White Guardians 2

By SyuhadaNr

119K 11.9K 644

Manis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagi... More

PROLOG
1. PERUBAHAN
2. RUMAH BARU
3. PENANTIAN YANG SIA-SIA
4. WANTED!
5. EVIL BANISH
6. FIESTA KEBOM!
7. LYCRIA
8. CARI
9. HARTA KARUN
10. BERUANG PUTIH
11. LARI
12. STRANGER
NOTE
13. CARLA VS SAMUEL
14. AMARAN BUAT CARLA
15. CERMIN?
16. DUNIA BAKAL HANCUR.
17. Dark Soul
NOTE
18.BLOODY NIGHT
19. TIME PARADOX
20. THE SEEKER
21. ILUSI
22. THE GREAT ESCAPE
23. TIME ARC!
24. HOME
25. GOBLIN
26.GREEN FOREST
27. FAKE!
28. PERTEMUAN!
29. CARLA
30. VIEZ ATAU RYAN?
31. MERMAID
32. TERLUKA!
33. KUMPULAN
34. LAUTAN BERDARAH!
35. THE KRAKEN
36.SCYTHE
Note
37. ICE
38. GOFIN?
39. MELDA
40. BUTTERFLY
41. FIRE!
42. MENYAKITKAN
43. TUNTUT BELA
44. ASAP MERAH JAMBU
45. SILVANNA
46. TARGET!
47. IDENTITI
48. MENCARI JAWAPAN
49. BAYANG SENDIRI
50. SI PUTERI MALANG!
51. SI PUTERI MALANG 2!
52. ANXIOUS
53. THE LAST LIGHT
54. TERHUBUNG!
55. SUMPAH!
56. TAKLUK EICLAND!
57. SWEET MOMENTS ?
58. PERJALANAN
59. Di sebalik topeng
60. HAJAT!
61. PINTU MELDVIS 2
62. HIDE N SEEK!
63. LOST
64. LIVE OR DIE!
65. RAMPAGE
67. THE DARK PAINFUL ROAD FOR US
68. TIME CHANGES
69. I'M SO SORRY
70. MESS UP!
71: THE END: CURSED EYES

66. INTO THE DARKNESS

904 103 31
By SyuhadaNr

Alice memukul bahu Silvanna. Gadis itu menoleh marah. Jari Alice menunding ke langit yang bingit mengeluarkan bunyi dentuman. Rena diam membisu. 

"Kerja Vlad ke?" soal Alice.

Silvanna memeluk tubuh. Dia resah, dan berjalan ke hulu hilir. Tiba-tiba kilat jatuh bagaikan hujan dari langit bersama kilauan  dan diakhiri dengan letupan! Kemudian, berhenti sesaat sebelum halilintar turun memberi kesan dua kali ganda, walaupun jauh tetapi permukaan ais yang mereka pijak bergegar dan retak!

Alice menunduk. Permukaan ais dipandang. "Uish! Dahsyat!" perlahan-lahan kaki ditarik ke belakang.

"Hati-hati." Rena tarik lengan Alice. Takut kalau tiba-tiba jatuh. Manalah tahu dulu tempat ni laut atau gaung ke, boleh melayang nyawa dibuatnya nanti!

"Seriuslah kilat bertukar halilintar dah ni. Apa jadi dekat sana?" tergangga Silvanna mendongak.

"Ada nampak benda tu tipu ke?" lancang Alice bersuara. Silvanna memukul pinggang Alice dengan geram.

"Jangan main-mainlah." marahnya.

"Aku gurau jelah."

"Gurau tak kena tempat!"

Rena menepuk dahi. "Aih ... nak gaduh pun simpanlah dulu. Sekarang ni tempat tu dah tak jauh, kita ikut arah halilintar itu." Rena memutuskan rangkaian pergaduhan. 

