Jauh Lebih Sempurna

dlwygrz द्वारा

326 5 2

"Dalam sebuah pelayaran, tidak semua kapal akan sampai ke destinasi yang diinginkan." Jane koyakkan bungkusan... अधिक

BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19

BAB 1

86 3 1
dlwygrz द्वारा


Pulau Kampas, Kepulauan Maluku, Indonesia.

Jane memandang lauk di hadapannya dengan pandangan kosong. Nasi berlaukkan ikan masin dan tempe goreng. Dia merengus kasar. Benci dengan apa yang dihidangkan untuknya. Jika bukan ikan masin, tempe goreng. Jika bukan tempe goreng, ikan masin lagi. Maklumlah, dia sekarang ini tinggal di perkampungan nelayan. Tapi, dengan lauk yang berulang setiap hari?

Seorang Jane sudah muak!

Dan untuk setiap detik yang dia lalui di sini, seratus peratus dia letakkan kesalahan pada Mamanya.

Tidak lama selepas itu, muncul seorang nenek tua membawa minuman di atas talam.

Dua gelas air putih diletakkan di atas meja. Kerusi ditarik lalu dia duduk di atasnya.

"Makan ya nak.", ujar suara tua itu dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Jane merenung wajah tua itu. Kedutan yang jelas kelihatan terlihat di setiap inci kulit wajahnya. Bawah matanya bengkak dan kelopaknya kendur. Kepalanya pula, penuh dengan bebenang putih tanpa seurat pun benang hitam.

"Jaga nenek baik-baik, Jane"

Pesan Mamanya terngiang-ngiang di telinga. Rasa pedih mulai menjalar di sanubarinya. Sebulan lamanya dia tinggal di sini, tiada lauk lain yang menjadi santapan harian. Hatinya tertanya-tanya.

Inikah kehidupan neneknya?

Mamanya hidup mewah berkelana jauh di dalam kapal, sedangkan neneknya terumbang-ambing di atas perahu usang dengan ombak yang membadai.

Mamanya itu ... tidak punya hatikah?

"Nenek tiada lauk lain?", Jane bertanya dengan nada yang lembut. Khuatir hati tua itu terguris dek kata-katanya. Jane menatap lama ikan masin di hadapannya. Jika dia tidak makan sekarang, nenek juga tidak akan makan sama.

"Maaf ya neng. Kalo wang nenek sudah cukup, nenek belikan bakso ya.", balas nenek. Suaranya seperti sedang menahan sesuatu. Nenek tahu bahawa Jane sangat suka makan bakso. Jane jadi pilu sendiri. Dompet merah jambu di dalam beg silang dikeluarkan. Isi di dalamnya ditenung lama.

10 ribu rupiah.

Dari 100 ribu rupiah kini berkurang angkanya. Jane ingin mengutuk diri sendiri kerana terlampau boros berbelanja. Wang saku pemberian Mamanya banyak dibazirkan untuk membeli barang jajanan.

"Nenek mahu makan bakso?"

Nenek geleng kepala. "Simpan duit itu dulu buat beli jajan kamu. Biar nenek aja yang nabung."

Giliran Jane menggelengkan kepala. Jane bukan anak kecil yang tidak mampu berfikir. Jane sudah dewasa dan dia manusia yang punya hati nurani juga. Masakan duit tabungan orang tua itu untuk membeli kemahuannya.

Jane tahu sumber pendapatan neneknya selama ini dari mana. Nenek seorang pejuang laut. Dia laksamana hebat yang harinya bertarung dalam samudera dengan perahu kecilnya.

Mendengar geroncongan perut yang semakin kuat kedengaran, Jane mengambil keputusan untuk menggunakan wang saku terakhirnya itu.

"Nenek tunggu dulu.", arah Jane sebelum kakinya laju melangkah keluar. Selipar Jepun di hadapan pintu rumah disarungkan ke kaki lalu dia pun menuju ke warung berdekatan.

Dalam perjalanan, dia terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak lelaki dengan kaki berlumpur. Jane hanya mampu menggelengkan kepala. Sudah beberapa kali dia menegur kanak-kanak itu agar tidak bermain di tepi sungai, tetapi mereka tetap ingkar. Entah mengapa mereka itu lebih gemar bermain lumpur berbanding bermain di persisiran pantai, Jane sendiri garu kepala.

Di sungai itu, terlampau banyak bahayanya jika hendak dibandingkan dengan pantai di kampung ini. Setiap waktu petang, pantai di sinilah yang menjadi tempat perkunjungannya. Walaupun kawasannya sepi, setidaknya air di kawasan pergigian tidak terlalu dalam.

Jane suka berjalan tanpa selipar, membiarkan air laut itu menyentuh kakinya. Bagaikan segala kekusutan hilang sekali bersama buih-buihnya.

Sesampainya di warung Pak Dol, Jane mengambil dua bungkus bakso lalu diletakkan di atas kaunter. Kaunter yang berupa meja buruk itu sudah hampir rebah tampaknya.

