Bab 19

18.5K 2.6K 661
                                    

Di kafe Subway itu, aku menghadap telefon pintar. Atau lebih tepat, aku tengah stalk kawasan dalam hospital. Haqeem dah bantu aku untuk hack CCTV yang ada disitu. Sekarang waktu rehat aku jadi aku perlu gunakan masa yang ada dengan baik. Nak merayau dalam tu, nanti dipandang pelik pulak, waktu rehat tapi masih duk sibuk jalan sana-sini dalam hospital.

"Ah mana budak tak guna tu, takda pun," aku merungut sendiri apabila rakaman CCTV itu masih tidak menunjukkan muka Rehan.

Oh, tentang bala ketiga tadi iaitu Eira, aku dah lari awal-awal. Er, sebenarnya aku lempar dahulu beg tangannya ke lantai.

Pap!

Eira membulatkan mata apabila beg tangannya itu aku baling ke dinding, kemudian jatuh di atas lantai.

"You gila ke?!"

"You yang gila," terus aku berlari beredar dari situ secepat mungkin. Aku dengar Eira menjerit tapi sejurus itu, dia terus dimarahi oleh jururawat yang ada.

Aku pasti, dia tak cam pun aku. Sebabtu aku saja lepaskan rasa tak puas hati aku harini dengan menyakitkan hati perempuan gila tu. Eh, ingat aku tak terasa ke dia kata muka aku tak cantik dulu?!

"Hai atendan hospital gila,"

"Wah Naina dah bertukar jadi gadis korea,"

Aku terus mengangkat muka apabila ditegur sebegitu. Aku nampak Kapten Lou dan Komander Damien. Mereka menarik kerusi di hadapan aku dan terus melabuhkan punggung.

"Tak sopan kau cakap macam tu," aku menegur. Yalah, sepatutnya hospital psikiatri. Tak semua orang dalam hospital tu tak waras.

Mereka sengih.

"Wah, baru separuh hari tapi dah mematuhi undang-undang," Komander Damien mengejek.

"Haa tapi Komander, dia pun dah langgar peraturan yang paling berat sekarang ni," Kapten Lou menjeling telefon pintar di tangan aku.

"Aku tak tahulah kau nak buat lawak ke tak sekarang ni tapi, aku masih tak nampak muka Rehan," aku menggigit Chicken Teriyaki Sandwich itu dengan geram. Telefon pula aku dah letakkan di atas meja.

"Takkanlah dia tak ada?"

Aku mengangkat kedua-dua belah bahu.

"That guy, who is he?" Komander Damien menyoal dan jari telunjuknya dihala ke arah satu bilik. Lelaki itu menghadap dinding, membelakangi kamera. Mungkin Komander menyangka yang pesakit itu mungkin suspek yang kami cari.

"Ridwan Hakimi, dia pesakit yang tak bergaul dengan orang lain. Tadi pun dia dah korek tangan sendiri guna garfu," terangku ringkas.

"Semua tempat ni ada CCTV ke? Bilik yang mana tak ada?" Kapten Lou menyoal.

"Semua tempat. Dekat dapur pun ada,"

"Apa lagi yang kau jumpa dekat sana? Ada jumpa sesiapa yang kau kenal?"

Terus aku teringatkan Eira. Terfikir juga aku, kenapa dia ke sana. Nak tempah bilik ke? Dia kan boleh tahan tak betul kepala tu.

"Dari muka kau, nampak macam ada," kata Komander. Terus aku berdecit.

"Janganlah cakap macam aku pulak penjenayah. Ya ada, tapi tak penting kot,"

"Siapa?"

Aku menggaru sebelah kening. Hmm, nak cakap macam mana ya?

"Eira, pramugari, 24 mungkin? kawan sepupu Yunie,"

"Dia buat apa?" Komander menyoal hairan.

"Melawat agaknya," aku menggigit lagi roti sandwic di tangan dan mengunyahnya perlahan.  Ikutkan hati, nak aje aku balas dia pun pesakit. Pesakit mental yang paling teruk.

HAZRAEL | TERBITWhere stories live. Discover now