AKHTAR [C]

By tyrastory_

728K 26.3K 902

Akhtar. Bintang yang terpilih. Bintang yang cerah untuk sang gadis yang bernama Aira. Aira seorang gadis yang... More

AKHTAR - BAB 1โœจ
AKHTAR - BAB 2โœจ
AKHTAR - BAB 4โœจ
AKHTAR - BAB 5โœจ
AKHTAR - BAB 6โœจ
AKHTAR - BAB 7โœจ
AKHTAR - BAB 8โœจ
AKHTAR - BAB 9โœจ
AKHTAR - BAB 10โœจ
AKHTAR - BAB 11โœจ
AKHTAR - BAB 12โœจ
AKHTAR - BAB 13โœจ
AKHTAR - BAB 14โœจ
AKHTAR - BAB 15โœจ
AKHTAR - BAB 16โœจ
AKHTAR - BAB 17โœจ
AKHTAR - BAB 18โœจ
AKHTAR - BAB 19โœจ
AKHTAR - BAB 20โœจ
AKHTAR - BAB 21โœจ
AKHTAR - BAB 22โœจ
AKHTAR - BAB 23โœจ
AKHTAR - BAB 24โœจ
AKHTAR - BAB 25โœจ
AKHTAR - BAB 26โœจ
AKHTAR - BAB 27โœจ
AKHTAR - BAB 28โœจ
AKHTAR - BAB 29โœจ
AKHTAR - BAB 30โœจ
AKHTAR - BAB 31โœจ
AKHTAR - BAB 32โœจ
AKHTAR - BAB 33โœจ
AKHTAR - BAB 34โœจ
AKHTAR - BAB 35โœจ
AKHTAR - BAB 36โœจ
AKHTAR - BAB 37โœจ
AKHTAR - BAB 38โœจ
AKHTAR - BAB 39โœจ
AKHTAR - BAB 40โœจ
AKHTAR - BAB 41โœจ
AKHTAR - BAB 42โœจ
AKHTAR - BAB 43โœจ
AKHTAR - BAB 44โœจ
AKHTAR - BAB 45โœจ
AKHTAR - BAB 46โœจ
AKHTAR - BAB 47โœจ
AKHTAR - EPILOGโœจ
AKHTAR - SPECIAL CHAPTER 1โœจ
AKHTAR - SPECIAL CHAPTER 2โœจ

AKHTAR - BAB 3โœจ

14.4K 589 29
By tyrastory_



SETELAH selesai memberi salam dan berdoa, Akhtar terus melipat sejadahnya. Mata dikerling sekilas terhadap objek nipis di atas katil. Sejurus itu dia langsung melabuhkan punggung diatas katil dan mengambil telefon tersebut.

Terus dia membuka aplikasi whatsapp dan melihat chat yang paling atas. Terjungkit keningnya kerana mesej yang dihantarnya hanya satu tick tanda tidak sampai kepada penerima disana. Gambar profil pun hilang. Dia menggaru keningnya yang tidak gatal.

"Mana budak ni? Takkan tak bangun lagi kot. Mesej pun tak sampai. Takkan takde internet kot? Kereta punyalah mahal semalam. Takkan internet pun tak mampu nk bayar.."

Benar. Akhtar tidak terus balik semalam. Dia menunggu Aira pulang dahulu barulah dia boleh balik dengan tenang.

Akhtar memuncungkan mulutnya lalu menjungkit bahu. Mungkin dia off telefon kot. Akhtar cuba untuk positif.

Setelah selesai berfikir, dia terus turun ke dapur untuk makan pagi. Dia memang mendidik dirinya untuk bangun awal pagi. Abinya seorang yang tegas. Mana mahunya dia mendengar leteran Abinya.

Sejurus dia sampai di dapur, kelihatan kelibat Adik bongsunya di ruangan meja makan. Abinya tiada dirumah waktu ini kerana Abinya akan ke surau setiap pagi subuh. Uminya pula membantu bibik menyediakan sarapan. Walaupun sudah ada pembantu, Uminya tetap juga akan meringankan beban bibik untuk menyediakan sarapan buat seisi keluarga.

Punggung dilabuhkan di kerusi bersebelahan adiknya. Mata mengerling sekilas Uminya yang sibuk bersembang dengan bibik. Ok line clear!

