Pujaan Hati Mr. Pilot πŸ”ž

By nanashahhrul

760K 17.3K 2K

Ikatan perkahwinan antara Izz bersama Areeda hanya bertahan selama 6 bulan sahaja kerana Areeda meninggal dun... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
Talk Session 😜
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
ANNOUNCEMENT !!!!!!!
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86
BAB 87
BAB 88
BAB 89

BAB 49

3.7K 124 9
By nanashahhrul

Amira baru sahaja selesai menulis rekod pesakit di atas clipboard yang memgandungi beberapa helaian kertas. Lalu rekod itu terus diberikan kepada nurse yang bertugas dengannya.

"Adik macam mana hari ni? Dah okay?" Soal Amira kepada salah seorang pesakitnya yang masih berusia dalam lingkungan 10 tahun.

"Dah... Saya dah okay... Terima kasih akak doktor..." Ucap kanak-kanak itu. Bibirnya yang agak pucat itu sempat mengukirkan senyuman buat Amira.

"Sama-sama, dik... Ni memang tanggungjawab akak sebagai seorang doktor." Kanak-kanak di hadapannya itu terpaksa menjalankan pembedahan gara-gara appendix nya yang sudah pecah. Amira memandang kanak-kanak lelaki di hadapannya itu. Rambut kanak-kanak itu diusap perlahan.

"Saya minta diri dulu ye, Encik..." Ayah kanak-kanak lelaki tadi sekadar menganggukkan kepala sambil tersenyum melihat Amira. Amira segera keluar dari bilik wad itu lalu menutup pintu.

Amira berjalan sambil tersenyum apabila disapa oleh pesakit-pesakitnya. Cukup ramah. Setiap pagi apabila dia melawat pesakit-pesakit di wad, semuanya akan mengucapkan selamat pagi kepadanya. Begitu juga dengan waktu petang. Sudah hampir 5 tahun dia bekerja di hospital itu. Keadaannya masih tetap sama seperti masa mula-mula dia bekerja di hospital itu.

Dr. Jonathan baru sahaja mahu keluar dari dalam biliknya. Tujuannya hanya mahu berjumpa dengan Amira. Dah alang-alang melihat Amira sudah menghampiri biliknya, tak perlu bersusah payah berjalan ke bilik Dr. Amira.

"Dr. Amira..." Panggil Dr. Jonathan.

Langkah Amira terhenti apabila dia mendengar Dr. Jonathan memanggilnya. Dia terus menoleh ke kiri. Kelihatan Dr. Jonathan sudah berdiri di hadapan biliknya.

Amira berjalan satu langkah menuju ke arah Dr. Jonathan.

"Ya? Dr. Joe nak saya bantu apa-apa ke?" Selamba Amira bertanya. Dr. Jonathan di hadapannya itu sudah berwajah serius. Ah sudah! Ni kalau panggil aku dengan muka serius ni, mesti ada sebab?

"Tak... Saya tadi nak ke bilik awak. Tapi dah alang-alang awak lalu depan bilik saya ni, jemput lah masuk dalam bilik saya. Ada perkara yang saya nak cakap dengan awak." Arah Dr. Jonathan.

Amira sudah naik cuak. Seram sejuk. Dr. Jonathan ni nak apa? Setahun yang lepas, dia masuk ke bilik Dr. Jonathan kerana dia dinaikkan pangkat. Takkan sekarang ni dia diturunkan pangkat pula? Eee... Janganlah!

Tanpa membantah, Amira terus melangkah masuk ke dalam bilik ketua doktor di hospital di mana tempat dia bekerja sekarang ini. Kerusi ditarik perlahan. Lantas punggungnya terus dilabuhkan di atas kerusi tersebut.

"Ada apa doktor nak jumpa saya ni?" Soal Amira dengan suara yang tersekat-sekat.

Dr. Jonathan hanya memandang wajah risau Amira. Kasihan pula apabila melihat Amira begitu. Tangannya ditongkatkan ke dagu.

"Saya ada banyak sebab kenapa saya minta awak datang sini. Saya tak puas hati dengan awak." Luah Dr. Jonathan.

Amira yang tadinya hanya menundukkan kepalanya sedikit terus mengangkat wajah. Tak puas hati? Apa yang doktor ni tak puas hati dengan aku? Alahhh... Naik risau aku ni! Terserlah kegusaran di wajah Amira.

"Saya tak puas hati sangat dengan awak. Apa yang saya dapat tengok, prestasi kerja awak menurun sejak kebelakangan ni. Awak ada masalah ke, Dr. Amira?" Selamba Dr. Jonathan bertanya. Amira yang berada di hadapannya hanya mampu mendiamkan diri.