Bunyi petir terus menerus kedengaran. Halilintar menyambar kuat dan tempias memercik api. Ada permukaan ais pecah hancur lalu mencair seperti aiskrim.










Alice tergangga mulut, kaki hampir melayang jatuh di tebing keruntuhan ais tetapi tangkas Rena menarik. Rekah dan terpisah jauh dengan seperti sebuah sungai besar berada di tengah-tengah. Seakan-akan Eiceland sedang mengalami keruntuhan! 

Kelopak mata Alice dikecilkan, dia tertumpu pada dua orang sedang bertarung di seberang sana. Bila diperhatikan betul-betul, nampak macam Carla! Gadis itu terbelit dengan batang pokok bunga ros berduri. Dihentak-hentaknya Carla ke bawah tanpa henti. Rena menghala pandangan tajam terhadap Flora.

"Tu macam Carla-"

Halilintar sekali lagi memancar tanpa henti. Kali ini semakin kuat kerana tempatnya sudah hampir dekat. Silvanna bergerak meninjau kawasan manakala Alice dan Rena kembali memandang Carla.

Matanya sekejap menyala merah dan sekejap kembali normal. Batang pokok habis dicantas halus. Kelopak bunga ros bertebaran di udara. Flora terduduk melutut di hadapan Carla.

"Tengok apa?" soal Silvanna minat mahu tengok sekali.

Dari jauh mereka lihat Flora mengangkat muka menatap Carla dengan penuh rasa takut. Gadis berambut jingga meneguk air liur, menanti babak seterusnya dari Carla dengan penuh debaran di dada.

Kepala terpusing laju lalu mata Flora dilihat terbelalak dan tubuhnya mula longlai. Alice memejam mata sesaat. Ngeri baginya tambah lagi aura Carla meningkat secara mendadak dan tidak terkawal.

Alice mahu ke sana tetapi Silvanna menghalang. "Jangan Alice! Aku takut dia akan bunuh kau."

"Kenapa pula? Bukan Carla pihak kita ke?" 

"Ya, tapi Carla tengah bercelaru. Dia tak pandang siapa-siapa masa ni. Takut kita jadi lawan dia nanti."

Rena mengangguk setuju lalu berkata "Kita ikut dia dari jauh, mana tahu dia cari Irene."

Mayat Flora dihumban ke lautan sejuk lalu Carla mengapungkan diri dan bergerak laju ke tempat lain. 

Pada masa yang sama, Fred memikul Melda di bahu seperti guni. Keadaan mereka sangat teruk dengan luka-luka di badan. Dia mengundur jauh  dari Irene. Dekat sahaja pasti dia akan disambar dengan halilintar dari langit! Separuh dari tempat ini telah hancur terkena. Nak bantu Vladmir pun tak boleh.

Vlad dipanah berkali-kali sehingga dia terbaring kaku dalam keadaan hangus. Irene mengambil serpihan ais lalu genggam erat,  menghampiri Vladmir yang tidak bernyawa.  Irene menyengetkan kepala, saat ini dalam kepala dia fikir satu benda saja iaitu bunuh Vladmir. 

Dia duduk meninggung. Serpihan ais yang tajam lagi berkilat itu diletak terus ke leher Valdmir. Mata Irene kosong tiada perasaan. Tanpa berfikir apa-apa dia menekan kuat menembusi leher Vladmir. Darah memencut-mancut keluar mengenai muka Irene.

Bibir dikemam sebelum berdiri tegak. Tiba-tiba kakinya dipegang kuat! Lantas dia berpaling dan mata mencerlung ke bawah.  Cepat-cepat dia pijak tangan Vladmir meleraikan pegangan.

Vladmir terbeliak memandang Irene. Tangan kiri meraba-raba kawasan leher seraya tersenyum.  Perlahan-lahan dia mencabut serpihan ais itu. Darahnya keluar dari leher mengalir dengan begitu deras!

