Bab 13

1K 102 39
                                    

"Saya bukan tak nak bagi encik ambil Adam tapi saya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Saya bukan tak nak bagi encik ambil Adam tapi saya..."

"Kau nak aku telefon ayah Adam sendiri baru kau nak percaya yang bapak dia arahkan aku untuk ambil Adam." Ujar Henriq keras. Diendahkan saja orang sekeliling yang mula memerhati.

Guru perempuan yang baru dimarahi oleh lelaki di depannya menundukkan muka. Dia gelisah memandang tangan kecil Adam serta tangan besar lelaki itu bertaut erat. Kemudian dengan perlahan kepalanya diangguk membenarkan.

Henriq merengus sebal. Mask hitam di muka dibetulkan. "Dari tadi kau bagi aku bawak Adam kan senang tak ada buang masa aku bertekak dengan perempuan macam kau ni. Gaji kau yang kecil tu bawah tapak kasut aku je lah!" Usai dijerkah kuat, Henriq laju menarik Adam memasuki keretanya.

Adam hanya diam memerhati Henriq memakaikan tali pinggang di tubuhnya. Bulat matanya memerhati lelaki di sebelahnya yang sudah menarik kasar mask dimuka dan dilempar ke seat belakang. "Abang ni siapa? Kawan daddy ke?"

Pedal minyak ditekan laju. Sesekali matanya mengerling cermin sisi kereta. Gelisah saja lagaknya.

"Bapak tak guna kau tu tak ada cerita apa-apa pasal aku ke?" Ujar Henriq. Dijeling kearah Adam seketika.

Berkat dia mengekori salah satu kereta yang sering kali keluar masuk rumah milik Rayyan membuatkan Henriq dapat mengetahui di mana tadika Adam. Hasil dari dia mengintip, Henriq dapat mengetahui pada pukul berapa Adam bergerak pergi ke tadika dan tamat waktu tadika. Pada jam berapa, pembantu peribadi yang sering mengambil Adam datang menjemput Adam.

Dengan polosnya Adam geleng menandakan tidak tahu.

"Bapak tak guna tu apa?"

Henriq ketawa kuat dalam kereta. Di tepuk stereng kereta beberapa kali. Jelas wajahnya yang tadi dingin bertukar teruja dalam sekelip mata. Bibir ternaik menyeringai.

"Bapak tak guna tu macam daddy kau lah. Disebabkan bapak kau lah kau yang terima akibatnya. Muka kau seiras dengan daddy kau cukup buatkan aku benci nak pandang kau lama-lama." Penuh kebencian ayat ditutur. Selepas itu dia ketawa lagi. Lebih kuat. Sehingga tubuh Adam mengesot menyandar ke pintu dek kerana takut.

"A..abang nak bawak Adam pergi mana...Adam nak balik...Adam nak ibu..." Bibir tercebik-cebik ingin mengeluarkan tangisan.

"Diamlah! Diam! Jangan menangis kalau tak aku bunuh mak kau. Kau nak hilang mak kau tu?!" Tempiknya kuat. Bergema suaranya di dalam kereta.

Adam terus menekup bibir supaya esakannya tidak berbunyi. Namun kedua mata sudah mengeluarkan air mata. Tapi mendengar ugutan itu yang sekaligus melibatkan ibunya, Adam jadi lebih takut.

Her ForgivenessWhere stories live. Discover now