Jauh Lebih Sempurna

By dlwygrz

328 5 2

"Dalam sebuah pelayaran, tidak semua kapal akan sampai ke destinasi yang diinginkan." Jane koyakkan bungkusan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19

BAB 10

3 0 0
By dlwygrz

Hujan rintik bertukar lebat. Jane masih berada di halaman rumah meski berkali-kali nenek menyuruhnya untuk masuk ke dalam.

Entah. Dia lebih suka berada di luar rumah, mendengar bunyi titisan hujan jatuh ke tanah. Melihat pemandangan yang kini dihiasi biasan hujan.

Ketika Jane sampai ke rumah setelah bertemu Mama dahulu, nenek hampir menangis. Wajahnya pucat lesu. Barulah Jane tahu bahawa nenek sudah gelisah selama dia bertemu dengan Mama.

Dalam perjalanan pulang, nampak Juna berpeluh-peluh seperti mencari sesuatu. Dan sesuatu itu ialah Jane. Kata Juna, nenek terlalu khuatir akan Jane kerana belum pulang sejak keluar rumah dari tengahari. Bimbangnya nenek berjangkit kepada Juna pula.

Semenjak itu, Jane rasa sedikit canggung dengan Juna. Apatah lagi apabila teringatkan pesanan Mama. Cukuplah sekadar berteman. Sudah tentu Jane akan ikut pesanan Mama.

Jane mengambil payung di dalam rumah. Nenek nampaknya sedang sibuk dengan pukatnya. Kata nenek, musim landas sudah berada di penghujung. Banyak nelayan pantai sudah mula turun ke laut.

"Nek, Jane ke warung Pak Dol dulu, ya? Mahu beli telur." Dia meminta izin. Baru tersedar bahawa telur ayam dalam rak dapur sudah tinggal sebiji. Sebenarnya, Jane mahu bersiar-siar di sekitar pantai dalam hujan. Mahu menikmati suasana. Tidak tahu alasan apa yang hendak diberikan kepada nenek, akal tiba-tiba teringatkan tentang jumlah telur ayam yang tinggal satu.

Rezeki!

"Hujan, nak. Nanti-nanti aja."

"Jangan risau, nek. Jane bukan kambing." Gelak Jane lalu melangkah keluar. Nenek tidak mampu melarang cucu. Cucu sudah besar, kadang-kadang pasti rasa jengkel juga jika terlalu mengongkong.

Dalam derasnya hujan, Jane memasang fon telinga di sebalik selendang di bawah perlindungan payung hitam itu. Lagu 'Tentang Bunga' oleh Romantic Echoes bergema di gegendang telinga. Titisan hujan menuruni hujung payung, jatuh ke tanah merecik sedikit ke seluar.

Sehinggalah kaki berhenti tepat di hujung jambatan, tempat yang sama dia melambaikan tangan kepada Mama.

Fikiran menerawang pada hari dia dan Mama bertemu kemudian berpisah kembali. Dari hujung jambatan, dia masih ingat ada seorang lelaki yang dia kenali sedang menunggu Mama di luar kereta. Entah bagaimana lelaki itu boleh berada di situ, dia juga tidak tahu.

Yang penting, lelaki itu adalah lelaki yang sama yang duduk di restoran bersama Mama dahulu.

Siapa lelaki itu?

Jane menyoal diri sendiri. Tidak pernah sekalipun dia berjumpa atau terserempak dengan lelaki itu. Dia cam wajahnya lalu disimpan rapi-rapi dalam kotak memori. Kotak memori ini yang akan dibuka jika perlu.

Mata tiba-tiba menangkap seorang anak kecil sedang berjalan kaki dalam hujan. Beg sekolah nampak berat digalas di belakang tubuh yang kecil itu. Tangan kecil memegang tali jambatan sambil kepala ditundukkan.

Jane menghampiri kanak-kanak itu. Payung yang melindungi diri didekatkan ke anak kecil. Wajah itu mendongak. Tampak terkejut. Cepat-cepat Jane hadiahkan senyuman manis untuknya. Dia masih ingat pesanan Puan Fazimah, penceramah dalam salah satu program di universitinya ketika dia masih seorang mahasiswi.

"Berhadapan dengan anak kecil, perkara utama yang perlu kamu teliti adalah tatapan pertama mereka. Sebaik sahaja, mata mereka bertentang dengan kamu, hadiahkan senyuman yang paling manis. Tunjukkan imej ramah mesra kalian. Itu senjata utama untuk menakluki raksasa muda dalam diri mereka. Ingat itu."

"Kakak Jane." Comel suaranya. Jane agak terkejut apabila kanak-kanak itu memanggil namanya.

"Saya Melur.", sambungnya lagi. Tangan kecil menyela air hujan yang membasahi wajah. Jane senyum. Tahulah dia bahawa inilah adik Cempaka. Anak kecil yang akrab dengan Juna.

"Kakak bawa beg Melur, ya?" Pelawa Jane. Kasihan melihat tulang belakang kecil sudah terpaksa menggalas beban seberat itu. Mujur saja payung ini agak besar. Dapatlah mereka berteduh di bawahnya.

