❝September : Not My Soulmate❞...

Galing kay iaminnwa

11.3K 2.3K 1.3K

15+ ❝Kau tak boleh jatuh cinta dekat aku sebab aku bukan jodoh kau. Kalau tak, kau hanya dapat hidup selama 7... Higit pa

0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36

21

257 62 16
Galing kay iaminnwa

Seoyun

"Aku mohon jangan pergi" Aku mula menggosokkan kedua-dua telapak tangan tanda merayu. Air mata terus mengalir.

"Maaf. Malam ini adalah hari terakhir aku hidup. Terima kasih untuk segalanya, Joo Seoyun" Dia menoleh.

Ah sayangnya, wajahnya masih tidak kelihatan. Kabur. Tolong lah tunjukkan wajah kau sebelum aku terjaga.

"Maafkan aku" Ucapnya sebelum pergi meninggalkan aku.

Seperti biasa, aku akan menangis teresak-esak sampai terbawa ke dunia nyata. Aku membuka mata perlahan, Park Sunghoon muncul dihadapan. Tapi aku terlalu sedih untuk terkejut.

"Kenapa nangis?" Dia bertanya dengan suara yg lembut.

Aku tidak membalas sebaliknya aku mengamati wajahnya. Entah kenapa, muka Sunghoon buatkan aku teringat bayangan lelaki tidak berwajah didalam mimpi aku sebentar tadi.

Dia mengelap air mata aku menggunakan jari jemarinya. "Kau mimpi pasal apa sampai menangis macam ni?"

Tanpa berfikir panjang, aku memeluk Sunghoon dengan erat dan mula menangis dibahunya. "Kenapa kau perlu tinggalkan aku?"

"Seoyun? Apa maksud kau ni?" Dia terkejut, aku tahu melalui suaranya.

Pertanyaannya itu aku biarkan tergantung tanpa jawapan. Aku lebih memilih untuk menangis.

Selepas beberapa saat, akhirnya Sunghoon memutuskan untuk bertanya sekali lagi. "Kau okey tak ni? Mimpi buruk ke?"

Mata aku membuntang, baru tersedar sekarang aku masih berada disekolah. Tadi aku tertidur didalam kelas sebab senggugut sakit sangat. Aku tersentak sendiri saat tersedar posisi kami tidak berubah sejak tadi. Nampaknya aku peluk dia sebab terlalu terbawa perasaan.

Aku meleraikan pelukan lalu mengesat air mata dipipi.

"Kau kenapa?"

"Sorry, aku tak ada niat pun nak peluk kau"

"Ha?" Dahinya berkerut tanda tak faham.

"Aku mimpi buruk, mungkin? Tak tahu lah tapi mimpi tadi sedih sangat sampai perasaan sedih tu terbawa ke dunia nyata. Aku terbawa perasaan sampai peluk kau" Aku menggosok belakang tengkuk.

"Aku pun selalu mimpi macam tu. Kau selalu mimpi benda yg sama ke?"

Aku menganggukkan kepala.

"Hampir setiap hari aku mimpi benda yg sama. Dalam mimpi tu aku dengan dia jatuh cinta tapi malangnya dia bukan jodoh aku. Kami sama-sama berusaha untuk move on sebab siapa je nak mati kan? Tapi dia gagal dan dia pun pergi tinggalkan aku"

Alamak, aku kalau bab bercerita automatik banyak cakap.

Sunghoon melihat aku dengan kagum. Dia menekup mulut. "Biar betul? Kita mimpi benda yg sama ke?"

"Eh? Sama sangat ke?"

"Ya, tapi perempuan tu tak ada muka"

"Sama lah dengan aku tapi lelaki tu yg tak ada muka"

Aku dan Sunghoon berborak didalam kelas itu dengan sangat lama sehingga langit diluar bertambah menjadi gelap pun tidak terasa. Malam itu juga lah perasaan aku padanya semakin bertambah dan mula melampaui batas. Dan aku tahu, esok hari aku pasti akan menyesali semua ni.

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

4K 354 18
Dia lelaki yang cukup sempurna dengan adanya wajah yang tampan, berciri suami mithali dan lelaki sejati. Cukup menggoda! Tetapi masihkah hatinya ter...
1.9M 4.4K 27
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold
1.4K 241 13
SIRI HORROMANCE (ii):- _∞_VAMPIRE_∞_ Lee Heejin tersesat di suatu tempat yang sangat asing dan aneh atau lebih dikenali sebagai dimensi lain setelah...
32.4K 4.7K 31
" People said, don't judge a book by it's cover. Then why you need to judge people by their appearance? " Kwon Haneul seorang gadis dengan badan yang...