N76

2K 274 99
                                    

MENGAH buat tangan Wareesa laju sahaja memaut penghadang yang berdekatan. Naik turun dadanya menangkap nafas. Sesekali, peluh yang merinik di dahi dikesa dengan belakang tapak tangan. Bila dah rasa kurang cungap sedikit, Wareesa menoleh ke belakang. Lihat Waseem yang rileks sahaja menunggunya tanpa banyak bunyi.

Tak mampu dah, Wareesa jatuhkan duduk. Tak peduli jika seluarnya tercemar dek tanah. Dia penat! Mimpi apa entah Waseem ajak dia jogging subuh-subuh begini!

Melihat Wareesa yang dah terduduk lelah, Waseem senyum sebelum dia ambil duduk di sebelah Wareesa. Seperti Wareesa, dia tidak peduli juga jika seluarnya kotor. Asalkan di sebelahnya ada isteri semanis Wareesa.

Ehem.

Diam, Waseem memandang Wareesa. Jelas isterinya itu masih lelah. Tercungap-cungap. Melihat itu, auto tergeleng kepala Waseem. Lucu dengan Wareesa. Mereka tak habis pusing separuh taman pun lagi. Tapi lelahnya macam dah pusing satu taman ini sepuluh kali.

"Penat sangat isteri Seem ni." Kata Waseem. Duduknya dibetulkan bagi rapat dengan Wareesa sebelum lembut ditarik badan Wareesa agar si isteri dapat bersandar padanya.

Wareesa hanya diam sahaja. Wajahnya masam mencuka, sedikit tidak puas hati dengan kata-kata Waseem tadi. Namun, tetap juga dia bersandar pada Waseem. Rugi kalau merajuk tengah-tengah lelah begini.

Senyum Waseem bila rasa sandaran Wareesa di lengannya. Tanpa kata, tisu dikeluarkan dan peluh yang masih tersisa di dahi Wareesa dilap perlahan. Sesekali, wajah memerah Wareesa dicuri lihat.

"Awak ni buang tabiat tau ajak saya jogging pagi-pagi macam ni." Kata Wareesa. Dia dah duduk tegak. Nafasnya dah kembali stabil.

Waseem senyum sahaja.

"Sihat kan?" Pendek sahaja balasan Waseem, buat Wareesa mencebik.

"Penat lah. Orang ngantuk pun tak hilang lagi." Rungut Wareesa. Terbayang semula dalam kepala bagaimana mereka boleh berada di taman subuh-subuh begini.

Usai solat Subuh, Wareesa rebahkan badan di atas sejadah. Dia berseorangan kerana Waseem awal-awal dah keluar pergi solat bersama Tuan Fauhad di surau. Ingat nak sambung tidur sebab semalam tak boleh tidur. Tak lena tidur dengan Waseem di atas katil yang sama. Dah lah pelik-pelik perangai lelaki itu semalam.

Menakutkan.

Selepas Waseem ucap "tumpang lalu", terus dia bangun dari katil dan berlari keluar dari rumah kecilnya. Niat nak tidur di situ batal! Sangat-sangat ngeri. Sudahnya, bilik baharunya juga yang jadi tempat beradu.

Tahu-tahu, Waseem masuk bilik dengan tawa kecil yang tak sudah. Dia yang berselubung bawah selimut hanya mampu tahan rasa malu dan takut yang berbaur jadi satu. Mujur selepas itu tiada apa-apa yang berlaku. Waseem behave dan dia berjaga-jaga.

Pagi itu, bila Wareesa nak ganti tidur yang kurang lena, Waseem dah ganggu semula. Sibuk duk mencucuk-cucuk pipi. Sampai pasrah nak sambung tidur. Campur malu sebab Waseem ikut baring di sebelahnya juga.

Ada sahaja akal lelaki itu mahu lihat pipinya bertukar merah.

"Kenapa?" Soal Wareesa. Telekung di kepala dibetulkan.

Waseem hanya diam sahaja. Lihat sila Wareesa, perlahan-lahan dia merapat sebelum selamba dia rebahkan kepala di ribaan Wareesa. Kaku terus badan isteri mudanya itu. Muka tak payah cakap. Memang merah!

"Err..." Wareesa hilang kosa kata. Mata dah melilau. Tak boleh tunduk sebab terus tembung dengan mata redup Waseem.

Lelaki ini memang lah! Jangan lah selamba sangat!

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now