AKHTAR [C]

tyrastory_ द्वारा

724K 26.3K 899

Akhtar. Bintang yang terpilih. Bintang yang cerah untuk sang gadis yang bernama Aira. Aira seorang gadis yang... अधिक

AKHTAR - BAB 1✨
AKHTAR - BAB 2✨
AKHTAR - BAB 3✨
AKHTAR - BAB 4✨
AKHTAR - BAB 5✨
AKHTAR - BAB 6✨
AKHTAR - BAB 7✨
AKHTAR - BAB 8✨
AKHTAR - BAB 9✨
AKHTAR - BAB 10✨
AKHTAR - BAB 11✨
AKHTAR - BAB 12✨
AKHTAR - BAB 13✨
AKHTAR - BAB 14✨
AKHTAR - BAB 15✨
AKHTAR - BAB 16✨
AKHTAR - BAB 17✨
AKHTAR - BAB 18✨
AKHTAR - BAB 19✨
AKHTAR - BAB 20✨
AKHTAR - BAB 21✨
AKHTAR - BAB 22✨
AKHTAR - BAB 23✨
AKHTAR - BAB 24✨
AKHTAR - BAB 25✨
AKHTAR - BAB 26✨
AKHTAR - BAB 27✨
AKHTAR - BAB 28✨
AKHTAR - BAB 30✨
AKHTAR - BAB 31✨
AKHTAR - BAB 32✨
AKHTAR - BAB 33✨
AKHTAR - BAB 34✨
AKHTAR - BAB 35✨
AKHTAR - BAB 36✨
AKHTAR - BAB 37✨
AKHTAR - BAB 38✨
AKHTAR - BAB 39✨
AKHTAR - BAB 40✨
AKHTAR - BAB 41✨
AKHTAR - BAB 42✨
AKHTAR - BAB 43✨
AKHTAR - BAB 44✨
AKHTAR - BAB 45✨
AKHTAR - BAB 46✨
AKHTAR - BAB 47✨
AKHTAR - EPILOG✨
AKHTAR - SPECIAL CHAPTER 1✨
AKHTAR - SPECIAL CHAPTER 2✨

AKHTAR - BAB 29✨

13.4K 486 6
tyrastory_ द्वारा



KELIHATAN agak ramai orang di pasaraya ketika ini. Mana taknya, harini hujung minggu. Memang semua keluar la untuk membeli barang dapur.

Akhtar dan Aira terpaksa berhimpit didalam pasaraya tersebut. Takpe, Akhtar suke berhimpit dengan bini dia. Tersengih aje dia dari tadi.

"Abang, yang ni kene beli jugak ke?" Akhtar berfikir sebentar dan menggeleng. "Tak payah lah. Kita beli barang yang penting je. Mushroom ni tak payah lagi. Nanti kalau nak buat sup mushroom kita beli la."

Aira mengangguk. Dia ikut sahaja kemana Akhtar pergi. Akhtar yang duk heret dia kesana sini.

Tak boleh lepaskan genggaman budak kecik ni. Nanti hilang susah pulak. Dahlah pendek.

"Aira nak gula-gula ni boleh tak abang?" Aira menunjukkan ke arah lolipop strawberi yang berada di rak gula-gula. Akhtar mengerutkan dahinya.

"Tak payah lah. Tak berkhasiat la sayang. Tu yang sayang bawak dari rumah Wani tu. Banyak lagi kan?"

Tak boleh jadi! Penuh makanan ringan di rumahnya nanti. Sangat tidak sihat. Akhtar ni seorang yang menjaga pemakanan.

Aira mengangguk sahaja. "Baiklah abangg." Akhtar senyum lalu mengelus kepala Aira. Aira mengekori Akhtar dari belakang tapi dia tidak perasan Aira diam-diam letak gula-gula tadi di dalam troli.

Terkekeh Aira ketawa apabila Akhtar tidak perasan hal itu.

"Abang nampak sayang." Gulp. Terhenti kekehan Aira. Memuncung sekejap. "Yelaa. Aira letak balik.." Malas sahaja gayanya. Akhtar terus menarik tangan kecil yang ingin mengambil gula-gula dalam troli itu.

