Pujaan Hati Mr. Pilot ๐Ÿ”ž

Per nanashahhrul

759K 17.3K 2K

Ikatan perkahwinan antara Izz bersama Areeda hanya bertahan selama 6 bulan sahaja kerana Areeda meninggal dun... Mรฉs

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
Talk Session ๐Ÿ˜œ
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
ANNOUNCEMENT !!!!!!!
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 84
BAB 85
BAB 86
BAB 87
BAB 88
BAB 89

BAB 83

4.5K 165 47
Per nanashahhrul

"ABANG! Saya ada berita gembira ni!" Bersungguh-sungguh Puan Faezah berlari ke arah suaminya yang berada di luar rumah semata-mata ingin memberitahu hal siang tadi.

Tuan Izzham mendengar segala kata-kata isterinya. Cuma, malas sahaja mahu menunjukkan sebarang reaksi.

Apabila melihat suaminya buat tak tahu aje, lantas tangannya memukul lengan suaminya. " Abang dengar ke tak apa yang saya nak cakap ni?"

" Sakit lah! Ya! Abang dengar! Yang awak ni happy semacam ni, dah kenapa? Dah macam kera dapat bunga abang tengok. Kenapa?" Soal Tuan Izzham sambil menggosok lengannya yang terasa kebas.

"Pasal Izz... Tak sangka pula dia setuju dengan plan saya nak bawa pekerja saya jumpa dia." Beritahu Puan Faezah, ceria suaranya.

Tuan Izzham tertawa sinis. " Dia memang lah turuti aje plan awak. Tapi, awak yakin ke Izz akan terima mana-mana perempuan tu? Awak rasa, kenan ke dia?" Sinis Tuan Izzham memandang isterinya.

Riak wajah Puan Faezah berubah. " Apa maksud abang?"

"Awak tak faham lagi ke? Okay, let me explain. Abang percaya kalau Izz tunduk aje dengan plan awak. Yang abang tak akan pernah percaya walaupun satu peratus, Izz akan pilih seorang antara lima orang tu untuk jadi isteri dia. Tak semudah itu, Faezah. Tak semudah tu untuk Izz buka pintu hati dia untuk perempuan pilihan awak!" Sinis Tuan Izzham lagi.

" Sorry to say! Jangan terkejut kalau Izz kecewakan awak nanti. Jangan terkejut juga kalau tiba-tiba awak bergaduh dengan Izz pasal hal ni. Again! Tak semudah itu Izz akan buka pintu hati dia untuk perempuan pilihan awak. Letak lah perempuan cantik macam mana sekalipun, letak lah selebriti sekalipun, letaklah bidadari kayangan sekalipun, kalau dia tak suka, dia tolak mentah-mentah! Izz ada hak tentukan keputusan dia sendiri!" Sambung Tuan Izzham. Terpancar emonya.

" Abang doakan saya sampai macam tu ke?"

"Nope! Abang tak pernah terlintas pun dekat fikiran untuk doakan sampai macam tu sekali. Cukup sekadar doakan yang baik-baik aje. Kalau awak tak faham juga, try to think it twice, Faezah!"

Puan Faezah terdiam. Hilang segala kata-katanya. Kata-kata suaminya itu seolah-oleh berbekas di hati.

GADIS di hadapannya itu dipandang daripada atas hinggalah ke bawah. Tangan disilang ke dada. Izz memandang lagi gadis itu. Cantik? Not bad lah. Muka macam model. Rambut yang agak keperangan hingga ke paras bahu. Berblouse biru cair dan berseluar jeans putih. Tak begitu ketat dari atas hingga ke buku lali.

Kemudian Izz pandang mamanya pula yang duduk berhadapan dengan gadis itu.

"Boleh perkenalkan diri?" Pinta Izz, selamba apabila melihat gadis itu diam sahaja.

Gadis itu mula memperkenalkan dirinya. " Nama saya, Jannah. Umur, 24 tahun. Berasal dari Pasir Gudang, Johor. Baru habis belajar. Kerja sambilan dekat butik Puan Sri. Nanti sambung belajar lagi."

" Ouh... Jannah? Sedap nama awak. Muda lagi. Belajar, ambil course apa?" Soal Izz lagi, saje mahu tahu.

" Perguruan." Ringkas gadis itu menjawab.

"Wow! Cikgu..." Puji Izz, bangga.

"Jadi, jom lah kita mulakan." Puan Faezah bersuara.

Mereka bangun lantas menuju ke arah dapur. Segala barangan untuk memasak sudah tersedia di kitchen island.

"So, ujian pertama. Memasak. Awak dah sedia nak masak?" Soal Izz.

Gadis itu mengangguk. Apron dipakai. Gadis itu mula memegang pisau. Bawang dikupas, sayur dipotong, ikan disiang hinggalah ditumis ke dalam kuali dan hinggalah makanan siap letak di atas pinggan.

Izz kagum sebenarnya melihat skil yang ditonjolkan oleh gadis cantik itu. Cara gadis itu membuat benda basic di dapur, nampak bakat dan kesungguhannya. Tapi apabila dia merasai sendiri masakan tersebut, boleh berkerut seribu lah katakan mukanya. Rasa masin boleh sampai ke tekak! Kalau hari-hari makan benda yang masin macam ni, tak ke aku ni kena darah tinggi?

Misi kedua, ketiga keempat dan seterusnya sudahpun gadis itu laksnakan. Dah tiba masanya untuk juri memberi komen pula. Amboi! Dah rasa macam jadi juri dalam acara televisyen 'Hero Oven' lah pula, nak kena bagi komen bagai.

Izz memandang mamanya di sebelah sebelum memulakan bicara.

"So, everything goes well. Sejujurnya, saya ni tak begitu cerewet pun dalam hal yang remeh macam ni. Cuma, saya ambil kisah dalam beberapa faktor. Cara awak buat semua benda basic dalam rumah, ada skil. Skil yang awak tunjuk, bagus, saya suka."

Puan Faezah sudah menguntum senyum.

" Cuma... Saya nak tegur cara masakan awak. Bukannya saya nak kata masakan awak tak sedap. Tak! Sedap sebenarnya. Tapi, tolong kurangnya penggunaan garam yang berlebihan dalam masakan. Saya fit, jaga badan, jaga makan." Sambung Izz lagi.

Gadis itu sekadar senyum dan angguk, tanda faham.

" Okay. Saya ada beberapa soalan basic yang perlu ditanya. Yang saya akan tanya pada awak dan semua gadis yang bakal berjumpa saya lain hari nanti. Semuanya takkan terkecuali dengan soalan ni. Jadi, awak kena jujur tau."

" Soalan? Erm, boleh." Jawab gadis itu.

" First question is, awak suka budak kecil tak?" Soal Izz.

" Suka! Suka sangat!" Jawab gadis itu, ceria aje suaranya.

" Nice! Second question is, awak pandai tak jaga budak kecil? Which is, yang masih bayi ke, yang kuat nangis, nakal macam tu?"

" Kenapa? Anak Encik Izzat baby lagi ke?" Soal gadis itu kepadanya.

" Eh, tak lah... Anak saya dah besar dah." Jawab Izz.

" Ouh... Kalau pasal jaga budak tu, boleh lagi. Kalau baby, saya tak pasti. Mungkin, saya jadi rimas lebih-lebih lagi bayi yang kuat menangis." Gadis itu ketawa kecil.

Izz pun turut sama gelak. Aku tak buat lawak pun, asal aku pun gelak sekali ni?

"Last question. Apa pendapat awak kan, kalau suami awak nanti, manja, kuat merajuk semua tu, awak suka tak? Saya cuma minta pendapat, perangai saya tak macam tu pun." Ujar Izz.

Puan Faezah helah nafas panjang. Dahinya ditepuk berkali-kali. Apa punya soalan lah yang dia bagi ni? Tak ada soalan lain ke yang dia boleh bagi?

"Pendapat saya lah kan, lelaki macam tu, masih belum layak untuk beristeri memandangkan dia masih manja, anak mak, tidur bawah ketiak mak! Buat malu aje lelaki macam tu! Euw! Tak sepatutnya langsung anak jantan macam tu! Bukan taste saya." Balas gadis muda itu.

Izz dan Puan Faezah terkejut mendengar jawapan gadis itu. Kemudian dia pandang mamanya sekali lagi. Pergh, ayat dia! Zappp!! Masuk dalam hati ni hah! Tiba-tiba terasa pula.

"Erm, okay. Saya rasa, sampai sini aje pertemuan kita. Saya cuma nak ucap terima kasih yang tak terhingga, sebab sudi luang masa dekat rumah ni. Saya minta maaf andai pertemuan ni, saya ada buat salah silap pada awak. Harap awak dapat maafkan. Dan, saya minta maaf juga, andai saya tak pilih awak nanti, harapnya awak tak simpan dendam pada saya." Ungkap Izz.

