Bab 40

525 40 2
                                    

"Kau fikir aku kisah dengan maruah kau? Maruah perempuan macam kau aku boleh beli dengan duitlah!" lantang Seth bersuara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kau fikir aku kisah dengan maruah kau? Maruah perempuan macam kau aku boleh beli dengan duitlah!" lantang Seth bersuara. Bibirnya menyeringai kesukaan.

Nayyis tegakkan tubuhnya. Perasaan marahnya sudah melebihi sakit yang dihadapi. Makin mendidih hatinya mendengar kenyataan kejam Seth. "Kau suka dekat Rayyan itu kau punya pasal. Sekarang, kau boleh lepaskan Qisya pergi!"

Seth membengis.

"Kalau aku tak dapat Rayyan, dia pun takkan dapat!"

Seth menerpa laju ke arah Qisya. Rambut panjang itu ditarik. Pisau ingin ditusukkan ke dalam perut itu, namun tangannya disepak kuat.

"Aku fikirkan kau baik Seth tapi kau lebih keji dari Rayyan!" Nayyis cuba menumbuk muka Seth.

Laju Seth mengelak. Tubuh Qisya dipaksa berdiri mengikutinya. Hatinya mula gusar.

"S-sakit... lepaskan akulah!" Qisya meronta kuat. Seperti ada sesuatu yang mengalir ke celah kelangkang.

"Kau diam! Aku boleh bunuh anak kau sekarang jugalah!" pipi Qisya ditampar kuat.

Qisya ingin terjelopok jatuh. Tetapi Seth tetap kukuh menggenggam bahunya. Memaksa dia berjalan. Pandangannya mula berpinar. Rasa sakit mula menekan di bahagian perut.

"Kalau kau ikut aku, sekarang juga aku bunuh dia." Gertaknya ke arah Nayyis. Langkahnya berjaga-jaga agar tidak mudah dijatuhkan lelaki itu. Dia menarik tubuh Qisya ke arah pintu.

Mendengus Nayyis. Matanya bertembung dengan sepasang mata Qisya. Perempuan itu menggeleng perlahan. Tidak dapat tidak, dia harus patuh arahan Seth. Namun itu tidak berterusan tatkala melihat Seth seakan lalai.

Seth sudah mula menghampiri pintu. Baru sahaja dia bertindak untuk menolak permukaan pintu itu, badannya ditarik kuat. Terlepas pegangannya di tubuh Qisya. Hatinya mula meruap marah. Bersamaan itu, pipinya menerima tumbukan kuat. Kuat sehingga kepalanya terteleng ke tepi.

"Orang macam kau ni patut mati aje!"

Buk!

Buk!

Tidak henti tumbukan sehingga bibir Seth mula mengeluarkan cairan darah. Kakinya cuba menendang Nayyis, namun cekap saja tendangannya ditepis. Dia mula menderam marah. Tatkala itu, dia melihat pisaunya yang tidak jauh dari kedudukan mereka. Laju tangannya ingin mengambil.

"Dengan apa yang kau buat dekat Qisya, kau fikir kau layak hidup dekat bumi ni lagi?" Nayyis menghamburkan kemarahan. Merah biji matanya seperti biji saga.

Pandangan Qisya mula berbalam-balam. Erat dia memegang perutnya. Dengan kudrat yang tersisa, dia mengesot mendekati pintu.

Lemah tangannya menolak pintu. Qisya ingin meminta pertolongan. Namun, terhenti kerana ada sepasang kasut berhenti di depannya. Bibirnya tersenyum lemah. Dia cukup mengenali kasut itu.

Her ForgivenessWhere stories live. Discover now