"Takpe. Sayang dah ambik. Tak elok la letak balik dekat rak lepas kita dah ambik.." Aira tersenyum. Yea! Dapat gula-gula!

Akhtar menyeluk tangan ke dalam poketnya apabila terdengar ringtone telefonnya. Ternaik kening Akhtar. Raqif call? Buat ape?

"Ermm baby. Duk kat sini jap boleh? Abang nak jawab call jap." Aira tersengih sambil mengenyit mata. "Okay!"

Akhtar mengecilkan matanya. "Jangan ambik benda lain eaa. Kalau tak abang geget sayang nnti." Aira memuncung. "Yelaa abang sayangg."
Akhtar tersenyum lalu mengelus kepala Aira. "Good"

Aira terpusing-pusing kepalanya. Gayanya seperti anak kecil sahaja. Tak boleh bergerak. Nanti encik suami marah. So kepala jelah yang boleh bergerak.

"Aira!" Terkalih sesaat wajah Aira kearah bertentangannya. Tersenyum lebar Aira apabila melihat wajah yang dikenalinya.

"Mak Mida!" Namun senyumannya terus mati apabila ternampak mamanya yang turut berada dibelakang Mak Mida. Puan Ariana senyum kelat. Agak terasa dengan reaksi anaknya..

Mak Mida terus memeluk Aira. Aira membalas pelukan tersebut. "Lamanya tak nampak. Kenapa Aira tak datang jenguk kami?" Aira terdiam. Tidak tahu ingin menjawab pertanyaan itu. "Err Aira err"

"Sebab mama dengan papa ke?" Tanya Puan Ariana.
Terus Aira memandang mamanya. Aira buat tak layan. Dia lebih melayani percakapan Mak Mida berbanding mamanya. Riak Puan Ariana sayu. Anaknya.. masih marah akan dia.

"Sorry sayang abang jawab call lam.. eh mama ada kat sini.." Akhtar tersenyum manis kearah ibu mertuanya lalu menyalaminya. Puan Ariana tersenyum. Nasib baik menantunya boleh menerimanya.

Akhtar memandang Aira. Cemberut sahaja wajah Aira. Fahamlah dia bahawa Aira masih memarahi ibunya. Akhtar merangkul bahu Aira dan menggosok lengannya Aira sebagai tanda memujuk.

"Akhtar kan?" Akhtar terus berpaling ke arah Mak Mida. Akhtar senyum manis. "Ye saya.."

"Mak mida baru teringat! Haritu bukan main bahagia Aira tau bila dia dapat kawan baru. Katanya jumpa di tasik. Kawan lelaki. Kamu la tu kan? Bukan main gembira dia sampai terlompat-lompat. Tak habis-habis senyum malam tu. Angau punya pa-- aduh duh Aira. Kena cubit Mak Mida ni?"

Aira mencerlung mata kearah Mak Mida. Terkekeh Mak Mida ketawa. Tersenyum Puan Ariana melihatnya. Agak kecewa hatinya apabila Mak Mida lebih mengetahui smua perkara tentang Aira berbanding dirinya.

Dan.. Aira tampak lebih bahagia serta lebih selesa bersama Mak Mida berbanding dirinya.

Akhtar meramas pinggang Aira. Tersentak sekejap Aira. "Nakal eh. Sayang ngumpat abang dekat Mak Mida ke?" Akhtar mengangkat keningnya.

Aira tersengih. "Hehe sikiiiiit la." Katanya sambil membuat simbol ibu jarinya bertembung dengan jari telunjukknya. Akhtar tersenyum sambil menggeleng.

Mak Mida hnya ketawa sahaja. Puan Ariana merenung wajah anak perempuannya. Puan Ariana tersenyum. Alhamdulillah ada juga orang yang bleh membuat anaknya bahagia. Mata Puan Ariana terus teralih ke arah Akhtar.

Akhtar melihat Puan Ariana dan perasan akan wajah sayu ibu mertuanya itu. Dia tersenyum dan mengangguk sedikit kearah Puan Ariana. Puan Ariana membalas senyumannya.