"Ehehe ... sakit. Tapi aku suka sebab sakit ni dah macam ubat untuk aku." serpihan kaca ais dilepas. Kaki Irene bergerak ke belakang tatkala Vlad membuka langkah. 

"Buatlah apa-apa pun. Aku tetap tak akan mati kerana hidup aku kekal abadi." Vladmir tersenyum bangga. 

"Pergi matilah!" berdentum bunyi guruh lalu halilintar menyambar Vladmir dengan kuat! Kali ini tempat itu berkecai. Irene dan Vladmir terpisah beberapa meter.


"Kau dah hancurkan semuanya." Vladmir berkata. Irene jatuh ditendang dari belakang. Asap hitam membelit tubuh Irene.

Pintu gerbang Meldvis 2 kembali pulih seperti sedia kala. Irene meronta-ronta untuk melepaskan diri. Semakin dia bergerak semakin dia dibelit ketat dan akhirnya Irene tidak sedarkan diri. Vladmir membawa Irene ke pintu gerbang lalu melekatkan di tengah-tengah pintu besi. 

"Fred, cari budak yang boleh kawal masa tu." perintah Vlad. Fred melepaskan Melda jatuh ke bawah lalu menghilangkan diri.

Rantai-rantai kristal  dikeluarkan lalu merentap satu per satu batu kristal dan rantai besi dilepas jatuh begitu saja. Vladmir  mendekati satu lubang kecil berbentuk kotak di bawah pintu gerbang.

Rantai-rantai kristal digenggam hancur. Warna-warna dicampur aduk dalam satu tangan. Kemudian, dia letak dalam lubang berbentuk kotak itu.

"Apa kau buat?" Carla melaung dari jauh. Vladmir yang baru sahaja keluarkan pisau terus berpaling.

Mata merah menyala ditatap tajam. Pisau ditangan bergerak secara tiba-tiba seperti ditarik dengan medan megnet!

"Kau!" jerkah Vladmir serya memerhati Carla menyambut pisau miliknya. Berang bila dikacau!

"Lepaskan dia." Carla memutar-mutar pisau ditangan sambil melangkah.

"Hahaha langkah mayat aku dulu." bisik Vladmir muncul di belakang. Sempat dia membelai rambut putih Carla.

Carla pusing mengeluarkan auranya, terpelanting Vlad di belakang menghentam runtuhan ais. Pisau masih berpusing pada tangan. Carla tarik lelaki itu sebelum menjentik pisau menikam perut!

"Jangan cabar aku Vlad." mengeletar dia bersuara. Pisau ditusuk dalam lagi hingga tembus!

Vladmir menyeringai. Perut bolos berlumuran darah ditekup perlahan.  Darah yang membuak-buak keluar sebentar tadi seakan-akan disedut balik dalam badan. Kesan luka kembali seperti asal. Tiada luka. Badan Vladmir menjadi bersih. 

"Kau buat-buat tak tahu ke yang aku ni kekal abadi?" 

Carla mengertap gigi serentak itu Vladmir dihempas-hempas ke bawah hingga permukaan ais retak dan tengelam. Bongkah ais besar diangkat lalu Carla membiarkan jatuh melenyek Vladmir di bawah. Tidak cukup dengan itu, telekinesis Carla menekan bongkah ais dengan kuat supaya Vladmir hancur lumat!

"Irene! Tunggu aku datang ni." katanya cuba menarik Irene dari jauh. Irene melekat seperti besi magnet. Rengang sikit kemudian terlekat balik. Carla tidak putus asa, dia cuba juga tarik berkali-kali!

"Sikit lagi ...." dia berjaya tarik Irene dari gerbang pintu.

Krak!

Bongkah ais retak. Carla pusing belakang. Bongkah ais itu meledak menerbangkan serpihan ais di merata tempat! Mujur Carla dapat menghentikan pergerakan serpihan-serpihan ais dari terkena. Irene terlekat balik.

