N55

1.8K 291 93
                                    

PANDANG kiri kanan, Wareesa, Cik Zee, Sara dan Fara pastikan line clear. Wareesa baru selesai mandi di bilik Cik Zee dan sekarang dia perlu kembali ke rumahnya untuk kembali jalankan hukumnya. Betapa payah keadaan mereka tiga hari ini. Cik Puan Tihani pun, entah sampai bila nak beri Wareesa perintah berkurung begini. Bukan libatkan Wareesa seorang sahaja, malah tiga orang yang lain. Haih! Menyusahkan.

Bila pasti betul-betul tiada siapa di runag itu, penuh berhati-hati Wareesa ambil langkah. Terhinjut-hinjut namun Cik Zee sedia membantu. Sara dan Fara pun. Dua gadis itu sibuk jaga line di pintu masuk dapur. Walau memang jarang akan ada yang turun seawal jam 5 pagi ini ke dapur, tapi erjaga-jaga itu perlu.

Arahan Cik Puan Tihani kut. Siapa yang berani ingkari? Kalau rasa nak balik kampung tanam jagung, boleh lah cuba-cuba ingkar.

"Cik Zee minta maaf Reesa sebab Cik Zee tak dapat buat apa-apa." Bicara Cik Zee saat Wareesa dipapahnya. Wareesa dipandang penuh sayu. Makin sayu bila lihat wajah Wareesa yang tersenyum dalam dia cuba menyembunyikan sakitnya.

"Takde apa lah Cik Zee. Cik Zee doa untuk Reesa kan? Itu dah cukup-cukup membantu." Ayat untuk senangkan hati risau Cik Zee, Wareesa lemparkan dengan ceria.

Sudah -sudah lah dia susahkan Cik Zee. Dia dah rasa serba salah sangat dah ni.

Cik Zee senyum. Tapi, senyumnya perlahan-lahan hilang bila lihat wajah Wareesa yang menahan sakit. Rasa serba salah muncul. Entah macam mana dia nak bantu gadis malang ini. Seluruh tubuh Wareesa punya lebam. Dia nak memapah pun tak berani hendak pegang kuat-kuat kerana tahu di mana-mana pun ia sentuh, Wareesa akan rasa pedihnya.

"Cik Zee minta maaf sangat-sangat." Ucap Cik Zee sekali lagi seraya melepaskan peganggannya daripada lengan Wareesa. Tangan gadis itu digenggam erat kemudiannya.

Wareesa senyum dan menggeleng kecil.

"Terima kasih, Cik Zee. Cik Zee jangan sedih-sedih. Reesa janji Reesa akan kuat. Okey?" Wareesa memujuk lagi. Tangan Cik Zee dikucupnya penuh kasih dan kemudian dia senyu buat wanita tua itu.

Cik Zee mengangguk dan kembali mengawasi langkah Wareesa yang masih terhinjut-hinjut kecil. Bila agaknya bengkak di tulang kering itu akan surut. Risau dia. Bukan setakat bengkak. Warna lebamnya pun dah unggu kebiruan.

Pernah untuk dia cadang Wareesa ke klinik. Pastinya secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Cik Puan Tihani, tetapi bersungguh Wareesa menolak. Katanya tak nak orang sekelilingnya ambil risiko yang besar semata-mata kerana dia. Haih. Sedih hati tua ini mendengar. Dalam diri yang tak berapa nak terurus dan sihat pun, Wareesa masih tetap memikirkan orang lain. Sungguh Cik Puan Tihani tidak layak mendapatkan anak buah sebaik Wareesa. Sungguh!

"Cik Zee, tolong bukakan pintu dapur ni." Permintaan Wareesa menyentakkan Cik Zee.

Tanpa lengah, Cik Zee terus membantu. Dilepaskan pegangan tangan Wareesa dan tombol pintu dipulas. Wareesa pula menanti dengan sabar. Hanya dipandang Cik Zee yang sibuk membuka mangga dari grill.

Cik Zee tersenyum sebai sahaja grill dibuka luas buat Wareesa. Tangan kembali menggenggam erat tangan Wareesa. Sedikit sahaja sebelum Wareesa akan sampai ke rumahnya semula.

Kaki masing-masing melangkah. Namun satu suara mengakukan pergerakan semua. Baik Wareesa mahupun Cik Zee.

"Reesa?"

Wareesa telan air liur. Cik Zee pula dah menoleh ke belakang dengan tangan disatukan rapat ke depan. Kepala pun tunduk pandang lantai bak seorang pesalah.

"Reesa? Is that you? Kan Kak Fara?" Suara Hayyan yang bertanya buat Wareesa pejam mata serapat-rapatnya. Habis dah kantoi. Macam mana Fara boleh cuai ni?

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄حيث تعيش القصص. اكتشف الآن