Bab 41

519 35 5
                                    

Payung dihalakan ke arah Qisya untuk melindungi isterinya dari cahaya matahari yang kian terik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Payung dihalakan ke arah Qisya untuk melindungi isterinya dari cahaya matahari yang kian terik. Bajunya juga sudah basah kerana peluh. Namun dia tidak mengajak isterinya pulang, biarlah Qisya sendiri yang ajak.

"Sadaqallahul'Azim..."

Yassin ditutup rapat. Qisya memandang kubur yang masih merah di depannya. Nafasnya ditarik sebelum melihat nama di batu nisan itu. Sungguh sewaktu dia dapat tahu insan itu telah tiada, jantungnya berhenti berdegup sesaat. Namun siapalah dia mahu melawan kekuasan Allah.

Nayyis Bin Mohd
Lahir: 24-09-1994
Wafat: 13-08-2023

Tenanglah awak dekat sana Nayyis. Terima kasih selama ini banyak tolong saya...

Qisya tersenyum tawar sebelum menyimpan buku yassin ke dalam beg. Dia berura-ura ingin bangun. Namun lengannya laju dipegang Ean. Kepalanya terus mendongak. Kening diangkat separa tinggi.

"Kenapa?"

Rayyan geleng halus. Dia menolong Qisya bangun.

"Biar aku tolong kau berdiri," ujarnya.

Tidak banyak kata, Qisya hanya membenarkan sahaja. Kain jubahnya dibetulkan sedikit. Pasir-pasir yang hinggap disapu bersih.

"Kita pergi ziarah kubur Shania juga boleh?" pintanya sambil melihat suaminya lincah melipat tikar yang digunakan. Kematian Nayyis serentak dengan kematian Shania.

"Lain kali boleh? Sekarang ni aku nak kau rehat dulu. Kau pun banyak gerak sejak dari pengebumian arwah Nayyis." Rayyan berkata datar. Tidak cukup keras.

Qisya kemam bibir lalu menjatuhkan kepala beberapa kali. Dia akur sahajalah dengan arahan suami. Mereka berjalan beriringan ke kereta. Lengan berotot Ean dipegang. Kecil sahaja langkahnya.

Sesekali matanya menjeling ke sebelah. Entahlah kenapa sejak balik dari hospital, lelaki itu tidak banyak cakap. Ean seolah-olah kembali ke sifat asal. Sifat Rayyan. Rayyan juga tidak banyak cakap. Reaksi lelaki itu selalu kosong sahaja. Berlainan dengan Ean yang adakalanya gemar juga mengusiknya.

Pintu kereta dibukakan. Qisya mengucapkan terima kasih dengan nada kecil sebelum tubuhnya masuk ke dalam kereta.

Rayyan diam. Pintu belakang dibuka dan diletakkan tikar serta payung di situ. Dia berjalan ke pintu pemandu. Leher diregangkan sedikit sebelum memulakan perjalanan. Namun, matanya dapat sahaja menangkap Qisya curi-curi pandang ke arahnya.

"Kau ada nak cakap apa-apa ke?" soalnya berbasa-basi.

Qisya sedikit tersentak. Dia ketawa kekok.

"Awak nampak lain..." terluah juga apa yang ingin dikatakan.

Handbrake ditarik tatkala lampu isyarat bertukar merah. Dia merenung kosong kereta dihadapan.

"Apa yang lain?"

Her ForgivenessWhere stories live. Discover now