Bab 18

18.7K 2.6K 716
                                    

Aku memandang imej diri sendiri dari pantulan cermin itu. Kemeja merah jambu muda, seluar hitam dan tudung bawal berwarna hitam. Aku rasa macam nak pergi temuduga pun ya. Padahal nanti, aku akan diberikan uniform dan tukar dekat bilik persalinan. Fuh, semangat betul kau ya, Naina. Harap takda masalah yang berlakulah hari ni.

Aku mencapai segala barangan yang ada sebelum mula menapak keluar dari rumah. Masuk ke dalam perut kereta, dan cuba menghidupkan enjin.

Entah apa yang tak kena, kereta aku tak boleh dihidupkan. Masalah betullah! Baru je tadi aku minta semua benda berjalan lancar, dah kena bala pagi-pagi buta ni.

Aku keluar kembali dari kereta dan menghempas pintu kereta itu dengan kuat. Ingin melepaskan geram yang terpendam.

"Argh!" Aku mendengus kuat. Aku mula mengeluarkan telefon pintar, ingin meminta pertolongan Kapten Lou.

"Naina?"

Aku berhenti menekan-nekan papan kekunci itu dan mula menoleh ke sisi, kelihatan Yuyu yang lengkap berpakaian formal, bersama tag namanya itu. Tak lain tak bukan, ingin ke tempat kerjanya, farmasi.

"Awal keluar. Nak ke mana?"

Aku diam sekejap. Memandang ke arah kereta sendiri, kemudian pandangan dihala ke arah Yuyu pula.

"Hospital Psikatri, ada kerja sikit," aku menjawab kemudian hadiahkan senyuman nipis. Yuyu mengerutkan dahi. Sahlah dia hairan kenapa aku nak ke sana, sedangkan aku kerja di tempat lain.

"Hal siasatan," kataku pendek. Mendengar itu, Yuyu terus 'ohh' dan mengangguk kecil, mengerti.

"Lepastu? Kereta tak hidup ke? Nampak badmood semacam,"

Aku mengangguk lemah. Kalaulah kereta ni ada telinga, memang aku maki puas-puas.

"Aku hantarkanlah, jom,"

"Eh, tak apa ke?"

"Ish, takpa. Jom,"

Aku menggaru kening. Ikutkan hati tak mahu, tapi nanti aku terlewat pula. Sudahnya, aku mengangguk dan mula mengikut langkah Yuyu. Aku mesej Kapten Lou tentang hal kereta dan aku buat besar kepala suruh dia ambil aku bila habis waktu kerja nanti.

***

Di tandas awam itu, aku bersusah payah melukis eyeliner pada mata aku. Aku tahu dan tak bodoh, mesti Rehan akan mengenali aku kalau dia nampak. Jadi, perlu lakukan sedikit perbezaan untuk muka aku yang tak berapa cantik ni.

Hmm bodoh jugalah sikit. Aku terlupa nak siap-siap je terus dekat rumah sebenarnya.

Setelah selesai bersolek, aku terus memakai kaca mata bulat acah style korea. Yang penting, takda power.

Wah kau Naina, dah macam gadis korea yang diminati ramai. Omo omo otokae, Saranghae, Kamsahamnida, Ya Hajima!

"I like woman to have more natural look," tiba-tiba aku terdengar seorang lelaki menegur. Dari pantulan cermin itu, aku nampak entah lelaki mana berdiri dan memerhatikan aku bersolek.

"I like man who have more silent look,"

Hah kau, terus terdiam dia. Aku tak fahamlah tentang orang yang selalu nak merendah-rendahkan make up. Make up tak salah, cuma perlu pandai sesuaikan dengna situasi dan tak berlebihan. Sejujurnya, aku pun bukanlah peminat alat solek tapi tak pernah pula nak memandang penggemar alat solek seperti toksik.

Well, they don't realise it takes effort and talent and all they do is talk shit about it.

Eh sekejap.

HAZRAEL | TERBITKde žijí příběhy. Začni objevovat