Bab 33

515 34 3
                                    

Bilik yang tadinya gelap gelita telah menjadi terang benderang apabila jarinya menekan suis lampu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bilik yang tadinya gelap gelita telah menjadi terang benderang apabila jarinya menekan suis lampu. Dinding-dinding di sekitar bilik ini yang ditampal gambar-gambar seseorang diperhati tanpa lepas.

Rasanya sudah lama dia tidak menjejaki bilik ini kerana kesibukkannya serta sekarang dia jarang tinggal di sini. Namun, tetap juga dia akan melawat untuk membersihkan habuk di serata ruangan ini.

Lalu dengan perlahan dia menapak ke arah meja yang berada di sudut dinding. Tidak terkira berapa banyak gambar yang ada di atas meja ini. Bingkai gambar berwarna hitam diambil. Lantas debu-debu yang ada di lap dengan tangan sehingga bersih.

Dia tersenyum manis setelah melihat gambar dia dengan seseorang pada waktu zaman sekolah. Berpeluk bahu dengan raut wajah yang terbias gembira. Rindu...sungguh dia rindu waktu ini. Pertama kali mereka bertemu.

"Damn, I really miss you." Gambar itu dikucup hangat dengan mata terpejam erat.






Seluruh ruangan kondominium Ean yang mewah dipandang. Tema rumah ini berwarna hitam dan kelabu. Sesuai dengan perwatakan Ean. Qisya melabuhkan duduk di sofa yang terdapat di sini.

Lelah pula seharian asyik berjalan. Tekaknya haus ingin meneguk air. Namun dia diam tidak mahu meminta.

"Nanti masuk bilik aku. Kemas semua barang ni. Aku nak beli makanan sekejap. Kau mesti laparkan?"

"Mana bilik awak?"

"Carilah sendiri. Bukan banyak pun bilik dekat sini,"

Qisya melepaskan keluhan. Lantas dia berura-ura ingin berdiri. Namun punggungnya terjatuh semula. Bibirnya terus dikemam tatkala mata Ean tajam merenungnya.

"Kau kenapa?" soal Ean keras.

Qisya geleng kepala. Dia memegang penghadap sofa untuk membantunya berdiri. Namun ada satu tangan yang menekan bahunya untuk kembali duduk.

"Kaki kau tak okey ke?" Ean terus mencangkung. Kaki Qisya di belek. "Kaki kau macam lebam." Jarinya menekan sedikit kaki itu.

"Sikit je tuh. Dahlah pergi beli makanan. Saya nak kemas pakaian awak sekejap," Qisya menarik kakinya dari pegangan Ean.

Ean mendecit. Lalu dia bingkas bangun. Tubuh Qisya yang masih bersusah payah ingin berdiri, dicempung laju.

"Ark!" membulat matanya dengan tindakan Ean.

"Kalau sakit cakap. Kau fikir aku kejam sangat nak biarkan kau macam ni?" lekuk di rahang Ean menegang keluar.

Ean menendang pintu biliknya. Lantas tubuh Qisya di bawa ke katil dan diletakkan dengan perlahan. Kaki Qisya diambil dan diletakkan atas pehanya. Jarinya mula mengurut dengan lembut.

"Kau ni macam makin gemuklah."

Lekas-lekas Qisya menjeling tajam ke arah Ean. Dia yang tadinya enak menikmati urutan lembut lelaki itu terus sahaja ingin memberi sebuah tendangan ke muka Ean.

Her ForgivenessWhere stories live. Discover now