"Ah ... cukuplah main-main tu, Carla. Aku memang nak bunuh kau sejak kau khianat aku!" Vladmir berdiri seraya mengurut leher yang lenguh.

Mata Carla membulat, asap hitam membelit tubuhnya tanpa dia sedar. Sekelip mata sahaja asap hitam itu menjalar ke atas kepala menutupi hidung dan mulut. Cuma mata Carla saja dibiarkan terdedah.

"Tak putus asa kau ya?" Vladmir perasan ada bongkah ais besar di atas kepala, lalu dia meledakkan!

Asap hitam berkumpul di tangan Vladmir sebelum berubah bentuk menjadi sebilah pedang. Carla dibawa dekat. 

"Mmmphh! Mmphhh!" suara Carla tidak lepas untuk keluar kerana ditekup oleh asap hitam yang menyelubungi dirinya.

"Ini ... mungkin sakit sikit je. Selepas itu kau boleh jumpa kawan-kawan kau tu semua dekat alam lain ...." Vladmir membelai pedang hitam yang berada di tangan. Memang sudah lama Vladmir nak bunuh Carla tapi Melda melarang.  Siap beri jaminan lagi Carla berada di bawah kawalannya. Sudahnya? Melda entah ke mana dan Carla terbebas. 

Cecair merah terpercik, meninggalkan kesan tompokan di permukaan ais yang dipijak. Pedang ditarik, mengalir deras cecair merah turun ke kaki dan menitik-nitik ke bawah.

"Kenapa Fred lama sangat ni?" kata Vladmir.

Suasana berubah gelap menandakan waktu malam di negara musim sejuk. Bulan menjelmakan diri disebalik awan berarak pergi. Sepanjang hari cuaca buruk dan kini barulah menjadi tenang.

Silvanna menepuk tangan seperti menghilangkan segala kekotoran yang melekat.  Lelaki bertopeng dan Lily terbaring tidak sedarkan diri. Dengan bangga Silvanna mengosok hidung kerana sekelip mata saja dia sorang dapat tewaskan mereka berdua.

"Whoa! Patutlah aku pun hebat!" Alice kagum dan berlari mendapatkan Silvanna. Rena segera mendekati Viez, Erina, Ryan dan Samuel ditempatkan.

"Viez? Ryan? Bangun!" Rena menampar-nampar pipi mereka. Dia beralih memeriksa nadi. Lemah. Mereka semua masih lagi bernyawa.

Rena tarik kaki Viez. Sempat dia menjeling Silvanna dan Alice yang sedang bincang sesuatu. Kemudian, dia duduk bersimpuh sebelum melekap kedua tangan di atas dada Viez. Cahaya hijau menyerap masuk ke dalam badan lelaki itu.

"Rena belakang kau!" Alice menjentik debu emas dari jauh. Ia meluncur laju mengenai sasaran berada di belakang Rena. 

Fred menepis debu emas sebelum terkejut dan mengelupur sakit! Lengannya berasap seperti terbakar. Fred mendecit seraya memperbetulkan bingkai kaca mata. 

"Oh, Alice? Aku ingat kau dah mati." pandangan beralih pada Silvanna di sebelahnya. Fred mengosok lengannya yang terkena debu emas. Panas! Kulitnya macam nak terbakar!

Silvanna menyiku  Alice dari sisi. "Jangan cakap dia yang buat kau sampai nak terputus nyawa tu?" dia menjeling Fred.

Lelaki itu bergerak sikit demi sikit untuk mendekati Samuel. Alice angguk laju. Tangan mengepal penumbuk.

Silvanna bercekak pinggang. "Biar aku uruskan dia. Kau jaga diri okay?" belum sempat Alice membalas laju Silvanna menghilang. Manakala Fred tiba-tiba lesap. 