"Lamak iko ndak ada datang kemari, Jane.", Pak Dol menegur. Jane mengukir senyuman. Dia tidak berapa faham dengan bahasa Bugis. Meskipun kebanyakan penduduk di sini sememangnya menggunakan bahasa Indonesia baku, ada juga yang masih kekal dengan bahasa Bugis. Contohnya, Pak Dol.

"Lama engkau tiada kemari, Jane." Pak Dol mengulang ayatnya. Lupa gadis di hadapannya itu dari negara seberang. Tangannya membungkus dua bungkusan bakso ke dalam plastik yang lebih besar.

"Iya, Pak Dol. Belum ada keperluan.", jawab Jane lagi. Wang dari dalam dompet dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Pak Dol. Pak Dol tidak menyambut huluran tersebut.

"Tidak cukup, neng." Jane mengerutkan dahi. Tidak cukup? Dia memandang ke arah bakul berisi bakso, harganya sebungkus 3 ribu rupiah. Melihat Jane yang kebingungan, Pak Dol mengeluarkan buku 555 dari dalam laci. Satu muka surat, ditayangkan kepada Jane.

"Hutangmu belum selesai. Masakan mahu ditambah lagi.", Pak Dol menggelengkan kepalanya. Jane memandang tulisan yang ada di muka surat itu.

Fajar : 100 ribu rupiah

Jane membulatkan matanya.

Fajar.

Itu nama neneknya. Dan neneknya punya hutang sebanyak 200 ribu rupiah dari warung Pak Dol! Jane rasa mahu pengsan. Bertambah malu apabila orang-orang di sekitarnya mula berbisik sesama sendiri.

"Belum pernah si Fajar itu berhutang, Nab."

"Semenjak dia datang, Fajar terpaksa berhutang."

"Ya, maklumlah. Anak orang kaya mana mahunya makan nasi kicap masin."

"Kasihan aku sama si Fajar. Bukan bertambah senang, malah bertambah susah gara-gara anak kesayangannya si Tanggang itu."

"Hutang apa Fajar sehingga sebanyak itu, Dol?"

"Tempe sama ikan masin, Ton."

Bisikan demi bisikan, satu persatu menerjah telinga Jane. Bisikan yang sengaja dinyaringkan. Wajah Jane mulai memerah, hatinya rasa terbakar. Namun, disembunyikan rapi di sebalik senyuman di wajah.

"Kalau begitu, 10 ribu itu, Pak Dol kasi potong hutangnya, ya.", kata Jane. Belum sempat dia hendak melangkah pergi, Pak Dol menegur Jane.

"Dikurangi dahulu gaya hidup, neng. Masih musim landas ini. Hidup di sini, harus sedar diri."

Jane mengangguk lalu meneruskan langkahnya. Satu persatu perkataan yang keluar dari mulut manusia di warung itu tadi diputar kembali.

Anak kesayangannya si Tanggang itu.

Mamanya kah yang digelar si Tanggang itu? Hati Jane rasa pedih. Amat pedih. Hatinya sudah sakit dihiris kenyataan bahawa nenek berhutang demi dirinya. Tidak cukup dengan itu, gelaran orang kampung kepada ibunya seperti menambah garam ke dalam hirisan lukanya.

Jane melangkah longlai menuju ke rumah neneknya. Dia tidak percaya akan apa yang didengarinya tadi.

Saat tiba tidak jauh di hadapan rumah buruk itu, kaki Jane berhenti. Matanya lama memerhati rumah usang itu. Beratapkan zink yang sudah berlubang di setiap bahagian. Dinding kayunya pula sudah reput dimakan anai-anai. Jane merenung tangganya pula.

Tempat kesukaan nenek.

"Mamamu itu suka sekali sama bakso, sama seperti kamu. Setiap hari, akimu menabung. Cukup masa, dibawanya Mama dan nenek ke pasar. Makan bakso bersama."

Jane mengesat titisan mutiara yang jatuh.

Dia masuk ke dalam rumah lalu mengambil tempat asalnya.

Nasi dikaut untuk nenek lalu disuakan pinggan berisi nasi kepada orang tua itu. Kemudian, Jane menyantap rakus makanan di hadapannya. Dia tidak mahu nenek berlapar kerananya.

Habis makan, Jane minum air kosong itu sehingga habis. Kali pertama Jane menghabiskan santapan yang dihidangkan oleh nenek.

Nenek senyum melihat Jane yang sedang menatapnya. Tulang tangan bersalut kulit kendur itu menyuap nasi ke mulut perlahan-lahan. Barangkali, berpuas hati melihat pinggan kaca milik cucu itu sudah licin.

"Jangan berhutang lagi, nek."

Seperti terkejut, nenek angkat kepala. Sepasang mata yang mulai memerah menyambut.

"Nanti Jane bilang sama Mama untuk kasi tambah wangnya. Jane bayar hutang nenek, ya?", sambung Jane lembut. Jane menambah tempe goreng ke atas pinggan nenek apabila pinggan itu hanya dihuni nasi kosong.

"Tidak usah, nak. Nanti-nanti nenek pasti bayar. Dollah juga sudah faham dari dahulu.", jawab nenek. Dia menyambung suapannya. Tangan kurus kelihatan sedang terketar-ketar.

