Sebelum sempat Wareesa nak menjawab, soalan dah dilontar laju kepadanya. Sudahnya Hayyan dan Niliyyah dijeling menyampah. Kaki terus diangkat, mahu keluar dari dapur. Tak diendahkan langsung jeritan Hayyan dan Niliyyah yang berkali-kali memanggil namanya dan memberi arahan dan soalan yang sama sejak tadi. Haih! Rimas! Penat!

"Hello. Sorry, sorry! Saya on the way. Sekejap ya?"

"Oh, okey."

Dan panggilan mati. Pusing belakang, Wareesa lega bila kakinya dah bawa dia keluar dari Kawasan rumah banglo tiga tingkat itu. Memandangkan kafe tempat pertemuan dia dan Nafis tidak jauh dari situ, Wareesa ambil keputusan teksi sahaja. Jalan laju-laju. Sambil itu tangan sibuk menaip mesej ringkas kepada Cik Zee.

Cik Zee, Reesa keluar sekejap hantar barang pada orang. Kalau ada apa-apa, Cik Zee roger ya?

Lantas, butang send ditekan. Baru nak simpan telefon ke dalam tote bag, telefon itu nyaring berdiri minta diangkat. Tertera nombor Hayyan dan Niliyyah serentak. Wareesa jadi malas. Sudah lah video call. Kalau voice call pun dia malas, apatah lagi ni video call.

"Hish!"

Malas-malas pun, tetap juga Wareesa gesek ikon hijau, menerima video call itu. Dia tukarkan mode kamera kepada kamera belakang, tunjuk kakinya yang sedang berjalan entah atas pejalan kaki. Biar sakit hati dua beradik itu. Eh, tu kira baik tau berbanding dia pausekan video call. Biar blur tak nampak apa.

"Kau kat mana ni?"

"Hei, kau dah cakap dengan papa ke belum? Pastu phone tu! Papa bagi kan?"

"Aku cakap aku nak kek kan? Kau merayap mana?"

"Aku nak macaroon!"

"Balik!" Serentak dua beradik itu menjerit, buat Wareesa berhenti berjalan. Kalau tak sebab telefon ni nak guna lama, dah lama dah dia lemparkan aje atas lantai. Biar! Kalau macam ini lah, takde telefon pun takpe!

"Nak buat macam mana kalau takde barang!" Kata Wareesa geram sebelum dia matikan panggilan. Data pun dia tutup. Huh, moga aman hidupnya selepas ini.

˚ ༘♡ ⋆。˚

PINTU kafe ditolak. Semerta, haruman kopi yang dibrew dan roti yang dibakar menerjah masuk ke dalam rongga hidung. Auto senyum bibir Wareesa dibuatnya. Kepenatan berjalan kaki tadi pun hilang tanpa dapat dijejak lagi. Serabut di kepala memikirkan Niliyyah dan Hayyan juga hilang begitu sahaja. Sungguh lah kafe ini antara terapi-terapi kecil buat keserabutan emosinya.

"Selamat datang." Sapaan ramah pelayan kafe buat Wareesa tersedar kembali. Senyuman manis diukir buat pelayan itu sebelum dia meminta agar dia dibawa ke mana-mana meja yang masih kosong tanpa pelanggan.

Usai duduk, Wareesa letakkan tote bag di kerusi kosong sebelahnya dan buku menu ditarik. Berpada dengan Iced Mocha dan Pizza Bread, pesanan dibuat. Dan setelah itu, dia kembali berseorangan di meja itu. Pandang luar tingkap, Wareesa perasan akan langit yang sudah mendung.

"Oh, jangan kata nak hujan lagi." Omel Wareesa tidak puas hati. Telefonnya dibawa keluar dan dia terus lihat kaji cuaca.

Ya. Memang nak hujan pun.

"Nak kena pergi kedai kek pula. Stesen bas jauh tak?" Sekali lagi Wareesa mengomel sendirian.

Mata galak mencari stesen bas yang ada di sekitar situ namun hampa. Nampaknya, dia kena gunakan perkhidmatan awam lah ni. Teksi atau Grab. Itu sahaja pilihan yang ada. Dan, untuk kali ini Wareesa putuskan untuk mengambil perkhidmatan Grab.

Baru sahaja jari nak menekan aplikasi Grab, bunyi Ting! Mengejutkanya. Terus mata tertacap pada skrin telefon yang baru sahaja menyala di atas meja. Dahi ditepuk. Sudah. Dia lupa niat asalnya dating ke mari.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now