"Dik..". Terkejut adiknya yang sedang menikmati Mee goreng basah tersebut. Mana tak terkejutnya kalau dah tiba-tiba ada orang tolak bahunya. Kuat pulak tu. Nasib baik tak tersembur je mee dalam mulut tu.

"Ish! Ape along ni tolak-tolak bahu adik. Nasib baik tak tersembur tau mee ni. Kalau tak mesti Umi dah marah sebab tunjuk perangai tak senonoh.."

Ya. Uminya sangat pantang anak-anaknya terlepas laku. Uminya sangat menjaga kebersihan. Pantang sungguh dia jika kotor walaupun setitik.

Tersengih Akhtar selepas dimarahi adiknya. Dia memandang sekilas adiknya sambil tangan kanannya mengambil gadjet dalam poketnya. Ternaik kening Adiknya melihat kelakuan abang sulongnya. Dah kenapa tiba-tiba je ni tersengih sengih macam kerang busuk. Ade la tu yang nk ditanya..

"Ni along nak tanye. Kenapa eh profil whatsapp seseorang tu hilang dan bila along hantar mesej je mesti satu tick je dari semalam?".

Akhtar menunjukkan chat nya ke arah adiknya sambil memuncung. Nak tergelak adiknya melihat perangai budak-budak abangnya itu. Akira memerhati dengan mata bulatnya dengan teliti.

Purfffff! Tersembur mee yang ada dalam mulut. Terbahak-bahak dia ketawakan abangnya yang tengah memuncung dan mengerutkan kening tu. Mana taknya. Dah terang-terang dah orang block. Tu pun tak tahu ke? Ish ishh..

"HAHAHAH along! Serius la along tak tahu? Along dah kene block laaa HAHAHAH dah kena reject dah pun!". Dia sambung ketawanya hingga terkeluar air matanya.

Akhtar terkejut tapi masih boleh mengawal riaknya. Diperhatikan semula telefonnya. Tertanya-tanya juga dah kenapa pulak budak ketot tu nak block ni? Dia ada salah tanya ke? Atau.. gurauan dia terlebih had?

Sedang dia berfikir, kelihatan seorang jejaka datang ke dapur dengan bergayanya.

"Holaaa my brother and my sister! Muahhhh"

Terkejut beruk Akhtar dan Akira. Mana tak terkejutnya tiba-tiba leher dipeluk dari belakang. Tercekik tau. Dahlah dapat sekaligus ciuman di bahagian pipi mereka. Akhtar membuat muka jelik. Manakala Akira dah terbiasa dengan perangai tak senonoh abang keduanya itu.

Pukkk. Haa dapat habuan dah. Bukan daripada Akhtar dan bukan juga daripada Akira. Dia terus menggosok kepalanya yang dicium senduk itu.. Terus toleh dan tersengih apabila melihat syurganya yang memandang tajam sambil bercekak pinggang.

"Kamu ni Akhmal! Suka sangat kan datang mengejut macam ni. Apadia tu? Hola? Cola? Ish bahasa ape macam tu? Kalau abi dengar macam mana? Cubalah beri salam elok-elok. Tenang lah jugak pagi Umi ni. Ni memekak je. Bingit tau telinga Umi. Haa ni dah kenapa bangun awal sangat ni? Dah dapat hidayah dah?"

Haa kan dah panjang lebar Uminya membebel. Ni yang tak syok ni. Akhtar dan Akira dah terkekeh ketawa melihat muka Akhmal yang cemberut tu. Jarang sekali nampak Akhmal bangun awal macam ni.

Biasanya Uminya akan mengetuk pintu bilik hingga nak roboh untuk mengejutkan anaknya yang tidur mati ni. Akhmal mengerling sekilas bunyi kekehan ketawa itu. Akhtar dan Akira terus ketawa walaupun Akhmal dah bagi jelingan maut.

Akhmal kembali memandang Uminya dan terus memeluk lengan uminya dan menyandarkan kepala ke bahu Uminya.

"Alaa Umi. Saje je nak gurau pagi-pagi ni. Pagi-pagi kena ceria Umi.. Orang cantik kena ceria. Barulah berseri je muka Umi nanti. Tak boleh la asyik garang memanjang." Akhmal mengenyitkan mata pada Uminya.

