya mata terlebih dahulu mencungkil hatinya.

Aw!

"Kau rasa... lelaki yang baru aku jumpa tadi, ada kemungkinan tak untuk jadi calon yang pernah masuk dalam mimpi kau tu?" Soal Mia. Dia mendekatkan kerusi. Tidak sabar ingin mendengar.

"Manalah aku tahu. Aku tak jumpa dia lagi. Taste kau tu pun kadang-kadang kelaut juga. Tukang lap cermin dekat hotel aku pun kau kata kacak." Ejek Husna.

"Hei! Kali ni memang betul-betul kacak okay? Bukan aku seorang aje yang tergoda tapi hampir semua pekerja dekat tempat aku tadi tertoleh tengok dia tau!" Ujar Mia.

"Kalau betul sekalipun dia Mr.Blue aku, bermakna kau tak ada peluanglah."

Kening Mia berkerut.

"Kenapa pula?"

"Sebab aku akan goda dia dulu." Katanya lalu ketawa.

Jatuh rahang Mia mendengarnya. Kurang asam punya kawan! Berani dia mahu mencaras buah hati kawan baik sendiri?

"Kau jangan berani ek. Aku yang jumpa dia dulu. Encik Nathan tu aku punya! Tak kesahlah dia Mr.Blue kau atau bukan, tapi aku jumpa dia dulu." Kata Mia.

"Eh, siapa kata? Kalau diikutkan cerita daripada awal, aku yang jumpa dia dulu. Dia yang selamatkan aku. Entah-entah... dia pun macam aku, tengah cari siapa yang pernah dia selamatkan dahulu? Ala-ala drama Korea gitu?" Ujarku. Sengaja hendak membuat Mia cemburu.

Bibirnya terus mencebik. Sudu dan garfu yang dipegang terus diletakkan ke atas pinggan lalu dia memeluk tubuh. Tiada mood hendak meneruskan suapan.

Malahan Husna boleh pula ketawa. Lihat riak wajah Mia buatkan dia terasa geli hati.

"Aku gurau ajelah. Aku tarik balik kata-kata tadi. Jangan risau, Encik Nathan tu kau punya." Kata Husna. Memujuk Mia kembali.

Langsung bibir itu tersenyum kecil.

"Nasib baik kau tarik balik."

Continue Reading

You'll Also Like

1.9K 153 27
Sekarang sastera Melayu semakin Lama semakin dilupakan. Puisi dan pantun jua sudah tidak digunakan dalam pertuturan sehari hari. Sejak dahulu lagi...
8.1M 550K 72
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri...
492 158 16
Rayyan Mikhail × Fiqa irissa Rayyan Mikhail seorang jejaka kacak dan lemah lembut,tidak pernah kasar dengan wanita tetapi ada seorang gadis yang san...
1.5M 47.9K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...