N82

1.7K 226 36
                                    

SAMA-SAMA berjalan ke lobi fakulti, Wareesa melambai kepada Yara yang sudah minta pamit dahulu. Kawannya itu kena pergi ke kedai photostat untuk cetak beberapa kerja yang perlu disiapkan. Dan memandangkan Wareesa terpaksa tunggu Waseem untuk datang, niat untuk menemani Yara terpaksa dibatalkan.

Diam Wareesa menunggu Waseem yang ingin mengambilnya. Kata Waseem, dia mahu bawa Wareesa pergi dating sementara menunggu kelas mereka yang seterusnya pada jam 3 petang. Menjadi Wareesa, walau sudah menolak banyak kali, Waseem pasti berjaya dahulu memumujuknya untuk bersetuju.

Tersenyum kecil Wareesa bila ingat cara Waseem memujuk. Tak tahu lah. Nak kata goda pun boleh, nak kata pujuk pun boleh. Yang pasti, Waseem gedik.

"Mana dia ni?" Soal Wareesa. Fail dibawa rapat ke dada sambil mata mengerling jam tangan. 

Sedang Wareesa menunggu, telefonnya berdering minta diangkat. Tanpa lengah, alat komunikasi itu dibawa keluar dari poket baju kemejanya sebelum skrin telefon digesek. Senyum dah terbentuk.

Siapa aje yang boleh buat dia tersenyum begini? Waseem Ahda seorang sahaja.

"Assalamualaikum."

"Assalamualaikum, sayang."

Serentak mereka memberi salam. Buat masing-masing lepaskan tawa kecil.

Dalam hati, Wareesa menjawab salam Waseem sambil telinga dihalwakan dengan balasan salam daripada Waseem. Garau namun lembut. Geli perut jadinya.

"Yayang kat mana?" Soal Waseem selepas menjawab salam.

Wareesa pandang sekeliling fakulti. Mahu mencari Waseem. Mana tahu lelaki itu ada di kawasan berdekatan. Boleh lah dia lihat riak wajah kacak itu saat berbual dengannya di telefon. Agak-agak boleh jadi lelaki itu terlanggar tiang tak? Haha!

"Reesa kat depan fakulti. Kan Seem suruh tunggu sini lepas habis kelas." Beritahu Wareesa. 

"So sweet, isteri solehah." Dapat Wareesa bayangkan bibir Waseem naik melakar senyum bila mengucapkan sebaris ayat itu. Manis!

"Seem dekat mana?" Soal Wareesa. Malas mahu layan rama-rama dalam perut lama-lama. Jika tidak, sampai ke sudah dia tersipu malu di sini. Orang-orang yang lalu lalng pun dah banyak kali menoleh pandang dia ni.

Ini lah dia natijahnya bila berbual dengan Waseem. Nampak lah angau tu.

"Kejap lagi Seem sampai. Nak kena hantar kuiz dulu dekat prof, lepas tu kelas dah habis. Reesa tunggu sekejap boleh?" Pinta Waseem lembut. 

Wareesa mengangguk. Faham kenapa lelaki itu masih belum datang. Mungkin itu sebabnya dia masih lagi dengar keriuhan di latar belakang Waseem. Mungkin lelaki itu masih lagi di dewan pengajian.

Mengerti, Wareesa balas okey sahaja. Pendek.

"Ayang jangan marah. Sikit lagi ni." Tiba-tiba suara Waseem memujuk menerpa ke dalam telinga. Buat dahi Wareesa sedikit berkerut.

"Marah? Mana ada Reesa marah." Hairan Wareesa menyoal. Kepala ulang tayang semula balasannya tadi. Rasanya dia tidak bernada marah di situ. Biasa-biasa sahaja. Macam mana pula boleh kedengaran marah pada pendengaran Waseem?

"Okey tu pendek aje. Balas lah panjang sikit. Okey Seem ke, okey sayang ke, okey boy ke, okey baby ke, okey abang ke." Seloroh Waseem. Suara dia, makin lama makin lembut dan makin perlahan. Macam berbisik pula. Lagi-lagi pada perkataan 'abang'. Uish. 

Mengada. Perkataan yang sesuai untuk Waseem.

"Gedik." Komen Wareesa selamba. Kepala dah menggeleng kecil seirimg dengan kaki yang mula mengatur langkah. Tunggu Waseem di perpustakaan sahaja lah. 

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