"Ha..." Wareesa loading.

Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Empat saat. Lima saat.

"Cik Zee!"

"Oi, ya Cik Zee kau, Cik Zee kau!" Melatah terus wanita tua itu apabila Wareesa tiba-tiba sahaja menjerit kuat. Tak cukup menjerit, lengan Cik Zee pun dia genggam erat dan goncang kuat. Terkejut macam baru sedar sesuatu.

"Cik Zee, Reesa ada kelas pukul sembilan nanti!!! Mati Cik Zee!" Wareesa menjerit kalut.

Tanpa lengah dia tinggalkan Cik Zee dan masuk ke dalam rumah. Dari pintu yang sudah terbuka luas, Cik Zee dapat lihat Wareesa kalut membuka drawer bajunya dan kalut juga gadis itu mengeluarkan baju yang hendak dipakai ke kuliah nanti. Tengok pilihan Wareesa, Cik Zee rasa nak tergelak. Rasanya itu bukan pilihan yang tepat.

"Reesa..." Niat nak menegur tapi Cik Zee didiamkan.

"Cik Zee, Reesa takde masa! Reesa kena siap cepat! Cik Zee tolong call Pak Cik Xiu suruh dia ambil Reesa sekarang! Password Reesa 6868. Cik Zee call eh? Cik Zee, Reesa pinjam tandas nak mandi! Bye!" Laju Wareesa bercakap. Macam tengah rap pun ada. Tak cukup nafas. Cik Zee yang mendengar pula jadi kalut.

"Ya, tapi..."

"Takde masa Cik Zee! Reesa pergi dulu!"

Dan woosh, terus dia berlari masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat melalui pintu dapur belakang. Masuk bilik Cik Zee, masuk dalam tandas. Tak fikir dah Cik Zee yang dah kebingungan macam mana nak menegur.

"Okey ke tak dia nak pakai baju warna tu?" Bisik Cik Zee sendiri.

Tanpa lengah, Cik Zee terus masuk ke dalam rumah Wareesa. Telefon gadis itu yang ada di tepi bantal dia capai sebelum dihidupkan. Dia lakukan seperti yang disuruh Wareesa.

Masukkan password 6868, kemudian segera dia menelefon Pak Cik Xiu, pemandu teksi yang menjadi pemandu Wareesa sejak setahun yang lalu.

Usai membuat panggilan, Cik Zee bantu mengemas ala kadar bilik Wareesa. Cadar dan selimut di tilam dirapikan. Begitu juga dengan meja belajar yang bersepah dengan buku-buku dan alat tulis. Semua dia kemas rapi. Beberapa barang yang dia rasa perlu untuk dimasukkan ke dalam tote bag, Cik Zee masukkan.

Selepas itu, pakaian kotor yang masih belum dicuci, Cik Zee kutip. Selalunya Wareesa akan bawa sekali semasa mandi. Basuh tangan memandangkan gadis itu dilarang menggunakan mesin basuh. Tapi, pagi ni dah kalut. Tak sempat lah gamaknya.

Dah siap kemas, Cik Zee bergerak ke drawer yang menempatkan tudung Wareesa. Dia ingat kembali apa jenis pakaian yang Wareesa kenakan. Nak bantu supaya gadis itu mudah dan dia tak rasa bawal adalah pilihan yang tepat. Sudahnya, Cik Zee keluarkan sahaja sehelai tudung Syria berwarna hijau lumut bersama anak tudung berwarna hitam. Padanlah dengan baju kurung hijau pucuk pisang yang diambil Wareesa.

"Tapi, betul ke Reesa nak pakai baju tu?" Soal Cik Zee sendiri.

"Cik Zee! Reesa tak nak pakai baju ni! Terang sangat! Macam berbogel orang pandang Reesa nanti!" Dengar sahaja suara merengek Wareesa di muka pintu, Cik Zee dah tahu apa jawapan kepada soalannya tadi.

"Tapi, takde masa nak tukar! Dah, nak ke kelas! Reesa dah lambat sangat ni!" Wareesa tak peduli. Tudung yang disediakan Cik Zee disarung sahaja ala kadar sebelum dia capai beg dan buku di atas meja. Tak sempat pakai stoking, kasut Converse berwarna merah dia sarung.

"Ah, lantakah!"

Disaster! Patut lah dia mimpi buruk tadi!

*💐 ੈ♡


HABIS sahaja kuliah pertama, Wareesa bersandar lemah di kerusi. Rakan-rakan sekuliah yang dah keluar dari dewan dia biarkan sahaja. Tak menoleh. Bagi dia lega sekejap. Bagi dia hilangkan sepenuhnya perasaan lelah fizikal dan jasmaninya sekejap. Lagipula, kuliah seterusnya akan bermula lebih kurang sejam dari sekarang sahaja. Jadi, bagi dia relax sekejap.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now