N83

1.9K 273 94
                                    

BUNYI kicauan burung membangunkan Waseem dari lenanya. Tercelk-celik mata memandang tingkap yang sudah terbuka luas. Nyaman udara pagi memenuhi ruangan bilik, buat Waseem tersenyum kecil. Makin tersenyum kecil bila membayangkan Wareesa berada di sebelahnya. Lantas, tangan laju meraba bahagian tepinya namun senyum mati bila terasa ruang di tepinya kosong.

Waseem menoleh. Terkebil-kebil mata memandang ruang yang sudah kosong di sebelah. Laju terus Waseem bangun dari baring. Tercelik-celik mata memandang sekeliling, mencari raut wajah seseorang yang bernama isteri.

Hela nafas lemah, rambut diramas perlahan. Selalu sangat dah dia bangun-bangun Wareesa tiada di sebelah. Baru rasa nak bermanja dengan isteri sebulannya. Tapi, hampa! Wareesa sangat pemalu sampai kadang nak tentang mata dengannya pun segan. Jauh sekali nak memeluknya.

"Haih. Nasib badan." Duvet diselak sebelum katil dikemas sendiri. Tak mahu menyusahkan Wareesa nanti. Kesian isterinya itu. Banyak kerja nak kena buat, lebih-lebih lagi mereka sekarang berada di rumah keluarga Waseem. Pasti lah mahu jaga air muka sebagai seorang menantu kan, walaupun terang-terang Ibu Ayunin suka sangat dengan Wareesa.

Bila teringat interaksi Wareesa dengan Ibu Ayunin, Waseem tidak dapat elak diri dari melorek senyum lebar di bibir. 

Setiap kata Wareesa.

Setiap gerak tubuh Wareesa.

Setiap tawa Wareesa.

"She's beautiful." Spontan Waseem memuji Wareesa. Dalam kepala pun, penuh dengan Wareesa. Buat Waseem malu sendiri dan mula meraup wajahnya yang terasa hangat.

"Angau dah kau ni, Seem." Omel Waseem sambil ketawa kecil. Kerja mengemas kecil diteruskan lagi dengan senyum yang masih tertempel cantik di bibir. Kadang tu, siap ketawa kecil.

Benda boleh siap 5 minit, nak jadi 15 minit sebab perangai angau tak sudah Waseem.

Selesai, langkah kaki dibawa menuju ke tandas. Tak lupa untuk dia bawa tuala bersama. Nak mandi. Nak wangi-wangi. Nak handsome-handsome. Nak jumpa Wareesa, orang istimewa dalam hidupnya. 

Dan dia nak jalankan misi hari ini! Misi memikat isteri!

*💐 ੈ♡

KERIUHAN di dapur buat langkah kaki Waseem jadi makin laju menuruni tangga. Bila dengar suara tawa Wareesa, laju kaki melangkah beberapa anak tangga. Dada pun dah berdebar semacam, mahu jumpa si isteri yang manis ketawa di sana. Suara pun dah manis, apatah lagi bila lihat sendiri tawanya. Bisa cair!

Sampai di pintu dapur, Waseem tidak terus menyapa. Bahkan dia menyorok sedikit di balik dinding sambil mata tertumpu lurus pada seraut wajah manis Wareesa. Melihat Wareesa berbual mesra dan kadang mengusik Ibu Ayunin buat badan Waseem auto bersandar pada dinding.

Waseem cair.

Kepala terjengul kembali di sebalik dinding, mencuri lihat semula isteri kesayangannya. Dan mungkin terasa diperhati, Wareesa menoleh dan bila mata mereka bertembung, Waseem terus angkat tangan dan melambai kecil.

"Hai, sayang." Ucapnya perlahan.

Gerak bibir yang dapat dibaca itu buat Wareesa malu sendiri. Kalut pandang Ibu Ayunin semula.

Ibu Ayunin yang melihat Wareesa tiba-tiba tak keruan di hadapannya, terus kerut dahi. Kepala terus menoleh ke arah yang Wareesa toleh tadi. Semerta, bibir menarik senyuman.

Waseem masih belum lepas memandang Wareesa. Itu yang tak perasan Ibu Ayunin sudah tergeleng-geleng perlahan.

"Buat apa kat situ Waseem Ahda?" Ibu Ayunin menegur. Jongket kening dua tiga kali. Mata pula memandang Wareesa dan Waseem silih berganti, bagai mengusik dalam diam.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Onde histórias criam vida. Descubra agora