Garisan cahaya bergerak sepantas kilat di dada langit meningalkan debu-debu emas yang bertebaran jatuh. Silvanna mengejar bayangan hitam dan bunyi berdesing kedengaran setiap kali bertembung dengan Fred.  Rena mendongak. Terkebil-kebil mata melihat debu emas bertebaran jatuh.

Tumpuan Rena beralih kerana terdengar Viez memanggil nama Irene. Rena tarik nafas lega. Dia kelelahan disebabkan Viez cedera parah jadi banyak tenaga dia gunakan untuk sedarkan Viez. Dia sendiri kekurangan tenaga dan kuasa untuk berlawan. Tak pasti cukup atau tindak untuk bangunkan Ryan, Erina dan Samuel. 

"Mana dia?" perlahan Viez bangun dan duduk berlunjur. 

"Kita kena selamatkan dia. Sebab itu aku pulihkan kau dulu." 

"Hey, Viez ... bangun ikut aku cari kekasih hati kau." Alice tersengih sumbing.

Viez terpinga-pinga memandang Alice. Dia masih teringat saat-saat ditolak jatuh ke gaung. Memang masa itu nyawa betul-betul di hujung tanduk!

Bam!

Fred terhempas jatuh dengan begitu kuat! Viez, Alice dan Rena tekejut beruk. Mereka melopong pandang atas. Silvanna masih terawang-awang lagu di udara. Bercekak pinggang dengan nafas kepenatan kerana mengejar Fred!

Silvanna mencerlung ke bawah. "Puas hati aku!"  

Badan Fred berasap-asap terkena debu emas. Mengerang kesakitan dia dipenuhi luka-luka bisa yang menyengat! Fred terpisat-pisat bangun. Darah mengalir celahan bibir dilap pakai ibu jari.

"Kau ... aku tak tahu siapa kau. Sepatutnya ini antara aku dengan Alice."

"Suka hati akulah kalau nak masuk campur pun." debu emas bergumpal di tangan kanan lalu membentuk tongkat.  

Fred pula terjeling-jeling Samuel. Tujuannya untuk dapatkan Samuel tapi nasib tak menyembelahi dirinya terjumpa dengan Silvanna.  Kalau Alice mungkin dia boleh lawan. 

Fred mencampak kaca mata. Sepantas  kilat dia bertukar menjadi bayangan hitam lalu hilang! Silvanna, Alice, Rena dan Viez mula tercari-cari. Lama sebelum bayangan Fred muncul balik dari kaki Samuel!

Silvanna cepat-cepat baling tongkat emas tetapi Fred terlebih dahulu hilang membawa Samuel pergi.

"Argh, terlepas! Cepat kita kejar dia!" kata Silvanna tak puas hati. Dia turun menjejakan kaki ke bawah. Tongkat diambil.

Rena menoleh ke sisi. Sekali imbas dia tengok Erina dan Ryan yang masih pengsan. Viez berdiri lalu merengangkan badan.

"Aku jaga mereka dekat sini. Korang pergi hentikan Vladmir dan selamatkan Irene!"

Hi, semuaaaa! Sorry lambat update😭 saya lambat sebab nak tulis panjang2. Jangan risau sebab saya tak akan biarkan semua story saya tergantung mcm tu je ok. Cuma saya lambat update dan tak tentu.

Saya harap chapter kali ni okay, kalau ada apa2 komen je😚inshaallah saya balas. 😊

Terima kasih💜

























Continue Reading

You'll Also Like

18.8K 1.9K 54
Kebolehan yang dimilikinya bukanlah sesuatu yang dipinta, tetapi hanyalah satu kebetulan dan satu bala buat dirinya. Disebabkan dendam dan benci, keb...
120K 8K 36
"X... Ayah mati bukan sebab aku... Eli mati bukan sebab aku... Ianya kerana takdir... Dan sekarang takdir aku adalah untuk tamatkan riwayat kau!!!"-S...
24.1K 2.3K 73
Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantai...
302K 23.2K 90
| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya...