White Guardians 2

By SyuhadaNr

119K 11.9K 644

Manis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagi... More

PROLOG
1. PERUBAHAN
2. RUMAH BARU
3. PENANTIAN YANG SIA-SIA
4. WANTED!
5. EVIL BANISH
6. FIESTA KEBOM!
7. LYCRIA
8. CARI
9. HARTA KARUN
10. BERUANG PUTIH
11. LARI
12. STRANGER
NOTE
13. CARLA VS SAMUEL
14. AMARAN BUAT CARLA
15. CERMIN?
16. DUNIA BAKAL HANCUR.
17. Dark Soul
NOTE
18.BLOODY NIGHT
19. TIME PARADOX
20. THE SEEKER
21. ILUSI
22. THE GREAT ESCAPE
23. TIME ARC!
24. HOME
25. GOBLIN
26.GREEN FOREST
27. FAKE!
28. PERTEMUAN!
29. CARLA
30. VIEZ ATAU RYAN?
31. MERMAID
32. TERLUKA!
33. KUMPULAN
34. LAUTAN BERDARAH!
35. THE KRAKEN
36.SCYTHE
Note
37. ICE
38. GOFIN?
39. MELDA
40. BUTTERFLY
41. FIRE!
42. MENYAKITKAN
43. TUNTUT BELA
44. ASAP MERAH JAMBU
45. SILVANNA
46. TARGET!
47. IDENTITI
48. MENCARI JAWAPAN
49. BAYANG SENDIRI
50. SI PUTERI MALANG!
51. SI PUTERI MALANG 2!
52. ANXIOUS
53. THE LAST LIGHT
54. TERHUBUNG!
55. SUMPAH!
56. TAKLUK EICLAND!
57. SWEET MOMENTS ?
58. PERJALANAN
59. Di sebalik topeng
60. HAJAT!
61. PINTU MELDVIS 2
62. HIDE N SEEK!
63. LOST
64. LIVE OR DIE!
65. RAMPAGE
66. INTO THE DARKNESS
67. THE DARK PAINFUL ROAD FOR US
69. I'M SO SORRY
70. MESS UP!
71: THE END: CURSED EYES

68. TIME CHANGES

721 101 8
By SyuhadaNr

Irene menekan perut lalu meraba-raba. Bagaikan direnjat, dia mendesis sakit. Kemudian dia mengiring ke kanan. Terbeliak biji mata melihat Viez baring dekat di sebelahnya. Irene menahan nafas lalu menghembus perlahan. Terkebil-kebil matanya tengok muka Viez dari dekat.  Tidak semena-mena pipinya bertukar merah jambu, malu-malu.   

Dia lupa sekejap apa yang sedang berlaku. Dia mahu berbaring dengan tenang tanpa otaknya berfikir berat dan terbeban dengan duina realiti. Dia mahu dirinya bebas sekejap dari masalah yang dipikul-pikul di atas bahu. 

Wajah Viez di pandang setiap inci. Hembusan nafas dapat dia dengar. Perasaan pada lelaki itu sudah kembali mekar, cuma dia saja tak mahu mengaku! Dia juga nampak Viez berusaha untuk curi balik hatinya. Dia sebenarnya takut! Sangat takut akan datang nanti Viez terluka sekali lagi macam sebelum ini.

"Mesti kau menderita masa aku pergi dulu kan?" hidung Viez dia sentuh perlahan. Irene tersenyum kelat.

Kemudian dia terdiam lalu terkenang saat-saat dia tinggalkan Viez. Perkara itu seolah-olah masih lagi segar dalam ingatan. Sakit bila teringat balik. Tetapi apa dia boleh buat? Itu semua dah berlalu. Masa tidak boleh diputar kembali. Dia buat pun terpaksa sebab nak menyelamatkan ibunya. 

"Aku minta maaf Viez ... aku minta maaf ...." bisiknya perlahan lalu dia menggosok mata yang sudah berair. 

Mulut ditekup agar tak mengeluarkan sebarang bunyi yang boleh membuatkan Viez terjaga. Perasaan serba salah datang tidak berkesudahan. Serba salah seban sudah hancurkan hati seseorang.

