KHAI ✔️

By LYARISSA07

521 98 0

Khai seorang rapper dan dancer dalam kumpulan First. Kumpulan First terdapat 6 orang dan apa yang Khai tidak... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23

Bab 7

28 4 0
By LYARISSA07

Aku baring di atas katil yang empuk itu sedang aku selesa menenangkan diri. Aku mengeluarkan kedua-dua rantai cincin tadi dari poket seluar. Aku lihat dengan teliti ukiran yang ada pada cincin itu. Tapi kan? Selepas aku dengan yang lain sampai sini, aku tak nampak pun kelibat Kim kat mana-mana. Penat aku cari, tapi tak jumpa. Ke dia tak sampai lagi?

Tanpa melengahkan masa, aku terus bangun dari katil dan ambil hoodie berwarna kelabu di dalam beg. Aku sarungkan dengan pantas kemudian turun ke bawah. Semua yang lain tengah seronok layan drama dekat ruang tamu, terus terpandang aku.

"Khai, kau nak pergi mana? Bukan lambat lagi ka kita nak pergi makan malam dekat luar? Sekarang baru pukul 3 lebih." Alex menyoal ke arah aku sambil matanya memandang ke arah jam yang tergantung di dinding.

"Aku nak keluar kejap ja. Nanti pukul 4 lebih macam tu aku balik k? Jangan risau, aku tak pergi jauh-jauh pun." aku buat gaya tangan "ok" kepada mereka semua sambil tersenyum.

"Ok, jangan lama-lama sangat tau." Ryan pula berkata.

"Okay!" terus aku keluar dari homestay.

Dah merata aku cari dia, tapi masih lagi tak jumpa dia.

Aku cari punya cari tak jumpa langsung.

Tempat ni dah lah ramai orang, yelah kan kitaorang datang sini bukan hari cuti. So bising lah sikit.

Sehinggalah aku berhenti dekat taman yang berhampiran. Aku ternampak sekujur tubuh yang amat familiar sedang duduk di bangku. Aku segera berlari ke arahnya dan sergah.

"Boo!"

"Aish!" Aku terus ketawa selepah menyergah Kim. Yelah kan, member tengah termenung lepastu aku terlebih pandai pergi sergah dia dari belakang.

"Hehe sorry Kim." aku tersengih lalu melabuhkan punggung di sebelahnya. Dia menjeling ke arah aku.

"Relax lah Kim, Khai gurau ja." aku tepuk belakangnya sambil ketawa halus.

"Yelah tu."

"Iya." aku tersengih macam kerang busuk. Meluat agaknya dia tengok.

"Eh Kim, baru sampai ka? Tadi Khai tercari-cari Kim tau. Tapi tak jumpa-jumpa."

"Ya baru sampai." katanya dingin tanpa berpaling ke arah aku manakala pandangannya masih lagi menumpukan ke arah langit. Lalu mata aku turut melihat ke arah langit yang mendung. Dan aku berpaling semula ke arah Kim sambil mengeluarkan sesuatu dari poket seluar.

Ya rantai cincin itu.

"Kim, nah." aku hulurkan kepadanya. Perlahan-lahan pandangannya beralih ke arah genggaman tangan aku.

"For me?" soal Kim. aku terus mengangguk laju.

"Ya. Tadi Khai beli kat kedai. Cuba Kim tengok cincin tu dengan teliti. Ada beberapa ukiran kat situ." kata aku lalu Kim hanya akur dan mengambil rantai cincin tersebut dari genggaman aku. Dia akhirnya melihat dengan dekat dan teliti.

"So Kim? Dah nampak?"

"Ya." katanya ringkas.

"Tu untuk Kim. Khai pun ada satu." lalu aku keluarkan rantai cincin yang satu lagi dan tunjukkan kepada Kim.

"Actually ada satu lagi ukiran. Kim mungkin tak perasan. Biar Khai yang tunjukkan." aku mendekatkan lagi jarak aku dengan Kim sambil menunjukkan ukiran yang tersorok dekat cincin tersebut.

Yang tertulis,

You found me.

Manakala ukiran yang ada dekat rantai cincin aku pula tulis,

I found you.

Aku tersenyum sampai ke telinga.

"Means?" soal Kim pelik sambil mengerutkan dahi selepas melihat ukiran tersebut.

"Haih, means sejauh mana pun jarak kita berdua, kita masih dapat berjumpa setiap masa. Kalau Kim rindu Khai, tengok ja cincin ni okay?" gurau aku kepadanya.

"Pft, Khai... Khai..." Kim hanya menggeleng kepala dan tersenyum menyampah.

Aku pun hanya terus ketawa.

Bunyi guruh tiba-tiba kedengaran.

"Kim dah nak hujan ni. Jom tumpang homestay kitaorang." aku segera berdiri dan menarik lengan Kim. Setitis demi setitis hujan mula menurun. Aku dan Kim terus berlari pergi balik ke homestay.

Tapi aku pelik, selalunya kalau aku cakap pasal dorang, mesti Kim tak suka. Tapi kalini dia ikut ja arahan aku. Kini kitaorang dah betul-betul sampai depan pintu. Perlahan-lahan tangan aku memulas tombol pintu. Tetapi tiba-tiba pegangan tangan aku dan Kim dilepaskan. Kim leraikan pegangan tangan aku dan menggelengkan kepalanya.

"Sorry Khai. Kau pun tahu kan aku tak boleh jumpa dengan dorang? Aku cari tempat teduh yang lain. Dah pergi masuk, nanti demam pulak." Kim arahkan aku untuk masuk ke dalam. Tapi aku tak nak. Aku nak dia masuk sekali. Aku risaukan kesihatan dia. Lagipun, hujan turun makin lebat.

"Tapi, Kim..."

"Pergi masuk, sekarang. Aku okay ja." kalini dia menjawab dengan nada mendatar membuatkan aku tersentak. Aku pun hanya akur dan terus melangkah masuk ke dalam. Aku tutup pintu perlahan dengan perasaan yang sedikit kecewa.



Continue Reading

You'll Also Like

1.3K 251 25
He came and he never go away #1 in parkminyoung
861 56 22
Just some quetos for you guys😉❤
696K 25.2K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
632K 23.1K 77
[Complete] 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 : 𝐇𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐬𝐲 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐀𝐝𝐡𝐚𝐦 | 𝐍𝐮𝐫𝐚𝐫𝐞𝐲𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚 Dari satu pertemuan yang tidak dirancang. Tan...