Bab 36

491 42 5
                                    

Wajah Ean berubah tenang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Wajah Ean berubah tenang. Tidak terusik dengan kata-kata Seth sebentar tadi. Lantaran, bibirnya mengulas senyuman senget.

"Apa reaksi Qisya kalau dia dapat tahu sebenarnya kau mental?"

"Sama ada dia terima atau... dia pergi dari hidup kau. Kau tahukan, tak semua boleh terima orang yang ada mental ni."

Namun, riak wajah Rayyan seperti tidak langsung tergugat. Malah dia pula yang panas hati. Lantas tekaknya berdehem. Duduknya diperbetulkan.

"Apa yang kau nak dari hidup aku sebenarnya, Seth?" soal Ean mendalam.

"Apa maksud kau?"

"Kau kawan aku. Malah aku dah anggap kau lebih dari seorang kawan, tapi kenapa kau buat aku macam ni?" nadanya tidak lirih. Cuma makin perlahan sahaja.

Seth mengunci mulut.

Ean meletuskan tawa kecil. Dalam dia menatap sepasang anak mata milik Seth yang mula bergetaran. Barangkali sudah mula tergugat dengan panahan matanya yang tajam.

"Cukuplah kau perbodohkan aku. Selama ni aku ikut saja kata-kata kau. Tapi kali ni aku dah tak boleh teruskan. Penat jugalah pura-pura bodoh dengan kau orang."

Seth berkerut hairan. Namun bibirnya tetap terkunci. Dia memberi ruang untuk lelaki itu meneruskan kata-katanya meskipun dalam hati berkobar-kobar ingin bertanya. Dia harus tenang kerana di depannya ini sangat mahir bermain dengan psikologi.

Ean menyengih lebar hingga menampakkan batang giginya yang tersusun rapi. Batang hidungnya di picit. "Kau tak pelik ke kenapa aku tiba-tiba saja ingat tentang anak dan isteri aku padahal kau sendiri lupuskan ingatan aku tentang mereka."

"Kau tak pelik kenapa aku boleh tahu secepat ini?" suaranya makin berbisik. Ia membuatkan bulu roma Seth naik menegak. Bergerak-gerak rahang lelaki itu. Jelas mukanya sudah berubah drastik.

"Aku rasa kau penat ni. Pergilah balik, tidur dulu. Tenangkan hati kau barulah kita berbincang fasal pernikahan kau dan Nia." ucap Seth mendatar sebelum tubuhnya ingin bangun dari sofa.

Jantungnya berdegup laju setelah rahsia mereka terbongkar.

"Rawatan tu tak berjaya. Aku dah upah doktor Wan untuk ikut berpura-pura dengan aku."

Langkah Seth terjeda. Badannya mengeras mendengar ayat yang baru saja keluar dari mulut Rayyan. Serentak itu, matanya bertembung dengan sepasang mata Shania yang juga terkejut. Gadis itu berdiri statik dengan tangan yang menatang dulang.

Seth tarik nafas dalam sebelum tubuhnya diputar semula menghadap lelaki itu. Bibirnya menarik senyuman. "Aku tak fahamlah Ray. Aku rasa kau makin merepek ni." Meletus tawa kecil di hujung ayatnya. Jantungnya usah di kata. Makin mengepam laju.

Ean mendecit keras. Tubuhnya ikut sekali berdiri. Langkah di atur sehingga tepat berdiri di hadapan Seth. Kedua tangannya menyeluk poket seluar.

"Aku cakap, rawatan kau buat atas aku untuk aku lupakan Qisya, tak berjaya. Selama ni kau orang yang bodoh percayakan aku. Tak semudah tu untuk aku senang-senang lupakan Qisya. Lagi-lagi kalau aku selalu dengar bisikan yang menyuruh aku untuk cari dia."  Bisiknya tepat di depan muka Seth. Dia menjeling sekilas ke belakang. Bibirnya makin melebarkan senyuman apabila melihat wajah kedua-dua antara mereka pucat tidak berdarah.

Her ForgivenessWhere stories live. Discover now