Langit seperti sedang sedih berat. Semakin deras hujan mengalir memaksakan Jane untuk mendukung Melur yang seluarnya sudah basah dek lecak air. Melur juga tidak menolak. Mungkin masih sayang sama kasut sekolahnya.

"Kita singgah ke pondok itu, ya Melur?" Pinta Jane. Perjalanan masih panjang tetapi langit seolah-olah tidak memberi keizinan untuk mereka pulang cepat. Langkah kaki semakin dilajukan apabila mata menangkap cahaya sudah memancar keluar di sebalik kelabunya awan.

Kilat memancar. Anak kecil dalam dukungan sudah menyembunyikan wajah pada bahu Jane. Dia mula beristighfar. Takut!

Sebaik sahaja sampai di bahagian hadapan pondok, payung ditutup. Mata meliar pada rumah coklat di hadapan. Aneh sekali. Kenapa pondok yang disangka terbiar ini seperti tidak terbiar.

'Pondok Mamak'

Jane merenung lama perkataan yang terukir di dinding kayu tersebut.

Tanpa aba-aba, Jane mengajak Melur untuk membasuh kaki di paip berdekatan lalu mereka pun menaiki tangga untuk ke ruang halaman. Liur ditelan kelat. Ada dua orang lelaki sedang berehat. Dengan tubuh disandarkan pada dinding kayu sambil sibuk

Senyap-senyap, Jane dan Melur ambil tempat duduk tidak jauh dari pintu masuk. Diluar ruangan dalam tersebut. Telefon dikeluarkan dari kocek seluar. Lagu yang sudah berulang itu dimatikan.

"Kita tunggu hujannya reda, ya Melur?" Melur mengangguk.

Jari Jane mula menggesel aplikasi dalam telefon untuk menghilangkan kebosanan. Untuk berbual dengan Melur, Melur nampak pendiam. Dia bimbang kalau-kalau Melur jadi tidak selesa dengannya. Walaupun sebenarnya, Jane sendiri bukan pencandu gajet canggih itu, dia sekadar membuka galeri. Gambar-gambar lama direnung. Senyum lambat-lambat terukir juga.

"Abang Juna!" Suara comel kedengaran teruja. Jane automatik menoleh ke arah Melur yang sudah berlari ke arah susuk tubuh yang dia kenali.

Juna?

Abang Juna?

Lelaki itu semakin mendekat dengan tangan memegang tangan Melur. Seorang lagi lelaki sudah berganjak dari tempatnya, tidak jauh daripada mereka.

"Jane buat apa di sini?" Suara garau itu bertanya. Jane berdehem sekejap. Mata masih tertancap pada skrin telefon.

"Saya jalan-jalan dan terserempak dengan Melur yang kehujanan. Jadi, Jane tumpangkan Melur. Hujan terlalu deras. Saya buat keputusan untuk singgah ke tempat ini sementara hujan sedikit reda.", Jane meringkaskan cerita.

Baru sahaja Jane hendak mengangkat kepala, Juna sudah terlebih dahulu melabuhkan duduk yang tidak terlalu jauh darinya.

"Saya Saifudin." Seorang lagi lelaki yang baru sahaja keluar memperkenalkan diri. Jane pandang wajah itu kemudian senyum janggal. "Saya Jane."

Sembari itu, masing-masing bersama aktiviti sendiri. Saifudin yang duduk jauh dengan bukunya, Jane dengan telefonnya dan Juna yang tidak bosan mendengar celoteh Melur yang sudah bertukar menjadi burung murai itu.

Mata pada skrin telefon tetapi telinga tegak mendengar perbualan Juna dengan Melur. Melur sudah duduk atas pangkuan lelaki itu.

"Kakak Cempaka tidak ambil Melur, kah?"

"Kakak Cempaka sibuk menjahit."

"Basikalnya mana?"

"Rantainya putus. Melur cuma jalan kaki ke sekolah seminggu ini." Gadis kecil itu menghela nafas lemah. "Lihat ini abang Juna..." Melur tunjukkan luka pada betisnya. "Ini sebab Solihin yang nakal. Habis ditolaknya Melur masuk longkang!"

Juna ketawa kecil melihat wajah marah itu. Kemudian, dicuit hidung mungilnya.

"Nanti abang Juna baiki basikalnya. Asalkan Melur tidak merempit pakai basikal itu. Janji?"

"Janji dong." Tawa Juna meletus. Jari kelingking menyambut pinky promise dari Melur.

"Lain kali, kalau hujan lebat begini, suruh bu guru telefon sama abang Juna. Biar abang Juna ambil Melur." Pesannya lembut. Melur angguk laju.

"Bu guru bilang pulsanya sudah habis tadi." Cebik anak kecil itu lagi. Mendengarkan itu, Jane ikut tersenyum. Hati tercuit dengan celoteh lucu Melur.

Dalam pada masa yang sama, tangan digosokkan antara satu sama lain.

Sejuk!