"Dr. Amira... Awak kene ingat... Pangkat awak dekat hospital ni tinggi. Saya ketua dekat hospital ni dan pangkat awak di bawah saya. Amira... Masalah persendirian dan masalah di tempat kerja tak boleh dicampur-adukkan. Awal-awal lagi saya dah pesan kan? Dan sekarang ni pangkat awak dah diturunkan atas dasar perbincangan dan persetujuan pihak kementerian. Awak tak rasa rugi ke bila awak diturunkan pangkat?" Soal Dr. Jonathan. Niatnya bukan untuk memarahi Amira, dia cuma tertekan sedikit dengan segala persoalan dari pihak kementerian kesihatan berkaitan prestasi kerja Amira. Dalam setiap pekerjaan, jika pekerja buat masalah dan sebagainya, siapa orang yang kene menjawab dengan pihak atasan kalau bukan ketua?

"Dr. Joe... Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tau saya tengah berdepan dengan macam-macam masalah sekarang ni... Tapi saya tak sangka pula benda ni menjejaskan kerja saya. Saya minta maaf sangat..." Luah Amira sambil diikuti dengan ucapan maaf berulang kali yang keluar dari bibirnya.

Dr. Jonathan hanya mengangkat tangan sedikit tanda menyuruh Amira berhenti. Dia rasa bersalah sangat. Keputusan untuk menurunkan pangkat Amira bukan dibuat olehnya, malah pihak kementerian yang mangarahkan kepadanya. Dia cuma menurut perintah saja.

"Amira... Saya faham perasaan awak. Saya minta maaf sangat-sangat... Saya cuma jalankan tugas saya aje. Kalau saya pertahankan awak, saya pun boleh hilang kerja." Luah Dr. Jonathan. Baginya, Dr. Amira adalah doktor dan pakar bedah terbaiknya di hospital. Dan pangkat Amira akan digantikan dengan seseorang selepas ini. Tapi siapa?

"Dr. Joe... Tak apa, saya faham. Ni memang salah saya pun. Saya terima semua benda ni." Kata Amira.

" Doktor... Kalau dah tak ada apa-apa, boleh saya keluar sekarang?"

" Dr. Amira... Tunggu kejap..." Tangannya sempat membuka laci yang paling atas. Dua sampul surat dikeluarkan lalu diberikan kepada Amira.

" Itu untuk awak." Kata Dr. Jonathan. Amira ragu-ragu untuk membuka sampul surat tersebut.

"Apa ni, doktor?"

"Just open..."

Tanpa melengahkan masa, Amira terus membuka sampul surat yang lagi satu. Kertas putih itu dikeluarkan dari dalam sampul. Bait per bait ayat dibaca dengan berhati-hati.

Perkara utama yang tertulis di kertas itu adalah 'Pertukaran Ke Hospital Sungai Buloh'. Mata Amira automatik terbeliak. Sungguh terkejut! Surat pertukaran ke hospital lain? Biar betul? Dia salah tengok ke ni?

"Seriously? You're not kidding me, right?"

"Ya, Dr. Amira... Saya tak bergurau dengan awak sekarang ni... Yang awak tengok tu memang betul. Started from next month, awak akan mula bekerja dekat sana."

" But, why? Saya ni tak cukup bagus ke dekat sini?" Amira sudah melenting. Suaranya yang tadi tenang tiba-tiba sahaja berubah.

"Amira... Jangan salah faham... Relax..." Dr. Jonathan cuba menenangkan Amira.

" But, why me?"

"Okay... Relax. Awak cuma dipindahkan ke sana sebab hospital tu kekurangan doktor pakar bedah. That's all..."

Amira terdiam. Fikirannya buntu. Nak tak nak, dia wajib terima arahan pihak atasan. Tak semudah itu untuk dia meninggalkan bidang kedoktorannya.

"Amira..." Panggil Dr. Jonathan. Tetapi langsung tiada sahutan daripada Amira.

" Dr. Amira..." Dr. Jonathan memanggil sekali lagi. Kali ini, baru ada sahutan daripada Amira.

"Ha, ya..."

"Awak okay ke?"

"Saya okay. Tak apa lah, saya minta diri dulu."

Amira tersenyum kelat lalu keluar dari bilik Dr. Jonathan. Dia kecewa. Kecewa sangat! Hatinya seperti dirobek. Langkah terus diatur menuju ke biliknya untuk menenangkan fikiran. Nasib baik hari ini tiada sebarang operasi dijalankan.

Amira lantas menghampiri pintu biliknya. Tombol pintu dipulas. Baru sahaja melangkah masuk ke dalam biliknya, dia melihat Dr. Alissa Maisarah sudah ada di dalam biliknya. Langkahnya terus mati.

"Buat apa dekat sini?" Soal Amira. Alissa yang berada di hadapannya sempat menghulurkan jelingan kepadanya.

"Kenapa kau tercegat dekat situ?"

Amira terus menutup pintu biliknya. Lantas kerusinya dia hampiri. Punggung terus dihenyakkan di atas kerusi tersebut.

"Apa kes semalam? Seronok sangat ke minta cerai?" Sengaja Alissa bertanya. Dia hanya mengekalkan wajah tenang. Sedangkan hatinya sudah seperti gunung berapi hendak meletus.

Amira terkejut. Tak sangka sahabatnya sendiri bertanyakan soalan sebegitu rupa.

"Betul tak apa yang aku cakap ni?"

Amira tetap diam.

"Bila aku tanya jawablah!! Betul ke tak?!" Bentak Alissa sambil menghentak meja Amira. Dia sudah menyinga.

"Kalau betul pun kenapa?" Jawab Amira. Jawapan itu sungguh menyakitkan telinga Alissa yang mendengarnya.

"Kau sedar tak apa yang kau buat ni? Kau ni isteri jenis apa? Kau dah banyak berubah tau tak?"

" Ye... Memang aku sedar apa yang aku buat ni." Jawab Amira.

" Habis tu! Kau ni dah tak ada akal ke? Kau ingat perkara cerai berai ni perkara main-main ke? Kau tak kesian ke dekat Izz tu? Kau nak ke anak kau tak tau siapa ibu kandung dia nanti?" Bertalu-talu soalan begitu keluar dari mulut Alissa.

" Kau sebelahkan aku ataupun Izz? "

Alissa melepaskan keluhan. " Mira... Aku tak sebelahkan sesiapa pun. Termasuk kau ataupun Izz. Nur Amira Farhana... Aku pelik lah dengan kau yang sekarang ni. Mana Amira yang aku kenal dulu? Kau dah banyak sangat berubah."

" Amira... Aku ni dah penat lah nak cakap benda yang sama setiap hari. Mulut aku ni dah naik berbuih nasihat dekat kau. Tapi, satu pun kau tak nak dengar!"

" Cukup!! Kalau kau datang sini cuma nak cakap hal yang sama, maaf! Aku dah tawar hati! Baik kau keluar dari bilik aku ni. Keluar!" Amira bersuara lantang. Sudahlah otaknya tengah serabut. Dengan segala masalahnya yang datang bertalu-talu. Lepas satu masalah habis, satu masalah lain pula datang.

"Okay, fine! Amira, aku ni sahabat kau. Aku ada hak tegur apa yang kau buat. Kalau aku tak tegur kesalahan kau, aku terpalit dengan dosa kau sekali! Aku tau apa yang kau buat ni untuk kau balik semula dekat Shakir tu! Cara kau ni salah! Kau tau tak, kau buat Izz tu jadi lelaki dayus! Sebab dia sanggup biarkan kau keluar dengan Shakir. Kalau kau ada dekat tempat dia, kau rasa lah sendiri sakit hati dia. Dia dah penat sangat dengan semua benda ni. Sampaikan dia sanggup jumpa aku, dia terpaksa mengadu, dia tak tahan dengan perangai kau ni!"

Keluhan dilepaskan. Alissa memang marah sangat kepada sahabatnya sorang itu. Mungkin dia memang seorang yang berani menegur Amira, tapi kalau Amanina dan Najihah mahu menegur, memang tak berani lah jawabnya!

"Haihh... Macam ni lah... Aku ni sahabat kau. Aku ada hak nasihat kau. Kalau bukan disebabkan kau ni sahabat aku, tak maunya aku nak nasihat kau. Tapi, aku ni dah penat nasihat kau. Dah naik berbuih mulut aku ni nasihat kau! Jangan bila nasi dah jadi bubur, baru kau nak rasa menyesal." Sambung Alissa lagi.

" Stop, Alissa! Aku dah tak nak dengar apa-apa lagi dari kau! Please! Get out!" Arah Amira. Tangannya diangkat lalu dihalakan ke luar biliknya.

Alissa sudah tidak tahu mahu berkata apa lagi. Nak dimarah pun tak guna juga.

"Kau halau aku? Okay... Fine! Kau jangan cari aku! Aku nak tengok, siapa cari siapa nanti! Kau patut beruntung dapat kawan macam aku, Najihah dengan Amanina. Bersyukur lah sikit!"

Cabaran daripada Alissa betul-betul membuatkan Amira terus terdiam.

Alissa terus melangkah menghampiri pintu bilik itu. Tombol pintu dipulas. Pintu dikuak hampir separuh. Dia memalingkan semula tubuhnya menghadap Amira. Sayu hatinya melihat Amira begitu. Tapi, harus bagaimana lagi? Hati Amira sudah tidak sama seperti Amira yang dia kenal dulu.

"Amira..." Panggil Alissa. Dengan wajah tidak berpuas hati, Amira terus memandangnya.

"Amira..." Jari telunjuknya terus dibawa ke kepala. " Aku nak kau fikir. Fikir balik apa yang kau dah buat ni. Aku dah tak nak halang kau. Kalau kau rasa apa yang kau buat ni betul, kau teruskan sampai habis. Kau ingat ni, aku suruh kau teruskan bukan sebab aku sokong kau. Aku cuma tak nak kau menyesal aje nanti..." Kata Alissa. Wajah Amira di hadapannya itu dipandang lama. Dia tahu, Amira mesti marah sangat kepadanya.

Alissa terus keluar dari dalam bilik itu. Pintu bilik itu sengaja dihempas kuat. Jururawat dan doktor yang lalu lalang di hadapan Alissa hanya memerhati sahaja. Namun, Alissa langsung tidak menghiraukan semua orang yang lalu di situ. Kalau nak diikutkan, panas lagi hatinya! Eiii... Geram betul dengan sahabatnya sorang itu. Setan apa entah yang merasuk sahabatnya itu?

Fara yang kebetulan lalu di kawasan tersebut hanya memerhati sahaja segala tingkah Alissa. Muka bengang sangat tu. Lantas dia terus menghampiri bilik Alissa.

Pintu bilik Alissa dibuka. Dia melihat Alissa yang sedang berkumat-kamit sendiri.

"Alissa... Are you okay?" Soal Fara, risau. Sahabatnya itu tak pernah begitu sebelum ini. Dia kenal Alissa sejak zaman sekolah menengah. Takkan dia tak tau Alissa tu bagaimana orangnya. Dia takkan naik angin atau mengamuk tanpa sebab.

Alissa hanya mengangguk sedikit kepalanya. " Fara... Aku okay aje. Aku cuma geram aje dengan kawan kau sorang tu." Selamba Alissa menjawab.

Fara sudah mengerutkan dahi. " Siapa?"

" Amira..." Jawab Alissa.

Fara blur. Amira? Takkan Amira buat hal kut. Tak pernah lagi dia dengar Amira tu bermasalah. " Amira? Kenapa dengan Amira?" Tanya Fara terkejut.

Alissa mengeluh perlahan. Dia pun tak tahu nak menjawab apa sekarang ni. Niatnya bukan untuk menjaja hal rumah tangga sesiapa termasuk Amira. Tiba-tiba dirinya diserang rasa bersalah. Ya Allah... Aku pula yang rasa berdosa...

Fara memandang tepat ke mata Alissa. Anak matanya itu sungguh mengharapkan jawapan daripada Alissa.

***

Izz duduk di atas bonet hadapan keretanya sementara menunggu abangnya, Firdaus bersiap. Firdaus kalau bersiap, memang lambat. Kalah perempuan. Jam di pergelangan tangan ditilik lama. Dah pukul berapa dah ni? Lambat betul abangnya ni! Keluhan berat dilepaskan. Tidak lama kemudian, kelihatan Firdaus menyusul keluar dari dalam rumah sambil diiringi abang-abang dan kakak iparnya.

"Buat apa lama sangat dekat dalam tu?" Selamba Izz bertanya. Sudahlah dia tunggu lama di luar rumah itu. Dekat bawah panas terik lagi tu.

"Ada lah hal sikit..." Jawab Fatehah sambil diiringi dengan senyuman.

"Patut lah lama... Open table rupanya..." Lantas jelingan terus dihadiahkan kepada abang-abang dan kakak iparnya.

"Okay lah... Kitorang balik dulu... Karang lambat sampai pula nanti." Pamit Firdaus. Lantas dia terus bersalam dengan Farrell dan Farrid serta Fatehah yang setia berada di sisi abangnya.

Izz dan Firdaus berjalan ke arah kereta milik Izz yang sudah berada di luar perkarangan rumah abang mereka itu. Pintu kereta dibuka dan mereka terus meloloskan diri ke dalam kereta.

Tali pinggang keledar sudah dipasang. Sebelah tangan Izz siap memegang stereng kereta. Pedal minyak ditekan perlahan sambil tangannya yang lagi satu melambai ke arah ahli keluarganya.

