Bab 4

1.2K 126 20
                                    

Ditumbuk kuat kerusi pemandu di depannya melepaskan geram

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ditumbuk kuat kerusi pemandu di depannya melepaskan geram. Tidak dihiraukan langsung rasa sakit ditangan.

"Bodoh! Bodoh! Bodoh!" jerit Rayyan kuat dengan amarah yang membara di hati.

"Sekali je...tolonglah sekali je berhenti pukul dia." Tersandar lemah dia ke kerusi kereta. Kepala di dongak dan mata dipejam.

"Kau tak takut kalau dia muak dengan kau?"

"Kau tak takut kalau satu hari nanti dia lari dari kau?"

"Kau sendiri tahu...dia masih bertahan dengan kau kerana Adam." Bisik Rayyan perlahan. Bagai orang gila bercakap seorang diri.

"Dia tak akan berani lari..."

"Kau yakin?"

Rayyan menjerit geram. Kepala terasa mahu pecah dek kerana berlawan dengan kata kata hasutan sendiri. Rambut ditarik keras mengendahkan rasa sakit di kulit kepala.

Hujung rokok dibakar dengan pemetik api oleh tangan kekar Nayyis. Dengan tenang menghisap serta menghembus asap sehingga berkepul-kepul.

Nayyis bersandar badan di luar kereta. Orang yang lalu lalang diperhati dengan riak kosong. Jam tangan dikerling sekilas apabila merasakan dia sudah lama berdiri menunggu di luar kereta.

"Sewel punya bos, lepas pukul bini terus mengamuk dengan diri sendiri..." Gumam Nayyis perlahan. Kereta yang bergegar kerana amukan tuannya diabaikan dari tadi. Sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini.

Rayyan akan mengajak dia keluar untuk melepaskan kemarahan di dalam kereta bersendirian selepas sahaja memukul isterinya dan Nayyis dibiar menunggu diluar sahaja. Kalau amukannya luar biasa, tuannya akan memukul salah seorang anak buahnya untuk melepaskan amarah dihati.

"Kalau aku jadi Qisya memang aku dah lari tinggalkan si gila ni. Lima tahun jugak dia bertahan." Rokok dibuang dilantai kemudian dipijak oleh kasut kulitnya.

Selama Nayyis berkhidmat dengan lelaki itu, tipu lah kadang tak ada rasa mahu membawa lari Qisya dan Adam untuk keluar dari sangkar tuan dia namun kehidupan Nayyis juga bergantung dengan Rayyan. Dikuburkan saja niat dia.

Namun Nayyis bertekad, satu hari nanti dia sendiri akan menarik keluar Qisya, melindunginya dari kegilaan Rayyan.

Ketukan dari dalam menyedarkan Nayyis yang mengelamun seorang diri. Pantas pintu pemandu dibuka dan badan dibawa masuk.

"Gerak sekarang tuan?" soal dia lalu cermin pandang belakang dilihat. Penampilan Rayyan diperhatikan, sudah kemas terapi pakaian serta rambutnya. Agaknya tidak mahu Nayyis melihat keadaan tidak terurus nya mungkin.

Her ForgivenessWhere stories live. Discover now