Uminya tercebik. Dah biasa dengan ayat manis anaknya itu. Akhmal memang bermulut manis dan suka menjawab. Tapi dengan Umi jelah.. Dengan abi..urmm.. Takpelah. Takjadi nak menjawab kalau dengan syurganya yang satu lagi tu.

Akhtar menggeleng kepala. Adiknya yang satu tu tak pernah serius. Asyik bergurau je memanjang. Dalam kalangan mereka, Akhmal sahajalah yang selalu dileteri Abinya.

Akhmal seorang remaja yang agak bebas. Maklumlal. Baru berganjak 24 tahun. Bebas melepak kesana kesini. Suka balik lewat malam. Tapi tidak la sampai melakukan sesuatu yang haram. Dia tahu halal haram dan tak mungkinlah dia sanggup menconteng arang terhadap keluarganya.

Akhtar kembali melihat telefonnya. Mana tahu kot-kot Aira membalas whatsappnya. Tapi sedikit kecewa riak mukanya apabila tiada perubahan pun whatsapp yang dihantarnya. Dia mengeluh sedikit.

Umi memandang sekilas wajah anak sulongnya. Tersenyum segaris dia melihat kekecewaan anaknya itu. Dia tahu. Mesti soal perasaan kerana jarang sekali Akhtar menghadap telefon kecuali urusan kerja..

*:・゚*:・゚

AIRA yang bergegas menuruni tangga itu terbantut apabila ada suara yang memanggil namanya.

"Nak pergi mana hujung minggu ni?". Aira terus memusingkan badannya untuk melihat gerangan suara lembut yang mengambil berat tentangnya. Aira tersenyum nipis. Baru sahaja dia ingin menjawab, gerangan tersebut terus menyambung percakapannya.

"Memang merayau je ke kerjanya? Hujung minggu merayau. Waktu kerja pun merayau. You sambung belajar tentang bisness haritu sia-sia jelah kan? Sia-sia mama dan papa hantar you tapi ini ke balasan you pada kami?"

Terus mati senyuman Aira. Aira dah agak. Mesti ada perkara yang menyakitkan hati. Sebab tu dia taknak berharap sangat. Aira terus berjalan kearah mamanya dan merapati mamanya. Aira senyum kelat.

"Manda nak keluar. Manda dah janji dengan kawan nak tengok pemandangan dekat tasik hujung sana. Tasik tu cantik.. Tenang je bila Manda tengok. Jom mama kita pergi bers.."

"Bagus. Pergi habiskan masa dengan perkara tak berfaedah. Kami yang sibuk bekerja. You asyik dengan perangai you yang suka menghabiskan masa. Suka ke ha? Suka bila sepupu you datang dan pandang serong terhadap you? Suka bila keluarga kita dicaci hanya disebabkan you Armanda?"

Belum habis ayat yang ingin ditutur, terus dia berpaling muka kearah tangga apabila ada suara garau yang menerjahnya.

Tertahan tahan suara garau itu daripada menengking anaknya didepan isteri dan pembantu rumahnya. Tangan dikepal untuk menahan amarah.

Aira menunduk. Menarik nafas dan dalam masa yg sama menyusun ayat untuk bicara seeloknya dengan ibu-bapanya. Aira mendongakkan kepala kembali. Sayu hatinya melihat riak bapanya yang tegang dan mamanya yang berkerut melihat dirinya.

"Manda dah cakap dari awal. Yang Manda tak minat bisnes tapi papa yang paksa Manda untuk kejar cita-cita papa. Armanda dah cakap yang Manda minat melukis! Itu yang Manda minat dan itu yang patut Manda belajar. Tapi papa tak pernah sekalipun nak dengar apa yang Manda harapkan."

Menitis sedikit air matanya. Dia kembali melihat kedua ibu bapanya. Dia menarik nafas dan menghela dengan perlahan. "Salah ke apa yang Manda minat ni? Hina sangat ke apa yg Manda minat? Sehinggakan papa dan mama tak pernah setuju dengan apa yang Manda minat?" Bergetar suaranya menahan sebak dihati..

Tuan Arman dan Puan Ariana memandangnya dengan riak yg biasa. Tiada sekelumit pun perasaan nak menenangkan dan memujuk anaknya.

Aira mengangguk. Riak yang biasa daripada ibu-bapanya telah merobek hatinya. Dia mengelap air matanya dengan hujung tudungnya. Dia kembali melihat ibu-bapanya.

