Bab 3

25.9K 2.9K 544
                                    

Pom!

Berkali-kali tembakan itu dilepaskan. Mujurlah tersasar kerana aku yakin ini kali pertama dia mengendalikan pistol.

Aku dengan pantas bergolek ke tepi, bersembunyi disebalik rak yang tinggi itu.

Tak guna betul psiko ni, lengan aku rasa pedih! Aku rasa ada karat yang masuk dalam kulit aku.

Pom! Pom!

Berkali kali dia melepaskan tembakan dan mujurlah tembakan itu masih tersasar. Cuma rak yang aku guna sebagai pelindung ini dah rabak. Kalau dia teruskan menembak, tak mustahil aku boleh terkena!

Sangkaan aku meleset, dia tidak berterusan menembak, Izzati dengan pantas berdiri dan berlari keluar dari kedai.

Aku mengejarnya dan lantas dua tembakan kedengaran. Segalanya bergerak pantas dan aku lihat anggota polis dan menahan Izzati yang ditembak itu.

Aku menghembuskan nafas lega. Berkali-kali juga aku menyumpah diri sendiri. Aku rasa ini perfomance paling teruk yang aku pernah buat. Aku langsung tak boleh nak kunci pergerakan dia.

Bodoh, Naina. Dia bukannya profesional pun! Kau dah kenapa?

Ah! Aku syak aku agak terganggu dengan penolakan Komander Damien tadi.

Tak lama, aku mendekati Medical Team, ingin dapatkan rawatan secepat mungkin. Karat dekat lengan aku ni kan tak pasal pasal jadi penyakit lain.

***

Dalam pada menerima rawatan, aku sedar yang Dee masih ada di sebelah aku. Aku menoleh ke arahnya dan agak terkejut apabila lengannya kelihatan ditembak. Jadi dua bunyi tembakan tadi, satu Izzati dah lepaskan kepada Dee?

"Macam mana kau boleh kena pula ni?"

Rasa nak ketuk pun ada kepala dia ni, elok elok dah boleh keluar, kena juga!

"Sikit je, terima kasih sebab selamatkan saya," balasnya. Aku mengeluh perlahan dan mula diam sebentar ketika menerima rawatan. Aku sedar seorang lelaki ada bersama. Ah suami dia kot. Takpun boyfriend dia.

"Naina," aku memperkenalkan diri tiba tiba. Dee memandangku hairan.

"Aku Naina," ulangku.

"Oh, saya Dee,"

Kami sempat berbual mengenai epilepsi. Satu keadaan di mana pesakit terkena sawan secara tiba tiba. Banyak faktor, tapi kebiasaannya pesakit tersebut menghidapi tumor otak. Mungkin suspek lelaki tadi ingin biayai kos rawatannya. Tentang Izzati pula, aku yakin akan dimasukkan ke hospital psikatri.

Kemudian, Medical Team mengarahkan Dee untuk ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut.

***

Aku menyandar pada pintu wad yang menempatkan Dee, mangsa kami tadi.

"Polis tu kata kau yang pergi dekat kedai tadi, kenapa?" Aku menyoal dan melangkah masuk ke dalam wad itu, di mana Dee sedang menyandar di atas katilnya bersama satu balutan panjang pada lengannya itu.

Ikutkan hati, aku mahu balik. Tapi tak senang pula bila tak bertanya apa apa dekat budak tu.

Aku mengemaskan mask hitam dan cap berwarna hitam di atas kepala. Sengaja aku pakai, aku tahu sebentar lagi Komander Damien akan cari aku. Huh, macamlah aku tak tahu anggota suka sangat report dekat dia kalau aku terlibat apa apa kes sekarang.

"Saya dengar tembakan, cuma nak pastikan yang awak tak tercedera,"

Dee memandang aku dan tersenyum manis. Aku pula tersenyum sinis.

HAZRAEL | TERBITNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