Juna mengeluarkan sebuah jaket hitam dalam plastik hijau. Kemudian, dihulurkan kepada Jane. "Jane kesejukan. Pakai jaket ini." Arahnya.

Jane tidak menolak. Dia memang benar-benar kesejukan sekarang ini. Tidak menyangka bahawa badannya sudah menggeletar. Langit, kenapa terlampau bersedih hari ini?

Melur diselimuti dengan satu lagi jaket hitam yang lain. "Ini abang Saifuddin yang punya. Itu..." Melur mengarahkan jari telunjuk halusnya ke arah jaket yang dipakai Jane. "Melur mahu yang abang Juna punya!", rengeknya lagi.

Juna memujuk si Melur. Sekejap saja, anak kecil itu termakan pujukan. Bagaikan setiap perkataan yang terbit adalah magis yang mampu meluluhkan hati si kecil.

Melur mengeluarkan buku latihan dari dalam beg. "Banyak betul PR hari ini. Bu guru semuanya kejam!", rungut gadis kecil itu lagi.

"Jangan banyak rungutnya, nanti cepat tua!"

Jane menahan ketawa. Melur dan Juna... sudah seperti anak dan ayah. Dia jadi cemburu sendiri.

"Jane tadi mahu ke mana?", soal lelaki pemilik jaket. Tumpuan beralih kepada gadis yang satu lagi.

"Ke warung Pak Dol.", balas Jane ringkas. Hati sedaya upaya untuk mengekang bibir dari melanjutkan perbicaraan mengingatkan pesanan Mama. Namun, gagal.

"Kamu tidak ke pantai?"

Nampak lelaki itu menggariskan senyum nipis.

"Belum dulu, Jane. Banyak penduduk sedang bersiap untuk ke laut. Musim landas sudah beransur pulih. Profesi saya bakal bertukar."

Jane angkat sebelah kening. "Maksud kamu?"

"Kakak Jane lemot sekali." Melur mengangkat ibu jarinya lalu diterbalikkan. Bibir dijuihkan. "Maksudnya, abang Juna nanti jadi penjual ikan, bukan penjual siput sedut lagi!"

Makin cemberut muka Jane. Lemot? Lemot itu maksudnya lembap!

Dan Melur, seorang anak kecil berusia 9 tahun itu mengejeknya lembap!

Pada akhirnya, Jane ikut ketawa. Melur hanya anak kecil yang sangat banyak celotehnya. Lidah setajam samurai!

Setelah itu, dia sudah tidak menghiraukan lagi pesanan Mama. Dia selesa berbual-bual dengan Juna. Ditambah pula dengan Melur yang meriuhkan suasana. Memberi pendapat setiap kali punya kesempatan untuk mencelah antara perbualan Jane dan Juna.

Setiap kali Melur mencelah, setiap kali itulah Jane tidak kering gusi mendengar respon lucunya itu. Sempat dia dan Melur bertelingkah hanya gara-gara Melur yang mengejek pipinya seperti pau.

Geram juga dibuatnya!

Langit seolah turut gembira bersama mereka. Awan yang kelabu berubah putih dan cerah. Matahari tampaknya berjaya memujuk sang hujan agar berhenti menghentam bumi. Jane jadi senyum sendiri.

"Melur, kakak hantar Melur pulang sekarang. Nanti kakak Cempaka khuatir.", ajak Jane. Anak kecil itu sempat mencebik tetapi mulutnya tetap bersetuju. Dia meminta izin kepada Juna untuk pulang segera. Bimbang kalau-kalau gembiranya langit hanya sebentar.


***


"Nak Jane ke mana saja?", nenek sudah risau.

Dia menceritakan satu persatu apa yang berlaku. Nampak nenek sempat tersenyum apabila dia menyebut nama Juna.

"Telurnya mana, nak?", soal nenek lembut.

Jane membulatkan mata. Lupa!

"Itu jaket milik siapa?"

Jane tepuk dahi sendiri. Jadi lupa kuasa dua!

"Jaket Juna. Macam mana Jane boleh terlupa?!" Jane sudah gusar hati. Bagaimana jika Juna juga mahu menggunakan jaket ini?

"Besok-besok jangan lupa dihantar ya nak? Kasihan Juna kedinginan di pondoknya itu." Nenek ketawa kecil.


Continue Reading

You'll Also Like

3M 152K 84
• romance • ; 1ST SERIES OF MISTER SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum...
203K 9K 19
Jangan asyik bergaduh, nanti kang berjodoh. "Alah, mamat poyo ni tah apa apa je. Nyampah aku, baik aku layan movie dari layan kau." -- Ellina Nabila ...
3.2K 170 12
Tajuk Lama** terang dalam gelapku "Fia nyawa Fakhrul mummy, apa pun terjadi Fakhrul takkan tinggalkan dia." - Fakhrul Razi "Entah apa jampi serapah...
34.3K 2.9K 41
SINOPSIS Selalu kita dengar wanita bersaiz besar dan tidak punya paras rupa yang menarik akan selalu menjadi bahan usikan dan ejekan.Tapi t...