"Irene, berhenti bazirkan air mata kau. Aku tak kisah pun pasal benda tu lagi." Viez bersuara.

Irene terkedu. Kedua pergelangan tangan dipegang kemas oleh Viez. Lelaki berambut perang itu sudah terjaga dari lena. Irene terdiam seribu bahasa lalu tertunduk menangung malu.

"Pandanglah aku ...."

Sengaja melarikan pandangan ke tempat lain.

"Kalau tak aku jolok biji mata kau." ugut Viez.

Terus Irene membalas dengan jelingan tajam. Viez tergelak kecil sambil menekup mulut. Lagi bertambah masam muka dia.

"Okay, aku minta maaf. Sekarang aku serius ni."

"Ah, kau ingat aku ni hiburan untuk kau gelak ke? Itu ... kau punya biji mata yang kena korek dengan aku." kata Irene bengang. Hilang perasaan malu tadi. Viez tersengih seperti kerang busuk. 

Air liur diteguk melepasi kerongkong. Irene menjarakan badan dari Viez tetapi dia ditarik terus ke dakapan! Dia kaku bak patung. Jantungnya tidak usah dicakap, memang berdegup habis!

Viez meletakkan dagu di atas kepala Irene. Tangannya pula melilit rapi di pinggang. Dia diperangkap ketat! Irene kehilangan kata-kata.  Tak tahu nak cakap apa.

"Lepas ni jom kita bina keluarga?" ujarnya lembut. 

Selepas saja soalan itu,  suasana dalam hutan terus jadi sepi. Hanya tiupan angin menggugurkan daun kering di sekeliling mereka. Irene kekal diam. Dia tergamam.

"Tak apa. Aku tunggu jawapan kau." katanya tersenyum manis. 

"Viez! Irene! Rena! Mana korang!" laungan Alice kedengaran dari jauh. Mereka berdua berbalas pandangan.

"Kami ada dekat sini!" pekik Rena tiba-tiba lantas dia bangun dari bersandar pada pokok yang hanya jarak sepuluh tapak saja.

Sepantas kilat, Irene menolak badan Viez lalu meronta-ronta nak lepaskan diri. Tahap malu kian menebal sampai muka pun turut membahang!

"Tak nak!"

"Bodohlah, jangan buat aku macam nilah! Aku pukul kejap lagi!" Irene meradang.

Sedang Viez tergekek ketawa, Irene menghantukkan kepalanya ke dagu lelaki itu. Pelukan terlerai. Viez terdiam sejenak apabila tergigit lidah, lantas Irene tolak Viez dan mengesot ke tepi.

"B-berapa lama kau ada dekat sini?" soal Irene gagap kepada Rena.

Rena mengangkat kening. "Sejak dari awal. " katanya Viez dan Irene dipandang silih berganti.

Dengan muka tak tahu malu, Viez tersengih sumbing dan berguling ke kiri ke kanan. Irene tergaru-garu pipi. Ngilu dan sakit berselang seli tiba-tiba menyerang keseluruhan badan. Dia terdiam sejenak. Perut dipegang.

"Kau okay ke? " Viez bangkit dari pembaringan. Irene balas dengan senyuman pahit.

"Jangan banyak bergerak, Irene. Badan pun lemah lagi tu. Sementara ni aku nasihatkan kau jangan guna kuasa kau dulu okay?" Rena memberi nasihat kepada Irene. 

"Tapi-"

"Ingat dah sesatlah tadi!" pekik Alice tiba-tiba dari atas pokok lalu dia terus melompat turun. Melompong luas mulut Irene. Terus lupa apa yang dia hendak cakapkan tadi. 

"Macam mana? Ada jumpa tak Erina, Ryan dan Samuel?"

Alice menggeleng perlahan. Raut wajahnya sedikit hampa. "Aku dah cari sekitar kawasan hutan ni tapi tak jumpa pun dorang pun. Silvanna minta aku balik dulu." katanya lalu duduk bersila di sebelah Irene. 