*:・゚*:・゚


"SAYANG.." Aira terus mengalihkan pandangannya kearah Akhtar yang sedang memandu. "Yup?" Akhtar cium sekilas tangan Aira yg digenggamnya.

Aih. Macam tulah tabiat mereka apabila berada di dalam kereta.

"Kenapa layan mama macam tu?" Aira mengerutkan dahi. "Layan macam mana?"

"Sayang buat tak endah je pada mama tadi. Tak baik tau? Mama tetap mama sayang. Baik buruknya dia tetap mama sayang." Aira menunduk.

"Tapi Aira masih terasa dengan dia. Dia pu--"

"Mama." Aira mendongak. "Huh?" Tak faham.

"Panggil Mama. Bukan dia." Aira menghela nafas.

"Aira masih terasa dengan mama. Dulu pun mama buat tak endah je dekat Aira. Baru sekali Aira buat tak endah kat mama. Takkan terus terasa hati kot?"

Akhtar mengerling sekilas isterinya. Dia faham keadaan isterinya namun sbagai seorang suami dia berhak untuk menegur jika isterinya melakukan kesalahan.

"Awak tu anak. Mama tu ibu. Siapa yang kena beralah?" Aira mencebik. "Tahu la. Tapi Aira terasa hati lagi. Aira takboleh terima lagi.."

"Dah hampir 3 bulan sayang tinggalkan mama. Takkan tak habis lagi terasa hati tu? Lama nya ambik masa untuk maafkan ibu sendiri."

Aira mengerut dahi. Kenapa dia rasa ayat Akhtar agak kasar?

"Kan Aira dah cakap tadi.. Aira msih terasa.. Mama abaikan Aira sebab tu--"

"Sebab tu Aira nak balas dendam? Nak abaikan mama pulak? Macam tu?" Aira terkesima. Kenapa suaminya ni? Takkan tak boleh fahami dia? Aira terus merentap pegangan tangan Akhtar.

"Abang kenapa? Kenapa tiba-tiba nak marah Aira? Kan Aira dah cakap Aira terasa hati dengan mama. Aira cuma abaikan mama sekali je.. Bukannya Aira bersikap kurang ajar dengan mama kan?!"

Akhtar terus menekan brek secara mendadak. Aira terhantuk sedikit di dashboard kereta.

"Abang! Bahaya la bawak kereta macam tu.." Kata Aira sambil menggosok dahinya. Akhtar berdecit.

"Yang Aira nak tinggikan suara pada abang dah kenapa?" Bahu Aira mengendur. "Aira tak tinggikan suara.. Aira cuma geram sebab abang tak cuba fahami Aira. Tu je.."

Perlahan sahaja suara Aira. Dia sayangkan suaminya. Dia takkan mampu menaikkan suaranya kecuali keadaan terdesak seperti tadi.

Akhtar mengeluh kasar. Dia menyebak rambut kebelakang. "Itu mama Aira. Sebab tu abang tegur. Abang kesian tengok riak muka mama macam tadi. Sayu je dia lepas tgok Aira bermesra dengan Mak Mida."

"Aira langsung tak senyum pada mama. Aira buat mama macam tak wujud. Aira rasa mama tak terasa ke dengan perbuatan anak kandungnya? Just think about it Nur Aira Armanda!"

Agak meninggi suara Akhtar ketika ini. Geram dengan sikap isterinya yang degil.

Aira mengetap bibir. Sumpah. Dia terasa hati dngan suaminya skarang.

"Sampai bila-bila pun abang takkan faham Aira kan? Takkan ada sesiapa pun yang faham situasi Aira. Aira fikir suami Aira boleh faham Aira. Tapi Aira salah. Cuma Aira je yang bleh fahami diri sendiri." Aira menitiskan air mata.

Akhtar mengeluh perlahan. Dia tersedar akan keterlanjurannya terhadap sang isteri. Dia terlupa bahawa isterinya makan hati bertahun-tahun dengan kedua ibu-bapanya.

"Sayang.." Akhtar ingin menyentuh tangan Aira tapi Aira mengelak. Akhtar menggigit bibirnya. Dia memandang wajah isterinya. Dia terpandangkan dahi kiri isterinye yg memerah. Shit! Aku buat isteri aku sakit!

"Meh abang tengok dahi tu. Dah merah." Akhtar ingin maju tapi Aira makin menjauhkan diri darinya. "Jomlah kita balik. Dah lewat." Kata Aira sambil matanya terarah keluar tingkap.

Sumpah. Dia terasa gila. Fikirnya suami dapat memahaminya namun dia silap.

Sampai sahaja dirumah, Aira terus membuka pintu kereta dan mengambil barang-barang dapur di seat belakang. "Meh abang angkat. Sayang tak payah la angkat. Sayang rehat.."

Namun percakapannya hanya dibiar berlalu apabila Aira terus membawa barang-barang itu masuk kerumah.

Akhtar menyebak rambutnya kebelakang. Aih! Dia merajuk pulak..


*:・゚*:・゚


"OKAY Raqif. Esok aku hantar kau ke airport. Ni ermm Akira tahu?"

"Dia tahu aku nak balik Australia. Tapi dia tak tahu tarikhnya bila.."

Akhtar memicit batang hidungnya. "Habistu kau nak aku bagitau tak ni?"

"Tak payah lah. Dia pun macam taknak jumpa aku je. Aku okay je. Cukup kau je hantar aku. Akhmal tak sempat esok. Ada kerja katanya.."

Akhtar yang tgh memicit kepalanya itu terus matanya terkalih ke arah Aira yang..membawa bantal dan selimut? Nak kemana?

"Takpelah Qif. Apa-apa roger aku." Panggilan dimatikan.

"Sayang!" Aira buat tak tahu. Yang pasti dia nak menjauh dari suaminya. Malas nak layan dah.

"Hey baby.." Akhtar menarik perlahan lengan Aira. Sempat dia melihat dahi Aira yg masih merah. "Nak pergi mana abang tanya ni.."

Aira hanya membisu dan merungkaikan pegangan di lengannya. Akhtar berkerut. Selama ni kalau boleh pegang tak nak lepas. Sekarang dia tepis?

Akhtar mengeluh perlahan apabila melihat Aira yang duduk diatas sofa ruang tamu. "Kenapa duk kat sini? Kat sini sejuk sayang. Tidur dalam bilik la jom." Akhtar masih tak berputus asa. Dia menarik lagi tangan Aira..

Aira hanya biar. Penat la nak tepis. Pakcik ni asyik nak bersentuh saja kerjanya. Menci!

Akhtar terus melutut dan menekup kedua pipi Aira. Terkejut Aira. Memuncung bibirnya sekarang angkara Akhtar. Akhtar mencium muncung itu bertubi-tubi. Aira terus memukul dada suaminya.

"Suami tanya ni.. Kenapa tak jawab?" Langsung bibirnya menindih bibir Aira. Sangat lama ciumannya. Dan sangat dalam.

Aira hnya membiarkan. Penat siot nak bergelut. Akhtar melepaskan ciuman sambil mengesat liurnya yang terlekat dibibir Aira.

"Dah taknak bercakap dengan Abang?" Aira terus merungkaikan pegangan di pipinya. Sejurus itu dia mengambil remote TV untuk membuka movienya.

Ya, itulah tujuannya menambil selimut dan bantal. Dia nak tengok movie sehingga ke pagi esok. Yippieee.

Akhtar hanya melihat wajah bidadarinya. Alahai sayang.. Teruk benar rajuknya sampai tak layan abang..

Akhtar terus berdiri dan menaiki tangga untuk kebilik. Aira mencebik. Ceh. Macam tu je pujuk aku? Cepat sangat putus asa tu..

TBC🤍
bergaduh lagi. Asyik bergaduh je kome ni😌

VOTE AND COMMENT❤️

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

780K 32K 67
[Completed] HIRLAND Tidak. Bukan dia yang merancang tetapi takdir Tuhan yang menemukan mereka berdua. Bermula pada pergelutan kecil dipasar malam aki...
79.5K 8.9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
49K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
26K 3K 11
🦋2ND SWEET SERIES🦋 He fell first and he fell harder. Itulah Lutfan Mustaqin. Selama 3 tahun memendam rasa cinta kepada Tiara. Namun Tiara seolah-ol...