Bab 25

734 52 4
                                    

Kedua tangannya menekup kuat telinganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kedua tangannya menekup kuat telinganya. Jarum jam yang menginjak ke angka 3 pagi tidak dapat membuatkan matanya terlelap. Sedari tadi banyak suara yang berlegar di otaknya hingga memaksa dirinya berjaga.

Ada yang menyuruhnya hilang...

Ada yang menyuruhnya mati...

Dan ada yang mendesak dirinya untuk berlari laju, mencari  'dia' di setiap pelosok yang ada.

Tidak dapat lagi menahan suara-suara itu. Kerana itulah, Rayyan sanggup mencari hospital terletak nun jauh dari tempat tinggalnya. Dia sendiri datang ke hospital itu tanpa pengetahuan Seth dan Shania.

Dia tahu, jika perkara ini sampai ke telinga mereka berdua, pasti hari ni juga Seth akan datang ke kondominium nya.

Matanya jatuh memandang ubat yang berada di lantai bersebelahannya. Ubat sama yang diberi oleh doktor itu dengan ubatnya sebelum ini. Kata doktor itu, Rayyan tidak makan ubat secara teratur. Itulah antara sebab muncul halusinasinya.

Tidak tahan lagi dengan suara bisikan itu, tangannya buru-buru mengambil satu pil ubat. Menelannya tanpa meneguk air.  Dia terdesak. Terdesak ingin menghilangkan halusinasinya.

"Kau nak apa lagi?" Bisiknya sendiri.

"Dia..."

"Siapa dia!!?"

"Kau bagitahu aku siapa dia!!"

Suara itu terkekeh sinis. Seakan mengejeknya dalam diam. Justeru itu makin membuatkan Rayyan dilanda marah. Ingin menggapai namun yang ada cumalah telapak tangannya yang kosong. Tiada. Seakan benda itu lesap sendiri.

"Tuan..."

"Daddy..."

"Arghhh!!!"

Pekikan Rayyan sungguh kencang. Bersilih ganti mendengar suara yang merayu-rayu itu. Degupan jantungnya makin laju lagak seperti dia sedang melakukan larian pecut.

"Stop. Berhenti. Jangan kacau aku lagi." Lirih nadanya berkata.

Penat. Jiwanya penat. Mindanya lelah. Badannya sudah tidak mampu lagi menampung rasa ini.

"Perempuan tu..."

Itu bisikan terakhir yang didengarinya sebelum Rayyan rebah ke lantai bilik tanpa alas. Mengerekot bak anak kecil kehilangan keluarga.







Tentang hal minggu lepas, Qisya tidak menceritakan lagi kepada Nayyis. Risau jika dia memberitahu pertemuannya dengan Rayyan pasti Nayyis akan lebih berjaga-jaga kepadanya.

Tapi kenapa hari tu, Rayyan benar-benar tampak tidak mengenalinya. Raut wajah itu kelihatan serius. Tidak main-main. Dia buntu. Benarkah semua itu atau hanya lakonan sang suami untuk mengaburkan mindanya agar dia merasa bersalah?

Her ForgivenessWhere stories live. Discover now