Bab 32

730 43 0
                                    

Surat yang baru sahaja ibunya berikan, di baca lagi berulang kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Surat yang baru sahaja ibunya berikan, di baca lagi berulang kali. Kecewa. Entah kenapa Nayyis berasa sungguh kecewa kerana sekarang dia mengetahui keberadaan Qisya dengan suaminya.

"Tak payahlah nak sedih. Baguslah tu Qisya ada dekat sisi suaminya. Memang sebenarnya itu yang patut dia buat dari dulu." Ujar mak Lijah sambil kepalanya tergelang halus.

Nampak benar riak patah hati yang terpasang di raut wajah anak lelakinya. Seketika dia mengeluh. Berapa banyak kali ditegur pun mesti tidak dilayan.

"Berdosa kamu simpan perasaan dekat isteri orang Nayyis. Berbuih dah mulut mak tegur fasal hal ni. Jangan ambil mudah aje tentang hukum agama kita. Rasanya dulu mak hantar kau dekat sekolah agama untuk kau belajar semua ni." Sekali lagi takzirah dikeluarkan.

Rahang Nayyis bergerak-gerak. Lalu kertas yang berada di tangan, direnyuk sekuat hati sebelum dilempar sesuka hati ke lantai.

"Aku tahulah mak. Aku tak bodoh pun nak tahu fasal hukum tapi ni soal hati. Aku tak boleh nak elak kalau dah takdir aku macam ni." Balas Nayyis dengan suara celah gigi. Anak rambut yang mengenai dahi dikuak ke belakang. Rimas!

"Ini bukan takdir namanya. Kamu yang hadirkan perasaan tu sendiri. Lagi satu, pergilah potong rambut sana. Dah macam perempuan rambut panjang macam tu." Sejurus itu, mak Lijah mengangkat punggung menuju ke arah dapur. Meninggalkan Nayyis yang jelas masih terkesan dengan sepucuk surat yang ditinggalkan Qisya.

Isi surat itu benar-benar menyakitkan hatinya. Qisya mengatakan dia mengikuti Rayyan dan tidak tahu bila mahu pulang. Lagi memeritkan hati, perempuan itu memintanya agar tidak mencari keberadaan mereka.

Tahu benar perangainya yang akan terus mencari Qisya jika melibatkan Rayyan. Seketika, Nayyis tertawa halus. Tertawa dengan hati yang sarat dengan luka.

"Jangan lupa pergi kedai gunting rambut! Potong rambut tu barulah anak dara nak mengorat kamu!" Laung mak Lijah dari dalam dapur. Mengeluh saja dia melihat anaknya. Seperti orang gila bayang!

Raut wajah pula sentiasa ketat saja!

"Tak payah cakap banyak kali, aku tahulah!" ujar Nayyis sedikit keras. Lantas dia bingkas bangun sembari menyambar kunci van nya di atas meja. Kaki laju saja menapak keluar rumah. Tangga kayu dituruni pantas. Tidak mengendahkan dengan kayu yang makin mereput.







Sejak mereka berdua kembali ke dalam bilik hotel, memang sepasang mata Qisya sedari tadi hanya memerhati tingkah laku Ean yang sedang bermundar-mandir di depannya.

Terkadang, lelaki itu akan mengusutkan rambutnya dan menjerit tidak terlalu kuat. Timbul rasa takut dalam hatinya melihat perubahan Ean. Hendak ditegur, rasanya bukan waktu yang tepat. Bimbang tubuhnya yang akan dijadikan tempat pelampiasan.

"Lepas ni kita pindah hotel baru,"

Tidak dapat ditahan, drastik sahaja Qisya menggelengkan kepalanya. Ianya tindakan refleks. Setelah mendapat panahan tajam dari mata Ean barulah dia diam menekur lantai.

Her ForgivenessWhere stories live. Discover now