Kemudian gadis itu senyum. " Tak apa lah, Encik Izzat. Kalau Encik Izzat tak pilih saya sekalipun, saya okay aje. Lagipun, perjalanan hidup saya ni panjang lagi. Masih banyak benda yang saya boleh buat." Ujar gadis itu.

" Betul tu. Eh, tunggu kejap." Izz masuk seketika ke dalam rumah. Beg berwarna hitam diambil lalu dibawa semula ke luar rumah. Beg itu kemudiannya dihulurkan kepada sang gadis.

"Ini untuk awak. Khas, penghargaan daripada saya." Sempat Izz mengukir senyuman pada gadis itu.

"Terima kasih..." Ucap gadis itu sebelum melangkah masuk ke dalam kereta Myvi kuningnya.

Sebaik kereta itu hilang dari pandangan, Izz menoleh ke belakang lalu menapak ke arah mamanya.

"So, Izz... Ada lagi 4 orang." Beritahu Puan Faezah sambil menunjukkan empat jarinya.

Izz mengeluh. Adui! Empat orang tu bukannya sikit. Nak layan diorang lagi. Aduii! Pishang lah macam ni! 

SEMINGGU berlalu. Calon kedua, ketiga dan seterusnya selesai diuji. Dah rasa macam dalam program realiti televisyen 'Ujian Menantu' lah pula bila buat benda gila ni semua. Mamanya lah ni! Kalau mamanya tak buat plan begitu, seumur hidupnya tak pernah dia rasai bagaimana jadi juri pemilihan menantu semua ni.

Masing-masing tertawa besar mendengar kisah yang diceritakan Izz. Kedai makan itu menjadi riuh dengan suara mereka aje dengan adanya rakan-rakan juruterbangnya, Am, Rais, Zhaiem, Julie dan Sara.

"Pandai kau buli minah-minah tu dengan soalan kau kan? Ada aje idea buruk kau tu." Rais bersuara sambil tertawa lucu.

"Aduii... Gila lah plan mama kau ni, Izz." Kata Am sambil ketawa.

" Haah kan. Memang betul-betul tekad mama kau kali ni." Julie pula bersuara.

" Ini memang kerja gila weyh! Naya kalau silap pilih." Kata Sara pula.

" Aku ni bukan apa lah, Izz. Kau tu, nak kata tak hensem, hensem aje aku tengok. Good looking apa. Nak kata tak berharta, kerja dekat Dubai sana, dalam bank duit berkepuk." Puji Zhaiem.

" Ye lah..." Rais pula bersuara. Kemudian dia sambung ketawa.

"Haih... Entah lah... Pergi lantak lah sana. Malas dah aku nak fikir." Ujar Izz sambil tertawa.

" So, Izz. Kau dah buat pilihan ke?" Soal Rais pula.

Izz lantas menggeleng. " Belum... Aku belum buat kata putus lagi." Jawab Izz.

" Nampaknya, makan nasi minyak lagi lah kita, ya?" Usik Julie sambil mengenyitkan matanya ke arah Izz.

"Hahahah... InsyaAllah... Tak!"





Continua llegint

You'll Also Like

Demi Bahagia Mu Per rose

Literatura romร ntica

81.3K 3.7K 29
๐Ÿฅ€๐’ต๐“Ž๐’ถ๐“ƒ โ„›๐’ถ๐’ป๐’ถโ„ฏ๐“ x ๐’œ๐“๐“Ž๐’ถ ๐’ฌ๐’ถ๐’พ๐“ˆ๐’ถ๐“‡๐’ถ๐Ÿฅ€ _โ„›โ„ฏ๐“๐’ถ ๐’ฆ๐“Š ๐’Ÿโ„ฏ๐“‡๐’พ๐“‰๐’ถ ๐’Ÿโ„ฏ๐“‚๐’พ โ„ณโ„ฏ๐“๐’พ๐’ฝ๐’ถ๐“‰ โ„ณ๐“Š โ„ฌ๐’ถ๐’ฝ๐’ถโ„Š๐’พ๐’ถ_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
412K 29.8K 65
Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah ru...
812K 32.8K 93
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING) Per P

Literatura romร ntica

350K 17.8K 63
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...