Jane duduk bersandar pada kerusi kayu. Tangan disilangkan ke dada. Nenek berbohong kepadanya. Dia masih ingat ayat-ayat dari mak cik-makcik di kedai Pak Dol tadi.

"Belum pernah si Fajar itu berhutang, Nab."

Untuk apa, nek? Untuk apa berkorban demi dia yang sememangnya tidak akan pernah merasa cukup dengan apa yang ada untuknya?

Kerana Jane anak kepada manusia tidak mengenang budi yang dikandungnya dahulu? Jane geleng kepala. Gila. Dia benar-benar sedang menyaksikan kisah Si Tanggang di depan mata kepalanya sendiri.

Dan yang paling memerihkan, si Tanggang itu ialah ibunya sendiri.

"Dikurangi dahulu gaya hidup, neng. Masih musim landas ini. Hidup di sini, harus sedar diri."

Musim landas. Tempoh masa yang paling mencabar untuk nelayan. Kebanyakan nelayan sememangnya tidak akan turun ke laut ketika ini. Bertarung dengan raja ombak, nyawa yang menjadi pertaruhan.

Jane tahu, mustahil untuk nenek bisa kembali ke daratan jika dia berangkat ke laut ketika musim ini.

"Esok nenek pergi ke laut?", Jane ingin memancing neneknya. Sama ada nenek akan berbohong lagi atau tidak.

"Nenek ke hulu sungai, nak.", suara nenek halus. Barangkali sedang beragak-agak untuk berbohong atau tidak.

"Nenek buat apa di hulu sungai itu?"

"Nenek kutip siput sedut buat dijual ke Saifuddin."

Jane angguk kepala, percaya dengan kata-kata nenek. "Esok nenek turun?"

"Turun neng. Soalnya, nenek jelak di rumah.", senyuman terukir di bibir kedut nenek.

"Jane mahu ikut."

Saat itu, senyumannya padam serta merta.


***


Jane mencari perkataan 'Mama' dalam kenalannya. Jarinya pantas mendail saat perkataan itu bertemu dengan anak mata.

Beberapa saat kemudian, suara yang dikenali menyambut panggilan.

"Anak Mama, sihat?"

Riang suara di sebelah.

"Sihat. Jane nak minta tolong sikit. Mama hantar duit dekat Jane minggu ini, boleh?", Jane terus ke tujuan. Dia tidak suka berbasa-basi apabila berkaitan dengan wang.

Mama senyap sebentar.

"Duit elaun bulan ini sudah Jane ambil. Tunggu bulan hadapan."

Suara Mama bertukar tegas. Jane rasa semakin meluap. Dia tahu Mama sengaja menghukumnya.

"Jane tak kisah. Yang pasti, esok Jane mahu Encik Faizal datang ke sini bersama sampul berisi duit. Jane perlukan duit.", balas Jane panjang. Dia tidak mahu dibuli oleh Mamanya sendiri.

"Jane, duit yang Mama kasi bulan ini Jane buat apa? Belajar berjimat, Jane."

"Mama tak pernah kasi nenek duit ke selama ini?", Jane menyoal Mamanya serius. Duit elaun itu ... bagi Jane sangat tidak mencukupi untuk mengisi dua perut selama sebulan. Atau, Mamanya mahu Jane dan nenek makan nasi berlaukkan garam setiap hari? Mama ini sedang menyeksa Jane atau nenek?

"Jane, nenek dah biasa hidup macam tu. Mama hantar Jane ke situ untuk Jane belajar hidup susah macam Mama dulu"

"Mama tidak pernah terfikir untuk hidup senang bersama yang pernah hidup susah bersama Mama dahulu?", keras suara Jane kali ini.

Senyap.

"Jane jangan berani masuk campur hal Mama!"

Mama kedengaran sedang marah. Dan Jane juga sama.

"Mama tahu, selama Jane tinggal di sini, nenek berhutang semata-mata untuk membeli tempe dan ikan masin untuk Jane!", tengking Jane.

"Duit yang Mama kasi sama Jane, Jane kongsilah sama nenek. Jane yang terlampau boros, kenapa perlu salahkan Mama?!"

Mama turut sama meninggikan suaranya. Dada Jane naik turun. Cuba menahan ledakan kemarahan. Jika Jane marah, segala cacian pasti akan terbit dari bibirnya.

"Mama jangan jadi anak tangganglah. Mak sendiri hidup merempat, tapi Mama butakan mata Mama. Mama betul-betul berani, bukan?", Jane mengawal suaranya agar tidak kedengaran kurang ajar. Dia mahu Mama tahu apa yang digelarkan oleh orang lain kepadanya selama ini.

Bunyi dengusan kedengaran di sebelah.

"Besok Encik Faizal datang."

Sejurus itu, talian dimatikan.


पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

369 50 17
Kisah cinta antara dua watak yang hidup dengan gaya hidup yang tersendiri. Beza agama, beza budaya dan beza kedudukan. Tetapi cinta tidak akan mengh...
42.3K 5.1K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
870K 35.2K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
1.2K 108 15
A story about Unrequited Love. . . vote and comment ya, thankyouu🫶