C | Bidadari Milik Haiyan

eynaakim Γ‘ltal

683K 31.8K 3.9K

πŠπˆπ’π€π‡ 𝐙𝐇𝐀𝐑𝐄𝐄𝐅 π‡π€πˆπ˜π€π 𝐟𝐭 π‡π„π‹πˆππ€ πˆππ€π‘π€ Ini mengisahkan tentang pasangan yang ber... TΓΆbb

Introduce
Prologue I
Prologue II
BMH ⦂ 01
BMH ⦂ 02
BMH ⦂ 03
BMH ⦂ 05
BMH ⦂ 06
BMH ⦂ 07
BMH ⦂ 08
BMH ⦂ 09
BMH ⦂ 10
BMH ⦂ 11
BMH ⦂ 12
BMH ⦂ 13
BMH ⦂ 14
BMH ⦂ 15
BMH ⦂ 16
BMH ⦂ 17
BMH ⦂ 18
BMH ⦂ 19
BMH ⦂ 20
BMH ⦂ 21
BMH ⦂ 22
BMH ⦂ 23
BMH ⦂ 24
BMH ⦂ 25
BMH ⦂ 26
BMH ⦂ 27
BMH ⦂ 28
BMH ⦂ 29
BMH ⦂ 30
BMH ⦂ 31
BMH ⦂ 32
BMH ⦂ 33
BMH ⦂ 34
BMH ⦂ 35
BMH ⦂ 36
BMH ⦂ 37
BMH ⦂ 38
BMH ⦂ 39
BMH ⦂ 40
BMH ⦂ 41
BMH ⦂ 42
BMH ⦂ 43
BMH ⦂ 44
BMH ⦂ 45
BMH ⦂ 46
BMH ⦂ 47
BMH ⦂ 48
BMH ⦂ 49
BMH ⦂ 50
BMH ⦂ 51
BMH ⦂ 52
BMH ⦂ 53
BMH ⦂ 54
BMH ⦂ 55
BMH ⦂ 56
BMH ⦂ 57
BMH ⦂ 58
BMH ⦂ 59
BMH ⦂ 60
BMH ⦂ 61
BMH ⦂ 62
BMH ⦂ 63
BMH ⦂ 64
BMH ⦂ 65
BMH ⦂ 66
BMH : 67
BMH : 68
BMH : 69
BMH : 70
Epilogue
-notes for you-

BMH ⦂ 04

11.1K 579 72
eynaakim Γ‘ltal

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

SAMPUL kertas yang berwarna coklat muda itu direnung lama , terimbas apa yang terjadi semalam .

"Atuk kau kan ada ? Kenapa kau tak nak minta dekat dia?" Soal Zhareef yang merenung Helina .

Helina memandang iris mata hazel miik Zhareef sebelum dia memandang Tok Alang yang sedang bercakap dengan keluarga Zhareef.

Helina mengeluh kecil , dia sudah banyak bebankan atuk saudaranya . Berat hatinya mahu membebankannya lagi dengan perkara yang tak dia jangkakan ini.

Dia juga masih tidak rela dengan takdir yang terjadi di antara dia dan jejaka di hadapannya itu.

"Tok Cu saya tu hari-hari pergi kebun toreh getah .. Gaji pon kurang sangat, saya tak nak susahkan dia . Saya pon cuma ada dua ribu sahaja , itu pon sebab saya berniaga dekat gerai " tutur Helina sambil bermain dengan hujung lengan baju nya.

Zhareef mendiamkan diri nya seketika , dia mengeluarkan sampul kertas berwarna coklat muda dan menghulurkannya selepas memasukkan sejumlah wang tiga ribu ringgit ke dalam itu.

"Here, take this . After this I hope we don't meet each others again." Zhareef melontarkan kata-kata dari mulutnya itu.

Helina memandang sampul kertas yang terletak di tapak tangan nya manakala Zhareef pula sudah berlalu pergi ke arah keluarga jejaka itu.

