Jauh Lebih Sempurna

By dlwygrz

326 5 2

"Dalam sebuah pelayaran, tidak semua kapal akan sampai ke destinasi yang diinginkan." Jane koyakkan bungkusan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19

BAB 7

9 0 0
By dlwygrz

"Bye, nek!" Jane melambai nenek yang sudah berada di atas motor milik Juna. Seperti yang Juna janjikan, dia benar-benar mahu membawa Jane ke kota petang ini. Nenek juga memberikan kebenaran kepada Juna. Nenek nampaknya sangat mempercayai Juna.

Jane duduk atas kerusi panjang di halaman rumah, menanti kedatangan Juna lagi. Kata nenek, dia memang kebetulan hendak melawat sahabat lamanya itu.

Entah kenapa, Jane terasa ingin tahu apabila nenek kerap kali menggelar Mamak Juna sebagai wanita hebat.

Mamak... hati tiba-tiba rasa rindu dengan Mama. Sudah lama Jane tidak menghubungi Mama. Bukan tidak mahu, cuma dia khuatir Mama sedang sibuk. Sibuknya Mama itu, bahkan Mama sendiri tidak pernah menghubungi satu-satunya anaknya ini.

Sesibuk itukah Mama?

Jane juga sedar akan hal itu. Dia hidup bersama Mama selama ini. Cuma... Mama masih punya masa untuk membawa Jane berjalan-jalan setiap hujung minggu. Sekarang ini, perniagaan Mama benar-benar sudah berkembang.

"Mama mahu bina sebuah empayar. Biar semua kenal sama Mama."

Suatu ketika dahulu, Mama pernah bergurau seperti itu. Itu impian Mama? Jane senyum hambar. Impian Mama dan dirinya sudah seperti langit dan bumi.

Jane menghela nafas lemah. Lama dia duduk sambil fikiran melayang memikirkan Mama.

Mata tiba-tiba tertangkap seorang gadis sedang menyapa Juna di perjalanan. Ramah sekali gadis itu berbual-bual dengan Juna. Jemari halus sang gadis ligat memintal hujung selendang. Persis seperti skenario antara si hero dan heroin dalam filem cinta. Hati rasa perih sedikit.

Si teruna tiba-tiba memberi isyarat menuju ke arah Jane. Jane telan air liur kelat. Sedikit terkejut tatkala kepala gadis berpaling memandang arah tunjuk. Matanya seperti mahu menerkam wajah cantik Jane. Tajam macam singa!

Setelah itu, Jane nampak Juna memberi sebungkus plastik dan menghadiahkan sekuntum senyuman yang sangat indah kepada sang gadis sebelum kakinya melangkah pergi meninggalkan gadis. Menuju ke arah Jane.

Jane tidak mempedulikan Juna. Mata fokus melihat si gadis yang masih tercegat memandang Juna. Matanya tidak berhenti menatap Juna sebagaimana mata Jane turut tidak henti memandang gadis itu.

Gadis itu... suka sama Juna? Jane berfirasat sendiri. Melalui gerak gerinya tadi, dia seolah-olah dapat merasakan perasaan cinta gadis itu.

Amboi, Jane! Sudah macam ahli nujum!

"Assalamualaikum, saudari. Sudah sampai ke Surabaya nampaknya, ya?" Saudara sudah duduk di ruang sebelah Jane. Jane yang sedikit tersentak memalingkan wajah ke arah lelaki di sebelah.

"Waalaikumussalam. Motor kamu mana?" Berkerut kening Jane apabila lelaki itu datang dengan berjalan. Jangan bilang sama Jane bahawa mereka ke kota dengan kaki sahaja. Mahu pengsan Jane nanti!

"Saya tidak berani menunggang motor berdua di atas jambatan. Jadi, saya tinggalkan di seberang. Jalan kaki untuk ambil kamu di sini." Nafas Juna sedikit kencang. Lelah berjalan masih ada.

Jane hanya mengangguk faham. Tidak lama selepas itu, Juna mengajak Jane untuk memulakan perjalanan. Sengaja Jane membiarkan Juna berehat sebentar. Tahu bahawa lelaki itu penat.

Entah kenapa hati Jane rasa terharu sendiri. Juna sanggup menyusahkan diri sendiri semata-mata untuk membawanya melihat kota. Kata nenek, Juna ada ke rumah sebentar petang kelmarin. Ketika itu, Jane sudah keluar ke warung Pak Dol untuk membeli garam.

"Juna tadi datang. Dia mahu meminta izin nenek membawa Jane bersiar-siar ke kota. Jika hanya mahu membeli jajan buat nenek, Juna seorang juga sudah cukup. Lagipula, Juna pasti lebih tahu jajan yang mana satu kegemaran nenek."