"Manda akan balik awal harini. Assalamualaikum."

Seusai memberi salam dia terus berlari ke pintu rumah. Bamm! Aira menghempas kasar pintu rumahnya. Tuan Arman meraup wajahnya manakala Puan Ariana tersebak melihat keadaan anaknya yang baru menangis angkara mereka lagi.

Puan Ariana terus memandang suaminya. "I think you need to slow down your tune when you talk with your daughter. She's our daughter after all. You ni garang sangat..". Tuan Arman yang tadi menutup mata terus mencelik matanya dan memandang tajam isterinya.

"Kalau I tak berkeras, sampai bila bila pun dia takkan berubah. I nak dia jadi orang yang boleh membanggakan ibu-bapanya. Yang ada tanggungjawab dan fikirkan masa depan. You tengok anak you tu. Duk sibuk dengan lukisan dia tu. What the heck is that? Dia ingat dia budak-budak ke nak minat benda yang tak berfaedah macam tu." Tuan Arman meraup wajahnya sambil menutup mata.

Puan Ariana tersenyum nipis. Dia tidak boleh melawan amarah suaminya. Dia tahu dia harus berlembut kalau menghadap suaminya.

"And now what you get after you berkeras dengan dia? Dia ada perubahan tak?". Tuan Arman mencelik matanya dan kembali memandang isterinya yang tersenyum nipis. Cantik.. Masih lagi cantik walaupun dah berusia. Tuan Arman diam. Dia mengimbas kembali ayat yang ditutur isterinya tadi.

Puan Ariana bangun lalu mengusap pipi suaminya. "Hubby, I tahu you nak yang terbaik untuk anak kita. Tapi sekarang dia dah dewasa. Dia dah boleh berfikir. Boleh tak you lepaskan saja dia untuk buat ape yang dia nak hm?" Lembut sahaja pertuturan Puan Ariana ketika ini untuk memujuk suaminya yang baran ini.

Tuan Arman tersenyum. Dia tidak boleh melawan kelembutan isterinya ini. Dia memeluk pinggang Puan Ariana lalu sembamkan muka dileher isterinya itu. Dia menghirup bauan isterinya yang boleh menenangkannya. Puan Ariana tersenyum lalu mengusap rambut lembut suaminya.

"I know. Just give me some time okay? Bagi I masa untuk fikir hal tu. I cuma nak yang terbaik untuk anak kita." Gumamnya yang tak berapa jelas kerana kepalanya masih di leher isterinya. Dia kembali mengangkat kepala dan mengusap rambut isterinya. Sempat dia mengucup sekilas pipi kanan isterinya.

"Thank you sebab selalu nasihat I. Kalau you takde mungkin I dah tak boleh tahan baran I dah." Puan Ariana tersenyum nipis lalu kembali memeluk erat suaminya.

Tuan Arman membalas pelukan tersebut. Dia menutup mata seketika. Maafkan papa Armanda.. Papa faham Manda tapi papa nk yg terbaik untuk Manda..

Mak Mida yang duduk didapur tersenyum melihat majikan dia. Kemudian dia tercebik sedikit. Aih bila dia boleh kahwin ni? Umur dah lanjut tapi tak kahwin lagi. Kang aku kahwin dengan Pak Hamid karangg.. Haihhh

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

Continue Reading

You'll Also Like

457K 17.4K 58
Darel Iskandar Lee x Nayla Camelia Nayla Camelia, prinsip hidupnya, kalau nak cari teman hidup, memang dia pangkah siap-siap chinese guy! Bukan soal...
2.5K 204 10
โ•Slow update Redamancy : A love returned in full Kisah ini menceritakan tentang perjuangan seorang gadis bernama Aurora Zahra untuk mendapatkan cinta...
686K 29.3K 75
[๐‚ ๐Ž ๐Œ ๐ ๐‹ ๐„ ๐“ ๐„ ๐ƒ] โ™ก ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐๐ฎ๐š ๐Œ๐ซ๐‡๐š๐ณ๐‘๐ž๐ฒ๐ณ โ™ก โ˜…๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž + ๐€๐œ๐ญ๐ข๐จ๐งโ˜… Hezrick Xizel, seorang ketua mafia ya...
172K 6.8K 61
โ€ข romance โ€ข ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF ร— ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini...