Muka ditutup. Sekejap cuma sebelum dia pandang kiri kanan mencari sesuatu. Idea dah datang ni, kena gunakan sebaik mungkin. Dia kena jalankan tugasnya walaupun dia dimalukan macam ni. Kalau tak, habis orang yang tak bersalah terpalit sama.

Sengih lebar dia bila mata menangkap kiosk kecil yang menjual aksesori. Nampak ada beberapa jenis kaca mata hitam di satu sudut kiosk kecil itu. Tak tunggu lama, kaki terus melangkah bersama troli kosong yang ditolak sekali.

Sampai di situ, Wareesa tebalkan muka senyum-senyum pandang peniaga kedai. Buat tak endah lah pandangan atas bawah atas bawah yang dia terima. Asalkan dia boleh tukarkan malu kepada cool. Heh.

Satu persatu kaca mata hitam dia belek. Macam-macam jenama copy ori yang ada. Alah. Tak perlu pun nak beli mahal-mahal sekarang ni. Yang murah sahaja boleh tukar dia nampak cool. Dan untuk merealisasikan gambaran cool itu, dia kena pilih kaca mata yang paling stylo dan mengikut trend terkini. Selalunya dia nampak orang pakai jenis bulat-bulat. Boleh lah dia pilih mana-mana yang bulat cermin dan bingkainya.

Senyum sekali lagi muncul bila dia jumpa kaca mata hitam yang memikat hatinya. Diambil kaca mata bulat itu. Dicuba pakai kemudian dia tilik wajahnya di cermin yang tergantung di situ. Senyum lagi. Ahaks! Sesuai!

 Ahaks! Sesuai!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Okey, sis. Berapa ni?"

Hehehe. Kini dia tidak malu lagi!

˚ ༘♡ ⋆。˚

BERHENTI di bahagian yang menjual ayam yang sudah siap disiang dan dibelah, Wareesa pandang setiap paket ayam yang dipamerkan di rak sejuk beku itu. List yang dipegang dipandang kemudiannya. Cuba mencari bilangan dan jenis ayam yang perlu dibelinya. Salah beli, jadi lain pula nanti.

Drumstick and Wings - 4 paket

Wareesa terangguk-angguk. Troli dilepaskan sebelum dia duduk bercangkung betul-betul di bahagian Drumstick dan Wings. Tangan mula memilih pek-pek yang terbaik. Dia teliti satu persatu sebelum dia bawa dalam pelukan. Eh, lupa tu ayam jadi dia jauhkan sedikit. Busuk nanti dia jadinya.

"Mommy look! It's a cute flying squirrel!" Kaku terus tangannya bila telinga menangkap jeritan seorang kanak-kanak cina dari arah belakangnya.

Ayo, adik. Janganlah ingatkan kakak apa yang kakak dah hampir lupa. Ni buat jatuh merudum konfiden diri yang mencanak naik masa mula-mula dia sarung kaca mata hitam tadi.

"Can I take a picture with it?"

Membulat mata Wareesa. Serius lah adik? Nak suruh dia jadi badut pula ke? Buatnya mula-mula seorang, pastu datang lagi seorang, kemudian lagi seorang, mahu kena halau dia dengan security guard. Tiba-tiba jadi penghibur pasaran. Ha... Tak jadi beli barang kalau macam gitu gayanya.

"Jangan lah mommy you bagi, adik. Sis tak nak!" Bisik Wareesa perlahan. Dia bangun dari cangkungannya sebelum empat paket Drumstick dan Wings dimasukkan ke dalam troli. Buat-buat tak dengar dan tak nampak aje apa yang ada di sekilingnya. Sekarang masanya untuk sibukkan diri dengan list barang di tangan. Banyak lagi weh.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now