Helina mengeluh panjang , kepalanya berdenyut memikirkan masalah yang dihadapinya .

"Amboi Nara , mengeluh panjang nampak?" Tegur Tok Alang yang baru sahaja pulanh dari kebun.

Terhenti lamunan Helina apabila suara Tok Alang menerpa gegendangnya itu

Helina memandang Tok Alang sebelum mengukir senyuman tipis ke arahnya . Dia menggeleng kepala nya itu.

"Tak ada lah , tok cu . Helina cuma fikirkan.."

"Fikir pasal budak si budak bandar tu ?" Teka Tok Alang yang memandang cucu saudaranya yang sudah mendiamkan diri setelah mendengar tekaannya itu.

Tok Alang tersenyum , benar lah tekaan dia . Dia melabuhkan punggungnya di tangga supaya mengambil tempat bersebelahan dengan Helina selepas menyimpan parangnya.

"Apa yang kamu fikir sampai termenung macam ni ?" Tanya Tok Alang lagi , rambut lurus yang sedikit kusut milik gadis itu di usap lembut dengan penuh kasih sayang.

"Tak ada yang serius pun , Tok Cu.. Nara cuma fikirkan Nara ni dah malukan tokcu .. Ibu pun mesti kecewa dengan Nara macam apa yang Pak Nazim katakan .. Nara pula orang yang di pandang simpati ke , Tok cu ? Duit dalam sampul ni pun Encik Haiyan yang bagi ... Nara .. Nara serba salah nak guna duit dia bagi ni.." luah Helina.

"Kenapa kamu tak minta sahaja dekat Tok cu untuk bayar denda tu?" Soal Tok Cu , Helina menggenggam sampul kertas itu .

"Nara cuma tak nak susahkan Tok cu dengan keluarkan duit yang susah payah tokcu kerja untuk bayar denda Nara sebab perkara tu sahaja" jawab Helina

Tok Alang menghela kecil nafasnya ,  budak ni memang suka berdikari sungguh

"Tak apa lah , Nara.. Duit Tok cu banyak je mampu nak tanggung kamu . Lagipun, tokcu yakin yang kamu tak buat semua itu . Tapi , kalau si Ziraf eh nama nya ? Kalau dia ikhlas bagi tu , kamu terima sahaja ya?" pujuk Tok Cu.

Helina menahan dirinya dari ketawa apabila Tok Alang tersalah menyebut nama Zhareef. Sekali dia merenung semula wajah Zhareef di sudut bayangan nya itu.

Dia tidak tahu kenapa dia terasa jejaka itu akan datang semula kepadanya lagi..

DI RUMAH AGAM KELUARGA ZHAREEF

"Kau yakin ke yang perempuan tu boleh dipercayai ? Kau nampak je dia macam baik tapi aku tak rasa perempuan zaman sekarang ni muka polos ada hati yang baik entah-entah ada udang disebalik batu je?" Curiga abang sulungnya itu , Zairul Haiyden.

"Dia anak yatim piatu , along . Duit tu pun Reef bagi sebab nak cepat langsaikan semua denda. Dia tak nak susahkan atuk saudara dia" Zhareef mula bersuara.

"Alahai , anak yatim piatu pun sampai sanggup buat muka simpati macam tu ? Aku tak rasa dia tu baik , kau tu pun kaya mesti dia pandang harta lah." Kata Zairul melepas .

"Zairul...Kenapa kamu kata macam tu dekat budak perempuan tu macam tu?" Tegur Puan Hamisyah , dia tidak suka anak lelaki sulung nya tuduh gadis yang menjadi mangsa sama seperti anak bongsunya itu.

"Maaf , bonda.." ucap Zairul lalu meraup rambutnya ke belakang , dia memandang Zhareef yang mendiamkan dirinya.

"Hmm.. kamu yakin dengan keputusan kamu , Reef?" Soal Tuan Zaihad , Zhareef memandang keluarganya itu .