Kereta yang dipandu Izz sudah mula beraksi di atas jalan raya. Firdaus yang duduk di sebelah adiknya itu hanya mengeluh. Adiknya ini, kalau boleh dia sorang aje nak jadi hero atas jalan. Mentang-mentang bawa kereta mewah. Ya Allah... Kenapa aku jadi abang Izz? Keluhnya.

KERETA yang dipandu Izz tiba di hadapan rumah abangnya. Izz memandang abangnya di sebelahnya.

"Tak nak turun ke?" Soal Izz secara tiba-tiba.

" Kenapa?" Soal Firdaus dungu.

"Saja je..." Jawab Izz.

"Izz... Abang nak cakap sikit..." Pinta Firdaus.

"Hurmmm... Apa dia?"

Firdaus terdiam seketika. Rasa bersalah sangat kalau dia luahkan kepada adiknya itu. Bukan apa. Cuma kesian. " Abang nak..."

"Nak apa? Cakap aje lah. Janganlah berseloroh..."

" Lepas ni, abang nak Izz tenangkan fikiran Izz tu dulu. Abang sarankan, Izz pergi tempat yang tenang. Tempat yang Izz dapat lupakan masalah Izz." Luah Firdaus.

Izz sudah mengerutkan dahi. Abangnya ini kenapa? Tiba-tiba aje. " Kenapa pula?" Soal Izz, pelik.

"Amirul ada call abang tadi. Dia kata hari ni, Amira balik rumah korang. Tu pun atas dasar desakan Amirul." Jelas Amirul.

Izz senyum kelat. " Tapi, kenapa?"

"Izz...  Sebelum apa-apa jadi nanti dekat rumah tu, abang nak Izz pergi mana-mana tempat. Tenangkan fikiran tu dulu sebelum bersemuka dengan isteri Izz tu." Pesan Firdaus. Wajah adiknya itu sudah berubah riak.

" But why?!" Marah Izz. Sudah dua kali dia bertanyakan soalan yang sama dalam bahasa yang berbeza.

"Sebab abang yakin sangat bila korang berdua bersemuka nanti, mesti gaduh!" Suara Firdaus sudah meninggi.

Izz terpaku di hadapan abangnya.

" Izz... Abang suruh Izz pergi tenangkan diri ada sebab. Balik nanti, abang nak Izz bincang dengan Amira. Izz sayang Amira kan? Ni masa depan Izz, hala tuju Izz akan datang. Bincang dengan Amira elok-elok. Soal cerai semua ni bukan senang. Ni semua melibatkan agama, maruah... Abang tak nak Izz jadi suami yang dayus. Sebelum terlambat, Izz kene perbetulkan kesilapan Izz. Amira pun kene perbetulkan kesilapan dia. Jangan sampai nanti nasi dah jadi bubur, menyesal tak sudah, menangis tak berlagu. Ingat, Izz. Abang-abang Izz pesan benda yang sama sebab kami semua sayang dekat Izz."

Izz terdiam tanpa sebarang perkataan keluar dari bibirnya. Wajahnya ditundukkan ke bawah.

Tangannya dibawa ke bahu kiri Izz. Ditepuk perlahan bahu adiknya itu. " Izz... Allah takkan uji seseorang hamba di luar kemampuan hamba-hambanya. Kalau Allah beri ujian sebesar kapal Titanic dekat Izz sekalipun, itu maknanya Allah masih menguji Izz dalam batas kemampuan Izz. Abang yakin, Izz mampu tamatkan semua benda ni. Lumrah dunia memang begini. Allah maha adil. Orang baik dan jahat akan dibalas juga tak kira di dunia nyata atau di akhirat nanti. Cuma, kita manusia perlu tunggu masa aje. Izz sabar okay... Banyakkan berdoa..." Firdaus tahu, dia bukanlah penceramah ternama. Dia bukannya mahu berlagak alim atau sebagainya. Dia cuma seorang lelaki biasa, seorang abang kepada Syed Izzat Iskandar. Selagi dia mampu menasihati adiknya itu, dia takkan berhenti memberi nasihat.

Firdaus mengangkat wajah adiknya yang ditundukkan sejak tadi.

"Izz... Abang sayang Izz. Izz satu-satunya orang yang paling rapat dengan abang selain adik-beradik yang lain." Lantas tubuh Izz dibawa ke dalam pelukannya.



P/s: sorry... Hambar gaizz 😢😢😢








Continue Reading

You'll Also Like

512K 17.6K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
1.5M 48.9K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
36.2K 2.8K 53
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
33.5K 4K 15
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...