N9

2.4K 323 33
                                    

EMPAT petang tepat, semua kelas yang perlu dihadiri pada hari ini tamat. Sengaja mahu jadi orang yang paling akhir sekali keluar dari dewan, Wareesa keluarkan telefon dan aplikasi Instagram dibuka. Hampir sepuluh minit begitu baru lah dia sangkutkan tote bag pada bahu sebelum kaki mengorak keluar meniggalkan dewan kuliah.

Pintu ditutup rapat dan laluan menuju ke tangga Wareesa ambil. Pandang kiri kanan, memang lengang dengan manusia. Boleh lah kira dengan jari berapa orang yang dia nampak sejak keluar dari dewan. Turun tangga, lagi lengang. Dan bila habis tangga dituruni, dan dia pun ada di pintu masuk fakulti, kaki terus melekat pada lantai, tidak bergerak ke mana-mana. Dia berkira-kira sama ada mahu balik ke rumah atau melencong ke tempat lain dahulu.

Telefon dibawa keluar sebelum sebelah tangan lagi menolak pintu fakulti. Bagi dia keluar dahulu lepas tu, baru dia akan buat keputusan.

Sambil berjalan entah ke mana, Wareesa buka aplikasi WhatsApp. Beberapa mesej yang masuk dibaca sahaja tanpa dibalas.

Bukan takde mood atau apa. Cuma, dia memang begitu. Mesej yang penting sahaja yang dia akan balas. Mesej yang macam: hi, sihat? Jom makan? Sama sekali dia tidak akan layan. Kita busy, awak. Habis kelas, balik dan rehat lima minit. Lepas tu, terus kena bekerja untuk tampung keperluan hariannya.

Awak rasa saya ada masa ke nak setting masa untuk jom makan? Takde, weh.

WhatsApp daripada Yara buat langkah Wareesa mati. Tersengih dia membacanya. Marah Yara dengan kejadian tadi? Sama sekali tidak. Yara tak salah. Yang salah dirinya sendiri sebab tak pernah nak bertenang kalau berhadapan dengan Encik Crush. Kalau pun dia bukan dengan Yara masa itu, dia akan beriak sama juga walaupun orang itu menghalangnya ataupun tidak.

Yara
Sorry, Wareesa Jameela! Lepas ni buat lagi!

Menggeleng kecil dia sebelum kaki mengatur langkah semula. Angka jam di skrin telefon dia pandang. Lagi dua puluh minit nak masuk waktu Asar. Elok juga kalau selepas Asar sahaja dia balik. Buatnya kalau dia balik, lepas tu disuruh macam-macam oleh majikan, tak ke lambat solat dia nanti? Lagipula, memang dah maklum yang waktu bekerja dia bermula dari 5 petang kalau dia ada kelas petang.

Nombor Pak Cik Xiu didail. Tak lama pun. Setakat nak beritahu boleh ambil dia selepas Asar sahaja. Bila dah sampai, boleh telefon dia. Nanti dia keluar. Itu sahaja. Mudah. Dan sekarang, dia boleh ke surau untuk buat persiapan solat Asarnya lebih awal.

Kawasan surau tiada orang. Hanya ada dia. Masuk di ruang solat wanita, Wareesa ambil tempat di bahagian belakang, sebelah rak buku yang menempatkan bahan bacaan Islamiyah. Bersandar pada dinding seketika sebelum dia lunjurkan kaki, nak legakan urat-urat kaki. Lenguh.

Seketika Wareesa pandang kosong telefonnya. Lebih kurang lima minit begitu sebelum telefon itu dihidupkan.

Menyala sahaja skrin, Wareesa slide to unlock. Selepas itu, aplikasi Instagram dibukanya. Tekan pada ikon kanta pembesar, Wareesa teragak-agak mahu melakukan pencarian di situ. Sekejap-sekejap, telefonnya jatuh. Dan kemudian tidak lama, dia angkat pula telefon merapat ke wajah.

Sudahnya, dia mengeluh lemah. Penat dengan diri sendiri yang gelenyar tak sudah.

"Apa masalahnya? Orang tu bukan ada depan kau pun. Kau nak tengok akaun dia aje! Jangan gedik lah!" Usai berkata begitu, pipi ditampar perlahan. Kemudian, telefon diangkat kembali dan mula lah jari-jari bergerak laju menekan papan kekunci.

waseem.ahda

Tak perlu tunggu lama memandangkan  plan data internetnya paling laju, sekejap sahaja laman akaun lelaki itu muncul.

"Nama dia Waseem." Perlahan aje suara Wareesa mengungkapnya.

"Waseem Ahda. Sedapnya." Tersenyum bibir.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now