"Kak Ngah tengok dia tu macam baik orangnya , tak mungkin juga budak Helina tu nak perangkap si Zhareef ni pula? Along tak tengok ke betapa serabainya budak tu tadi ? Bibir luka , mata sebam teruk dengan badan menggigilnya lagi" komen si kakak pula , Qalisha Zahirah.

"Tak ada nya ! Along rasa dia mesti akan datang minta simpati dekat Reef lagi , biasanya orang macam tu suka minta kesempatan dengan orang kaya macam kita ni. Silap hari bulan di hebohnya dekat orang luar" bidas Zairul lagi

Zhareef berfikir sejenak, mengingatkan wajah Helina yang polos itu membuatkan dirinya terfikir bahawa dia bukanlah seorang yang ingin meminta simpati.

Kepala nya sudah banyak berfikir , adakah ini kali terakhir dia akan tinggal di rumah pusaka ibu Helina? Dia terasa segan kerana dia datang hanya sebagai tetamu tetapi ini pula yang terjadi.

Jikalau orang lain tahu pasti gadis itu malu dan dihina seumur hidup . Imej keluarganya juga pasti bakal tercalar kerana ahli keluarganya adalah orang yang ternama .

"Mana tahu dia masa susah nanti dia akan datang kat kau minta duit then kau tak nak bagi then mula lah dia buat perangai ugut kau dengan kata buruk tentang kau dekat orang luar ? Kau tu doktor pakar yang terkenal juga Zhareef." Sambung Zairul lagi

Mendengarkan kata-kata abang nya itu membuatkan dia berfikir lagi walaupun otak nya sudah serabut

"Should I just marry her ? Just for a few months?" Sekian lama Zhareef menyepi, giliran dia pula membuka mulut.

"Kamu okay ke kahwin dengan si dia tu? Papa tak yakin dengan dia sangat.." tanya Tuan Zaihad entah kenapa dia terasa ragu - ragu dengan keputusan anak lelakinya itu , Zhareef mengangguk kepala nya itu.

"Bonda rasa lebih baik Reef ni kahwin dengan si budak Helina . Dia pon ada maruah dia juga . Jadi , kalau kamu setuju nak kahwin dengan dia bagitahu bonda nanti bonda boleh masuk minang dia dan korang boleh kahwin . Inshaallah tak ada siapa yang bakal tahu nanti" cadang Puan Haisya

Semua nya akhirnya bersetuju sahaja , mereka bukan tidak suka dengan Helina sebab penampilan nya tetapi takut gadis itu mengambil kesempatan sahaja .

MAHKAMAH TINGGI , IPOH

"Encik Haiyan , terima kasih sebab bagi duit untuk saya langsaikan denda ni nanti saya ganti duit awak baik ya?" Ucap Helina , dia memandang Zhareef yang berpakaian baju kemeja hitam dan seluar jeans putih.

"No need to be thankful, Helina." Balas Zhareef menolak apa yang dikatakan gadis itu .

"Tapi , saya tak nak berhutang dengan encik . Nanti saya ganti duit encik dan perlu ganti juga" kata Helina lagi .

Zhareef mengeluh sesaat , dia membongkokkan tubuhnya sehingga paras ketinggian Helina . Helina terkaku lalu melangkah ke belakang sedikit tubuh nya .

Mata mereka bertembung antara sama lain , Helina segera melarikan pandangannya.

"Kau mampu ke nak bayar ? Jangan salah faham dengan apa yang aku cuba sampaikan , kau tu pon nak guna duit untuk diri kau pon tak cukup , ni kau nak ganti duit aku ?"

Zhareef menjungkitkan keningnya itu memandang Helina yang jelas terkedu . Helina mengemam bibirnya itu .

"Saya boleh usahakan.." Helina masih berdegil ingin melangsaikan duit yang diberi Zhareef.

"Aku bagi kau 3 hari je untuk kau langsaikan duit tu . Kau boleh?" Sengaja Zhareef ingin mencabar kedegilan gadis di hadapannya itu.