Juna sepertinya benar-benar ikhlas mahu berkawan dengan Jane.

"Juna, siapa gadis yang kamu tegur tadi?", soal Jane dengan nada mendatar. Sebelah tangan memegang erat tali jambatan. Sedikit gayat tatkala mata menangkap ketinggian dari atas jambatan.

"Cempaka.", balas Juna ringkas buatkan Jane berpaling memandang Juna. Juna tidak beriak apa-apa. Juga seperti tidak berminat mahu memperkenalkan gadis bernama Cempaka kepadanya.

Jane telan liur kelat. Hati rasa sakit sedikit. Tidak tahu kenapa.

Sepi sepanjang perjalanan. Masing-masing hanya fokus dengan langkah.

Jane memegang hujung jaket Juna dengan erat. Tetapi, tubuh dijarakkan sejauh mungkin. Seinci lagi, mungkin dia boleh jatuh dari motosikal ini. Pertama kali membonceng motosikal, jantung terasa mahu luruh setiap kali motosikal ini melintasi kenderaan-kenderaan lain. Mujur Juna memandu motosikal ini dengan perlahan sahaja.

Mata Jane melilau ke pasar kota Ambon ini. Banyak gerai-gerai kecil bersusun di tepi jalan. Tidak lupa gerobak-gerobak bergerak yang membawa pelbagai jenis makanan.

Jane membetulkan topi keledar yang sudah melurut itu. Agak besar berbanding kepalanya. Kata Juna, topi keledar ini sebenarnya milik Saifuddin.

Juna sengaja memerlahankan motosikalnya bagi memberi peluang kepada Jane untuk menikmati pemandangan pasar malam kota Ambon ini.

Jane sungguh kagum. Beraneka makanan kelihatan terhidang di atas meja gerai jualan. Hidung juga sudah mula menangkap bermacam jenis aroma makanan yang terjual. Megahnya hidung kerana dapat menghidu buatkan perut pula cemburu.

Juna memberhentikan motosikal di tempar parkir.

"Besar juga ya kota Ambon ini." Jane turun dari motosikal lalu topi keledar berwarna hitam yang tersarung di kepala dibuka.

"Ini pasar malam terbesar di kota Ambon, Jane.", beritahu Juna. Dia mengambil topi keledar dari tangan Jane lalu dikunci di dalam bakul. Khuatir ada tangan-tangan jahat mencurinya.

Setelah itu, masing-masing melangkahkan kaki menuju ke pasar malam. Jane lebih selesa berjalan di samping Juna. Sambil-sambil itu, mata tidak lekang menerokai jualan di sini.

Ada sate panggang, rojak buah, bakso, ayam geprek dan bermacam jenis makanan yang Jane juga tidak tahu namanya serta minuman pelbagai warna turut terjual. Bersinar-sinar mata tatkala melihat papan iklan bakso beranak pada sebuah gerobak kecil itu.

Spontan Jane telan liur. Sudah lama dia teringin hendak makan bakso beranak. Kata orang, pedasnya pedas yang ketagih. Dia buka dompet miliknya.

20 ribu rupiah.

Kurang 10 ribu rupiah. Jane cepat-cepat alihkan pandangan ke arah gerai lain.

"Mahu beli bakso beranak?" Juna di sebelah bertanya. Matanya turut terarah ke papan iklan tersebut. Gerai itu memang agak laku di sini. Dia juga pernah merasai bakso beranak mereka.

Pedas yang ketagih. Itu yang menjadi penarik utama. Rasanya unik, pedas tetapi pedasnya bikin kita mahu lagi dan lagi.

Jane senyum lantas kepala digelengkan tanda jawapan.

"Kita pergi ke sana, ya? Juna teringin mahu makan bakso beranak." Ajak Juna. Anak mata bundar itu kembali bersinar.

Namun sayang, sinarnya hanya sekejap sebelum ia kembali memudar.

"Kamu pergi seorang saja, boleh?" Suara kedengaran sedikit sedih.

"Kenapa pula? Jane datang ke sini bersama Juna. Ke mana Juna pergi, Jane harus ikut." Keras suara Juna kali ini. Dia tidak mungkin meninggalkan Jane berjalan seorang diri di sini.

Jane garu kepala yang tidak gatal. Perlukah dia kata bahawa duitnya tidak cukup? Pasti nanti Juna salah faham. Jane tidak mahu kelihatan seperti orang yang mahu dibelanja.

Malu!

"Jane..." Juna menghadap Jane. Matanya menatap anak mata Jane dalam-dalam. "Jangan khuatir. Saya yang ajak Jane kemari. Jane pilih apa yang Jane suka, saya belanja, ya?" Lembut suara itu kali ini.

