Bab 12

773 85 15
                                    

Puan Hayati menjengukkan kepala ke dalam bilik Henriq

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Puan Hayati menjengukkan kepala ke dalam bilik Henriq. Tergeleng kepalanya tatkala bilik anaknya bagai longkang pecah dan sangat berbau. Dia memasukkan badan sambil tangan menatang dulang. Katil dihampirinya lalu dulang diletakkan di sebelah meja kecil di tepi katil.

Puan Hayati mengambil pakaian-pakaian yang berteraburan di lantai dan diletakkan di bakul pakaian kotor. Kadang kala dia mengimbas tangan di wajah apabila bau yang tidak menyenangkan sangat menyengat dihidungnya. Sekujur tubuh Henriq yang terbaring mengiring di katil direnung dengan mulut mengeluh kesal. Birai katil didudukinya.

"Henriq, mama ada bawak makanan ni. Jom lah makan sikit, dua tiga hari ni Henriq langsung tak makan. Keluar bilik pun tak." Bahu Henriq dipegangnya lembut. Raut wajah anaknya yang sedikit pucat ditelek risau.

Henriq menarik bahunya menjauh lalu mendecit kasar.

"Nantilah Henriq makan! Tak payah sibuk hal Henriq." Ujarnya kasar. Mata kekal memejam tidak mahu dibuka.

Puan Hayati menarik tangan perlahan. Bibir tua nya mengeluh lagi. "Mama cuma risau tengok Henriq macam ni. Henriq ada masalah ke? Cuba bagitahu mama."

Berkerut dahi Henriq. Sebal hatinya apabila mendengar suara mendayu milik ibunya. Lalu dia bawa tubuh duduk menyandar. Wajah ibunya dikerling sekilas lalu mata memanah kosong kearah hadapan.

"Huh boleh tak mama diam, memakak lah telinga dengar mama membebel." Tertekan nada Henriq berkata. Fikirannya cukup serabut buat masa ini.

"Mama tanya je, siapa yang buat anak mama macam ni? Bagitahu mama sekarang biar mama bagi pengajaran dekat dia." Ujarnya tegas. Tidak bermain-main.

Henriq terus memandang puan Hayati. Kedua tangan ibunya digenggam erat. Matanya seperti mempunyai sinar harapan. "Mama boleh ke upah orang pukul dia? Henriq..." Tiba-tiba percakapan dia terhenti tatkala ada sesuatu terimbas di kepala otaknya.

Matanya menatap tajam wajah Rayyan yang jelas mengejeknya. Henriq kepal kedua tangan menahan amarah. Dia cuba mara ingin menyerang Rayyan namun terhalang dengan pengawal yang dibawa Rayyan.

"Shit! Kau takut nak lawan aku? Macam orang pengecut lah bawak pengawal!"

Bergema gelak sinis Rayayn diruangan ini. Seketika Rayyan berdiri tegak sambil membetulkan jaket hitamnya. Dia jalan perlahan mendekati tubuh Henriq dan berhenti setelah dirasakan mereka mempunyai jarak.

Rayyan merenung wajah kusut masai milik Henriq. Dia cukup suka dengan pemandangan ini.

"Aku tak nak ambil risiko terpegang bakal pesakit HIV macam kau. It's disgusting you know." Ejeknya lagi. Bibir terherot sinis.

Her ForgivenessWhere stories live. Discover now