Riak wajah Helina berubah mendengar cabaran dari jejaka itu .

"If kau tak boleh aku ada lagi satu cadangan, kau nak tahu?" Soal Zhareef lalu melingkarkan lengan nya ke dada nya.

"Apa dia yang lagi satu cadangan?" Soal Helina dengan pantas sambil memandang Zhareef.

"Kahwin dengan aku." Jawab Zhareef , santai . Tercengang Helina mendengar cadangan keduanya .

"Apa awak cakapkan tadi? Saya salah dengar ke?" Soal Helina dengan wajah terkejut apabila mendengar tutur kata Zhareef.

"Aku nak kita kahwin? Kau kahwin dengan aku , kau tak perlu bayarkan duit yang aku bagi tu . Tu kira halal sahaja aku bagi " kata Zhareef sambil memeluk tubuh nya itu.

"Tapi..Kenapa tiba-tiba je? Saya masih perlu jaga Tokcu .." Helina memandang Zhareef yang jelas hanya beriak tenang sahaja.

"Kau still boleh jaga tokcu kau , aku nak kau jadi isteri aku so I can help you with anything ." Ujar Zhareef lalu memandang tepat pada anak mata hitam gadis itu .

Helina mencengkam hujung baju kurung nya . Dia buntu dengan pilihan yang dilontarkan Zhareef kepada nya itu.

"Macam mana dengan Tok Cu? Saya taknak tinggalkan Tok Cu saya ... Macam mana dengan keluarga awak? Diaorang suka ke saya ? Macam .. macam mana dengan kampung saya ? Saya kena ikut awak ke? Nanti macam mana saya nak melawat arwah ibu saya?" Bertubi-tubi gadis itu menyoal.

Zhareef menyembunyikan senyuman nya itu lalu berdiri tegak semula , tidak dia sangkakan yang gadis di hadapan nya walaupun terlihat polos tetapi masih banyak yang di fikirkan nya terhadap oranh sekeliling.

"Pasal Tok Cu awak tu , kita boleh bawa dia ikut kita pergi Kuala Lumpur . Pasal keluarga saya , you don't need to worry sebab dorang alu-alukan sahaja kehadiran awak jadi sebahagian dari keluarga kami." Jawab Zhareef tenang.

"Juga , tentang kampung awak tu inshaallah kalau aku ada masa terluang aku akan bawa kau ke sini melawat kubur ibu kau, Helina" sambung Zhareef lagi .

Helina berfikir sejenak , apa yang perlu dia jawabkan dengan permintaan gila lelaki itu ? Ya ! Amat gila !

Dia memberanikan dirinya untuk memandang Zhareef yang sudah memandangnya .

"Kalau ..awak"

"Aku bagi kau masa , lusa kalau tak ada apa-apa halangan aku datang rumah kau balik . Aku harap kau boleh bagi jawapan nya. Antara bayar duit tu atau kahwin dengan aku." Percakapan Helina dipintas oleh Zhareef .

"Aku balik dulu , Assalamualaikum." Ucap Zhareef lalu berjalan pergi meninggalkan Helina di situ.

Helina terdiam , dia masih buntu dengan apa yang telah terjadi . Dia perlu berfikir secara rasional..

-to be continued-

OlvasΓ‘s folytatΓ‘sa

You'll Also Like

248K 13K 60
[ Karya Pertama ] β™‘οΈŽ For her. He signed an agreement promising to be hurts For him. She is attempting to fortify against herself They both fight but...
173K 13.5K 96
(second story) Mampukah mereka bertahan demi sebuah kebahagiaan? Dendam adalah punca retaknya sebuah kehidupan. #Plottwist
2.9M 259K 88
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
13.9K 903 13
What is mine, is mine. End of the story. Dazrin Daniel atau dikenali dengan Danz merupakan seorang peguam. Dia menegakkan keadilan tetapi keadilan se...