Jane senyum kelat namun kepala tetap mengangguk. Dalam hati sudah penuh dengan bunga. Kemudian, jari telunjuk kecil mengarah ke gerai yang menjual bakso beranak tersebut.

Hujung bibir Juna terangkat. Secara tidak sedar, ulas bibir menghasilkan senyuman.


**8


Jane hirup air limau sejuk dengan rakus. Sekejap-sekejap, kedengaran dari mulutnya desisan menandakan dia sedang kepedasan. Tidak menyangka bahawa bakso beranak ini sepedas ini.

Tapi, entah mengapa, perutnya masih mahu menagih cili bakso itu. Sehingga licin pinggan itu dikerjakan. Jane hirup air limau sejuk buat kali terakhir.

Tisu diambil lalu mulut yang comot dilap kasar. Puas!

"Nampak gayanya, ini bakso terbaik yang pernah Jane cuba!", kata Jane teruja. Hampir sahaja dia hentak garpu dan sudu atas meja. Tidak hairanlah ramai orang yang berbaris untuk membeli bakso di gerai ini. Mujur mereka berdua datang awal tadi.

Juna senyum menampakkan gigi. Gadis ini kalau sedang lapar sudah macam raksasa. Makan macam tak ingat orang!

"Hai, tadi dia juga yang geleng-geleng kepala bila diajak. Sekarang, habis berkilat pinggan dikerjakannya.", usik Juna buatkan Jane tersengih.

"Juna, kenapa tidak makan?"

"Juna mahu cuba yang lain. Sudah makan bakso ini Selasa yang lalu."

Jane angguk-angguk kepala. Tangan memasukkan sebiji gula-gula coklat ke dalam mulut, mahu membuang rasa pedas yang masih melekat. Gula-gula coklat terakhir yang diberikan oleh Juna kepadanya.

Mata melilau memandang manusia yang lalu-lalang di hadapan. Ada yang bersama ibu, ada yang bersama teman, tidak kurang ada juga yang bersama pasangan.

Satu figura yang dikenali tiba-tiba ditangkap oleh lensa mata. Duduk di sebuah restoran bertentangan dengan pasar malam di seberang jalan. Jane picingkan mata untuk mengenal pasti susuk tubuh itu.

Sah!

Mata tidak mungkin menipu kali ini. Duduk bertentangan dengannya ialah seorang lelaki bersut hitam dengan kaki bersilang. Jelas bahawa mereka sedang berbicara tentang sesuatu yang penting.

Mama ada di Indonesia?

Wajah Mama kelihatan serius. Jane mahu angkat dari tempat duduk untuk berjumpa dengan Mama tetapi entah kenapa akalnya menidakkan.

"Jane, ada apa?" Juna yang melihat perubahan wajah Jane mula bimbang. Kepala dipusingkan. Kemudian, kembali ke arah Jane yang juga sudah mengembalikan fokusnya.

"Tidak ada apa-apa." Jane meletakkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangan. "Kita mahu ke mana lagi, Juna?", soalnya lagi. Jane menarik nafas dalam-dalam. Sabar, Jane. Jangan kecewakan Juna gara-gara kejadian tadi.

"Kamu tidak mahu beli apa-apa lagi?"

Mata diliarkan ke sekeliling. Bibir menguntum senyum tatkala mata menangkap gerai yang menjual kuih berbentuk bola berwarna hijau dan disaluti dengan parutan nyiur itu.

"Saya teringin mahu makan kuih melaka." Kuih kegemaran Mama. Setiap kali berbuka puasa, Mama pasti akan membawa pulang kuih tersebut ke rumah.

"Jane harus cuba. Mama yakin Jane akan suka."

"Kuih melaka?" Juna keliru. Melihat arah mata Jane, barulah Juna sedar bahawa kuih melaka yang dimaksudkan sebenarnya ialah klepon. "Mari." Juna angkat dari tempat duduk. Semangat yang hampir runtuh kini kembali.

Continue Reading

You'll Also Like

2.4K 193 17
Qadri lelaki dingin yang berpangkat leftenan di dalam unit khas udara. Dalam hidupnya cuma ada ibu dan kerjanya, rasa hormat dan sanjung pada seorang...
40.5K 4.9K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
928K 24.6K 36
Actually, memang tak tahu nak buat desc macam mana. enjoy reading ! Highest ranking : #1 in romance #2 in drama #1 in Malaysia
367 50 17
Kisah cinta antara dua watak yang hidup dengan gaya hidup yang tersendiri. Beza agama, beza budaya dan beza kedudukan. Tetapi cinta tidak akan mengh...