"Tak apalah, kau rehat dulu." Rena mematikan perbualan. 

Lama. Mereka buat hal masing-masing. Viez tidur kerana kebosanan. Kalau dia hendak merayap pun bukannya boleh suka-suka hati. Silvanna pun dah pesan awal-awal. Irene baring diam membiarkan Rena memeriksa dan membuka pembalut luka yang ada pada perutnya. 

"Tadi aku jumpa orang-orang kampung yang tinggal dekat dengan hutan ni." tiba-tiba Alice buka cerita, menghidupkan suasana yang sunyi sepi. 

"Kenapa? Ada apa-apa berlaku ke?" tanya Irene seraya mengetap gigi. Darah kering pada pembalut luka dipandang sambil telan air liur. Kelihatan tempat yang dirodok oleh Vladmir, merembeskan sedikit cecair merah.  

"Lycria zaman ni tak sama dengan zaman kita." Alice berkata perlahan. 

Rena diam sambil mengukir bulatan kecil atas tanah. Medan magis berwarna hijau muncul bersama segulung kain pembalut warna putih. Dia ambil, lalu menyelak sedikit baju Irene. 

Alice memeluk lutut. Dia termenung sambil berkata "Masa aku termasuk kampung itu mereka pandang aku ni macam ada buat salah besar dan benci aku sangat-sangat. Perangai mereka tu ... eh entahlah aku pun tak tahu macam mana nak cakap. Nanti kita tengoklah macam mana perangai mereka."

"Kau ada buat apa-apa ke?" soal Irene ingin kepastian. Rena angguk setuju dengan soalan Irene sebab Alice ni ada masa suka timbulkan masalah juga.

"Sumpah tak ada!" Alice siap mengangkat tangan bersumpah lagi. 

Serentak pada masa yang sama, Ryan berlari terhinjut-hinjut kerana dikejar oleh beberapa orang lelaki. Dengan keadaan yang sakit-sakit, dia tak boleh bergerak lincah. Ryan termengah-mengah kepenatan. Kaki dikerah untuk berlari.

Dia dituduh mencuri padahal dia cuma lalu saja depan kedai. Dan yang paling teruk lelaki yang menuduhnya itulah pencuri. Kebetulan Ryan ternampak, demi melindungi diri pencuri tesebut menuduh Ryan. 

"Tak guna!" katanya geram. Dalam hati memaki hamun lelaki itu. Hendak melawan pun tak boleh kerana dia tahu tempat ni ramai orang dan Ryan sedar ini dunia lampau jadi dia takut terubah masa lalu. Tiba-tiba ada seseorang tarik Ryan dan heret masuk ke dalam lorong kecil dan tersorok dari  orang lain. 

"Silvanna. Kau rupanya ...." katanya lega lantas tersandar pada dinding. 

"Kau merayap suka-suka hati kenapa?" marah Silvanna. 

"Aku cari kawan akulah." 

"Semuanya ada kecuali kau, Samuel dengan Erina. Ada jumpa mereka ke?"

Ryan meraup wajah. Sekali lagi dia berasa lega bila dapat tahu semuanya ada dan sudah tentu mereka selamat. "Aku sembunyikan sebab Samuel dengan Erina tak boleh berjalan sangat."

"Ok, bawa aku ke tempat tu. Kita kena berkumpul cepat. Aku ada benda penting nak bagitahu semua orang dan kita kena bincang rancangan."

                          Silvanna

   (Sumber dari pinterest)


Sikit je lagi gaiss nak habis. Tak panjang lagi dah 💜.

Continue Reading

You'll Also Like

388K 2K 5
Cerita ini sekadar fantasi yg mengiisahkan seorang jururawat yg dirogol dan akhirnya ketagih. Tanpa disangka suaminya yg lemah mengizinkannya untuj t...
496K 39.6K 84
Ini cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan t...
184K 2.7K 26
Konflik di mana pelbagai dugaan juga godaan yang mendatangi Sarjan Mus sebelumnya membuatkan dia lebih bersikap neutral dalam kehidupannya. Pada awal...
24K 2.3K 73
Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantai...