Bab 14

19.9K 2.7K 1K
                                    

"Naina..."

"Mana kau nak lari?"

"Mati..."

"Kau nak mati, bukan?"

"Biar aku tolong kau..."

"Kau nak ikut mama kau, kan? Biar aku tolong kau...aku dah hantar mama kau dulu, sekarang biar aku hantar kau pula..."

"Naina.."

"Mati..."

Aku terjaga dari mimpi. Berpeluh dahi aku. Kali ini, mimpi yang sama lagi. Mimpi dikejar figura arnab yang buta sebelah matanya.

Allahuakbar.

Tempat yang suram itu pula berkali-kali diconteng dengan perkataan 'mati'.

Bulu roma aku tiba-tiba sahaja tegak sembilan puluh darjah. Kenapa imej mati perlu wujud dalam mimpi aku lagi?

Aku menggeleng perlahan. Aku bangun dari katil dan mula bersiap untuk ke majlis akad nikah Yunie sebentar lagi.

***

Aku tersenyum melihat sudah ramai orang yang berkumpul di ruang tamu rumah Che Siti. Aku yang berbaju kurung hitam terus menaiki tangga menuju ke bilik Yunie.

Haah, aku berbaju kurung hari ini. Ikutkan, aku bukanlah penggemar baju kurung. Susah nak jalan! Melainkan kalau kain yang jenis gaun tak berapa kembang sangat, haa itu aku boleh go lagi. Asalkan senang nak tendang orang, aku on.

Aku membetulkan sedikit lencana Sixers-O yang dilekatkan pada kawasan pinggang kain aku. Ah, ini baju mini kurung, setakat nak selak sikit ke atas tu takda masalahlah.

Pintu bilik itu aku tolak, kelihatan Yunie sedang duduk di atas kerusi dan ada jurusolek sedang menempekkan cat berwarna-warni di atas wajahnya itu. Buat yang tak faham, make up.

"Wah cantiknya Kak Nai!" Yunie menegur, sempat dia tersengih.

"Aku pulak. Kaulah cantik, siapa yang nak nikah harini? Aku ke kau?" Aku mula menyandar pada pintu biliknya itu.

"Eh kalau Kak Nai sudi terima abang Neil, takda masalah, kita nikah sama-sama harini," lagi, balik-balik Hazrael! Takda kerja lain ke?

"Banyaklah kau. Aku ambil abang Hairi kau, baru tahu,"

"Eh jangan!"

Haa tahu pun. Ulanglah lagi usikan berkaitan Hazrael kau tu. Ish. Bercakap tentang dia, kami sudah tak berjumpa. Kali terakhir, dekat kafe milik Fawwaz itulah. Tapi, hari ini hari bahagia Yunie. Sepupu dia sendiri. Takkanlah dia tak datang kot?

Aku hanya memerhati jurusolek itu menyiapkan kerjanya. Ikutkan, Yunie dah memang cantik. Bila letak make up, lagilah naik serinya. Kadang-kadang macam tak percaya muka innoncent macam dia ni boleh handal bahagian IT.

Aku cuba ketepikan dahulu rasa sangsi aku. Selepas ini, aku akan maklumkan kepada Sixers-O. Lagipun ini hari bahagia dia.

"Aku tumpang bahagia," tuturku dan aku senyum manis.

"Jarang nak nampak Kak Nai senyum macam ni. Lepasni, senyum selalu tau? Lupakan kisah lama, abang Neil kan ada,"

Senyuman aku mati apabila melihat senyuman mengusik Yunie. Terus aku menjulingkan mata ke atas.

"Apa-apa jelah. Aku tunggu dekat bawah, kau jangan lama sangat,"

Aku mula keluar dari kamar itu. Sempat aku tersenyum apabila bertentang mata dengan jurusolek tadi. Kemudian, aku menuruni tangga dan langkah diatur menuju ke pintu utama. Saja tunggu disini, di dalam terlalu ramai.

HAZRAEL | TERBITOnde histórias criam vida. Descubra agora