N19

1.9K 298 64
                                    

BEG-BEG kertas yang penuh di tangan kanan dan kiri buat langkah Wareesa jadi lambat. Niliyyah dan Hayyan yang seronok berjalan beriringan di hadapannya dipandang penuh geram.

Sakit hati betul dia dengan dua beradik ini. Langsung tak peduli dengan tangan dia yang dah penuh dengan barang mereka berdua. Itu pun masih belum puas lagi nak. Tengok! Sekarang mereka berdua dah masuk ke dalam kedai lain pula. Ya Allah! Geram betullah dia dengan dua makhluk ni!

"Cepat lah sikit berjalan, Reesa! Terhegeh-hegeh!" Niliyyah menjerit selamba dari depan pintu kedai. Wareesa yang sudah berhenti itu dipandang penuh sebal. Suruh bawa beg-beg kertas aje. Itu pun nak lambat macam siput! Tak faham betul.

Hayyan yang ada di sebelah Niliyyah hanya memandang kosong Wareesa. Dalam hati dia dah bersorak gembira melihat kesusahan Wareesa. Biar dia ajar sikit gadis itu tentang hal semalam.

Berani-berani sahaja Wareesa tumbuk dia, biarkan dia ditumbuk kemudian hilang tanpa jejak semalaman. Tup tup, pagi tadi dah tiba di rumah dengan senyum elok tertempel di wajah. Jangan harap dia nak biarkan lama-lama senyum itu ada di situ. Selagi bengkak di pipi tak surut, selagi tu Wareesa tak boleh senyum gembira.

Kecil besar, kecil besar Wareesa pandang mereka berdua. Kalau lah dia ada super power seperti Gopal, dah lama dia tukar dua beradik itu jadi jeli. Lepas tu dia sepak-sepak biar hancur lembik! Huh!

"Masuk dulu lah, Nil. Nanti dia sampai lah tu." Tanpa belas Hayyan menutur kata sebelum dia tarik masuk Niliyyah bersamanya ke dalam kedai itu. Bagus juga Niliyyah memilih kedai ini. Dia pun ada barang yang nak dibeli. Kalau tidak, penuh aje tangan Wareesa dengan barang-barang Niliyyah.

Melihatkan dua beradik itu dah hilang masuk ke dalam kedai, Wareesa terus lepaskan beg-beg kertas yang dipegangnya. Pedulikan lah isi dalam beg-beg kertas itu mahal atau tak! Dirinya lagi mahal tau daripada barang-barang itu semua.

Kalau tangannya patah macam mana? Terkehel lepas tu lambat baik macam mana? Kalau barang-barang ini rosak, senang sahaja. Hanya buang. Kalau dia yang sakit? Mahu dibuang juga ke?

Wareesa rasa nak sepak-sepak sahaja beg-beg kertas yang dah bertaburan di lantai. Tapi, bila melihat mereka yang lalu lalang berhampirannya mula memandang ke arahnya dengan pandangan yang pelik, terus terhenti kakinya nak menyepak. Dia tak nak kena cop pelik sekali lagi. Cukuplah oleh Encik Crush seorang sahaja.

Wareesa mula melutut di situ. Beg-beg kertas yang bertaburan itu dikutip satu-persatu dan disusun dahulu dengan teratur. Sambil itu dia kira jumpal keseluruhannya. Hampir lima belas buah.

Gila betul! Patut sahaja dia rasa tangannya macam nak patah! Setiap satu beg punya barang yang boleh tahan beratnya. Niliyyah sekali masuk, beli dua tiga barang juga! 

"Eee, geramnya aku!" Omel Wareesa sendirian. Pandangan orang terhadapanya langsung tidak diendahkan. Rasa geram lebih lagi daripada rasa malu.

"Dah lah gunakan aku! Lepas tu, jadikan aku kuli. Lepas tu selamba aku terhegeh-hegeh. Hei! Fikir lah aku terhegeh-hegeh sebab siapa sekarang ni? Sebab barang tak perlu kau ni! Berlambak baju, beg, kasut yang tak diguna lagi, ni nak tambah lagi! Membazir!" Membebel dah Wareesa di situ. Sambil itu, payah dia ambil satu persatu beg-beg itu masuk dalam genggaman. Yang tak muat di tangan, dia sangkut di lengan pula. Hish!

"EEE!!!" Wareesa tak tahan. Payah sungguh yang dia rasakan sekarang ini. Sekali lagi dia lepaskan semua beg-beg kertas itu ke lantai. Bertabur sekali lagi.

Tak peduli dah orang nak kata apa, terus dia menumbuk dan menyepak kosong ke udara. Bayangkan dua beradik itu dibelasah dan disepaknya  begitu dalam kepala.

Geram! Geram! Geram! Tambah geram sebab dia tahu apa akibatnya kalau dia larikan diri. Habis laporan akan sampai kepada Tuan Fauhad dan Cik Puan Tihani. Nanti Tuan Fauhad sedih dan Cik Puan Tihani akan tak sudah-sudah cari pasal dengannya sebab buat anak-anaknya susah. 

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Où les histoires vivent. Découvrez maintenant